Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 13 February 2013

SAMBUTAN PERAYAAN PUN DIA NAK POLITIKKAN....

Gesaan Guan Eng gagal


RIBUAN pengunjung membanjiri pekarangan Kolej Han Chiang, Jalan Air Itam sempena Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional negeri di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA

PULAU PINANG 11 Feb. - Gesaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya pengunjung ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri hari ini beramai-ramai memakai baju merah, kuning dan hijau propembangkang ternyata tidak mendapat sambutan.

Gesaan tersebut ternyata tidak diendahkan dan pengunjung pelbagai kaum kelihatan cukup gembira menyambut perayaan tersebut di padang Kolej Han Chiang di sini.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Sherlyn, 33, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya sanggup menempuh kesesakan lalu lintas semata-mata mahu meraikan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin nombor satu negara.

Menurutnya, tahun ular pada kali ini lebih bermakna kerana dapat meraikannya bersama Perdana Menteri.

"Kami sekeluarga berada di sini sejak pukul 9.30 pagi bagi mendapat tempat di bahagian paling hadapan walaupun Perdana Menteri dijadualkan tiba pukul 11 pagi," katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang remaja, Goh Tian Yong, 16, memberitahu, dia bersama keluarganya sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka untuk ke situ.

"Sebagai seorang warganegara, saya begitu teruja untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama kaum lain," ujarnya.

Adiknya, Goh Sin Ni, 13, pula menjelaskan, dia tidak menyangka dapat melihat Perdana Menteri secara dekat.  Apatah lagi tambah beliau, Najib merupakan idola dalam hidupnya.

"Saya kagum dengan Najib kerana beliau merupakan pemimpin yang tidak meminggirkan mana-mana kaum berdasarkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan," ujarnya.

Kira-kira 80,000 orang menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional negeri itu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba pada kira-kira pukul 10.45 pagi.

Yang hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta pemimpin-pemimpin komponen BN lain.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah.

Guan Eng sebelum ini menyeru orang ramai yang mahu hadir ke majlis berkenaan memakai baju kuning sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih anjuran pembangkang, hijau untuk alam sekitar dan merah bagi Pulau Pinang.


ADA ORANG TAK TIDOR MALAM....

Najib hargai sambutan warga Pulau Mutiara
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013


PULAU PINANG 11 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan terima kasih kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di padang Kolej Han Chiang di sini.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga merasa bertuah kerana buat kali pertama dapat meraikan perayaan tersebut dengan warga Pulau Pinang.

“Saya rasa begitu bertuah dan amat gembira pada tahun ini kerana dapat melakukan sesuatu yang belum pernah saya lalui, iaitu menyambut Tahun Baharu Cina dengan warga Pulau Pinang.

“Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga dengan begitu meriah sekali," katanya ketika berucap pada majlis tersebut hari ini.

Selain isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, turut mengiringi Najib ialah anaknya, Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunang, Daniar Nazarbayev.

Sebelum itu, Ashman Razak menyampaikan ucapan dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung yang kagum dengan kefasihannya.

Rosmah juga mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja selesai menyampaikan dua buah lagu Cina bersama kumpulan koir.

Dalam ucapannya juga, Najib menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.

Katanya, perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacu kemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.

“Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyat Malaysia.

“Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya...percaya pada janji ditepati," katanya.

Beliau mengulangi komitmen BN untuk menyediakan 20,000 rumah mampu milik dalam tempoh 12 tahun jika berjaya mentadbir semula negeri itu dan menyediakan kemudahan monorel bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Pada perkembangan lain, Perdana Menteri menjelaskan, Kolej Han Chiang akan dinaik taraf menjadi kolej universiti yang memberi tumpuan khusus kepada bidang komunikasi massa.

Yang hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta pemimpin-pemimpin komponen BN lain.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah.


NAJIB MENYUSAHKAN PUAK PEMBANGKANG... TEMBERANG MEREKA TAK MENJADI...

PM umum BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013

DATUK Seri Najib Tun Razak dan isteri disambut ribuan rakyat pelbagai kaum sejurus tiba di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor, di perkarangan Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN

ORANG ramai menunjukkan poster "Saya Sayang PM" di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di perkarangan Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN

JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.


DATUK Seri Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor, Abdul Ghani Othman, Dr. Chua Soi Lek, Prof. Jamillah Ariffin, Ong Ka Ting dan Hishammuddin Tun Hussein mengaul Yee Sang di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di perkarangan Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dalamn tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya Econsave Senai, dekat sini hari ini. - UTUSAN


KOMEN : APA NAK BUAT... JANJI TETAP DI TEPATI... BUKAN MACAM PKR SELANGOR... APA PUN TAK BOLEH....

'Ibu orang beriman'



DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013



UMMUL Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad SAW. Jika ditinjau daripada segi bahasa, Ummul Mukminin bererti 'ibu orang beriman.' Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah SWT.

Gelaran itu ditetapkan Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat enam yang bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…

Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah SWT menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad SAW wafat: …Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.

Perawi hadis

Ada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawi hadis Nabi Muhammad SAW, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, Ramlah binti Abu Sufyan, Hafsah binti Umar dan Zainab binti Jahsyi. Aisyah dikenal sebagai salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW yang berpengetahuan luas. Ramlah pula taat beribadat.

Isteri Nabi Muhammad SAW yang ditugaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan dan menyimpan naskah mushaf al-Quran di rumahnya ialah Hafsah. Nabi Muhammad SAW mengahwini Zainab dengan tujuan untuk membetulkan kekeliruan tentang kedudukan anak angkat.

Isteri-isteri Nabi SAW

Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan isteri-isterinya bertujuan untuk membentuk norma kehidupan rumah tangga yang akan menjadi contoh bagi keluarga Islam lainnya.

Tawanan perang

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, perang di antara orang kafir dengan orang Islam sering berlaku. Pada 6 Hijrah, kaum Bani Mustaliq yang sangat memusuhi Islam menyerang kaum Muslimin tetapi kalah, lalu ditawan oleh kaum Muslimin. Salah seorang tawanannya ialah, Juwairiyah, anak pemimpin Bani Mustaliq. Suami Juwairiyah, Musafi bin Shafwan terkorban dalam peperangan itu. Setelah Juwairiyah dibebaskan, Nabi Muhammad SAW mengahwininya.

Di samping itu, meletus pula Perang Khaibar. Peperangan di antara kaum Muslimin dengan Yahudi itu akhirnya dimenangi oleh kaum Muslimin. Antara tawanan perang tersebut ialah Sofiyah binti Huyay, puteri tokoh Yahudi yang sangat memusuhi Islam.

Nabi Muhammad SAW mengajukan dua pilihan kepadanya, iaitu memeluk Islam dan mengahwini Baginda atau dibebaskan dan tetap menganut agamanya. Akhirnya, beliau memilih untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW

Ahl al-Bait

Secara harfiah, Ahl al-Bait bererti anggota keluarga. Di dalam al-Quran, istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad SAW. Ummul Mukminin termasuk dalam kumpulan Ahl al-Bait. Mengenal pasti Ahl al-Bait yang sesuai dengan surah itu tidak menimbulkan masalah sehinggalah Hassan bin Ali meninggal dunia. Masalah timbul apabila kumpulan Syiah beranggapan bahawa Islam dipimpin oleh Ahl al-Bait daripada keturunan Ali dan Fatimah.

Beri undi kepada Pas haram?





TUMPAT 12 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

KOMEN : PUAK CAI HAM-PAS INI SAMPAI BILA NAK DIKENCING OLEH ULAR-MAK PAS PUN TAK TAHULAH... BENDA BOLE FIKIR SENDIRI PUN MEREKA NAK DAPATKAN FATWA TEMBERANG DARI PEMIMPIN PENIPU PAS... INI SEMUA SALAH UMNO NI....

Thursday, 7 February 2013

Batas aurat Muslim


Setiap yang mengakui dirinya Islam dituntut agar berusaha menjadi Muslim sejati. - Gambar hiasan

SESUATU yang harus ditutupi oleh seseorang kerana merasa malu atau rendah diri jika dilihat atau diketahui oleh orang lain disebut aurat. Aurat berasal daripada bahasa Arab aurah. Secara harfiah aurah bererti terbuka, kemaluan, telanjang, aib, cela dan cacat.

Aurat yang terbuka biasa mengundang nafsu berahi orang yang melihatnya sehingga mengundang perbuatan yang tercela.

Ulama sepakat bahawa menutup aurat wajib hukumnya, baik lelaki mahupun perempuan, terutama yang telah dewasa.

Meskipun demikian, memperlihatkan aurat kepada muhrim atau suami isteri hukumnya mubah (boleh). Begitu pula untuk hal-hal darurat, seperti ketika berubat yang mengharuskan si pesakit memperlihatkan auratnya.

Salah satu surah yang digunakan para ulama untuk menetapkan hukum menutup aurat adalah surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

Sebahagian ulama, terutama dalam mazhab Hanafi, berpendapat suara perempuan merupakan aurat. Hal ini didasari oleh firman Allah SWT yang bermaksud: …Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…

Menurut mereka, membunyikan kaki saja tidak boleh, apatah lagi mengeluarkan suara yang dapat mengundang fitnah dan nafsu berahi.

Adapun ulama Mazhab Syafie berpendapat suara perempuan bukan aurat. Kerana itu, mereka berhak ikut dalam berbagai kegiatan, seperti jual beli.

Bahkan, isteri-isteri Nabi Muhammad SAW juga banyak yang meriwayatkan hadis dan mengajarkan agama kepada semua orang.

Batas aurat

Para ulama berbeza pendapat tentang batas aurat laki-laki dan perempuan. Menurut Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Syafie, batas aurat lelaki ialah anggota tubuhnya antara pusat dan lutut, sesuai dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Paha adalah aurat. (riwayat Bukhari)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa aurat lelaki adalah kemaluan. Ini didasarkan pada hadis daripada Anas bin Malik bahawa: Nabi pernah membuka pahanya ketika beliau duduk bersama para sahabat. (riwayat Bukhari)

Batas aurat perempuan, menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuhnya, termasuk muka dan kedua-dua telapak tangannya, bahkan kukunya.

Pendapat lain mengatakan bahawa aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangannya. Imam Hanafi berpendapat bahawa kaki perempuan tidak termasuk aurat.
Setiap Muslim wajib menutup auratnya dengan cara berpakaian.

Ajakan bertaubat merupakan isyarat bahawa pelanggaran besar mahupun kecil terhadap tuntutan memelihara pandangan kepada lawan jenisnya tidak mudah dihindarkan oleh seseorang.

Kerana itu, setiap orang dituntut untuk berusaha sebaik-baiknya dan memohon ampun kepada Allah s.w.t atas kesalahan yang dibuatnya.

KONSPIRASI : Anwar mahu gerak 'Arab Spring'




KUALA LUMPUR 6 Feb. - Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai.

"Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya.

"Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi tersebut. Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan' itu digunakan bagi memenangi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Dr. Mahathir berkata, perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini perlu diambil perhatian serius kerana beliau selama ini menonjolkan dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan.

"Saya bukan gelisah tetapi saya tahu keupayaan Anwar untuk mengganggu. Ketika saya menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, dia menganjurkan demonstrasi pelajar.

"Ketika dia bersama kerajaan, tidak ada berlaku demonstrasi serius selama 16 tahun. Tetapi selepas disingkirkan daripada kerajaan, setiap minggu ada demonstrasi. Perniagaan di Kuala Lumpur terjejas kerana orang ramai mengelak memasuki ibu negara," ujarnya.

Menurut Dr. Mahathir, jika Anwar menganjurkan demonstrasi besar-besaran setiap hari di ibu negara, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada perniagaan tetapi sektor pelaburan dan pelancongan.

Katanya, sistem dan pelaksanaan pilihan raya di negara ini diakui bersih dan perkara itu dibuktikan dengan fakta pembangkang juga memenangi banyak kerusi di Parlimen selain menawan beberapa negeri khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Dalam beberapa contoh, Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sudah tentu kalau nak kata BN menipu, ia boleh dengan mudah menukar keputusan itu. Tetapi tidak ada bukti jelas mengatakan BN melakukan perkara tersebut," tambahnya.

"Dakwaan mengatakan pilihan raya tidak bersih dan penganjuran perhimpunan haram Bersih adalah satu persediaan jelas untuk menuduh kerajaan BN mengamalkan pilihan raya kotor jika pembangkang tewas," tambahnya.

KOMEN : KERJA LAIN TAK ADA, ASYIK NAK MENJAHANAMKAN NEGARA... KALAU AKU TAK JADI PM, AKU PORAK PERANDAKAN NEGARA... KALAU AKU JADI PM, AKU AKAN GADAI NEGARA KEPADA KAWAN BAIK AKU... SYAITAN

Friday, 18 January 2013

Sungguh KELAKAR! PENDATANG memPERTIKAIkan PENDATANG lain jadik WARGANEGARA seperti mereka dalam MALAYSIAKINI?




ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! PENDATANG.. Ya.. Kita cukup SUKA apabila ISTILAH ini disebut-sebut oleh pihak tertentu yang berkePENTINGan POLITIK terUTAMAnya berhubung pemBERIan keRAKYATan di Sabah diLAKUkan dan tentunya sekali lagi meRUPAkan 'ART of DIVERSION' untuk memBURUKkan Kerajaan UMNO/BN pada hari ini..

Yang SERONOKnya tuh, ada pulak beberapa PORTAL berita 'AH-Beng' seperti MALAYSIAKINI cuba menSENSASIkan ISU ini bersama-sama para PEMIMPIN DAP La'anatullah seperti 'DINASTI Lim'! Tak apa.. Kita cukup SUKA mereka menSENSASIkan ISU ini.. Malah, kita PERCAYA RAMAI lagi yang SUKA..

PENDATANG.. Siapakah yang diKATAkan PENDATANG? Dalam KONTEKS Geografi di rantau Asia Tenggara ini, siapakah yang PENDATANG? Ooo.. KONTEKS tu BESAR sangat ke? OKlah.. Kita ambil dalam KONTEKS sekitar NEGARA kita ini dengan NEGARA-NEGARA jiran seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Filipina.. Sekali lagi kita TANYA, siapakah yang diMAKSUDkan dengan PENDATANG? 

1) Adakah orang Melayu/ISLAM di Kedah dan Kelantan melihat orang Melayu/ISLAM di Pattani atau Songkhla sebagai PENDATANG?



2) Adakah orang Melayu/ISLAM keturunan Acheh, Rawa, Minang, Mendailing, BUGIS atau JAWA menganggap sanak-saudara mereka yang seketurunan di pulau Sumatera, Jawa dan Sulawesi sebagai PENDATANG?



3) Adakah orang Bajau dan PRIBUMI Sabah terutamanya di Bahagian TIMUR menganggap orang Moro/ISLAM di Selatan Filipina dan orang Melayu BRUNEI sebagai PENDATANG?

Itu SOALAN yang patut diTANYAkan dalam KONTEKS sekitar NEGARA kita ini.. Untuk menJAWABnya, kita BERIkan 'HINT' seperti di bawah,

- Apakah BAHASA dan TULISan mereka berBEZA sangat? 

- Apakah fahaman AGAMA mereka berBEZA?

- Apakah BUDAYA dan cara HIDUP mereka berBEZA?

Jika SEMUAnya TIDAK ada perBEZAan, siapakah yang sebenarnya LAYAK dipanggil PENDATANG? Ada tak para 'AH-BENG' dalam MALAYSIAKINI boleh menJAWABnya? Tak mahu JAWAB? OK.. Kita JAWAB.. PENDATANG dalam KONTEKS NEGARA ini ialah orang ASING yang dibawa MASUK ke NEGARA ini oleh orang ASING yang lain..

CONTOHnya seperti PENJAJAH Eropah yang meng'IMPORT' RAKYAT benua China dan India ke NEGARA lain untuk jadik KULI mereka! Tak FAHAM jugak? Ish.. Memang BENAK 'AH-Beng' nih.. Patutnya jadik 'CAI' yang jual 'HENSET' kat Pasar PUDU aje kalau dah BENAK! HE!HE!HE!
Apa? Mereka ialah PENDATANG kerana berASAL dari NEGARA lain dan diBERIkan keRAKYATan kerana telah LAMA tinggal di NEGARA ini.. Ooo.. Sebab itu aje ke? Apa BEZAnya STATUS mereka sebagai PENDATANG dengan STATUS 'AH-Beng' dalam MALAYSIAKINI dan DAP La'anatullah sebagai PENDATANG?

'AH-Beng' dalam MALAYSIAKINI dan DAP La'anatullah KATA mereka BERHAK jadik WARGANEGARA pasal TOK NENEK mereka dah LAMA datang ke NEGARA ini.. Eh? kalau para 'AH-Beng' yang TOK NENEKnya datang JAUH beRIBU batu boleh 'CLAIM' sedemikian, kenapa pulak mereka yang lebih DEKAT ini TIDAK boleh? 

Kita SETUJU dengan keCERDIKkan TUN Dr. Mahathir yang menJAWAB ISU ini.. Beliau mengatakan keRAKYATan telah diBERIkan kepada mereka yang tidak FASIH dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia..
"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua  kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" ->KLIK<- a="a">

PERGH!! Patutlah puak PENDATANG yang TIDAK mahu dipanggil PENDATANG seperti 'AH-Beng' dalam MALAYSIAKINI dan DAP La'anatullah nih 'HANGIN'! Memang JAWAPAN beliau PEDIH dan CUKUP dengan segala macam PERASA! Syabas TUN! KAH!KAH!KAH!

Ooo.. Ada 'AH-Beng' yang MARAH pulak KONONnya pasal tak dapat meMILIKki TANAH di Sabah.. Hek elleh.. 'AH-Beng' kalau mau TANAH kena datang ke Kelantan la, bukannya Sabah.. Kelantan pasal ada Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang boleh bagi kat PENDATANG sampai 10 ribu ekar TANAH tanpa sebab.. Jadik, kalau 'AH-Beng' nih rasa SUSAH sangat nak dapat TANAH di Sabah, Pok Nik pasti akan mengALU-ALUkannya ke Kelantan.. Cumanya kena datang CEPAT sikitla TAKUT Pok Nik masuk CCU ke ICU ke atau ke dalam TANAH, lagi SUSAH! KAH!KAH!KAH!
Nih apahal pulak 'PADIYAPPA' nih? Apahal pulak mau UNGKIT orang masuk ISLAM dah dikira BUMIPUTRA pulak? Ehh? 'PADIYAPPA' nih BENGONG ke apa? Kalau TOK NENEK dia masuk ISLAM dan KAHWIN dengan orang Melayu/ISLAM zaman PENJAJAH British dulu, dah SENANG aje dapat 'TITLE' BUMIPUTRA hari nih? Siapa suruh TOK NENEK ko tak KAHWIN dan masuk ISLAM masa tuh? TOK NENEK ko le yang BODOH! Patut le 'PADIYAPPA' HINDRAF macam ko berIYA-IYA nak MINTAK PAMPASan dari British! Ko yang SAHkan ko tuh PENDATANG pasal MARAHkan British bawak TOK NENEK ko datang ke NEGARA ini? KAH!KAH!KAH!

KELAKAR.. KELAKAR.. PENDATANG sendiri memPERTIKAIkan PENDATANG lain jadik WARGANEGARA? PENDATANG sendiri MARAHkan PENDATANG lain yang memenuhi SYARAT sepertinya untuk jadik WARGANEGARA? Patutnya, mereka cuba DENGAR balik apa yang Puan Sharifah ini KATA dalam FORUM di UUM.. 
"LISTEN.. LISTEN.. LISTEN.. Kalau YOU tak SUKA NEGARA ini, kenapa tak 'MIGRATE' aje ke NEGARA lain? LISTEN.. LISTEN.. LISTEN.." KAH!KAH!KAH!
Kalau nak diUNGKIT, berapa RAMAI agaknya kePIMPINan dalam DAP La'anatullah dan PKR sendiri yang sememangnya PENDATANG tetapi boleh pulak PERASAN BAGUS untuk memPERTIKAIkan orang lain? Apa pun, kita TAHU sangat-sangat KONONnya kenapa ISU PENDATANG di Sabah yang diBERIkan keWARGANEGARAan ini diMAINkan.. Bukan perkara BARU pun.. Ianya terMASUKlah AGENDA untuk mengKRISTIANkan Sabah seperti yang diHAJATi oleh Penasihat PKR dan RAKAN seKONGKOLnya dari Filipina ini.. 
Sebab itulah dia SEMBUNYIkan PERANANnya menJATUHkan Kerajaan PBS di Sabah dahulu pada TAHUN 1994.. Memang JAHATlah 'PenJUBOR + PenZINA' yang berFAHAMan PLURALISME nih.. Itu pun Lebai-Lebai DUNGU PAS ikut aje.. Ye la.. Dah DUNGU la KATAkan.. HE!HE!HE!
Wallahualam..   
KOMEN : TAK SALAH BERKONGSI MAKLUMAT. THANK YOU BRO TUKANG DOK PEGHATI...

Wednesday, 7 November 2012

APA NAK HARAP DARI SETAN BISU, PEKAK PULAK TU

Apabila Pas 'pekakkan telinga'!
Petugas dalam kempen Pas mengutip derma pada majlis pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Machang, baru-baru ini. - gambar hiasan

ADA orang menyatakan kepada penulis, yang begini ungkapannya: "Rasanya Allah menyayangi Malaysia kerana al-Quran senantiasa mendapat penghormatan di negara ini."

Penulis bertanya sebabnya dan individu berkenaan memberi contoh paling mudah. Katanya: "Malaysia, satu-satunya negara di dunia yang menganjurkan majlis tahunan Tilawah al-Quran. Sebab 
itu kita makmur, aman dan maju."

Ketika ini para penyokong dan pengikut pembangkang terutama Pas dan PKR sibuk menghentam seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menghina Islam. Inilah yang dikatakan 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak pula begitu.'

Sampaikan berdegar-degarlah penyokong dan pemimpin kedua-dua parti pembangkang itu berhimpun di satu tempat baru-baru ini, kononnya membantah keras ungkapan pemimpin komponen itu - meskipun kelmarin pemimpin parti berkenaan menafikan berbuat demikian.

Apabila sesuatu isu itu tidak menyebelahi Pas, habis diterjah atau ditonyoh pesaingnya itu. 

Hakikatnya, Pas akan pekakkan telinga apabila:

1. Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataan terbaru, yang diulanginya berkali-kali, telah terang-terang mengakui menolak hukum Hudud dilaksanakan walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Yang hairannya, disambut pula oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan 'memusingnya' sebagai konon kenyataan Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.

"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita," kata Nik Abdul Aziz.

2. Suatu ketika Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming bertindak membaca surah "Aura" yang tidak terdapat pun dalam al-Quran.

Persoalannya, siapakah yang mengajar Kor Ming untuk membaca ayat tersebut? Mengapa ajar Kor Ming membaca ayat al-Quran ini untuk tujuan ceramah politik sahaja? Dan ini bukan kali pertama DAP membaca ayat al-Quran. Sebelum ini pun, Wong Kar Woh (ADUN Canning, bekas Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri Perak. 

Tetapi sekali lagi 'disambut' oleh Nik Abdul Aziz: "Eh dia nak guna ayat Quran, sepatutnya dia guna lamo dah. Itu kesan gelombang kebangkitan Islam sekarang. Tak po lah dia nak guna dia punya pasal. Salah tafsir itu dia punya pasal. Tapi nak baca Quran itu dak po (lihat sini)."

Sedangkan oang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan: "Tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran".

Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ke tepi. Soal agama tidak boleh dibuat main-main. Al-Quran adalah imam umat Islam, jangan membiarkan orang bukan Islam mempersendakannya."

3. Banyak ulama baik dari dalam mahupun luar negara mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam yang terbaik, melihat kepada pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO. Perkara itu bukan saja selaras dengan Islam malah dituntut oleh Islam. Ini termasuklah penubuhan insitusi pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1983 yang telah menghasilkan puluhan ribu siswazah yang kini mengamalkan ilmu Islam dalam pelbagai lapangan seperti undang-undang sivil dan syariah, ekonomi, sains kemanusiaan dan kejuruteraan.

4. Tabung Haji yang ditubuhkan pada 1963, bagi memudahkan urusan umat Islam menunaikan Rukun Islam yang kelima juga adalah manifestasi kesungguhan kerajaan BN memenuhi kebajikan umat Islam di Malaysia sehingga ingin dicontohi banyak negara lain.

Terbaharu, Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika mahu meneladaninya. Tabung Haji bukan sahaja mengatur urusan jemaah haji Malaysia dengan tertib, malah mampu memberi subsidi kepada jemaah berlandaskan konsep Islam.

5. Daripada hasil usaha UMNO dan BN juga, Malaysia terkenal di dunia Islam dengan majlis tahunan Tilawah Al-Quran yang dianjurkannya sehingga hari ini di bawah pentadbiran Najib. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan majlis berkenaan pada 9 Mac 1961 ialah Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Bapa UMNO dan Bapa Kemerdekaan dan bukannya daripada parti pembangkang yang berlabel Islam.

6. Kerajaan Pusat telah banyak melaksanakan pelbagai agenda yang dituntut oleh Islam namun tidak dilabelkan dengan jenama Islam. Contohnya, seperti membina universiti, sekolah, memberi kemudahan air, elektrik, rumah, masjid, surau dan jalan untuk keselesaan rakyat. Semua ini tidak dilabelkan dengan jenama Islam meskipun ia adalah perkara yang dituntut dalam Islam iaitu memberi kebajikan kepada rakyat.

7. Suatu ketika ulama tersohor Sheikh Al-Azhar. Dr. Mohammad Sayed Tantawi mengungkapkan, Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana Malaysia mengamalkan ajaran sebenar Islam. Begini ungkapannya:

"Sudah tentu Malaysia merupakan negara Islam contoh. Lihat sahaja pembangunannya yang amat pesat dan rakyatnya juga berpegang kepada ajaran sebenar Islam dengan aman dan damai tanpa rusuhan dan huru-hara.

"Ini adalah ciri-ciri negara Islam kerana Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya."

8. Banyak negara mengagumi Malaysia. Antaranya terbaharu, Yemen yang amat mengagumi pembangunan ekonomi di Malaysia dan mahu mencontohinya. Menurut Dutanya di negara ini, Abdulla Mohamed Al-Montser: "Kami semua (termasuk semua negara Asia Barat) menyifatkan Malaysia sebagai Negara Islam Progresif Contoh."

9. Pada 31 Mei tahun ini, program transformasi negara dipuji oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman yang mengunjungi negara ini sebagai tetamu Kuala Lumpur Business Club. Kedua-dua senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu turut mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia ekoran mengamalkan sistem demokrasi dan mempunyai kemajuan ekonomi yang menakjubkan.

"Dalam pandangan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia. Kami kagum dengan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di negara ini," kata McCain pada sidang akhbar.

10. Mengikut kajian Global Index 2011 oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Antarabangsa yang berpusat di Sydney, Australia menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-19 daripada 153 negara yang mampu mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Laporan kajian penyelidikan Strategia International merekodkan Kuala Lumpur menjadi destinasi utama pelabur dari Asia Barat untuk melabur.

Dalam kajian terbaru oleh Crescent Rating, Malaysia berada di tempat pertama sebagai destinasi Organisasi Konferensi Islam (OKI) untuk kategori Halal Friendly dalam kelompok 10 buah negara iaitu Mesir, Turki, Indonesia, Emeriyah Arab Bersatu, Maghribi, Tunisia, Jordan, Brunei dan Qatar.

Daripada secebis 10 bukti daripada puluhan bukti sedia ada mengenai imej kerajaan yang ada, di mana kedudukan pakatan pembangkang di Malaysia. Di mana duduknya Pas?

Barangkali, persoalan inilah yang perlu dikupas dan diperdebatkan oleh pemimpin, pengikut dan penyokong Pas pada Muktamar Tahunan parti itu yang akan 'bertempik' di Kota Bharu, Kelantan pertengahan bulan ini.

 

Pluralisme agama merebak



KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kenyataan bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka menjadi petanda fahaman pluralisme agama dan fahaman Islam liberal kini sudah merebak luas hasil gerakan aktif kumpulan tertentu.

Malah Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu laluan serta tiket percuma kepada gerakan-gerakan yang sentiasa mahu memesongkan akidah umat Islam antaranya gerakan kristianisasi.

Sememangnya kata beliau, kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi sekarang dan generasi akan datang apatah lagi sifatnya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

''Saya tersentak membaca laporan dalaman yang Nurul Izzah membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius.

''Tetapi jika ditinjau dari sudut akidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam, sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajar kepada kita selama ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam satu berita yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini semalam menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Kenyataan itu disuarakan Nurul Izzah ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? bagi menjawab pertanyaan peserta iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, kelmarin.

Hasan kesal kerana dalam usaha pihaknya, Yayasan Murni Aqidah serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain mempertahankan akidah umat Islam, kenyataan seumpama itu datang daripada seorang pemimpin Melayu beragama Islam sendiri.

''Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan.

''Seperti diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan akidah mempunyai kelemahan dan batas-batas tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi juga berdepan dengan orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.

''Kehadiran orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menyulitkan lagi gerak kerja memurnikan akidah yang penuh berliku,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasan berkata, di dalam forum tersebut, Nurul Izzah dikatakan turut menerima konsep seks bebas iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

''Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.

''Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar,'' katanya.

Kata Hasan, gerakan itu menjadi bertambah mudah apabila Pas yang sepatutnya menjuarai isu akidah, syariah dan moral, kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan Anwar.

''Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah akidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan,'' katanya.

Dalam pada itu, Hasan mengingatkan kepada kepemimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan tibanya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk menganjurkan program yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam.

''Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air keruh.,'' katanya.

Beliau juga mahu kepemimpinan tertinggi Pas terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian berhubung dengan pandangan Nurul Izzah itu.

''Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan akidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan?,'' katanya.

KOMEN : DIA NAK BELA BAPA DIA.....

Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik


DARI UTUSAN MALAYSIA
6/11/2012



KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu termasuklah dalam kalangan orang Melayu jelas membuktikan beliau menjadikan agama sebagai modal politik untuk menarik sokongan bukan Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nurul Izzah itu juga membuktikan beliau meletakkan kepercayaan terhadap agama Islam daripada sudut akidah lebih rendah berbanding kepentingan politiknya.

Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, perkara tersebut sangat serius kerana boleh merosakkan agama Islam dan menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyiasat perkara itu memandangkan kenyataan tersebut dilakukan di Selangor.

"Budak ini (Nurul Izzah) masih mentah, mungkin beliau terpengaruh dengan bapanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mendokong fahaman pluralisme. Jadi, saya mintalah ahli-ahli Pas yang mendakwa mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tarbiyah budak ini.

"Islam memang tidak memaksa seseorang itu memeluk agama tersebut, tetapi tidak bermakna Islam memberi kebebasan kepada mana-mana penganutnya keluar masuk agama sesuka hati. Hari ini Islam, esok keluar dan masuk agama Buddha, lusa masuk Islam balik, tidak boleh.

"Isu ini sama dengan isu murtad, kalau tidak faham bab hukum agama, jangan cakap, nanti tersilap seperti yang telah berlaku. Manusia yang belum memeluk Islam, bebas untuk memilih agama, tetapi bagi yang telah memeluk Islam, hukumnya bunuh jika memilih keluar Islam kerana mempersendakan Allah SWT," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula mempersoalkan pendirian pakatan pembangkang, khususnya Pas berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.

Ini kerana, katanya, kenyataan Nurul Izzah itu sama dengan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sangat ditentang oleh Pas sebelum ini.

"Nurul Izzah bukan sebarangan, beliau adalah anak kepada Penasihat dan Presiden PKR, beliau merupakan naib presiden parti dan diangkat sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah boleh dianggap mewakili pendirian parti serta pakatan pembangkang.

"Saya nak tanya pendirian Pas kerana kenyataan Nurul Izzah bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan terpakai kepada orang Melayu sama dengan salah satu tuntutan IFC. Saya tidak tahu kalau hari ini Pas menyokong IFC serta kenyataan Nurul Izzah itu, mereka perlu jelaskan kepada akar umbi," jelasnya.

KOMEN : PAS TAKAN KATA APA....

BAPA BOREK ANAK RINTIK

Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat termasuk orang Melayu tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu adalah bukti Islam digadai secara terang-terangan.

Malah Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yakin, kenyataan itu juga sebahagian daripada hasrat pakatan pembangkang sekiranya mereka berjaya memerintah negara kelak.

"Kita tidak perlu terkejut jika pakatan pembangkang memerintah, kebebasan beragama ini berlaku dan kedudukan Islam dan Melayu sudah tidak dipelihara.

"Saya mencabar Nurul Izzah, bagi menterjemahkan hasratnya yang mahu Melayu bebas memilih agama agar mengisytiharkan anaknya tidak akan diajar dan dididik secara Islam sehingga berusia 21 tahun, biar anaknya menentukan agama mana yang hendak dianuti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah yang disiarkan portal berita propembangkang, Malaysiakini ketika menjawab soalan peserta forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya kelmarin iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu.

Tambah Muhammad Zahid, pandangan Nurul Izzah yang disifatkan sebagai 'jahil' itu dilihat senada dengan Pengerusi Himpunan Bersih, Datuk S. Ambiga yang juga antara penggerak Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sebelum ini.

"Saya yakin kenyataan Nurul Izzah tidak akan berani ditempelak oleh pemimpin Pas. Menempelak beliau umpama menempelak bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adalah 'berdosa besar' bila menempelak Anwar.

"Kenyataan Nurul Izzah saya lihat juga bahaya yang mana membuka ruang ke arah murtad. Selama ini murtad tidak dibenarkan sama sekali namun kini telah mula cuba dibangkitkan oleh Nurul Izzah dan sebelumnya Ambiga dengan IFC," ujarnya. 


Sultan Selangor kesal dengan kenyataan Nurul Izzah


DARI UTUSAN MALAYSIA
6/11/2012



SHAH ALAM 6 Nov. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial Facebook-nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.

"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.

Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.

"MAIS bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, MAIS mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya. - BERNAMA


Kerana hutang, syurga terhalang


DARI UTUSAN MALAYSIA
6/11/2012

 

Hutang akan membuat kita hidup dalam ketakutan. - Gambar hiasan

ADIK saya pernah meminjam wang kepada saya. Sebagai abang, tentu sahaja saya memberikan pinjaman kepadanya. Namun yang jadi masalah: Dia sangat liat membayar kembali hutang itu. Puas saya menunggu dan merayu, tapi dia tak memberinya juga.

Masalahnya dia bukannya tidak mampu membayar. Saya lihat pakaian anak dan isterinya berjenama. Baju dan kasut mereka, bahkan lebih mahal daripada yang dipakai anak-anak saya sendiri. Dia pernah berkata: "Awak dah kaya. Saya tak wajib bayar hutang kepada awak." Betulkah ucapan sebegini?

Jawapan
Ucapan seperti ini tentu sahaja tidak benar. Hutang seberapa kecil pun tetap wajib dibayar meskipun pemilik hutang itu seorang jutawan yang kaya raya.

Sebagai agama yang menjunjung keadilan, Islam sangat menghormati hak milik seseorang. Ia melihatnya sebagai sesuatu yang suci. Tiada siapa yang boleh mengambil milik orang lain tanpa kerelaan hati daripadanya.

Daripada Abu Humaid Al-Saidi, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal bagi seseorang mengambil walau sebatang tongkat milik saudaranya tanpa kerelaan hati daripadanya." Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Sahih-nya.

Islam juga melihat sikap enggan membayar hutang adalah satu bentuk kezaliman. Pelakunya sangat dibenci oleh Allah, Rasulullah SAW dan seluruh manusia.

Baginda SAW bersabda: Menangguh hutang padahal mampu membayarnya adalah satu kezaliman. Maka halal menghukumnya dan (memburukkan) namanya. (riwayat Al-Bukhari)

Maksud hadis ini, kita boleh mengadukan orang yang enggan membayar hutang kepada hakim untuk diambil tindakan ke atasnya. Dan mendedahkan sifat buruk orang ini bukan termasuk mengumpat yang diharamkan.

Bahaya hutang
Islam melihat hutang sebagai sesuatu yang berat. Oleh itu, umat Islam dianjurkan untuk menghindari hutang sedaya mungkin. Jangan berhutang kecuali sangat terpaksa seperti membeli rumah yang sukar dibayar secara tunai. Itu pun mesti bersesuaian dengan kemampuan diri dan tidak berlebihan.

Adapun berhutang hanya untuk tampil bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka kebiasaan ini sangat buruk. Islam menyebut sikap ini sebagai takalluf (memaksa diri di luar kemampuan). Dan orang yang takalluf akan selalu hidup dalam seksaan.

Hutang akan membuat kita hidup dalam ketakutan. Setiap kali keluar rumah, kita khuatir berjumpa dengan penagih hutang. Kita juga takut menjawab panggilan telefon. Khuatir panggilan itu berasal dari si penagih hutang. Sungguh penat hidup seperti ini.

Itu sebabnya Nabi SAW selalu berdoa agar dihindarkan daripada hutang. Siti Aisyah berkata: "Doa yang selalu dibaca Nabi SAW dalam solat adalah: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang."

Seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa tuan selalu berlindung daripada hutang?" Baginda menjawab: Sesungguhnya orang berhutang jika ia berkata, ia akan berdusta. Dan jika ia berjanji, ia tidak menepati janjinya. (riwayat al-Bukhari)