Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 29 January 2016

Thursday, 28 January 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bil dan RM42 Juta - Selesai Pada AG Dan Naji...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bil dan RM42 Juta - Selesai Pada AG Dan Naji...: Nampaknya isu RM2.6 bil masih belum tamat di mahkamah rakyat. Tak perlulah nak dihairankan kerana sekarang rakyat Malaysia sudah semakin ...

APANAMA: Siapa percaya ?

APANAMA: Siapa percaya ?: Nampaknya sebahagian besar rakyat tidak menerima baik kenyataan serta tindak tanduk Peguam Negara Tan Sri Apandi yang mengarahkan agar SP...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM42 Juta - MUSTAHIL Advisor Emeritus SRC Tidak Ta...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM42 Juta - MUSTAHIL Advisor Emeritus SRC Tidak Ta...: Mkini Menarik artikel dari Mkini ini, saya copy sepenuhnya - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan t...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Khairuddun Abu Hassan Buat Laporan Polis ke atas P...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Khairuddun Abu Hassan Buat Laporan Polis ke atas P...: Melalui kenyataan di laman facebook  Khairuddin Abu Hassan   memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan Polis ke atas Peguam Nega...

Putra Merdeka: Arab Saudi Nak Siasat - SPRM Nak Dakwa..!

Putra Merdeka: Arab Saudi Nak Siasat - SPRM Nak Dakwa..!: Tak reti reti ker? kan AG kata dah tutup..! tutup la weii..! Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Na...

Stadium RM200j venue baharu JDT

MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 28 Januari 2016 12:37 AM


JOHOR BAHRU - Stadium baharu pasukan juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim Larkin bakal diba­ngunkan tidak lama lagi di Iskandar Puteri dengan kos keseluruhan dianggarkan antara RM180 juta hingga RM200 juta.

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu, stadium itu akan dibangunkan di kawasan seluas 14 hektar oleh penaja utama JDT musim ini iaitu Forest City.

Menurutnya, stadium tersebut bakal menjadi mercu tanda utama JDT Sports City yang akan turut menempatkan pelbagai prasarana lain termasuk pusat beli belah, kawasan kediaman, serta kemudahan untuk pelbagai sukan lain.

“Saya berhasrat untuk mengekalkan penggunaan nama Larkin kerana rasa sayang de­ngan nama tersebut. Stadium itu juga mampu memuatkan kira-kira 45,000 penonton dalam satu masa.

“Stadium itu nanti akan menjadi gelanggang kepada skuad JDT, manakala pasukan JDT 2 akan beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Mohd. Fahmy Yahya.

Tunku Mahkota Johor turut memberitahu, stadium baharu tersebut akan menyediakan lebih banyak kemudahan khususnya untuk penyokong setia pasukan Harimau Selatan.

“Stadium baharu ini bukan sahaja lebih strategik, tetapi akan dibangunkan dengan mengambil kira akses dan prasarana yang diperlukan penyokong setia kami.

“Kekurangan yang terdapat di Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) tidak akan berlaku di stadium baharu nanti,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/stadium-rm200j-venue-baharu-jdt-1.184107#sthash.vtxhTgaE.dpuf


Tiada pemain JDT 
yang selamat – TMJ

28 Januari 2016 12:37 AM

JOHOR BAHRU – Tiada sesiapa pun dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh berasakan kedudukan mereka dalam pasukan penyandang gelaran Liga Super itu adalah selamat sehinggalah senarai muktamad pemain ditetapkan, kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KEDUDUKAN bekas penyerang Harimau Muda, Mohd. Rozaimi Abd. Rahman juga masih belum ditentukan sama ada akan tersenarai dalam skuad JDT atau JDT 2.

Tunku Mahkota Johor juga berkata, penilaian yang dilakukan terhadap para pemain sepanjang tiga perlawanan persahabatan yang telah dijalankan masih belum memuaskan hatinya kerana juara Liga Super dua musim berturut-turut itu bukan sahaja akan ber­usaha mempertahankan gelaran liga, tetapi juga memburu tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia (ACL).

“Setakat ini saya masih belum berpuas hati dengan prestasi pemain, apa yang boleh saya katakan adalah kedudukan semua pemain masih belum selamat.

“Saya memberi kebebasan sepenuhnya kepada ketua jurulatih Mario Gomez untuk melakukan apa yang dirasakannya terbaik menjelang pembukaan saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Menurut Tunku Ismail, skuad Harimau Selatan masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan walaupun berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC musim lalu.

“Saya bersyukur dengan kejayaan yang berjaya dicatat musim lalu, tetapi secara realitinya kami masih di belakang jika hendak dibandingkan dengan kelab lain yang turut bersaing dalam ACL.

“Walaupun begitu, peluang untuk kami melepasi pusingan kelayakan ACL masih terbuka,” katanya.

Tunku Ismail turut menegaskan bahawa kedudukan penyerang muda negara Mohd. Rozaimi Abd. Rahman sama ada bakal membarisi skuad utama atau JDT 2 masih belum ditentukan.

“Walaupun dia baharu pulih daripada kecederaan, namun saya yakin dia mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan ini dan saya yakin dia mampu pergi jauh.

“Keputusan sama ada dia bakal menyarung jersi JDT atau JDT 2 masih belum ditetapkan, semuanya bergantung sama ada Mario Gomez mahukan dia dalam skuadnya atau tidak,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiada-pemain-jdt-8232-yang-selamat-8211-tmj-1.184110#sthash.YO39BsCe.dpuf


Enggan terima jawatan Pusat? - MUKHRIZ TUN MAHATHIR

MOHD. RAFIE AZIMI | 28 Januari 2016 1:43 AM


MUKHRIZ TUN MAHATHIR beramah mesra dengan guru-guru agama pondok selepas Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Memohon Keamanan dan Kemakmuran Kedah di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, Kedah. malam semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

JERLUN 27 Jan. - Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memberi gambaran seolah-olah tidak akan me­nerima sebarang jawatan terma­suk di peringkat Pusat jika kedudukannya sebagai Menteri Besar ditukar dengan alasan tidak mahu mengkhianati rakyat negeri ini.

“Walaupun ditawar macam-macam, mungkin juga jawatan tinggi di peringkat kebangsaan sekali pun, saya memilih untuk tidak mengkhianati rakyat Kedah.

“Selagi rakyat negeri ini percaya kepada saya dan rakan-rakan, selagi anda semua optimis mempunyai harapan terhadap nasib negeri ini, selagi itu saya bersama tuan-tuan dan puan-puan untuk merealisasikan cita-cita tersebut,” katanya.

Beliau berucap kepada hampir 1,000 penyokongnya dalam perhimpunan ‘Selamatkan Kedah’ di Kampung Sanglang, Ayer Hitam di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau yang diiringi isterinya, Tok Puan Norzieta Zakaria serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Aminuddin Omar turut menyertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang dipimpin Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Roslan Abdul Halim di Masjid al-Abrar.

Sementara itu, Mukhriz menegaskan, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan apa jua tindakan yang akan dikenakan kepadanya hanya kerana mengamalkan prinsip untuk sentiasa bercakap benar.

“Saya tak faham bagaimana sikap tidak suka ditegur ini boleh menjadikan kita kuat walaupun kebenaran ada di depan mata. Yang di atas sepatutnya tidak memperlekehkan akar umbi, macamlah mereka ini tak tahu semua dan mudah sangat diperdaya.

“Semua ini berlaku disebabkan kelantangan saya bercakap perkara yang benar. Tetapi saya tidak gentar kerana sangat percaya, di sebalik kejadian buruk yang berlaku, sentiasa ada hikmah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau menganggap apa yang berlaku kepada dirinya adalah ‘tembakan amaran’ kepada Menteri Besar, Ketua Menteri serta ketua-ketua bahagian dan cawangan UMNO agar sentiasa mengikut telunjuk.

“Ini menyusahkan kerja kerana kita berhasrat untuk melakukan yang terbaik bagi rakyat tanpa campur tangan berlebihan pihak lain.

“Tetapi saya harap semua bertenang dan bersabar kerana demonstrasi jalanan dan rusuhan bukan cara kita. Cukuplah kita berhimpun melakukan solat hajat, bermunajat dan meminta tolong kepada Allah sambil menggunakan hak masing-masing iaitu bercakap benar secara hikmah selain menolak berita-berita palsu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/enggan-terima-jawatan-pusat-1.184307#sthash.ZSQ9aTBP.dpuf


Sumber sahkan RM2.6b daripada Raja Abdullah - Sumber pun misteri..

KASTHURI JEEVENDRAN | 28 Januari 2016 1:43 AM



Keratan Utusan Malaysia semalam.


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Arab Saudi mengesahkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bantuan kewangan untuk membantu beliau memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi yang enggan dikenali mendedahkan kepada rangkaian BBC, pemberian bantuan kewangan itu sebenarnya daripada Almarhum Raja Abdullah dengan menggunakan wang peribadi dan dana negara.

Menurut sumber itu, sumbangan tersebut diberikan selepas wujud kebimbangan Arab Saudi berhubung penularan pengaruh Pergerakan Ikhwanul Muslimin.

“Tujuan sumbangan ini sangat mudah, membantu Najib memenangi pilihan raya, mendapatkan khidmat pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah tertentu terutama di Sarawak, selain menaja program sosial melalui kempen parti,” katanya kepada BBC semalam.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Mohamed Apandi menjelaskan, siasatan mendapati sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga diraja Arab Saudi itu telah diberikan tanpa apa-apa balasan, malah pada bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Tambah sumber itu, pemberian dana oleh Arab Saudi kepada Najib bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya turut diberikan kepada negara lain seperti Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan.

“Tidak ada apa yang luar biasa, sebelum ini banyak negara juga mendapat manfaat melalui dana peribadi yang telah dihulurkan oleh kerajaan Arab Saudi,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sumber-sahkan-rm2-6b-daripada-raja-abdullah-1.184295#sthash.D4pUOGhZ.dpuf


Malaysia sertai TPPA

28 Januari 2016 1:43 AM


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) setelah mendapat mandat Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam TPPA setelah mengadakan sidang khas selama dua hari mulai semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan usul tersebut diluluskan setelah undi belah bahagian yang dijalankan mendapati sebanyak 127 Ahli Parlimen menyokong berbanding 84 orang yang membantah.

“Maka dengan yang demikian usul ini dipersetujukan,” katanya.

Sesi perbahasan bermula semalam dengan disertai oleh 12 wakil kerajaan dan 12 wakil pembangkang selepas pembentangan usul oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain Mustapa, penggulungan melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Nancy Shukri; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut hadir ketika sesi penggulungan dijalankan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-sertai-tppa-1.184304#sthash.NZP5DN1y.dpuf


Thursday, 21 January 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Umno Kedah VS Mukhriz - Semuanya GAME Najib Yang T...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Umno Kedah VS Mukhriz - Semuanya GAME Najib Yang T...: Semalam riuh kisah Ketua2 Bahagian Umno Kedah mengadakan sidang akhbar menuntut supaya MB Kedah dilucutkan jawatan dan digantikan denga...

.: DRAMA EMPAT EPISOD - GENDANG PERANG TELAH DI PALU ...

.: DRAMA EMPAT EPISOD - GENDANG PERANG TELAH DI PALU ...: AHMAD BASHAH MD HANIPAH (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kedah bercakap dalam sidang akhbar tergem...

UMNO Kedah tolak Mukhriz_ Muka yang ada dalam gambar ni pun bukan calon boleh menang...

Hilang kepercayaan kepada MB, Rayu PM campur tangan selesai kemelut parti

JAMLIAH ABDULLAH | 21 Januari 2016 1:33 AM


AHMAD BASHAH MD HANIPAH (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kedah bercakap dalam sidang akhbar tergempar menolak kepemimpinan Mukhriz Mahathir di Alor Setar, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 20 Jan. - Seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri ini hari ini menyuarakan pendirian hilang kepercayaan ter­hadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri dan Menteri Besar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, beliau yang mewakili semua pemimpin berkenaan merayu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

Katanya, seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Menteri Besar ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri ini.

“Antaranya, kegagalan beliau (Mukhriz) dalam menyatupadukan pimpinan UMNO dan jentera parti di semua peringkat negeri. Kedua, kita dapati tiada sebarang perancangan strategik parti bagi parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang semakin hari semakin dekat. Tidak ada perancangan dari segi itu bagaimana hendak hadapi PRU.

“Ketiga, beliau juga gagal mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepemimpinan parti di negeri ini. Ini dirasai dan diluahkan di semua peringkat bahagian.

“Sebagai Menteri Besar beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan, itu turut memberi kesan kepada parti. Kami merasakan banyak kelemahan di peringkat parti dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang akhbar tergempar di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan yang diadakan kira-kira pukul 3.30 petang itu dihadiri 14 daripada 15 pemimpin bahagian negeri ini. Hadir sama, ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri serta Ahli Parlimen UMNO negeri ini.

Turut serta dalam sidang akhbar yang berlangsung 15 minit itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas lanjut kata Ahmad Bashah, UMNO Kedah merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas pimpinan tertinggi parti negeri dan Menteri Besar.

“Sebab itu, kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah.

“Itu harapan kami dan keputusan ini dicapai secara bersama oleh semua kepimpinan parti ne­geri. Inilah suara kami dan rayu keprihatinan Perdana Menteri untuk buat segera keputusan demi masa depan rakyat dan parti untuk hadapi pilihan raya. Kami memohon agar Perdana Menteri lakukan sesuatu yang terbaik untuk negeri kita.

“Kami menyerah kepada budi bicara Perdana Menteri dan menyokong apa juga yang dilakukan oleh beliau," katanya.

Tambah beliau, tindakan segera itu perlu diambil demi menjaga parti dan rakyat negeri ini.

Sementara itu Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan berkata, keputusan secara bersama oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen UMNO Kedah tersebut dilakukan tanpa sebarang agenda peribadi.

“Kita berharap Perdana Menteri segera menyelesaikan kemelut parti ini dan apa yang dilakukan semata-mata demi kelangsungan UMNO Kedah dan rakyat," katanya yang kini berada di London kerana urusan kerja.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-kedah-tolak-mukhriz-1.181833#sthash.wmnqrXeB.dpuf


Perubahan kepemimpinan 
tidak jejas sokongan rakyat

21 Januari 2016 1:05 AM

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Sebarang perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, perubahan itu mesti dilakukan segera memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

“Kita merayu kepada Perdana Menteri untuk melakukan perubahan terhadap kepemimpinan tertinggi parti (di Kedah) dan jawatan Menteri Besar Kedah, kalau boleh kita mahu secepat mungkin.

“Kalau seseorang tidak lagi mampu nak bawa kapal serta tidak serasi dengan kapten, orang itu kena berhenti, kena lantik orang lain kemudi kapal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Alor Setar hari ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan bahawa pe­mimpin UMNO Kedah telah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dan mahu Najib membuat perubahan segera terhadap kepemimpinan tertinggi parti di peringkat negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 11 ketua bahagian hadir pada sidang akhbar itu manakala Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu diwakili Timbalan Ketua Bahagian masing-masing

Menurut Ahmad, antara sebab utama yang membuatkan kesemua pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan kepada Mukhriz ialah kegagalan beliau untuk membentuk hubungan baik dengan kerajaan Pusat.

“Sekarang tidak ada apa yang dia (Mukhriz) buat, bantuan kepada rakyat juga lambat disalurkan.

“Keputusan ini dibuat secara bersama dan maklumat mengenai kegagalan Mukhriz selaku Menteri Besar telah dikumpulkan sejak setahun lalu,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai siapa yang layak menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Ahmad memberitahu, sehingga kini terdapat dua nama yang disebut-sebut layak menjawat jawatan itu.

“Siapa orang itu, saya tidak boleh dedahkan kerana semua keputusan terletak pada Perdana Menteri. Walau siapa orang itu kita mesti akur,” katanya

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perubahan-kepemimpinan-8232-tidak-jejas-sokongan-rakyat-1.181831#sthash.mvtPFt4t.dpuf


Wednesday, 20 January 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila AG Pulangkan Kertas Siasatan Kepada SPRM .......

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila AG Pulangkan Kertas Siasatan Kepada SPRM .......: Ada dua perkembangan menarik berkaitan isu siasatan SPRM @ SRC @ RM2.6 bilion semalam. Pertamanya, pemulangan semula laporan iu oleh piha...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB Perlu Jelaskan Apakah Aset Yang Bakal Diserah...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB Perlu Jelaskan Apakah Aset Yang Bakal Diserah...: Sudah berulangkali kita mendengar kenyataan dari Arul Kanda bagaimana Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB telah berjaya mengurangkan huta...

Putra Merdeka: Selesaikan Siasatan 1MDB ~ Zeti..!

Putra Merdeka: Selesaikan Siasatan 1MDB ~ Zeti..!: Belum selesai la maknanya..! Rakyat mahu siasatan 1MDB diselesaikan segera supaya mereka boleh bergerak ke hadapan, kata Gabenor Ban...

JDT raih pengalaman berguna di Bangkok

19 Januari 2016 12:20 AM


BINTANG baharu JDT, Azamuddin Akil (kiri) cuba melepasi halangan pemain Chonburi FC dalam aksi persahabatan di Bangkok, kelmarin. Facebook JOHOR Southern Tigers

JOHOR BAHRU – Biarpun Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas 0-2 kepada kelab Thailand, Chonburi FC pada perlawanan persahabatan pramusim di Bangkok kelmarin, ketua jurulatihnya, Mario Gomez berpuas hati dengan anak buahnya.

Beliau turut menyifatkan pertemuan tersebut merupakan satu perlawanan persediaan yang baik bagi JDT selain mempelajari banyak perkara apabila bermain dengan sebuah kelab yang bukan sahaja baik, malah lebih tersusun.

Menurut Gomez, pertemuan dua kelab itu juga merupakan perlawanan kompetetif pertama bagi skuad Harimau Selatan selepas berehat panjang selama 45 hari, selain tahap kecergasan pemain belum mencapai tahap yang memuaskan.

Namun, katanya, beliau yakin pemainnya mampu mencapai tahap kecergasan lebih baik tidak lama lagi.

“Saya amat berpuas hati de­ngan pemain-pemain, saya juga rasa musim ini adalah musim yang cukup baik bagi kita. Perlawanan dengan Chonburi yang pertama bagi kita selepas pemain kembali daripada cuti yang panjang.

“Idea untuk perlawanan pra musim ialah untuk bermain dengan pasukan yang lebih baik dan Chonburi merupakan satu pasukan yang baik dan mempunyai organisasi yang tersusun selain mempunyai akademi sejak tujuh tahun lepas.

“Justeru, perlawanan menentang kelab tersohor seperti Chonburi FC satu persediaan yang baik dan saya serta pemain gembira berada di sini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers.

Mengulas lanjut, Gomez berkata, buat masa ini, beliau masih mencuba pelbagai posisi untuk pemain-pemainya.

Tambahnya, pada perlawanan itu, JDT turut melakukan beberapa percubaan yang baik di depan pintu gol dan pada masa sama turut melakukan kesilapan di bahagian pertahanan, namun akan berusaha memperbaiki kelemahan pasukan.

“Menang atau kalah tidak begitu penting, apa yang lebih pen­ting kita terus tingkatkan prestasi kita bermain dengan pasukan yang lebih baik. Saya amat berpuas hati dengan komitmen dan dedikasi pemain saya pada perlawanan itu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-raih-pengalaman-berguna-di-bangkok-1.180933#sthash.pDJB25kx.dpuf


FAM : Persediaan lebih terancang

SUFIAN HADI SOJAK | 20 Januari 2016 12:32 AM


Ong Kim Swee

KUALA LUMPUR - Datuk Ong Kim Swee menyi­fatkan kuasa penuh yang digalasnya selepas dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya membolehkannya merangka persediaan untuk menghadapi sesuatu perlawanan dengan lebih tersusun, berbanding ketika menjadi jurulatih sementara sebelum ini.

Jurulatih berusia 46 tahun itu bagaimanapun berkata perkara pertama dalam fikirannya kini ialah menyediakan skuad yang mantap untuk berdepan dengan Arab Saudi dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada Mac nanti.

Katanya, dia berharap dapat mengumpulkan skuad tiga ming­gu awal sebelum perlawanan itu untuk kem latihan selain me­ngadakan perlawanan sebelum dan selepas perlawanan dengan Arab Saudi pada 24 Mac nanti.

“Jadi kita akan ada tiga perlawanan pada Mac nanti. Setiap perlawanan adalah penting kerana daripada situ kita perlu mencapai sesuatu sasaran.

“Tak semestinya untuk meraih kemenangan semata-mata, sebaliknya pendedahan terutama kepada pemain muda, selain memperbaiki kelemahan yang ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan adalah lebih penting.

“Jadual pertama yang saya terima daripada pengelola Liga Malaysia, FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership) berhubung kalender tahun ini amat positif. Mereka mengikut rangka jadual yang sudah saya berikan.

“Sebab perlawanan ini (menentang Arab Saudi) amat penting. Walaupun kita sedar peluang sudah tertutup untuk kelayakan Piala Dunia, tetapi aksi berkenaan masih lagi mempengaruhi ranking.

“Jadi perlawanan itu sangat mustahak dan kita harus me­nyiapkan diri dengan lebih rapi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kim Swee pernah menggalas tanggungjawab jurulatih sementara sebanyak dua kali iaitu ketika mengambil alih jawatan daripada Datuk K. Rajagopal pada 31 Disember, 2013 dan menggantikan Dollah Salleh yang melepaskan jawatan pada September tahun lepas.

Mengulas berhubung cada­ngannya untuk mengadakan antara 10 hingga 12 perlawanan persahabatan kelas A sepanjang tahun ini, pengendali kelahiran Melaka itu berkata, beliau akan lebih banyak menurunkan pemain muda untuk memberikan pendedahan sebelum boleh menyertai barisan utama Harimau Malaya.

“Pemain muda ini sangat penting, sebab kita khuatir jika ada kecederaan yang dialami oleh tonggak Harimau Malaya, maka kita boleh masukkan mereka yang sudah bersedia,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/persediaan-lebih-terancang-1.181321#sthash.jOYLYRso.dpuf


JDT minta maaf

FADHILUL IZMEL ISHAK | 20 Januari 2016 12:35 AM



Mohd. Azrif Nasrulhaq (kanan) terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan telah menyertai JDT walaupun dia baharu sahaja mengikat kontrak baharu dengan Selangor.

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meminta maaf kepada Selangor dan telah membatalkan hasratnya untuk menandatangani pemain pertahanan Mohd. Azrif Nasrulhaq, yang menurut mereka telah ditawarkan kontrak atas kesilapan pencari bakat.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd. Fahmy Yahya berkata, tawaran yang diberikan kepada pertahanan kanan Selangor itu adalah atas kesilapan pencari bakat yang gagal memberikan maklumat tepat mengenai status pemain itu.

Sehubungan itu, katanya, pencari bakat tersebut telah dipecat kerana kecuaiannya.

“Pencari bakat kami diberitahu bahawa kelab memerlukan pemain di posisi tersebut. Pencari bakat ini telah mengenal pasti pemain dan memaklumkan kepada kelab bahawa pemain tersebut tidak terikat dengan mana-mana kontrak.

“Jadi kelab agak terkejut apabila mendapati bahawa pemain ini masih terikat dengan pasukan Selangor dan pencari bakat tidak menyelidik dengan tepat status pemain tersebut.

“Setelah mendapat tahu perkara ini, JDT tidak berhasrat lagi untuk menandatangani pemain tersebut.

“Sehubungan itu, pencari bakat tersebut telah pun diberhentikan serta merta kerana gagal mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pemain ini. Kepada pihak pengurusan Selangor, kami menghormati anda sebagai kelab besar dan profesional. Maaf atas salah faham yang berlaku,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers malam tadi.

Sementara itu Azrif menjelaskan dia belum menandatangani kontrak dengan JDT tetapi mengakui hatinya sudah terpaut untuk menyertai juara Piala AFC itu.

“Saya belum tandatangan kontrak bersama JDT (Johor Darul Ta’zim),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Azrif memberitahu dia ada menerima panggilan telefon daripada pihak JDT untuk menawarkannya kontrak dan tanpa berselindung pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan hatinya sudah pun ke arah pasukan tersebut.

“Belum pasti lagi (menyertai JDT). Itu semua cakap-cakap orang. Saya tidak tahu bagaimana gambar saya tersebar di laman sosial (dengan kenyataan telah menyertai JDT) sedangkan saya dalam perjalanan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menentang Sarawak pada malam ini (semalam). Saya tidak ke Johor langsung.

“Buat masa sekarang saya masih bersama Selangor. Bagaimanapun saya tidak nafikan memang ada pihak dari JDT menghubungi saya pada minggu lalu untuk menawarkan menyertai skuad mereka. Malah tidak dapat disangkal lagi hati saya sudah terpaut kepada JDT. Sudah menjadi impian setiap pemain untuk menyertai pasukan tersebut,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-minta-maaf-1.181335#sthash.aRqkRYmi.dpuf

Monday, 18 January 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB - Hampir Setahun Sudah Berlalu ......

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB - Hampir Setahun Sudah Berlalu ......: Ramai yang bertanyakan soalan tentang siasatan ke atas 1MDB, apa dah jadi ? Masih ada pihak yang menyiasat ? Apa perkembangannya ? Rama...

CELAH GELEGAR: [MENTERI RAHMAN DAHLAN DIPERSILAKAN KOMEN] Sultan ...

CELAH GELEGAR: [MENTERI RAHMAN DAHLAN DIPERSILAKAN KOMEN] Sultan ...: ALOR SETAR, Ahad – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah menyarankan Menteri Besar dan anggota kerajaan terus mencari...

CELAH GELEGAR: TPPA: Negara TIDAK MAMPU Hentikan Pencemaran Bauks...

CELAH GELEGAR: TPPA: Negara TIDAK MAMPU Hentikan Pencemaran Bauks...: TPPA: TAHUKAH ANDA, jika bauksit di Kuantan itu diusahakan oleh syarikat daripada negara yang menandatangani TPPA , kerajaan tidak ak...

Putra Merdeka: HOT ~ Menteri Pun Sebar Khabar Angin..!

Putra Merdeka: HOT ~ Menteri Pun Sebar Khabar Angin..!: Apalah nasib rakyat negara ni..!  Polis nafi kenyataan Tengku Adnan Tengku Adnan sebelum ini menamakan Bangsar, Hartamas, Publik...

Friday, 15 January 2016

TMJ pula beri JDT RM50 juta

15 Januari 2016 12:40 AM

KUALA LUMPUR - Kelab terkaya Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat suntikan sebanyak RM50 juta lagi, kali ini daripada pemiliknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers semalam.

“Satu lagi berita baik adalah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan untuk menyuntik dana tambahan sebanyak RM50 juta untuk me­ngukuhkan lagi kewangan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan tersebut,” kata­nya dalam entri tersebut.

Sebelum ini, JDT telah pun menerima sumbangan RM50 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang di­umumkan pada 10 Januari lalu.

JDT juga telah menjalinkan kerjasama dari segi penajaan dengan beberapa syarikat besar antaranya Johor Corporation, Berjaya Group, Vantage Bay dan pengeluar peralatan sukan terkemuka Adidas.

Ismail berkata, JDT sangat bertuah kerana mendapat penaja-penaja besar yang merupakan penjana ekonomi di negeri Johor.

Mengenai desas-desus terdapat pihak yang ingin bekerjasama dari segi penajaan dengan JDT, Ismail menolak­nya dan menganggap mereka sekadar ingin mencari pu­blisiti.

“Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin terdapat penaja individu yang ingin memberi tajaan kepada kelab bolasepak JDT adalah tidak benar ke­rana polisi kelab yang mahukan kerjasama penaja jangka masa panjang untuk pembangunan sukan bola sepak dan bukannya penaja yang mahukan publisiti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tmj-pula-beri-jdt-rm50-juta-1.179746#sthash.DJ3l8tg9.dpuf

Jangan lupa bayar hutang’

SUFIAN HADI SOJAK | 15 Januari 2016 12:32 AM


KUALA LUMPUR - “Lunaskan hutang terlebih dahulu.” Demikian tegas Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada ketika semakin banyak pihak korporat ingin menjalinkan kerjasama selaku penaja, sekali gus mampu memantapkan kedudukan kewangan pasukan.

Jelasnya, kehadiran ramai hartawan dan jutawan yang ingin memberi tajaan kepada pasukan atau kelab akhir-akhir ini merupakan petanda positif kepada arena bola sepak tempatan.

Bagaimanapun Tunku Ismail berharap agar pihak pengurusan pasukan berkenaan tidak melupakan keutamaan dalam menyelesaikan pembayaran gaji tertunggak pemain.

“Saya sebagai Penaung PFAM tahu berapa ramai pemain dan dari pasukan mana yang masih belum dibayar gaji. Usahlah terlalu mengejar trofi semata-mata sehingga melupakan perkara yang lebih penting.

“Pemain-pemain dan jurulatih bola sepak mempunyai keluarga untuk disara. Mereka ini manusia, bukan ternakan. Utamakan dahulu nasib mereka daripada terlalu sibuk dengan trofi yang hendak diraih,” katanya menerusi laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers.

Selasa lalu, PFAM mengemukakan beberapa cadangan kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membantu ke arah penyelesaian tunggakan gaji para pemain daripada berulang.

Antara cadangan PFAM seperti pemotongan geran kepada pasukan, pemotongan hadiah kemenangan atau juga pemotongan wang penyiaran dan potongan tersebut diserahkan terus kepada para pemain.

Sementara itu, mengulas berhubung perkembangan cadangan untuk memperkenalkan peraturan baharu dalam kontrak pemain kepada FMLLP itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, sehingga kini perkara tersebut masih dipandang sepi.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kami mengadakan mesyuarat dengan FMLLP untuk bincang mengenai kontrak pemain dan masalah ini. Namun setakat ini, belum lagi (terima maklum balas daripada mereka),” katanya.

Antara cadangan lain PFAM seperti memperkenalkan sistem kawalan kewangan yang lebih berdisiplin dan rasional dengan menggalakkan pasukan untuk beroperasi berdasarkan kapasiti kewangan mereka.

Malah, PFAM turut menggalakkan pasukan untuk membuat pelaburan jangka panjang bagi menjamin keupayaan kewangan yang stabil.

Di samping itu, PFAM mendesak FMLLP agar memastikan pasukan melunaskan tanggungjawab mereka seperti menyelesaikan kesemua tunggakan gaji pemain sebelum bermula musim baharu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pasukan berkenaan tidak boleh menyertai saingan seterusnya.

Selain itu, katanya, sebuah badan perlu ditubuhkan untuk mengawal selia kewangan dan pengurusan gaji pasukan-pasukan agar tidak menganiaya pemain.

“PFAM mencadangkan agar setiap pasukan dikenakan syarat yang mana jumlah perbelanjaan gaji mestilah tidak lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pasukan.

“Turut dicadangkan, agar setiap pasukan wajib mempunyai jaminan bank sebelum boleh didaftarkan dalam saingan liga agar pemain masih dibayar gaji sekiranya pasukan mempunyai masalah kewangan,” katanya.

(Jumlah kes adalah dari penghujung 2014 hingga kini. Terdapat kes yang tidak dilaporkan kepada PFAM menyebabkan tindakan tidak boleh dilakukan)

– Sumber: PFAM

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-jangan-lupa-bayar-hutang-8217-1.179657#sthash.popEBbU4.dpuf


Thursday, 14 January 2016

TUDM terima secara rasmi pesawat A400M kedua

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 14 Januari 2016 1:21 AM


HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN menunjukkan isyarat bagus dalam majlis penerimaan pesawat kedua A400M dan Hangar A400M di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, semalam. Turut kelihatan Mohd. Johari Baharum (tiga dari kiri), Zulkifeli Mohd. Zin (lima dari kiri), Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (empat dari kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (dua dari kiri). BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima secara rasmi pesawat pengangkut termoden keluaran Airbus, A400M keduanya daripada keseluruhan empat buah yang dibeli kerajaan.

Serentak dengan penerimaan tersebut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi jika kedaulatan negara cuba digugat oleh mana-mana pihak.

Katanya, kerajaan akan sentiasa memastikan kelengkapan persenjataan serta tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di tahap terbaik walaupun ketika persekitaran ekonomi global dalam keadaan tidak menentu.

“Apabila kedaulatan negara menjadi pertimbangan, kita tidak akan sesekali berkompromi,” tegasnya ketika berucap pada majlis penerimaan A400M dan perasmian hangar Skuadron 22 yang akan menempatkan pesawat itu di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharum; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sempena majlis penerimaan pesawat tersebut, Hishammuddin, tetamu kehormat dan kira-kira 40 pengamal media tempatan dibawa menaiki A400M selama 45 minit bagi membolehkan mereka merasai sendiri kecanggihan aset terbaharu TUDM itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya pula, Hishammuddin menjelaskan, Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomasi dalam menyalurkan kebimbangan negara ini mengenai tindak-tanduk ketenteraan China ke gugusan kepulauan Spratly.

“Asalkan mereka tidak mema­suki perairan kita, isu berkait tuntutan bertindih di Laut China Selatan, kita guna saluran diplomasi tetapi dari aspek penguatkuasaan dalam perairan kita, itu tiada sebarang kompromi,” jelasnya.

Kepada soalan apakah perolehan beberapa aset kritikal untuk ATM akan ditangguhkan berikutan langkah kerajaan mahu menyemak semula Bajet 2016 beliau berkata, rancangan pembelian peralatan pertahanan yang sudah dimukta­madkan akan diteruskan.

Katanya, meskipun mengakui penurunan harga minyak dunia menyebabkan kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan, tetapi perkara itu tidak akan sesekali menjejaskan aspek keselamatan dan kesiapsiagaan pertahanan Malaysia.

“Projek perolehan yang telah kita muktamadkan (pesawat A400M, kenderaan tempur berperisai AV8, kapal perang Gowind) tidak akan dipotong malah kita akan pastikan aset-aset kritikal tersebut diterima mengikut jadual,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tudm-terima-secara-rasmi-pesawat-a400m-kedua-1.179417#sthash.GAQvuoFO.dpuf


Thursday, 7 January 2016

Wednesday, 6 January 2016