Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 30 June 2015

amukan melayu: MELAYU DI BANGSATKAN OLEH CINA - KERAJAAN MELAYU K...

amukan melayu: MELAYU DI BANGSATKAN OLEH CINA - KERAJAAN MELAYU K...:   Carian Spesifik   PRPM Laman Web DBP www Juga ditemui dalam :  Artikel  ;  Puisi  ;  Peribahasa  ;  Novel  ;  Dialek  ; Makluma...

Hakim terpengaruh tafsiran ala Barat

Mengabai peruntukan Perlembagaan Persekutuan terhadap agama Islam

SOFIAN BAHAROM | 29 Jun 2015 1:36 AM

KUALA LUMPUR 28 Jun - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meluahkan kekhuatiran beliau terhadap segelintir golongan hakim di negara ini yang sangat terpe­ngaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala Barat.

Abdul Hamid Mohamad

Kata beliau, tindakan itu menyebabkan mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan.

Menurutnya, ha­kim-hakim itu mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Jelasnya, perkara itu telah mula dilihat dalam kes kontroversi melibatkan larangan dan hukuman terhadap tiga juru andam lelaki yang berpakaian seperti wanita di tempat awam di Negeri Sembilan sebelum ini.

Apa yang merisaukan beliau, katanya, adalah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 itu bercanggah de­ngan Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka juga memakai prinsip kemunasabahan (reasonableness) yang diketengahkan oleh Supreme Court (Mahkamah Agung) India yang memberi kuasa kepada hakim-hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak sah atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable).

“Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai-nilai kita,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung keputusan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) bahawa pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin di semua 50 negeri di negara itu.

Dengan keputusan 5-4, mahkamah tertinggi di AS itu memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan, golongan gay dan lesbian boleh berkahwin di mana sahaja mereka tinggal di negara itu dan pihak berkuasa negeri tidak boleh melarang perkahwinan sejenis.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, alasan-alasan yang diberi oleh Mahkamah Rayuan dalam kes peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan, dilihat sangat luas implikasinya.

“Perkara itu berlaku apabila sesuatu hukum syarak boleh diisy­tiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal se­perti yang diberi oleh mahkamah-mahkamah di negara sekular itu apabila hukum syarak diukur de­ngan nilai liberal hak asasi ala Barat.

“Apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable) kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” kata beliau.

Dengan menggunakan alasan-alasan yang sama, menurutnya, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu, undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat, kesalahan meminum minuman yang memabukkan, kesalahan zina serta liwat dan lain-lain juga boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah, penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis,” jelas beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hakim-terpengaruh-tafsiran-ala-barat-1.108421#sthash.0eqr4fq3.dpuf

PANEH MIANG©: PENIPU: Ku Nan atau Mad Hasan?

PANEH MIANG©: PENIPU: Ku Nan atau Mad Hasan?: 1. Sebelum ni Ku Nan koba Pemilihan UMNO ditangguhkan 18 bulan sobab kononnya ia adalah hasrat akar umbi..takdo kono mengono ngan idea MT.....

Harga ayam naik?

‘Drama ulangan’ setiap kali Aidilfitri

SITI NORHAWA MOHD. ALI | 30 Jun 2015 1:35 AM


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 29 Jun - Alasan makanan ayam mahal dan permintaan tinggi berbanding bekalan diibaratkan sebagai ‘drama ulang tayang’ oleh para penternak dalam usaha mereka menaikkan harga ayam setiap kali perayaan Aidilfitri.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, alasan-alasan tersebut sudah tidak boleh diterima kerana digunakan saban tahun oleh para penternak bagi mengaut keuntungan pada musim perayaan.

Katanya, walaupun harga ayam akan dikawal dalam tempoh pe­rayaan, namun sebelum harga si­ling ditetapkan para penternak cuba memberi tekanan supaya harga ditetapkan kelak adalah tinggi dan tetap memberi keuntungan besar kepada mereka.

“Jika benar kos makanan ternakan meningkat sejak beberapa tahun lalu, mereka sepatutnya sudah mencari jalan penyele­saian contohnya menghasilkan makanan ayam sendiri supaya tidak lagi bergantung dengan import.

“Saya berharap selepas ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempamerkan kos bersih semasa seekor ayam supaya pengguna boleh membuat perbandingan dengan harga ayam di pasaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan persatuan penternak ayam beberapa negeri akan menaikkan harga ayam dengan alasan makanan ayam yang diimport mengalami kenaikan harga akibat kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia di samping pe­ningkatan permintaan menjelang Aidilfitri.

Sementara itu, menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, jika di luar musim pe­rayaan Aidilfitri, para penternak boleh pula menjual dengan harga rendah tanpa mengalami kerugian.

“Namun bila dekat nak raya, mulalah macam-macam alasan diberikan, makanan ternakan naik lah dengan tahun ini nilai mata wang ringgit yang rendah dijadikan alasan mengapa makanan ternakan import mahal.

“Mereka tahu permintaan terhadap ayam akan meningkat, jadi inilah masa untuk merebut peluang mengaut keuntungan besar. Sedangkan jika bukan musim pe­rayaan, mereka boleh jual dengan harga rendah dan tidak pula mengalami kerugian besar atau tutup kedai.

“Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) harus menyiasat persatuan penternak dan pemborong yang didakwa berpakat menaikkan harga ayam menjelang musim perayaan dan ambil tindakan sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persa­tuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kenaikan yang dilakukan harus tidak sehingga membebankan pengguna.

“Saya faham jika kos operasi semakin meningkat tetapi saya berharap peniaga tidak tamak dan menaikkan harga secara mendadak.

“Wakil-wakil daripada penternak, pemborong, peniaga malah pengguna harus mengadakan dialog dan bersedia bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah yang tidak berpenghujung ini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-ayam-naik-1.108929#sthash.X17XzJVG.dpuf

1MDB : PDRM hantar permohonan untuk soal siasat Justo

30 Jun 2015 1:36 AM



Khalid Abu Bakar (empat dari kiri) melihat bungkusan kuih raya yang akan diagihkan kepada pegawai dan anggota polis yang bertugas ketika lebaran pada Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2015 di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Noor Rashid Ibrahim (empat dari kanan). UTUSAN/Farid Janudin

KUALA LUMPUR 29 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Diraja Thailand (RTP) untuk menyoal siasat bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (Pe­troSaudi), Xavier Andre Justo, 49, yang ditahan di negara itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan itu dilakukan sebelum suspek yang dikaitkan dengan kebo­coran maklumat IMDB itu dihukum mengikut undang-undang negara tersebut.

“PDRM menunggu apa sahaja hasil siasatan yang diperoleh polis Thailand. Namun begitu, kita turut membuat permohonan untuk menemu bual Justo di Thailand,” katanya dalam sidang akhbar, di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, PDRM juga akan melakukan perbincangan dengan polis Thailand berhubung penahanan bekas eksekutif kanan itu sejurus wakil RTP tiba dalam satu lawatan rasmi di Bukit Aman pada 2 Julai ini.

“Ketua Polis Thailand akan berada di sini pada minggu ini dan saya akan berbincang untuk mendapatkan langkah-langkah yang akan diambil selepas ini,” katanya.

Ditanya tentang jumlah mangsa rakyat tempatan yang telah diperas ugut oleh Xavier Justo, Khalid enggan menjawab bagi menghormati siasatan yang dilakukan pihak berkuasa negara jiran.

Malah beliau juga memberitahu, senarai nama individu yang dikaitkan dengan kebocoran maklumat IMDB juga belum dihantar ke Thailand untuk membantu siasatan.

Xavier Justo ditahan sepasukan anggota Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), Polis Diraja Thailand (CSD) di sebuah rumah mewah di Ban Bang Makham, Tambon Angthong di pulau peranginan terkenal Koh Samui, Surathani pada 22 Jun lalu.

Penahanan warga Switzerland itu dibuat selepas PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiatan peras ugut yang membabitkan wang 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta).

Xavier Justo dikatakan pernah menandatangani satu kontrak de­ngan syarikat itu agar tidak membocorkan maklumat sulit selain dibayar pampasan berjumlah le­bih RM15 juta semasa dipecat kira-kira dua tahun lalu.

Berdasarkan siasatan, polis mendapati Xavier Justo berdendam dengan bekas majikannya. Ini ke­rana selepas tidak mendapat wang yang diminta berjumlah RM10 juta daripada PetroSaudi, dia telah membocorkan maklumat termasuk menokok tambah sebahagian maklumat kepada syarikat pesaing dan pihak lain melalui e-mel.

Sementara itu, dalam majlis penyerahan bungkusan kuih raya, Khalid berkata, sebanyak 4,500 bungkusan akan diagihkan kepada pegawai dan anggota yang ber­khidmat pada hari lebaran nanti.

Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis, Puan Sri Imran Ibrahim dan timbalannya, Datin Seri Shahriza Saad @ Mansor.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pdrm-hantar-permohonan-untuk-soal-siasat-justo-1.108942#sthash.kDzUHKPn.dpuf

POLITIK : Tangguh pemilihan UMNO bukan daripada Najib

30 Jun 2015 1:37 AM

SEREMBAN 29 Jun – Usul penangguhan pemilihan UMNO bukan datang daripada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi di peringkat akar umbi.

Mohamad Hasan

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, beliau adalah individu yang membawa usul itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO minggu lalu dan telah dipersetujui secara bersama oleh semua ahli majlis yang hadir untuk penangguhan itu.

“Bukan Datuk Seri Najib yang usulkan. Presiden tidak masuk campur dalam usul berkenaan. Saya yang bawa usul itu dan nyatakan bahawa kita tidak perlu adakan pemilihan UMNO tahun hadapan. Usul itu kemudian disokong oleh semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO setelah mendengar suara akar umbi serta mesyuarat kepimpinan peringkat Bahagian di Janda Baik bulan lalu.

“Pandangan akar umbi itu dibawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO minggu lepas. Saya mahu nafikan tohmahan yang mengatakan bahawa penangguhan pemilihan UMNO tahun hadapan adalah taktik atau cara Presiden untuk raih sokongan. Itu tidak betul dan salah,'' katanya di Wisma UMNO, di sini hari ini.

Mohamad bercakap kepadap pemberita selepas melancarkan program agihan kurma, air zam-zam dan kain baju Melayu sempena Ramadan al Mubarak yang turut di hadiri Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mohamad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menegaskan, jangan sekali-kali menidakkan sindrom apabila ada pemilihan akan adalah perpecahan, malah akan wujud pasukan ‘A’, ‘B’ mahupun ‘C' sehingga menyebabkan perpecahan terus berlaku dalam parti.

“Kalau tidak dapat jawatan pula, pasti ada yang merajuk dan berdendam dengan parti. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Maka Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat penangguhan itu perlu untuk parti memberikan tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan UMNO serta Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya itu.

“Apabila sudah menang (PRU-14) esok, buatlah pemilihan parti. Waktu itu siapa mahu bertanding, terpulang dan siapa yang mahu pegang jawatan, peganglah,'' tegas Mohamad.

Satu perkara lagi, kata Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, jika pemilihan berlaku tahun hadapan, tumpuan ahli parti pada PRU-14 akan longgar apabila masing-masing sibuk mahu berkempen untuk bertanding jawatan.

Ditanya tohmahan itu datang daripada siapa, Mohamad menegaskan, tohmahan terhadap parti dan kepimpinan boleh datang dari pelbagai sudut termasuklah pasukan tertentu, orang luar parti dan dari dalam parti sendiri.

“Saya tidak menuduh sesiapa tetapi kadangkala ada pasukan tertentu yang mempunyai agenda untuk jatuhkan UMNO, kemudian melarat sehingga menyerang pemimpin parti. Saya amat kesal kerana ada tohmahan tidak berasas seperti penundaan pemilihan UMNO ini.

“Pihak yang melakukan tohmahan itu mengambil kesempatan daripada persepsi negatif yang diada-adakan, digembar-gemburkan oleh pihak berkepentingan. Ketika ini, semua yang dilemparkan kepada kerajaan mahupun pemimpin dan parti UMNO, mudah dipercayai kerana orang lebih percaya tohmahan daripada fakta sebenar,'' tegas beliau.

Justeru kata beliau, penting bagi kerajaan dan UMNO untuk menjelaskan fakta betul agar rakyat dan ahli parti faham apa sebenarnya yang berlaku.

Baru-baru ini, Presiden UMNO, Najib berkata, keputusan penangguhan itu dibuat Majlis Tertinggi UMNO mengikut fasal 10.16 perlembagaan parti selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk soal kepentingan bagi memperkukuhkan perpaduan parti terlebih dahulu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tangguh-pemilihan-umno-bukan-daripada-najib-1.108950#sthash.PACDHxYW.dpuf

amukan melayu: KAMU ZALIM, ALLAH AKAN MENGHANTAR PEMERINTAH YANG ...

amukan melayu: KAMU ZALIM, ALLAH AKAN MENGHANTAR PEMERINTAH YANG ...: Menyayat Hati Meruntun Jiwa - Rahsia Pembunuhan Gaddafi menceritakan segalanya. Masa Untuk Malaysia juga semakin hampir... Gaddafi te...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Jawapan 1MDB Kepada Tony Pua - Saya Mohon Penjelas...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Jawapan 1MDB Kepada Tony Pua - Saya Mohon Penjelas...: Saya ingin merujuk kepada sebahagian Jawapan 1MDB kepada dakwaan Tony Pua berkaitan Jaminan Kerajaan ke atas urusniaga dengan IPIC. Tujua...

Monday, 29 June 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Gusto @ 1MDB - Semua Tuduhan Kerajaan Malaysia Han...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Gusto @ 1MDB - Semua Tuduhan Kerajaan Malaysia Han...: Hari ini LEBIH RAMAI orang gomen yang tampil mempertahankan 1MDB semata2 kerana Xavier Justo di tahan ..... aduuuuh ...... seriusli cakap,...

APANAMA: Malaysian scandals from Australia

APANAMA: Malaysian scandals from Australia: Australian police investigators sprung into action almost immediately when news of an alleged high level corruption ring involving locals ...

amukan melayu: APAKAH NAJIB AKAN SELAMAT DALAM TEMPOH 18 BULAN?

amukan melayu: APAKAH NAJIB AKAN SELAMAT DALAM TEMPOH 18 BULAN?: Dari se RAMAI 3.5 JUTA orang ahli UMNO yang yakin 100%  DS Najib TIDAK berBOHONG dalam banyak perkara? Menyedari hakikat ini maka ...

The Sense, Credibility and Accountability: Begitu terDESAK DS Najib dalam ISU 1MDB hingga diB...

The Sense, Credibility and Accountability: Begitu terDESAK DS Najib dalam ISU 1MDB hingga diB...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Kita terTANYA-TANYA sejauh manakah DS Najib mengeTAHUi sendiri OPERASI 1MDB ini? SeTAHU kitalah, ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Sumbangan 1MDB Amat Besar Kepada Umat Islam .........

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Sumbangan 1MDB Amat Besar Kepada Umat Islam .........: "Malangnya hari ini 1MDB yang banyak membantu masyarakat Islam menerima pelbagai kritikan dan tohmahan, khususnya di media sosial,&qu...

Friday, 26 June 2015

CELAH GELEGAR: [BENARKAH?] Mahathir mula MENGALAH, mahu Najib dih...

CELAH GELEGAR: [BENARKAH?] Mahathir mula MENGALAH, mahu Najib dih...: Apakah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah mula tawar hati untuk terus menyerang Najib Razak berkaitan 1MDB? Atau adakah...

JELAPANG: 1MDB: SEMUGA NUR JAZLAN DITEMUKAN DENGAN XAVIER AN...

JELAPANG: 1MDB: SEMUGA NUR JAZLAN DITEMUKAN DENGAN XAVIER AN...: SEBENTAR tadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) Nur Jazlan Mohamed menyatakan minat jika PAC dapat keterangan dari personaliti bar...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kenapa Perlu Tunggu Siasatan Pihak Luar Untuk Dakw...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kenapa Perlu Tunggu Siasatan Pihak Luar Untuk Dakw...: Hebat dakwaan2 pro Najib ekoran penangkapan Xavier, kononnya segala dakwaan dan kritikan terhadap 1MDB selama ini hanyalah fitnah. Dengan Ma...

CELAH GELEGAR: [ZAHID TAU KE BANGLA "TAKLUK" PASAR & KOMPLEKS NIA...

CELAH GELEGAR: [ZAHID TAU KE BANGLA "TAKLUK" PASAR & KOMPLEKS NIA...: ALOR GAJAH - Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi ...

Wednesday, 24 June 2015

LIGA SUPER : Tok Gajah kekal utuh

JDT hambat Pahang, Selangor turut catat kemenangan

24 Jun 2015 1:09 AM


MOHD. AIDIL ZAFUAN ABD. RADZAK (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu JDT menewaskan Terengganu di Larkin, semalam.

KUALA LUMPUR - Pahang mengukuhkan cengkaman peneraju Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium Darul Makmur, semalam.

Ketika perlawanan hampir ber­ke­sudahan seri tanpa jaringan, Azi­dan Sarudin menjadi wira Tok Gajah dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada waktu kecede­raan bagi memastikan Pahang kekal sebagai pendahulu dengan 26 mata.

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekori rapat selepas merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Terengganu dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Selepas beraksi tanpa penyokong di Kuala Terengganu minggu lalu, skuad Harimau Selatan seolah-olah mendapat suntikan semangat apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri dengan melakukan gerakan-gerakan menarik sebelum Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak menjaringkan gol pertama di waktu kece­deraan separuh masa pertama.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan, penyerang sensasi JDT, Luciano Figueroa berjaya menja­ringkan gol kedua selepas menanduk masuk hantaran lintang Mahali Jasuli.

Di depan kira-kira 1,000 pe­nonton, Selangor memastikan tiga mata penuh tetap berjaya digenggam di Stadium Shah Alam melalui kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Robert Cornthwaite pada minit ke-38.

Kegagalan penjaga gol Felda, Fairul Azwan Shahrullai, menangkap kemas sepakan bebas yang diambil K. Gurusamy menjadi punca kepada kemenangan Selangor.

Selepas sekadar menampan lemah, bola tersebut hadir tepat ke kaki Cornthwaite yang berjaya menolak masuk ke dalam gawang biarpun cuba dihalang oleh pertahanan Felda, Adib Aizuddin Abd Latif.

Perak mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sarawak dalam aksi yang berlangsung di Stadium Perak dan jaringan skuad Bos Gaurus diperoleh menerusi Charles Chad Souza dan Nam Kung Woong manakala gol saguhati pelawat diraih menerusi Billy Mehmet.

Di Stadium Selayang, pasukan tercorot liga, Sime Darby terus gagal mencipta kemenangan apabila terikat 1-1 ketika menentang Kelantan.

Sime Darby terlebih dahulu ber­ada di hadapan menerusi jaringan Reinaldo Elias da Costa di masa kecederaan separuh masa pertama sebelum Kelantan menyamakan kedudukan empat minit babak ke­dua bermula menerusi Gilmar Jose da Silva.

Lions XII gagal meneruskan kecemerlangan minggu lalu apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 yang dicatatkan ke atas ATM dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Wakil Singapura itu terlebih dahulu membuka tirai jarin­gan menerusi Hafiz Abu Sujad em­pat minit sebelum waktu rehat, namun Abdulafees Abdulsalam me­nyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-58.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-kekal-utuh-1.106443#sthash.TKKzYFuw.dpuf

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Semua Tertipu Dengan Xavier ! Termasuk Sarawak Rep...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Semua Tertipu Dengan Xavier ! Termasuk Sarawak Rep...: Ramai yang memberi komen tentang berita penangkapan Xavier Justo bekas eksekutif IT PetroSaudi yang ditahan di Thailand atas tuduhan memboco...

Monday, 22 June 2015

APANAMA: Kerajaan membalas budi TABUNG HAJI menerusi 1MDB?

APANAMA: Kerajaan membalas budi TABUNG HAJI menerusi 1MDB?: Pada awal bulan Mei negara dikejutkan dengan pendedahan satu urusniaga yang melibatkan duit tabungan pencarum Tabung Haji.  Urusniaga su...

The Sense, Credibility and Accountability: Meng'OUT-SOURCE'kan penTADBIRan kerajaan ialah PUN...

The Sense, Credibility and Accountability: Meng'OUT-SOURCE'kan penTADBIRan kerajaan ialah PUN...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Kita nak TANYAlah kepada anda SEMUA.. Agak-agak apakah PUNCA kepada segala MASALAH yang meLANDA N...

THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK: KPDNKK OII.... HARGA BARANG-BARANG BUKAN MAIN MAHA...

THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK: KPDNKK OII.... HARGA BARANG-BARANG BUKAN MAIN MAHA...: GST dijadikan alasan. Puasa dijadikan alasan. Cuaca dijadikan alasan. Dan tidak kurang juga ada yang bagi ALASAN TERBODOH iait...

CELAH GELEGAR: Melayu hilang kuasa jika Najib terus jadi PM: Tun ...

CELAH GELEGAR: Melayu hilang kuasa jika Najib terus jadi PM: Tun ...: BANGI, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kuasa bangsa Melayu akan hilang selagi Datuk Seri Najib Razak kekal menjadi Perdana Ment...

The Sense, Credibility and Accountability: Kenapa DS Najib dan penCACAI mengGELABAH semacam b...

The Sense, Credibility and Accountability: Kenapa DS Najib dan penCACAI mengGELABAH semacam b...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Apabila AKHBAR The New York Times (NYT) MULA mengGUNAkan kenyataan daripada TUN DR. Mahathir berH...

SEMAREMAS (jas salleh) REALITY BYTES : ZOMBI POLITIK & POLITIKUS ZOMBI MASAKINI MEROSAKKA...

SEMAREMAS (jas salleh) REALITY BYTES : ZOMBI POLITIK & POLITIKUS ZOMBI MASAKINI MEROSAKKA...: BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR , anda semua tengoklah puas-puas muka muka Politikus Zombi di Malaysia. Nama-nama mereka pun tak perlulah ambe s...

Inspirasi Remaja Kini: KEMANA HALA TUJU NAJIB ?

Inspirasi Remaja Kini: KEMANA HALA TUJU NAJIB ?: Mula mula aku buat blog ini dahulu, adalah untuk mempertahankan kepimpinan PakLah dan BN semasa Pilihan Raya 2008. Masa itu, Pakatan Sya...

Friday, 19 June 2015

APANAMA: Terima Kasih Tun Dr Mahathir Mohamad

APANAMA: Terima Kasih Tun Dr Mahathir Mohamad: Dari dahulu sehingga sekarang, niat Tun Dr Mahathir Mohamad hanya satu. Ianya nyata bukan untuk memperkayakan diri dan keluarga atau semat...

SUKAN SEA 2015 : Skuad compound cipta sejarah

19 Jun 2015 12:41 AM


Fatin Nurfatehah Mat Salleh (kanan) meraikan kejayaan bersama jurulatihnya selepas berjaya memenangi pingat emas dalam acara compound individu wanita Sukan SEA 2015 di Singapura baru-baru ini. UTUSAN

SINGAPURA – Pasukan memanah compound yang diketuai Fatin Nurfatehah Mat Salleh wajar menerima pujian tinggi selepas mereka melakar sejarah dengan memenangi empat pingat emas Sukan SEA 2015.

Empat Sukan SEA yang lalu mereka tidak pernah menyumbangkan pingat emas namun dalam temasya di Singapura, mereka mempamerkan peningkatan prestasi mendadak di bawah kendalian jurulatih tempatan Adnan Ahmad. Malah, mereka hampir menyapu bersih semua pingat emas namun Zulfadhli Ruslan tewas dengan perbezaan satu mata dalam perlawanan akhir individu lelaki.

Kejayaan ini juga pasti sesuatu yang manis kepada pasukan compound kerana akhirnya mereka dapat membuka mata pihak berwajib seperti Majlis Sukan Negara (MSN) agar memberikan layanan sama rata seperti mana yang dinikmati oleh skuad recurve.

Difahamkan, sebelum pasukan compound tiba ke Singapura, mereka hanya diberi penajaan anak panah dan selebihnya atas perbelanjaan sendiri, mungkin kerana kurang yakin skuad itu mampu menyerlah dalam Sukan SEA kali ini.

Layanan itu sememangnya sesuatu yang pelik memandangkan trio berpasukan wanita compound yang terdiri daripada Fatin, Saritha Cam Nong dan Nor Rizah Ishak baharu sahaja melakar kejayaan terbesar pada 9 Mei lalu iaitu memenangi Piala Dunia di Shanghai, China dengan mengalahkan Amerika Syarikat.

Bagi pasukan recurve, prestasi pasukan lelaki boleh dikatakan agak sederhana sementara skuad wanita, yang terdiri daripada ramai muka baharu, masih dalam proses mencari pengalaman dan pendedahan bertanding di kejohanan peringkat tinggi.

Maruah skuad recurve di­selamatkan oleh trio Khairul Anuar Mohamad, Mohd. Iqram Joni dan Haziq Kamaruddin yang mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua temasya lalu untuk mengubati kekecewaan Haziq yang tewas kepada pemanah Thailand, Witthaya Thamwong dalam acara individu.

Skuad recurve wanita yang terdiri daripada Farah Amalina Azhar (20 tahun), Loke Shin Hui (18 tahun) dan Nur Afisa Abdul Halil (17 tahun) pula membawa pulang pingat gangsa wanita berpasukan selepas menewaskan Singapura, dan itu sekurang-kurangnya membuktikan mereka ada potensi menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017.

Fatin, yang merangkul tiga pi­ngat emas, mengakui mereka terpaksa berlatih secara berasingan untuk menghadapi Sukan SEA namun itu tidak menghalang mereka melakar kejayaan yang pasti akan dikenang dalam tempoh yang lama.

“Disebabkan masing-masing tinggal di tempat berasingan, kami terpaksa berlatih sendirian dan semuanya atas tanggungjawab ma­sing-masing tetapi atas semangat dahagakan kejayaan, kami berjaya melakukan apa yang orang lain fikir mustahil.

“Tiada sebarang rahsia tertentu di atas apa yang kami semua lakukan, hanya kerja keras dalam latihan dan disiplin, alhamdulilah apa yang kami buat di sini sesuatu yang sangat manis dan harap mampu dikekalkan selepas ini,” katanya. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/skuad-compound-cipta-sejarah-1.104479#sthash.HjwEPHWB.dpuf

Nasib Dollah ditentukan
10 Julai

ABDUL HAFIZ AHMAD | 19 Jun 2015 12:41 AM

Dollah Salleh kelihatan begitu kecewa selepas skuad negara tewas kepada Palestin 0-6 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia-Piala Asia di Stadium Nasional, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

PETALING JAYA - Nasib Dollah Salleh sama ada akan dikekalkan sebagai ketua jurulatih negara atau sebaliknya ekoran kekalahan teruk 6-0 kepada Palestin, bakal ditentukan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 10 Julai ini.

Sekalipun jurulatih itu telah ditetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk layak ke Piala Asia 2019 yang perjalanannya masih terbuka, Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan jawatankuasa itu mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan sebaliknya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, setakat ini kedudukan Dollah bersama Harimau Malaya kekal tetapi sebarang rombakan atau tindakan susulan tertentu turut perlu bergantung kepada mesyuarat Exco dan dua lagi jawatankuasa yang turut akan membincangkan laporan jurulatih.

Hamidin turut membayangkan rombakan pemain adalah perlu dilaksanakan memandangkan kekalahan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018-Piala Asia 2019 di Bukit Jalil, Selasa lalu menyerlahkan ada antara mereka yang tidak menunjukkan komitmen tahap tinggi.

“Setakat ini kedudukan Dollah kekal, kontraknya habis hujung tahun depan. KPI (sebagai ketua jurulatih negara) ialah layak ke Piala Asia 2019, tetapi Presiden dan Exco ada budi bicara untuk membuat keputusan sebaliknya, mengikut peraturan atau kontrak.

“(Semalam) saya adakan mesyuarat dengan Dollah dan staf kejurulatihannya, diikuti dua tiga lagi sesi lampas minda bersama. Dia diarahkan menyiapkan laporan dan bawa kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pengurusan Pasukan Kebangsaan pada 6 dan 7 Julai ini sebelum dibincangkan Exco yang dipengerusikan Presiden pada 10 Julai,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin, yang ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Liga Jepun dan Persatuan Bola Sepak Jepun, turut mengakui kekalahan besar dalam aksi Kumpulan A itu merupakan saat paling sukar dan tidak boleh diterimanya apatah lagi selaku pengurus pasukan negara.

“Apabila habis perlawanan malam itu, saya cakap dengan Dollah - semenjak kita main, kita banyak bolos dan dua kali kena 6-0 (termasuk dengan Oman dalam persahabatan). Cara bertahan kita memang teruk,” tegasnya, yang mendakwa pengurusan pasukan telah memberikan segala layanan terbaik kepada pemain dan pegawai sepanjang persiapan selama sebulan untuk menghadapi pertandingan itu.

Mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin supaya pasukan negara tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim kerana sering dipersalahkan apabila kalah teruk, Hamidin berkata: “saya rasa itu pandangan peribadi beliau tetapi bukanlah jalan keluarnya.

“Kami akan terus memilih pemain yang terbaik dan berkeinginan bermain untuk negara. Kami juga sudah ada garis panduan (tentang hal ini) - mana-mana pemain yang dipanggil jurulatih (Malaysia) perlu hadir ke kem latihan pusat kecuali cedera,” katanya.

Namun beliau yakin berdasarkan sistem kelayakan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) bagi Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), peluang dan perjalanan anak-anak buah Dollah masih jauh lagi antaranya menerusi pencapaian tempat ketiga dan keempat setiap kumpulan selain play-off antara 12 pasukan terbawah untuk merebut baki lapan tempat.

Mengenai terdapatnya hasrat Tengku Abdullah sendiri untuk melepaskan jawatan Presiden FAM sekiranya skuad Dollah masih tidak melepasi KPI (layak Piala Asia 2019), kata Hamidin: “Itu hak individu, hak Presiden. Kalau hasratnya begitu, bererti sesuatu yang dipandangnya serius. Juga satu cabaran kepada pasukan untuk bangkit balik.”

Mesyuarat Exco FAM pada 10 Julai nanti juga dijangka membincangkan prestasi hambar skuad Bawah 23 dan Bawah 22 tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee dan Razip Ismail masing-masing dalam Sukan SEA Singapura yang baru tamat dan Kelayakan Asia Mac lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/nasib-dollah-ditentukan-8232-10-julai-1.104485#sthash.mcrzTHUb.dpuf

UiTM umum Dr. Suhaimi 
Timbalan Naib Canselor

19 Jun 2015 1:10 AM


SHAH ALAM 18 Jun – Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Fasiliti dan ICT) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ir. Dr. Suhaimi Abd. Talib dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu yang baharu berkuatkuasa pada 7 Jun lalu.

Suhaimi Abd. Talib

Ketua Timbalan Pendaftar Bahagian Canselori dan Komunikasi Korporat, UiTM Shah Alam, Alfina Bakar berkata, pelantikan Suhaimi bagi menjalankan tugas yang sebelum ini disandang Prof. Dr. Azni Zain Ahmed.

“Beliau memiliki kepakaran dalam bidang pengurusan alam sekitar, kawalan pencemaran, kejuruteraan air dan sisa air, bio-remediation dan pengurusan perkhidmatan air dan sisa air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Alfina, Suhaimi telah dianugerahkan ijazah doktor falsafah dari Universiti Teknologi Malaysia (Oktober 2002), Sarjana Sains Pengurusan Air dan Alam Sekitar (Kepujian) dari Universiti Loughborough, United Kingdom (Disember 1996) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Melbourne, Australia (Disember 1986).

Suhaimi mula berkhidmat di UiTM pada 1988 dan menjadi pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UiTM untuk program peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana.

“Selain mengajar, beliau juga secara aktif terlibat dalam menyelia projek penyelidikan pelajar sarjana muda, sarjana sehingga ke peringkat doktor falsafah di UiTM.

“Antara jawatan yang pernah disandang ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Perhubungan Industri) Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM, Penolong Naib Canselor UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana dan Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Fasiliti dan ICT) UiTM,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uitm-umum-dr-suhaimi-8232-timbalan-naib-canselor-1.104544#sthash.lxyoTcnz.dpuf

Thursday, 18 June 2015

SUKAN SEA 2015 : Selamatkan olahraga negara

16 Jun 2015 1:06 AM




SINGAPURA – Pencapaian terburuk olahraga dalam sejarah Sukan SEA apabila sekadar meraih tiga pi­ngat emas di Singapura menunjukkan sukan itu kini dalam keadaan ‘tenat’ dan sesuatu perlu dilakukan seandainya Malaysia memasang impian untuk muncul juara keseluruhan apabila menjadi tuan rumah, dua tahun dari sekarang.

Olahraga adalah lubuk emas Sukan SEA, tanpa olahraga peluang untuk mengungguli temasya tidak mudah, jadi baik Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mahu pun Majlis Sukan Negara (MSN) perlu segera memikirkan apakah program terbaik yang boleh dilakukan untuk memulihkan kembali prestasi sukan itu.

Pada edisi ke-28 Sukan SEA di Singapura, kesemua tiga emas yang diraih adalah daripada acara padang menerusi Muhammad Irfan Shamsuddin (lempat cakera), Muhamad Hakimi Ismail (lompat kijang) dan Nauraj Singh Randhawa dalam lompat tinggi lelaki.

Secara keseluruhan, olahraga hanya mampu menghadiahkan tiga emas, dua perak dan sembilan gangsa daripada 24 acara yang di­sertai, selain memecah dua rekod kebangsaan.

Hakimi menghadirkan emas pertama selepas melakukan lompatan sejauh 16.76 meter, sekali gus me­lebur rekod temasya (16.67m) milik atlet Vietnam, Nguyen Van Hung.

Dia bukan sahaja memperbaharui rekod baharu kebangsaan tetapi turut meraih emas pertama negara untuk tempoh 18 tahun dalam acara lompat kijang lelaki selepas kali terakhir diraih menerusi Zaki Sadri pada Sukan SEA 1997 di Jakarta.

Irfan pula mempertahankan emas yang dimenangi di Myanmar, dua tahun lalu dengan jarak sejauh 56.62m, manakala Nauraj cemerlang melepasi ketinggian 2.13m.

Satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan buat olahraga pada Sukan SEA kali ini apabila berupaya melebur rekod berusia 14 tahun dalam acara 4x100m lelaki.

Kuartet yang dibarisi oleh Johnathan Nyepa, Mohd. Izzuddin Yahaya, Harith Ammar Mohd Sobri dan Nixson Kennedy mencatat masa 39.67 saat dan menamatkan sai­ngan di tempat keempat.

Catatan masa tersebut memperbaharui rekod lama 39.83s milik gandingan kuartet, Watson Nyambek, Nazmizan Muhammad, Azmi Ibrahim dan R. Ganeshwaran yang dilakukan pada Sukan SEA 2001.

Jika diteliti beberapa acara prospek pingat emas olahraga seperti lompat bergalah lelaki, 20km jalan kaki, 200m lelaki dan 4x100m seakan sukar memberikan saingan kepada lawan masing-masing.

Begitupun sedikit berita baik yang dibawa daripada Sukan SEA kali ini adalah kemunculan beberapa bakat baharu yang boleh diketengahkan pada Sukan SEA 2017 .

Atlet 100m, Harith Ammar dan Nixson Kennedy, selain atlet 200m, G. Aravinn Thevarr antara yang perlu diberi perhatian. Turut mempunyai potensi adalah atlet pecut wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli.

Nixson dan Harith Ammar yang berusia 20 tahun ketika ini mempunyai rekod peribadi terbaik iatu sekitar 10.50s, manakala Aravinn, 21, memegang rekod peribadi 21.40s dalam acara 200m.

Zaidatul Husniah, 21, berjaya mara ke saingan akhir 100m wanita dan membantu kuartet 4x100m meraih pingat gangsa mempunyai rekod peribadi yang cukup baik dalam acara 100m iaitu 11.62s.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/selamatkan-olahraga-negara-1.103452#sthash.1G6CeiWp.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Pencapaian boling menakjubkan

16 Jun 2015 1:10 AM


PEMAIN boling negara merangkul kejuaraan berganda dalam acara berpasukan apabila meraih emas lelaki dan wanita untuk menutup kempen Sukan SEA 2015 dengan lima pingat emas keseluruhan.

SINGAPURA – Menamatkan kempen Sukan SEA 2015 de­ngan meraih lima pingat emas, satu perak dan empat gangsa adalah pencapaian menakjubkan buat skuad boling negara.

Malah, pencapaian tersebut juga menjadi salah satu penyumbang utama pingat buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA edisi Ke-28 di Singapura.

Pemain muda, Muhd. Rafiq Ismail, 18 tahun merupakan atlet pa­ling menonjol sepanjang saingan di Orchid Country Club kerana berjaya menghadiahkan tiga emas daripada lima yang diraih skuad boling negara menerusi acara individu, trio dan lima berpasukan lelaki.

Dua lagi pingat emas diraih menerusi beregu wanita dan lima berpasukan wanita.

Sementara, satu perak menerusi acara Masters lelaki dan empat pingat gangsa melalui beregu lelaki, lelaki Masters, beregu wanita dan individu wanita.

Ketua Jurulatih skuad bo­ling kebangsaan, Holloway Cheah berkata, semua pemain telah me­laksanakan tugas dengan baik terutama Rafiq.

Kata Holloway, pemain muda itu mempunyai masa depan yang cerah dan mampu meraih lebih banyak kejayaan buat negara.

“Dia telah melaksanakan tugas dengan baik pada Sukan SEA kali ini iaitu pada penyertaan pertamanya.

“Bagi saya dia masih muda dan perlu lebih banyak pengalaman untuk membantunya cemerlang dalam sukan boling,” kata Holloway.

Pada Sukan SEA 2013, acara boling tidak dipertandingkan manakala pada 2011, skuad negara meraih lima pingat emas, tiga pe­rak dan enam gangsa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/pencapaian-boling-menakjubkan-1.103464#sthash.rz0RqGsv.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Bola keranjang raih emas ke-60

Kembalikan status gergasi Asia Tenggara, emas ke-13 Sukan SEA

16 Jun 2015 1:13 AM


PEMAIN negara, Lee Jo Rynn (kanan) diasak oleh pemain Vietnam, Bich Nguyen dalam saingan terakhir Sukan SEA 2015 di Arena OCBC, Singapura semalam.

SINGAPURA - Malaysia mengembalikan status mereka sebagai gergasi bola keranjang wanita Asia Tenggara selepas me­rampas semula pingat emas yang ‘hilang’ sejak lapan tahun lalu de­ngan menundukkan Vietnam, semalam.

Malah, lebih istimewa lagi, emas tersebut merupakan emas ke-60 buat kontinjen negara pada Sukan SEA 2015 dan kejuaraan disahkan milik mereka selepas mengalahkan Vietnam 82-50 dalam aksi terakhir saingan yang dijalankan menerusi format liga sepusingan.

Malaysia memiliki sejarah hebat dalam bola keranjang wanita Sukan SEA apabila merangkul kejua­raan tujuh kali berturut-turut pada 1977, 1979, 1981, 1983, 1985, 1987 dan 1989, selain meraih emas pada 1993, 1997, 2001, 2003 serta 2007.

Bola keranjang tidak dipertan­dingkan dalam Sukan SEA 2005 di Manila dan Myanmar 2009, namun sebaik saja ia kembali, Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan, sebaliknya Thailand merangkul emas dalam dua temasya terakhir pada 2011 dan 2013.

Justeru, tidak hairanlah me­ngapa kejayaan membawa pulang emas Sukan SEA buat kali ke-13 amat bermakna buat anak-anak buah Yoong Sze Yuin, apatah lagi dia hadir ke Singapura dengan bersandarkan kudrat pemain muda dengan purata umur sekitar 22 tahun.

“Rata-rata pemain baru berusia 22 tahun, namun mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi dan ini kunci utama kejayaan kami.

“Skuad ini mempunyai masa depan yang cerah dan saya yakin, apabila Sukan SEA kembali ke Kuala Lumpur, dua tahun dari sekarang, kami mampu mengulangi pencapaian emas,” kata Sze Yuin.

Kemenangan ke atas dua pencabar utama, Indonesia (70-45) dan Thailand(65-56) menjadi kunci kejayaan Malaysia yang tidak berdepan masalah menumpaskan tuan rumah, Singapura (65-39).

Emas juga begitu bermakna buat R. Kalaimathi yang hampir terlepas Sukan SEA apabila mendapat kecederaan lutut semasa perlawanan persahabatan.

“Pada mulanya doktor sahkan saya mendapat kecederaan lutut, seminggu sebelum saya datang ke sini dalam satu perlawanan persahabatan.

“Nasib baik dengan kerja keras fisioterapi melakukan rawatan pemulihan, saya sempat menyertai pasukan.

“Tidak dinafikan tuah juga memainkan peranan apabila Indonesia menumpaskan Filipina, jika tidak mungkin emas agar sukar buat Malaysia,” katanya.

Kemenangan juga cukup istimewa buat pendatang baharu Sukan SEA, Yap Fook Yee yang meraikan ulang tahun ke-22 semalam. Sebaik saja tamat permainan, rakan-rakan sepasukannya menghadiahkan kek kepadanya.

“Ini adalah Sukan SEA pertama saya dan kami memenangi emas pada hari jadi saya, ia sangat istimewa,” ujar Fook Yee.

Sementara itu, pasukan lelaki negara sekadar menamatkan kempen di tangga kelima.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-keranjang-raih-emas-ke-60-1.103474#sthash.LLTc4nJ6.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Wei Feng puas kembalikan emas

Juara perseorangan lelaki pertama selepas 14 tahun

17 Jun 2015 12:18 AM


Chong WEI FENG (kanan) dan Mohd. Arif Abdul Latif meraikan pingat emas serta perak yang dimenangi mereka selepas mengalahkan satu sama lain dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Sukan SEA 2014 di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

SINGAPURA - Biarpun lawan yang dikalahkan adalah rakan se­negara sendiri, namun Chong Wei Feng puas kerana berjaya menamatkan penantian 14 tahun Malaysia dengan merangkul pingat emas badminton perseora­ngan lelaki dalam Sukan SEA 2015 semalam.

Pemain kelahiran Kedah berusia 28 tahun itu mudah menundukkan Mohd. Arif Abdul Latif 21-8, 21-9 untuk menghadiahkan pingat emas terakhir kontinjen negara di Si­ngapura, yang juga emas ke-62 buat Malaysia.

Individu terakhir yang menyumbangkan emas perseorangan lelaki buat negara adalah Mohd. Roslin Hashim pada Temasya 2001 di Kuala Lumpur.

Menurut Wei Feng, emas tersebut mengubat sedikit kekecewaan tidak dapat beraksi dalam Kejohanan Dunia di Indonesia, Ogos ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih untuk menyenaraikan bekas jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Zulfadli Zulkiffli.

“Ini adalah hadiah istimewa buat seluruh rakyat Malaysia kerana sudah lama kita tidak memena­ngi pingat emas dalam perseorangan lelaki pada Sukan SEA.

“Saya lihat, Arif tidak beraksi baik sepanjang permainan dan kerap melakukan kesilapan. Itu memudahkan saya untuk mengutip mata demi mata.

“Saya memang berpuas hati dapat mengembalikan emas kepada Malaysia, malah saya lega kerana prestasi saya semakin meningkat. Itu petanda baik dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik,” kata Wei Feng.

Ketika Wei Feng meraikan kejayaan terbesar dalam kariernya, impian Malaysia untuk menamatkan penantian 16 tahun dalam acara beregu campuran tidak kesampaian selepas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas pada perlawanan akhir yang amat mendebarkan.

Peng Soon-Liu Ying yang baru kembali bergandingan akibat kecederaan yang menimpa Liu Ying, dikerah dalam pertarungan se­ngit yang berlarutan selama 1 jam 9 minit sebelum akur dengan kekalahan 21-18, 13-21, 23-25 kepada pasangan No. 11 dunia, Praveen Jordan-Debby Susanto dari Indonesia.

Dengan kekalahan itu, Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee kekal sebagai pasangan terakhir Malaysia menjuarai acara beregu campuran pada Sukan SEA 1999 di Brunei.

Praveen-Debby pula memastikan Indonesia terus menguasai acara tersebut buat kali keenam berturut-turut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/wei-feng-puas-kembalikan-emas-1.103739#sthash.bIqfxOEw.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Emas ini untuk anda semua’

17 Jun 2015 12:18 AM


SOONG FIE CHO (kiri) memeluk Amelia Alicia Anscelly sebaik saja menewaskan Vivian Hoo-Woon Khe Wei untuk muncul juara beregu wanita Sukan SEA 2015 di Singapura, semalam.

SINGAPURA – “Pingat emas ini buat semua rakyat Malaysia, terutama rakyat Sabah.”

Itu kata Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho sambil menahan tangisan kegembiraan sejurus mengejutkan pasa­ngan utama negara yang juga penyandang juara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei untuk muncul juara beregu wanita Sukan SEA 2015, semalam.

Jika selama ini, Vivian-Khe Wei, yang juga juara Sukan Komanwel sering menjadi sandaran Malaysia dalam kejohanan utama, kemenangan 21-18, 21-13 yang dilakar Amelia-Fie Choo ke atas mereka menunjukkan skuad badminton negara kini mempunyai beberapa pemain yang boleh diharapkan.

Malah, ini bukan kemena­ngan pertama dilakar Amelia-Fee Choo ke atas beregu No. 11 dunia itu tahun ini. Mereka sebelum ini turut mengejutkan Vivian-Khe Wei dalam perlawanan akhir Terbuka India, Januari lalu.

Bagaikan tidak percaya berjaya menghadiahkan emas buat negara dalam Sukan SEA, kedua-dua pemain yang ber­asal dari Sabah itu menangis sejurus mengutip mata kemenangan dan menitiskan air mata, sebaik saja lagu Negaraku berkumandang.

“Kemenangan ini buat kedua ibu bapa, teman lelaki saya dan semua rakan-rakan di Sabah yang membantu kami. Emas ini untuk anda semua.

“Sabah sebuah negeri yang cantik, di mana setiap rak­yatnya mengambil berat antara satu sama lain. Saya percaya semua orang di tempat kami akan bangkit dengan lebih kuat,” kata Amelia, yang turut mendedikasikan kejuaraannya kepada mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Menurut pasangan No. 26 dunia itu, kejayaan menumpaskan beregu utama negara membuktikan mereka juga mampu menyumbang biarpun sekadar turun bersama status No. 2 di belakang Vivian-Khe Wei.

“Memang puas dapat kalahkan beregu utama negara. Kami membuktikan biarpun kami hanya No. 2, tetapi tetap berupaya memberikan saingan kepada mereka.

“Persefahaman dan komunikasi yang baik bersama Fie Choo hari ini menjadikan kami lebih bersemangat. Kami juga bermain tanpa tekanan,” kata Amelia lagi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/8216-emas-ini-untuk-anda-semua-8217-1.103747#sthash.AbYUojq5.dpuf

ACA mahu Malaysia anjur semua acara pada Sukan SEA 2017

17 Jun 2015 1:14 AM


MOHD. HARRIF SALLEH menyumbangkan dua pingat emas buat skuad berbasikal dalam Sukan SEA 2015 menerusi acara kriterium dan lepas beramai-ramai.

MELAKA – Peluang skuad kebangsaan untuk meraih lebih tujuh pingat emas pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur tampak cerah selepas Kongres Persatuan Berbasikal Asean (ACA) merayu agar Malaysia menganjurkan semua acara berbasikal seperti lebuh raya, trek, BMX dan berbasikal bukit (MTB) pada temasya dwitahunan itu.

Presiden ACA, Datuk Abu Samah Abd. Wahab berkata, usul tersebut telah dibawa oleh beberapa negara termasuk Thailand, Indonesia serta Vietnam dan ia diluluskan sebulat suara dalam Kongres ACA yang diadakan di Singapura pada minggu lalu.

Tambahnya, Thailand misalnya kecewa dengan tindakan negara penganjur Sukan SEA 2015, Si­ngapura yang hanya menganjurkan acara lebuh raya dan mencicirkan acara tradisi lain seperti trek, BMX serta MTB.

“Thailand telah mendesak Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA 2017 agar kembali menjadikan lebuh raya, trek, BMX dan MTB sebagai acara wajib pada temasya di Kuala Lumpur. Usul tersebut kemudian dipanjangkan lagi oleh Vietnam dan Indonesia.

“Malah Myanmar juga menjelaskan bahawa, ia turut menjadikan lebuh raya, BMX dan MTB sebagai acara di Nay Pyi Taw pada 2013.

“Kongres kemudian secara sebulat suara meluluskan usul mendesak Malaysia menganjurkan acara lebuh raya, trek, BMX dan MTB pada pengunjuran akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abu Samah yang juga Naib Pre­siden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan, andai usul tersebut diterima oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2017, lebih 18 emas bakal diraih daripada disi­plin basikal.

Ujar beliau, sekurang-kurangnya sembilan atau sepuluh emas bakal dipertaruhkan menerusi acara trek, manakala tujuh emas dalam acara lebuh raya di samping tiga masing-masing dalam acara MTB dan BMX.

Beliau menjelaskan, ACA akan menulis kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berhubung usul tersebut seterusnya akan mendesak perkara itu dibentangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Abu Samah yang juga Presiden PKBM percaya, penampilan semua acara trek pada Sukan SEA 2017 hampir pasti membolehkan Malaysia menuai lebih tujuh emas sebagaimana diraih pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.

“Saya juga percaya acara trek Sukan SEA 2017 akan diadakan pada arena baru yang bertaraf Kategori Satu. Saya dimaklumkan Velodrom Nilai akan siap sebelum bermulanya Sukan SEA 2017,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji persembahan pasukan negara yang meraih lima pingat, termasuk dua emas dihadiahkan oleh Mohd. Ha­r­rif Salleh dalam Sukan SEA 2015.

Kemenangan tersebut menamatkan kemarau 10 tahun acara lebuh raya sejak kali terakhir Suhardi Hassan menang emas di Manila, Filipina pada 2005.

Raih banyak emas andai Malaysia anjur semua kategori berbasikal pada Sukan SEA 2017

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/aca-mahu-malaysia-anjur-semua-acara-pada-sukan-sea-2017-1.103832#sthash.N3uZzVPv.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Frost puas hati kejayaan kutip 2 emas

18 Jun 2015 1:05 AM

Goh Jin Wei melepasi jangkaan di Singapura apabila mara ke separuh akhir acara individu di mana dia kalah kepada pemain Indonesia, Hanna Ramadini 21-16, 12-21 dan 18-21 untuk meraih pingat gangsa. UTUSAN

SINGAPURA - Meraih dua pingat emas, empat pingat perak dan dua gangsa di Singapura adalah pencapaian yang memuaskan oleh skuad badminton negara setelah agak lama tidak membawa pulang lebih daripada satu emas dari Sukan SEA.

Kali terakhir badminton menghadiahkan dua pingat emas kepada kontinjen Malaysia ialah ketika Sukan SEA 2003 di Ho Chi Minh, Viet­nam menerusi Datin Wong Mew Choo dalam acara perseorangan wanita dan beregu lelaki Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.

Pencapaian kali ini juga menepati sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu mahukan empat wakil negara layak ke final Sukan SEA 2015 apabila dua perseorangan lelaki, dua beregu wanita, satu beregu campuran serta berpasu­kan wanita layak ke perlawanan me­rebut emas.

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata, kejayaan mencapai sasaran tersebut pasti akan menghilangkan segala keraguan terhadap prestasi badminton negara.

“Kami telah membuktikan bahawa ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai dan saya amat puas hati dengan pencapaian ini.

“Dalam Sukan SEA ini dapat dilihat pemain muda seperti Goh Jin Wei telah membuktikan dirinya mampu untuk bersaing dan ini juga menjadi satu petanda positif kepada badminton Malaysia,” katanya, yang mengulas pencapaian keseluruhan skuad negara.

Pingat emas badminton diperoleh menerusi Chong Wei Feng yang mengungguli acara perseorangan lelaki, menewaskan rakan senegara Mohamad Arif Abdul Latif dalam perlawanan akhir manakala Amelia Alicia Anscelly-Soon Fie Cho mencipta kejutan ke atas Vi­vian Hoo-Woon Khe Wei.

Dua pingat perak pula hadir menerusi beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan berpasukan wanita.

Pemain berusia 15 tahun, Jin Wei pula melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir individu wanita untuk meraih pingat gangsa. Satu lagi gangsa diperoleh menerusi berpasukan lelaki. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/frost-puas-hati-kejayaan-kutip-2-emas-1.104035#sthash.bpeCfUo2.dpuf

APANAMA: The New York Times - Najib, 1MDB, Altantuya and mo...

APANAMA: The New York Times - Najib, 1MDB, Altantuya and mo...: Power Struggle in Malaysia Pits Former Premier Against a Protégé By THOMAS FULLER and LOUISE STORY JUNE 17, 2015 Prime Minister Najib Raz...

SUKAN SEA 2015 : Skuad Projek lulus ujian pertama

ZAZALI JAMIAN | 18 Jun 2015 1:05 AM

Pemain-pemain Malaysia meraikan kejayaan selepas menewaskan Singapura dalam perlawanan akhir hoki Sukan SEA 2015 di Singapura untuk mempertahankan kejuaraan sejak 1973. BERNAMA

SINGAPURA – Walaupun dipaksa berhempas pula dan diheret dalam penentuan pukulan penalti shoot out sebelum mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2015, namun dengan mengambil kira Malaysia sekadar menghantar skuad Projek 2016, ia boleh dianggap satu pencapaian yang bagus untuk masa depan hoki negara.

Skuad Bawah 23 tahun negara mengalahkan pasukan utama Si­ngapura menerusi pukulan penalti 4-3 selepas perlawanan sebenar di Stadium Hoki Sengkang pada 13 Jun lalu berkesudahan 2-2.

Malaysia memenangi emas dalam setiap Sukan SEA yang disertai, kecuali pada 1973 apabila mereka tewas kepada Singapura.

Malah, sebelum skuad lelaki menumpaskan tuan rumah, pasukan wanita turut mempertahankan emas dengan mengalahkan Thailand 3-1, sekali gus membuktikan Malaysia masih kuasa hoki Asia Tenggara yang sukar ditandingi.

Secara keseluruhannya pemain negara berjaya memenuhi misi yang ditetapkan iaitu membawa pulang emas, malah skuad lelaki negara ‘lulus’ ujian besar pertama mereka, biarpun temasya di Singapura telah mendedahkan beberapa kelemahan ketara anak-anak buah Arul Selvaraj.

Objektif utama penubuhan skuad Projek 2016 adalah Piala Remaja Dunia yang akan diadakan di India tahun depan. Justeru, ada beberapa aspek perlu diperbaiki Arul untuk memastikan persiapan pasukannya berjalan baik.

Aspek pertama adalah memperkemaskan jentera serangan yang jelas kurang tajam dan kelemahan paling ketara, ketiadaan pakar pukulan sudut penalti selepas Malaysia dilihat mempersiakan banyak peluang untuk menghasilkan gol dalam situasi berkenaan.

Dua perkara ini perlu diberi perhatian serius sebelum mereka berdepan ujian besar kedua iaitu mempertahankan kejuaraan Piala Remaja Asia di Kuantan pada November ini.

Skuad hoki remaja sebenarnya mampu melangkah jauh, tetapi anak-anak buah Arul perlu diberikan sebanyak mungkin perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa untuk nenambah pengalaman dan membantu pemain untuk menjadi lebih kreatif. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/skuad-projek-lulus-ujian-pertama-1.104037#sthash.QvxlcKWB.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Gimnastik artistik ada bintang baharu

MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 18 Jun 2015 1:06 AM

Gimnas artistik wanita Malaysia menamatkan penantian selama 14 tahun apabila memenangi pingat emas acara berpasukan dalam Sukan SEA 2015 di Singapura. UTUSAN

SINGAPURA – Sudah sekian lama sukan gimnastik artistik seperti tenggelam di rantau Asia Tenggara walaupun negara belum putus dengan bakat-bakat baharu.

Selepas Wei Sian Ooi (lelaki) dan Chan Sau Wah (wanita) ma­sing-masing memenangi pingat emas Sukan SEA Korat 2007, dunia gimnastik negara seperti merindui gimnas yang boleh dikete­ngahkan.

Akhirnya dalam Sukan SEA 2015 di Singapura, gimnastik artistik kembali bernafas dengan sumbangan tiga pingat emas menerusi acara berpasukan wanita, Farah Ann Abdul Hadi (senaman lantai) dan Tan Ing Yueh (palang bertingkat).

Kelibat Farah paling mencuri perhatian dalam edisi ke-28 Sukan SEA apabila sentiasa menyum­bangkan pingat dalam setiap disiplin yang disertainya.

Dalam acara individu lain se­perti melombol, palang ber­tingkat dan batang titian, Farah berjaya menyumbangkan pingat gangsa, sementara Ing Yueh pula menambah koleksi pingat perak dalam melombol.

Orang yang paling gembira dengan peningkatan dipamerkan oleh skuad gimnastik artistik pastinya jurulatih negara Nataliya Sinkova, yang sudah menunggu terlalu lama untuk meraih kejayaan ini.

Kali terakhir skuad gimnastik artistik wanita memenangi acara berpasukan ialah pada 2001 di Kuala Lumpur, di mana Nataliya adalah jurulatih yang bertanggungjawab membimbing pasukan ketika itu.

Melabelkan anak-anak buah­nya seperti bidadari yang sempurna, Nataliya memberi kredit terhadap Farah serta rakan-rakannya yang bekerja keras sehingga mampu ke tahap ini.

“Saya memang menjangkakan mereka mampu meraih sesuatu kali ini, namun memenangi pi­ngat emas dalam acara berpasukan adalah sesuatu yang manis.

“Tiada apa yang saya boleh minta lagi kerana mereka semua berjaya memberi satu persembahan yang amat mengagumkan dan masa depan gimnastik di negara kita cukup cerah.

“Masih ada beberapa gimnas muda yang berusia 16 tahun ke bawah berada di negara kita, jadi sememangnya saya tidak bimbang dengan peluang kita untuk Sukan SEA 2017,” katanya.

Dalam acara lelaki, walaupun sekadar satu perak diraih menerusi Jeremiah Loo dalam palang tunggal, ia tetap bermakna kerana mereka tidak menetapkan sebarang sasaran pingat dalam acara berkenaan.

Dalam sukan gimrama, memenangi dua emas dengan satu daripadanya dianggap emas bonus menerusi acara individu berjaya mencapai piawaian ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Koi Sie Yan dan Shansangari Sivaneswary Nagarajan, berjaya mempamer kecemerlangan tersendiri selepas terikat sama mata dan pihak penganjur kejohanan bersetuju menghadiahkan dua pingat emas. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/gimnastik-artistik-ada-bintang-baharu-1.104048#sthash.fYFHb6zC.dpuf

FAM jangan ulangi kesilapan

17 Jun 2015 12:18 AM

MALAYSIA menutup kempen bola sepak Sukan SEA 2015 bersama kegagalan selepas terkandas di peringkat kumpulan apabila tewas kepada Vietnam dan Thailand.

SINGAPURA – Anti-klimaks. Kegagalan skuad bola sepak mara ke separuh akhir buat pertama kali sejak Sukan SEA 2007 Korat bagai menghilangkan seri kontinjen negara yang menutup kempen dengan meraih 62 pingat emas di Singapura.

Apatah lagi, mereka sudah pun tersingkir sebelum Sukan SEA dibuka secara rasmi pada 5 Jun ekoran tumpas kepada Vietnam dan Thailand dalam saingan Kumpulan B.

Fakta bahawa pasukan kali ini memang tiada ciri-ciri juara sudah mula kelihatan sejak perlawanan pembukaan menentang Timor Leste, yang menyaksikan Malaysia sekadar menang tipis 1-0.

Penggantungan enam perlawanan yang diterima Muhammad Nazmi Faiz Mansor memburukkan lagi keadaan buat pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee.

Dia jelas bergelut untuk mencari pemain yang memiliki tahap kecergasan terbaik kerana anak-anak buahnya bagaikan `kurang angin’ semasa berdepan Vietnam dan Thailand.

Begitupun Kim Swee tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana sebahagian besar anggota skuad bawah 23 tahun negara bukanlah muka-muka yang sentiasa beraksi dalam kesebelasan utama skuad negeri masing-masing se­perti Mohd. Fandi Othman, Gary Steven Robbat, D. Saarvindran dan Shahrol Saad.

Malah, Kim Swee langsung tidak diberi ruang membentuk skuad ini sejak awal selepas tugas membimbing pasukan dalam kempen kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun dan Liga Si­ngapura (S-League) diberikan kepada Razip Ismail.

Keputusan Jawatankuasa Pe­ngurusan Pasukan Kebangsaan itu nyata menimbulkan persoalan dan tidak keterlaluan untuk dilabel sebagai melucukan.

Seperti meletakkan dua nakhoda dalam satu kapal, keputusan kucar-kacir akhirnya membawa kehancuran kepada pasukan bawah 23 tahun, selain ketiadaan skuad Harimau Muda A yang dibubarkan secara tiba-tiba.

Nasi sudah menjadi bubur dan apa yang berlaku pada Sukan SEA 2015 perlu dijadikan pengajaran oleh FAM bagi memastikan skrip yang sama tidak berulang di Kuala Lumpur, dua tahun lagi.

Perancangan perlu bermula dari sekarang untuk membentuk skuad yang benar-benar bersedia dan matang sepenuhnya.

Masih ada 10 pemain yang boleh bermain di Sukan SEA Kuala Lumpur, namun persoalannya adakah mereka mampu menjadi pemain lebih baik pada waktu tersebut atau kekal di takuk lama?

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-jangan-ulangi-kesilapan-1.103736#sthash.vu5IXy5x.dpuf

PIALA DUNIA DAN PIALA ASIA : Mengecewakan, memalukan!

Palestin belasah Malaysia tanpa belas kasihan

FADHILUL IZMEL ISHAK DAN MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI | 17 Jun 2015 1:15 AM


KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (8) dan Mahali Jasuli tidak mampu menahan kecewa selepas Harimau Malaya dibelasah 0-6 oleh Palestin dalam kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

KUALA LUMPUR - Tiada apa lagi yang boleh diperkatakan tentang pasukan Harimau Malaya selepas di­belasah 0-6 oleh Palestin dalam perlawanan kedua kelayakan Pia­la Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kekalahan memalukan itu me­nimbulkan persoalan mengenai kemampuan skuad negara untuk mengharungi perlawanan seterusnya apabila berdepan lawan yang jauh lebih kuat.

Malah semalam, sorakan padu yang pada awalnya diberikan penyokong Harimau Malaya bertukar menjadi ejekan serta hinaan selepas anak-anak buah Dollah Salleh langsung tidak bermaya untuk memberi tentangan.

Dollah sendiri tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya melihat prestasi hambar anak-anak buahnya, yang sebelum ini nyaris dimalukan Timor Leste dalam aksi pembukaan apabila seri 1-1, minggu lalu.

“Saya benar-benar kecewa dengan cara pemain beraksi. Saya tidak menyangka bahawa mereka mudah mengalah selepas lawan mendahului 2-0.

“Apabila kedudukan menjadi 3-0 sebelum tamat separuh masa mereka seperti rebah. Saya cuba memberikan kata-kata semangat kepada mereka, namun nasi sudah menjadi bubur.

“Daripada gawang gol sehinggalah bahagian serangan semua­nya sudah berputus asa,” katanya kepada pemberita sebaik saja perlawanan tamat.

Gawang negara yang dijaga oleh Mohd. Farizal Marlias mudah dibolosi oleh penyandang juara Piala Cabaran 2014, Palestin seawal minit kelapan menerusi rembatan kencang pemain pertahanan, Mu­sab Battat yang menyambut bola susulan berpunca daripada sepakan penjuru.

Benteng pertahanan skuad negara sekali lagi dibolosi menerusi jaringan penyerang, Sameh Maraaba selepas dia menerima hantaran cantik daripada Matias Hadwa pada minit ke-22 menjadikan kedudukan 2-0.

Belum sempat pengadil perlawanan meniup wisel untuk menamatkan babak pertama, skuad kendalian Abdalnasser Barakat menambah derita Harimau Malaya.

Penyerang, Tamer Seyam menerusi gerakan solo dalam kotak penalti berjaya menggelecek tiga pertahanan Malaysia sebelum menewaskan Farizal.

Bagaikan tersentak dengan keputusan perlawanan anak-anak buah Dollah cuba mengatur sera­ngan ke arah kubu lawan, namun percubaan penyerang Selangor, Muhammad Afiq Azmi nyata tidak memberi sebarang impak untuk mengubah kedudukan.

Serba tidak mengena buat pasukan Harimau Malaya apabila Matias mudah membawa bola melepasi celah kaki Mohd. Fadhli Shas untuk membuat hantaran kepada Khader Abuhammad bagi mengukuhkan kedudukan 4-0 pada minit ke-63.

Palestin terus berpesta apabila Sameh mudah menyumbat gol pada minit ke-75 selepas menanduk bola ke dalam gawang hasil hantaran rakan sepasukan, Tamer.

Ketika perlawanan berbaki empat minit untuk ditamatkan, Tamer memastikan mereka pulang bersama kemenangan besar apabila berjaya menyumbat gol keenam perlawanan berpunca da­ripada hantaran leret Mohammed Abukhamis.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mengecewakan-memalukan-1.103841#sthash.amT1a0G1.dpuf