Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 30 April 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: ETP ke, GTP ke ... Apapun Tolong Jelaskan 1MDB !

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: ETP ke, GTP ke ... Apapun Tolong Jelaskan 1MDB !: Di bawah adalah beberapa klip yang saya copy dari KiniTV yang memetik kenyataan2 Tun Mahathir hari ini. KLiK ke Youtube Pung pang pun...

APANAMA: Pesanan Tun Dr Mahathir untuk AHLI-AHLI AKAR UMBI ...

APANAMA: Pesanan Tun Dr Mahathir untuk AHLI-AHLI AKAR UMBI ...: 1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO...

SPR wajar letak syarat wajibkan bakal Ahli Parlimen, ADUN fasih berbahasa Melayu

30 April 2015 1:40 AM


RAIS YATIM tidak ketinggalan menggunakan Instagram ketika melawat gerai-gerai pameran pada majlis perasmian Hari Kualiti UIA di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 29 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mewajibkan ahli politik yang ingin bertanding dalam pilihan raya mesti fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, fasih dalam bahasa kebangsaan amat penting bagi membolehkan wakil rakyat mendengar dan membawa masalah rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat secara berkesan.

“Wakil rakyat haruslah fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan dan bukannya hanya menguasai bahasa Inggeris atau bahasa ibunda mereka sahaja.

“Tidak perlu penggubalan undang-undang pada skala besar, memadai SPR meletakkan syarat supaya ahli politik yang mahu bertanding perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Hari Kualiti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut dihadiri Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin di sini hari ini.

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertikaikan kegagalan sesetengah wakil rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baik walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di negara ini.

Tambah Rais, jika kefasihan pertuturan dalam bahasa Melayu dapat disyaratkan oleh SPR, perkara tersebut akan menjadi satu panduan yang boleh dicontohi dalam usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu.

Mengulas mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini, Rais berkata, apa yang harus ditanamkan di dalam fikiran semua pihak ialah bahasa Melayu juga mampu memainkan peranan itu sebagaimana bahasa Inggeris.

“Kita harus memperbanyakkan penghasilan dan penerbitan buku teks dalam bahasa kebangsaan.

“Universiti juga harus memperbanyakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara bagi mengangkat martabatnya dan supaya kegemilangannya di Nusantara seperti satu ketika dahulu dapat dikembalikan,” katanya

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/spr-wajar-letak-syarat-wajibkan-bakal-ahli-parlimen-adun-fasih-berbahasa-melayu-1.86029#sthash.FXQFUUu4.dpuf

Najib’s brother Nazir explains his views on controversy over 1MDB issue

The STAR Online
 BY LEONG HUNG YEE
Updated: Wednesday April 29, 2015 MYT 8:09:43 AM




KUALA LUMPUR: Disagreements between family members are a common thing, said CIMB Group Holdings Bhd chairman Datuk Seri Nazir Razak, the younger brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“We are brothers. There are agreements and disagreements. It is healthy,” he replied when queried on his relations with his brother following the CIMB Group’s shareholders meeting here yesterday.

“Do you agree with everything your brother does? I rest my case. It’s normal,” Nazir said.

1Malaysia Development Bhd (1MDB), a fund wholly-owned by the Finance Ministry, which is also under Najib’s watch, has come under attack for its debts of RM42bil and assets that do not produce corres­ponding cash flow.

Nazir chided 1MDB last week when it declined an invite to present its case at Invest Malaysia, a major event which funds and key decision-makers such as the Bank Negara governor and ministers attended to outline their views.

“Probably we should disclose what needs to be disclosed in order for people to have a full picture and allay concerns. When issues are not cleared up, people tend to expect the worst,” said Nazir to reporters.

While Nazir was disappointed when 1MDB did not show up at Invest Malaysia, he was in agreement with Bank Negara governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz that 1MDB would not pose a systemic risk to the country’s banking and financial system.

A career merchant banker, Nazir, also said he had no inkling of how to resolve the 1MDB issue.

“I have no idea, and it is not my job either,” he said.

Earlier this month, the Finance Ministry appointed CIMB to look for buyers interested to acquire 1MDB’s power assets, but the appointment was withdrawn a few days later.

On that, Nazir said he was in the dark as to why the decision was reversed.

“Clients do change their minds,” he said, while maintaining he had never uttered anything inflammatory against 1MDB.

“Nothing controversial. I just said due to negative investor sentiment, it is good to put the issue (1MDB) behind us.”


Wednesday 29 April 2015

AFC : Gol Amri bawa JDT ke pusingan kedua

29 April 2015 1:12 AM


MOHD. Amri Yahyah memastikan JDT mara ke pusingan kedua Piala AFC apabila menjaringkan gol pada minit keenam ketika menentang East Bengal di Kolkata, India semalam.

KUALA LUMPUR – Biarpun berbaki satu perlawanan, Johor Darul Ta’zim(JDT) mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Piala AFC apabila memungut tiga mata berharga di tempat lawan dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas East Bengal di Stadium Vivekananda Yuba Bharati, di Kolkata, India semalam.

Jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit keenam selepas me­nerima umpanan S. Kunanlan sudah cukup untuk menjadi garis pemisah buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang terpaksa diberhentikan pada minit ke-32 kerana hujan lebat.

JDT kekal di tangga teratas Kumpulan F melalui pungutan 12 mata dan kemaraan mereka diiringi kelab dari Hong Kong, Kitchee di tangga kedua yang meraih 10 mata apabila menum­paskan kelab Singapura, Balestier Khalsa 2-1 di Stadium Jalan Besar.

Sekiranya skuad Harimau Selatan berhasrat mahu mendapat kelebihan untuk beraksi selaku pasukan tuan rumah pada pusingan kedua dalam format kalah mati, mereka wajib menumpaskan Balestier pada aksi terakhir 12 Mei depan tanpa mengambil kira apa jua keputusan antara Kitchee dan East Bengal.

Dalam perlawanan semalam, mereka tidak menunggu lama untuk cuba mendapatkan gol awal menerusi bekas penyerang antarabangsa Argentina, Luciano Figueroa yang hampir menghukum kelalaian pertahanan East Bengal namun dapat dihadang oleh pertahanan pada minit ketiga.

Namun, Amri akhirnya meletak­kan pelawat di hadapan melalui penyudah berbisa hasil kreativiti Kunanlan dalam hujan lebat dan jaringan itu ternyata membuat East Bengal tersentak untuk bangkit mendapatkan gol penyamaan.

Pada minit ke-20, Mohammed Rafique hampir berjaya menewaskan Farizal Marlias melalui rembatan menarik tetapi penjaga gol kebangsaan itu merebahkan badan dan menangkap kemas percubaan pemain tengah East Bengal berkenaan.

Akhirnya, permainan terpaksa dihentikan lebih setengah jam dan bersambung semula namun tiada aksi menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan Harimau Selatan selesa berkampung dalam kawasan sendiri serta cuba melakukan taktikal serang balas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gol-amri-bawa-jdt-ke-pusingan-kedua-1.85604#sthash.Nr1RsCLW.dpuf


Tuesday 28 April 2015

APANAMA: PRIME MINISTER going on leave?

APANAMA: PRIME MINISTER going on leave?: In his Comment  that appeared in the NST yesterday (Monday, April 27, 2015), Tunku Abdul Aziz says quite a lot on the subject which we kno...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Ridhuan Tee - Isu Seperti 1MDB, Gunakan Neraca Keb...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Ridhuan Tee - Isu Seperti 1MDB, Gunakan Neraca Keb...: Prof Ridhuan Tee membuka pentas Bicara Negarawan Bersama Tun Mahathir baru2 ini dengan mesej meminta semua pihak supaya menggunakan Nerac...

JELAPANG: BILA LAGI MUHYIDDIN? SOKONG MAHATHIR ATAU SOKONG N...

JELAPANG: BILA LAGI MUHYIDDIN? SOKONG MAHATHIR ATAU SOKONG N...: BILA LAGI MUHYIDDIN? Nak menunggu bulan jatuh ke riba? Nak menunggu Putrajaya dibawa ke depan pintu rumah? Sudah beberapa kali Tun Dr ...

Inspirasi Remaja Kini: NAJIB SUDAH KENA KENCING DENGAN SINGAPORE

Inspirasi Remaja Kini: NAJIB SUDAH KENA KENCING DENGAN SINGAPORE: Gegak gempita negara ASEAN apabila isu-isu tertunggak selama hampir 20 tahun dapat diselesaikan kononnya secara gentleman antara Hsien L...

amukan melayu: 1Malaysia Development Berhad - AMANAH DAN FITNAH

amukan melayu: 1Malaysia Development Berhad - AMANAH DAN FITNAH: Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 1Malaysia Development Berhad Jenis Syarikat Sendirian Berhad Industri pelaburan St...

Monday 27 April 2015

Hodak ‘direhat’, Gomez latih JDT


MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 27 April 2015 1:16 AM


Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Karier Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) sampai ke peng­hujungnya apabila dia direhatkan dan akan digantikan dengan pengurus baharu dari Argentina, Mario Gomez.

Presiden Persatuan Bola Se­pak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, tindakan tersebut diambil oleh persatuan untuk membawa perubahan kepada era baharu Harimau Selatan.

“Bojan banyak menyumbang jasa kepada JDT dan melakukan tugasan yang baik sebagai seorang jurulatih dengan membantu pasukan memenangi Liga Super musim lalu dan memenangi Piala Sumbangsih awal tahun ini.

“Dia adalah seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Malaysia dan para pemain banyak belajar daripadanya. Jasanya akan dikenang dan menjadi sebahagian daripada sejarah pasukan JDT.

“Cuma buat masa ini, JDT perlu melakukan perubahan dari segi taktikal untuk meningkatkan tahap taktikal permainan. Oleh itu, kami memerlukan tenaga pakar dari luar yang berpengalaman luas menguruskan sebuah pasukan besar,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Hodak memulakan kariernya bersama JDT pada tahun lalu se­telah mengambil alih tugas daripada Cesar Ferrando Jimenez dari Sepanyol. Dia berjaya membim­bing JDT memenangi Liga Super buat kali pertama dan kemudian merangkul Piala Sumbangsih Ja­nuari lalu selain melangkah ke final Piala FA dan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, kariernya ber­sama Harimau Selatan dilihat ha­nya menunggu masa untuk ditamatkan apabila anak-anak bu­ah­nya gagal menunjukkan pres­tasi yang diharapkan daripada sebuah pasukan yang ber­belanja besar apabila kini hanya menduduki tempat keempat dalam carta liga dengan 15 mata daripada sembilan perlawanan.

JDT juga telah tersingkir daripada Piala FA tetapi masih bersaing dalam peringkat kumpulan kempen Piala AFC.

Jurulatih Ismail Ibrahim akan memangku sementara kekosongan yang ditinggalkan Bojan, untuk membimbing skuad itu untuk satu perlawanan iaitu menentang pasukan India, East Bengal dalam aksi Piala AFC esok sebelum Gomez mengambil alih.

Berhubung keputusan direhatkan itu, Tunku Ismail berkata, Bojan tidak berkecil hati terhadap keputusan yang diambil sebalik­nya memahami hala tuju pasukan yang mahu mempertingkatkan kualiti permainan.

“Kami sudah pun bertemu dan berbincang soal ini, dia memahami situasi pasukan dan menghormati keputusan yang diambil. Walaupun dia direhatkan, kami sentiasa membuka ruang kepada Bojan sekiranya ingin terus bersama kami dalam membangunkan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Hodak masih memiliki baki kontrak hingga Oktober depan.

Beliau berkata, Gomez yang kini melatih kelab Hong Kong, South China akan memulakan tugasnya bersama JDT apabila tiba Jumaat ini.

Menurut Tunku Ismail, bekas pembantu jurulatih Valencia dan Inter Milan itu amat teruja dan tidak sabar untuk mengemudi Harimau Selatan setelah mengikuti rapat perkembangan pasukan tersebut.

“Gomez merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman besar dan amat berminat untuk menjadi sebahagian daripada projek pembangunan bola sepak yang ingin dilakukan (JDT),” katanya.

South China kini mendahului Kumpulan G dalam kempen Piala AFC, diekori Pahang yang ketinggalan empat mata.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hodak-8216-direhat-8217-gomez-latih-jdt-1.84944#sthash.ZxwtaOra.dpuf


dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tun Mahathir - Nama Jho Low DiKaitkan Dengan 1MDB ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tun Mahathir - Nama Jho Low DiKaitkan Dengan 1MDB ...: Dari video Bicara Negarawan Part 2 , pada minit ke 21.00, Tun Mahathir ada menyebut nama Jho Low yang pernah dikaitkan dengan 1MDB dalam ...

Thursday 23 April 2015

APANAMA: 1MDB by Dr M

APANAMA: 1MDB by Dr M: sTOTAL VISITORS FROM 2008:  14,070,917 Apr23rd 2015 Leave a   by   chedet 1. The management of Government finances is governed by laws, rule...

TUNGKARAN HATI: Antara Jambatan Bengkok Dan Hati Bengkok

TUNGKARAN HATI: Antara Jambatan Bengkok Dan Hati Bengkok: Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mengungkit semula isu pembinaan Jambatan Bengkok bagi memperlekeh dan cuba memberi gambaran seolah-o...

CELAH GELEGAR: (KES WARDINA VAMPIRE SALIB) Syiar Islam di bumi ma...

CELAH GELEGAR: (KES WARDINA VAMPIRE SALIB) Syiar Islam di bumi ma...: Kes ini bukan isu tengok salib jadi murtad dan hanya vampire takut salib. Buat adik-adik yang "terbuka" mindanya, yang bela...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Duit 1MDB Di Singapura Yilek ! - Pukulan Maut Sama...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Duit 1MDB Di Singapura Yilek ! - Pukulan Maut Sama...: Menggemparkan ! Itulah reaksi saya kepada pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dalam artikel terbarunya semalam ( KLiK ) SR mendakw...

CELAH GELEGAR: KES WARDINA, SALIB, VAMPIRE : antara Gereja, Alvin...

CELAH GELEGAR: KES WARDINA, SALIB, VAMPIRE : antara Gereja, Alvin...: Straight to the Point  – Kenapa isu gereja di Taman Medan itu menjadi minit mesyuarat Kabinet? Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri ...

VOICES AROUND: Another reason why reading TMI will only damage yo...

VOICES AROUND: Another reason why reading TMI will only damage yo...: THE MALAYSIANS INCITER Incite | Definition of incite by Merriam-Webster www.merriam-webster.com/dictionary/ incite Merriam...

Putra Merdeka: Padah Berkira Dengan hamPAS..!

Putra Merdeka: Padah Berkira Dengan hamPAS..!: Itu memang kegemaran Mad..! anak tamby jual ice cream azmin pun kenal kecenderungan Mad..! Bukan sahaja janda malah bini orang pun Mad m...

Wednesday 22 April 2015

APANAMA: Surat terbuka anak Tok Mat

APANAMA: Surat terbuka anak Tok Mat: Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Ahli Parlimen Pulai (Johor) selama tiga penggal, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Ketua Bahag...

CELAH GELEGAR: [YANG TAKUT SALIB HANYA VAMPIRE] Jahatnya Mulut Me...

CELAH GELEGAR: [YANG TAKUT SALIB HANYA VAMPIRE] Jahatnya Mulut Me...:     SALIB, PENJAJAHAN DAN PERLUASAN WILAYAH PENGARUH oleh Wan Fayhsal 1. Saya masih rasa panas dengan komen tohor Melayu apolog...

TUNGKARAN HATI: Idea Berlian Tun Dr M Hidup Semula : Jambatan Beng...

TUNGKARAN HATI: Idea Berlian Tun Dr M Hidup Semula : Jambatan Beng...: TUN DR MAHATHIR jelas seorang pemimpin yang mempunyai visi masa depan yang cemerlang. Visi bagaimana Malaysia dengan menggunakan kelebihan y...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tempo, TV3, Johan dan 1MDB

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tempo, TV3, Johan dan 1MDB: Malam ni saya nak tulis secara santai 2-3 isu berkaitan Najib dan 1MDB, sekadar meluahkan secara spontan apa yang ada dalam fikiran.  H...

CELAH GELEGAR: FATWA BARU PAS: Haram Undi Calon Tolak Hudud di Pe...

CELAH GELEGAR: FATWA BARU PAS: Haram Undi Calon Tolak Hudud di Pe...: "Haram undi calon tolak hudud, kata Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman" lapor Sinar Harian. ...

Tuesday 21 April 2015

F1 : Grand Prix Azerbaijan diperkenalkan tahun depan

21 April 2015 1:21 AM


BERNIE ECCLESTONE (kiri) berbincang dengan delegasi media FIA ketika melawat pusat media di Litar Antarabangsa Bahrain di Manama, kelmarin. REUTERS

SAKHIR Ketua Komersial Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone berkata, Azerbaijan akan me­nganjurkan perlumbaan pertamanya musim depan, meskipun wujud kebimbangan terhadap rekod hak asasi manusia di negara tersebut.

Dikenali sebagai Grand Prix Eropah Baku, perlumbaan sulung F1 itu bakal diadakan di litar jalan raya di ibu negara Azerbaijan, Baku.

Laporan Human Rights Watch tahun ini berkata, terdapat kemerosotan dalam rekod bekas negeri Republik Soviet itu yang mana lebih daripada 30 orang pembela hak asasi manusia, termasuk aktivis politik dan wartawan telah ditangkap ataupun dipenjarakan.

Sewaktu bercakap menjelang Grand Prix Bahrain yang pernah dibatalkan penganjurannya pada 2011 selepas keganasan yang berlaku ekoran tuntutan perubahan politik di negara itu, Ecclestone berkata, dia tidak berasakan sebarang masalah akan timbul.

“Perlumbaan dijangka berlangsung dengan lancar,” katanya.

Pada awal minggu ini, laman web rasmi F1 telah menyiarkan notis undang-undang yang menyatakan bahawa, Kumpulan Formula Satu komited bagi menghormati hak-hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Human Rights Watch melapor­kan, kerajaan Azerbaijan me­ning­katkan penindasan terhadap pengkritiknya yang mana ia telah mencatat kemerosotan ketara bagi hak asasi rakyat di negara itu.

Ketika ditanya sama ada situa­si hak asasi di Azerbaijan telah dipantau sebelum menyerahkan hak penganjuran, Ecclestone berkata, dia berasakan semua pihak berasa gembira dengan keputusan itu dan tiada masalah besar dijangka akan berlaku.

Ecclestone turut diajukan pertanyaan tentang kebimbangan ke­­merosotan perlumbaan F1 di Eropah. – AP

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/grand-prix-azerbaijan-diperkenalkan-tahun-depan-1.83053#sthash.BYYR1qoW.dpuf


F1 : Hamilton calon hangat juara dunia




21 April 2015 1:36 AM


LEWIS HAMILTON meraikan kejayaan muncul juara Grand Prix Bahrain di Sakhir kelmarin,iaitu kejuaraan ketiganya musim ini. Reuters

SAKHIR – Lewis Hamilton kini memburu gelaran Formula Satu (F1) dunia ketiga selepas meneruskan momentum dengan menjuarai Grand Prix Bahrain, kelmarin, iaitu kejuaraan ketiga­nya daripada empat perlumbaan musim ini.

Pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas itu yang memenangi perlumbaan dari petak utama mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu dalam carta pemandu dunia dengan me­ngumpul 93 mata.

Dia kini menjarakkan kedudukan kepada 27 mata di depan rakan sepasukan, Nico Rosberg yang semakin tertekan kerana sudah mula dikejar pemandu Ferrari.

Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari berada di tangga ketiga dengan 65 mata, manakala seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen berada di kedudukan keempat menerusi 42 mata.

“Tidak kira dengan siapa pun anda lawan, anda perlu mencuba dan menewaskan setiap pencabar yang berada di luar sana.

“Memang menarik dapat bersaing dengan Ferrari,” kata Hamilton yang menegaskan, persaingan musim ini berbeza dengan tahun lalu, di mana dia lebih banyak bersaing dengan Rosberg.

Pemandu Britain itu memulakan aksi dari petak depan buat kali pertama dalam perlumbaan di padang pasir.

Beraksi pada sebelah malam di bawah lampu limpah tidak menjejaskan Hamilton, 30, selepas dia memandu dengan tenang untuk mengetepikan Raikkonen dan Rosberg, yang menduduki tangga kedua serta ketiga.

Masalah brek yang dialami Rosberg ketika saingan berbaki dua pusi­ngan telah membuka laluan kepada Raikkonen untuk menaiki podium buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

“Ferrari telah memberikan kami saingan yang cukup baik dan kami perlu terus berusaha sebagai sebuah pasukan.

“Jadi, kami tidak 100 peratus gembira dalam perlumbaan ini kerana kami mahukan kemenangan 1-2,” kata Ha­milton lagi.

Sementara itu, Rosberg masih belum mencatat sebarang kemenangan mahu pun menempah petak utama setakat ini. Dia hanya memenangi satu perlumbaan dalam 15 saingan terakhir.

“Hamilton telah memacu jenteranya dengan laju hari ini, memang mustahil untuk mengejarnya,” kata Rosberg.

Vettel yang pada mulanya tampak berkedudukan baik untuk menaiki podium, bagaimanapun gagal mengekalkan momentum ekoran penukaran sayap depan jentera yang mengambil masa agak lama, sekali gus sekadar di tangga kelima di belakang Valtteri Bottas dari Williams. – AP

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-calon-hangat-juara-dunia-1.83125#sthash.SjgtW5Mw.dpuf


APANAMA: Malaysia masyhur di mata dunia

APANAMA: Malaysia masyhur di mata dunia: Baru menerima gambar serta petikan artikel majalah Tempo dari rakan wartawan di Jakarta.  Yang diterima ialah petikan dari...

Monday 20 April 2015

APANAMA: DYMM Sultan of Johor said it last month

APANAMA: DYMM Sultan of Johor said it last month:                           Above is documentary proof of what Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim of Johor said in an exclusive pre-Cor...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Chedet post 1669 - Alasan2 Tun Tolak Najib Sebagai...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Chedet post 1669 - Alasan2 Tun Tolak Najib Sebagai...: Satu lagi artikel meletup dari Chedet !  Susah dan lambat nak masuk chedet ler ni, itupun kalau lepas. Bukti TERLALU RAMAI yang menyokon...

APANAMA: SEMBOYAN telah berbunyi, Terima kasih Tan Sri

APANAMA: SEMBOYAN telah berbunyi, Terima kasih Tan Sri: Muhyiddin to Tun Mahathir: You're not alone Sir! Tan Sri Muhyiddin Yassin, nampaknya, telah tampil kehadapan untuk menyelamatkan Umno...

Kedah Ke KL: Surat Ayahanda Tun Dr Mahathir Menulis Perihal Jam...

Kedah Ke KL: Surat Ayahanda Tun Dr Mahathir Menulis Perihal Jam...: Oleh YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: You Are Not Alone Muhyiddin - Benarkah Menyokong T...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: You Are Not Alone Muhyiddin - Benarkah Menyokong T...: Berita paling panas hari ini adalah kenyataan Muhyiddin You Are Not Alone yang ditujukan kepada Tun Mahathir semasa berucap di sebuah Fo...

Thursday 16 April 2015

SUKAN SEA SINGAPURA 2015 : Jodoh Malaysia dengan Thailand

Diletak dalam Kumpulan B bersama penyandang juara

ZAZALI JAMIAN DAN 
MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI | 16 April 2015 1:49 AM


ONG KIM SWEE perlu melakukan perancangan terbaik bagi memastikan pasukannya mampu mengharungi jadual padat Kumpulan B dalam Sukan SEA, Jun ini.

KUALA LUMPUR - Harapan pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, untuk ditempatkan dalam Kumpulan A bersama Singapura tidak kesampaian apabila Malaysia dijodohkan bersama juara bertahan, Thailand dalam Kumpulan B.

Satu lagi pasukan pilihan, Vietnam turut diundi bersama pasukan negara, selain Laos, Brunei dan Timor Leste.

Tambah mengusutkan lagi pemikiran Kim Swee yang berhajat mengulangi pencapaian pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011, mereka perlu menghabiskan lima perlawanan di peringkat kumpulan dalam tempoh 14 hari.

Malah, sekiranya berjaya mara ke separuh akhir dan seterusnya ke final, mereka hanya mendapat rehat selang satu hari.

Situasi itu memaksa Kim Swee melakukan perancangan terbaik untuk memastikan pemainnya berada di tahap kecergasan ter­tinggi dan mampu mengharungi jadual yang padat.

“Kita tahu pasukan dalam kumpulan A akan bermain kurang satu perlawanan dan agak seimbang daripada segi kekuatan sementara dalam Kumpulan B, ia terdiri daripada pasukan-pasukan terkuat Asia Tenggara termasuk kita.

“Selain itu, kita juga tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan seperti Laos, Brunei dan Timor Leste kerana mereka mungkin mampu mencipta kejutan dalam kumpulan tersebut,” katanya selepas perlawanan persahabatan menentang MK Land di Wisma FAM, semalam.

Kim Swee bagaimanapun tetap optimis, pasukannya berpeluang mara lebih jauh pada temasya kali ini biarpun diundi bersama Thailand dan Vietnam, sekali gus berupaya merea­lisasikan sasaran pingat emas.

Skuad bawah 23 tahun negara perlu menamatkan aksi peringkat kumpulan dalam kelompok dua terbaik bagi me­langkah ke saingan separuh akhir dan sekiranya mampu mengatasi sama ada Thailand atau Vietnam, peluang buat anak-anak buah Kim Swee tampak terbentang luas.

Thailand dijangka memberikan tumpuan utama untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang dijadual berlangsung serentak dengan aksi Sukan SEA 2015.

Mereka mungkin tidak menurunkan barisan pemain terbaik Bawah 23 tahun yang membantu mereka menjulang kejua­raan Piala AFF, Disember lalu

Sementara itu, Vietnam mempunyai prestasi yang sukar diramal, namun kemenangan 2-1 ke atas Malaysia dalam aksi pembukaan Kumpulan I Kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam bulan lepas memerlukan lebih banyak kerja keras dilakukan Kim Swee.

Tiga lagi perlawanan menentang Laos, Brunei dan Timor Leste harus dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad Bawah 23 tahun negara bagi meraih tiga mata penuh untuk memastikan slot ke saingan separuh akhir berada di landasan terbaik.

“Pada bulan Mei nanti, kita akan membuat persiapan terakhir dan ia sangat penting bagi memper­tingkatkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan pasukan sebelum bertolak ke Singapura.

“Kita juga sudah merancang tiga perlawanan persahabatan bagi meningkatkan lagi persefahaman dan keserasian antara pemain bagi mempamerkan aksi terbaik,” kata Kim Swee lagi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jodoh-malaysia-dengan-thailand-1.81311#sthash.0u9RKIHP.dpuf


amukan melayu: TIKA TUN M KESEORANGAN, Sultan Mahmud PULA MANGKAT...

amukan melayu: TIKA TUN M KESEORANGAN, Sultan Mahmud PULA MANGKAT...: Sultan Mahmud MANGKAT DIJULANG.. Pemuda UMNO bagi sokongan bersyarat - minta AhJibGor jawab segala persoalan CheDet berk...

ISU-ISU AKHBAR CINA


ISU-ISU AKHBAR CINA

16 April 2015 2:16 AM

AHLI PARLIMEN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?

AKHBAR China Press bertarikh 10 April 2015 membidas Ahli-ahli Parlimen dari pembangkang yang tidak hadir semasa Dewan Rakyat mengundi untuk meluluskan beberapa rang undang-undang pada sidang minggu lalu, sekali gus seperti mengkhianati amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Menerusi artikel bertajuk ‘Setompok najis tikus, rosakkan semangkuk bubur’ oleh Lai Shao Kwang yang dikeluarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C13 itu turut mempersoalkan mereka kenapa mahu menjadi Ahli Parlimen atau wakil rakyat secara separuh masa sahaja (part time job)?.

Penulis turut kecewa dengan alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh salah seorang daripada pimpinan tertinggi pembangkang, “Kita tahu Barisan Nasional (BN) pasti mendapat kelulusan majoriti daripada ahli Dewan kerana bilangan mereka lebih ramai daripada pembangkang. Sebab itu walaupun ahli pembangkang tidak hadir, ia bukan menjadi masalah besar.”

Tegas penulis, secara teknikal kenyataan itu adalah betul, namun pembangkang bukan sahaja kalah dari segi moral tetapi turut mahu melepaskan tanggungjawab apabila menuding jari menyalahkan pihak lain atas kelemahan diri sendiri.

Ahli parlimen sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat, bukannya rakyat yang perlu menyalurkan perkhidmatan kepada mereka.

Wakil rakyat adalah harapan rakyat untuk membela nasib mereka, jangan semasa tiba saat paling penting iaitu semasa Dewan Rakyat mengundi untuk membuat keputusan, secara kebetulan pula kesemua mereka seolah-olah berpakat apabila mempunyai urusan lain.


WAKIL RAKYAT TIDAK BERSAMA RAKYAT?

Sementara itu, akhbar Sinchew Daily News bertarikh 13 April 2015 secara sinis menyatakan bahawa Dewan Rakyat mencatatkan rekodnya yang tersendiri apabila ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada pembangkang tidak membantah apabila mengundi untuk meluluskan usul kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen dan Senator.

Artikel bertajuk ‘Wakil rakyat tambah gaji, rakyat tambah penat’ itu ditulis oleh seorang pensyarah universiti, Wee Seng dan dikeluarkan dalam ruangan, Sudut Pandangan di halaman 21 yang berkata, selepas kenaikan itu semua yang mendapat durian runtuh itu jadi senyap, tidak menjadi responsif terhadap kritikan rakyat terhadap kenaikan itu yang disiarkan dalam akhbar dan laman sosial.

Hinggakan, menurut penulis terdapat komen-komen rakyat yang turut berhasrat untuk menjadi ‘wakil rakyat’ bagi mendapat kenaikan gaji kerana sebagai ‘orang biasa’ bekerja melebihi 10 tahun masih belum tentu bakal mendapat kenaikan lebih daripada 20 peratus.

Penulis kemudiannya merasionalisasikan kenaikan tersebut dengan memberikan hujahan seperti berikut, “wakil rakyat pada setiap masa mengambil tahu masalah rakyat, mereka banyak tanggungan antaranya kos pengangkutan, bayar elaun pembantu, sumbangan untuk parti, kadang-kadang terpaksa keluarkan duit sendiri untuk perkhidmatan di kawasan peti undi.

Bagaimana mereka hendak memberikan perkhidmatan terbaik sekiranya kekurangan sumber kewangan, malah jika dibandingkan dengan golongan profesional di sektor swasta pendapatan mereka lebih rendah.”

Pepatah Cina ada menyebut, “Mahu kuda kuat berlari, perlulah diberi makan rumput yang bagus”, namun penulis menarik perhatian umum dengan menanyakan soalan, “Bilakah yang kita semua ini cukup duit dan tidak pernah kekurangannya?”.

Apabila rakyat sendiri melihat wakil rakyat yang mereka pilih menggunakan kuasa dan hak mereka untuk menaikkan gaji dan elaun mereka sendiri, sebaliknya rakyat pada masa sama terpaksa menanggung kenaikan harga barangan, bermakna rakyat hanya dapat penat sahaja, kerana mereka langsung tidak mengetahui bila masanya kenaikan gaji untuk mereka.

Selain itu, Kementerian Kewangan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mengumumkan bahawa kerajaan bakal memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM1.6 bilion, namun selepas kesemua Ahli Parlimen dan Senator dinaikkan gaji dan elaun bermakna negara terpaksa menanggung perbelanjaan bulanan baharu iaitu kira-kira RM2.8 juta yang terpaksa diambil daripada pendapatan GST itu.

Rakyat dimaklumkan sebelum ini GST untuk menanggung beban kewangan negara, kenapa tidak dimaklumkan juga ia juga bertujuan bagi menanggung kenaikan Ahli Parlimen dan Senator itu.


ARAHAN TANPA PERBINCANGAN

Dalam pada itu, akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 9 April 2015 menyiarkan artikel mengenai isu kutipan caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan oleh industri hotel dan makanan terhadap pengguna dan cuba dimansuhkan oleh kerajaan selaras dengan pelaksanaan GST pada 1 April lalu.

Menerusi artikel bertajuk ‘Perbalahan kutip wang perkhidmatan’, oleh sidang pengarang akhbar itu yang dikeluarkan dalam ruangan Pendapat di halaman N9 mendakwa pihak kerajaan tidak pernah mengadakan perbincangan dengan pihak industri sebelum melaksanakan cadangan tindakan berkenaan yang dianggap sebagai amat mengejutkan itu.

Wakil Persatuan Restoran Selangor dalam reaksi mereka menegaskan caj itu akan tetap dikutip oleh setiap ahli naungan yang bertujuan bagi mengelak perniagaan atau lebih tepat lagi kedua-dua industri itu terjejas teruk.

Tegas mereka, polisi mengenakan caj berkenaan telah dilaksanakan sejak puluhan tahun lalu, malah wujud perjanjian antara majikan dan pekerja sebagai sebahagian daripada tips, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan pekerja mereka.

Akhbar itu turut memetik kenyataan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Yeo Yang Poh iaitu mana-mana peraturan tidak bertulis untuk kawalan bayaran perkhidmatan, sama ada mahu kutip kos perkhidmatan atau tidak, semuanya terpulang kepada keputusan pengusaha terbabit.

Langkah itu merupakan persefahaman antara pekerja dan majikan, persetujuan antara pelanggan dan pengusaha.

Dari segi undang-undang, kerajaan tidak mempunyai hak untuk menghalang persetujuan antara kesemua pihak terlibat.

Malah katanya, pengguna juga berhak untuk memilih sama ada mahu mengunjungi premis yang mengenakan caj perkhidmatan atau tidak.

Dalam pada itu, pihak editorial akhbar itu berharap agar pihak industri berkenaan mematuhi perjanjian yang dibuat antara pekerja dan majikan bagi memastikan matlamat utama kutipan iaitu untuk kebajikan kepada pekerja menjadi kenyataan, bukannya di­selewengkan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/isu-isu-akhbar-cina-1.81456#sthash.BfKTF83P.dpuf


Bangsa Melayu keturunan Orang Asli Asal

16 April 2015 2:08 AM


(Dari Kiri) Mohd. Samsudin, Zuliskandar Ramli, Wan Hashim Wan Teh, Zaharah Sulaiman, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Bambang Budi Utomo dalam Seminar Asal-Usul Melayu dan Kelangsungan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara di UKM, Bangi, semalam.

KUALA LUMPUR 15 April – Hasil penyelidikan yang dijalankan beberapa pakar sejarah mendapati pembentukan bangsa Melayu bermula daripada nenek moyang Orang Asli Asal yang berlabuh di benua Sunda lebih 60,000 tahun lalu.

Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman berkata, kajian itu terbukti berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah dijalankan terhadap Orang Asli dengan tulang-tulang manusia prasejarah.

Katanya, bangsa Melayu semakin berkembang apabila berlakunya aktiviti merantau dan penghijrahan yang seterusnya membentuk beberapa suku kaum etnik komposisi Melayu Proto serta Orang Asli Asia Tenggara.

“DNA Orang Asli Semenanjung pula menunjukkan pertalian dengan Austro-Asiatics selatan Burma yang membangun secara sendiri di Andaman, Siam, Kemboja dan Champa.

“Sebab itu, hari ini kita dapat melihat pelbagai etnik Melayu se­perti Melayu Siam, Melayu Kemboja, Melayu Champa, Melayu Mon-Pyu, Melayu Filipina, Melayu Madagaskar dan banyak lagi namun dari segi baka serta keturunannya kesemua etnik itu adalah sama iaitu rumpun Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Asal Usul Melayu Dalam Pelbagai Perspektif Kajian Terkini dalam Seminar Asal-Usul Melayu dan Ke­langsungan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara di Bilik Senat Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.

Majlis perasmian seminar tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua IAAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. Yang turut hadir Prof. Emeritus Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, Dr. Mohd. Samsudin dan Bambang Budi Utomo.

Dalam kajian yang sama Zaharah memberitahu, pelbagai penyelidikan turut menunjukkan gen orang Taiwan kepada genetik populasi di Asia Tenggara agak kecil selain tiada bukti berlakunya penghijrahan petani dari negara itu.

Bagaimanapun, katanya, penyelidik sejarah percaya bahawa sebahagian besar orang Yunnan dan Taiwan berasal dari Asia Tenggara berdasarkan DNA tempoh usia mereka yang lebih muda iaitu 52,000 tahun.

“Penyelidikan khusus dan terperinci yang dijalankan di Yunnan mendapati puluhan etnik masyarakat di sana, tiada seorang pun bertutur dalam bahasa Melayu malah tidak ada satu perkara pun di situ menggunakan bahasa tersebut.

“Sekurang-kurangnya ada sisa-sisa bukti malangnya langsung tiada selain ciri-ciri fizikal orang Yunnan juga langsung tidak kelihatan menyerupai bangsa Melayu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bangsa-melayu-keturunan-orang-asli-asal-1.81424#sthash.wU5qAss7.dpuf

CUEPACS tuntut naik gaji 35 peratus

Bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum

ABD. AZIZ ITAR | 16 April 2015 2:30 AM


KUALA LUMPUR 15 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) me­nun­tut kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 pe­ratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, se­ta­kat ini gaji te­­rendah yang diterima oleh kakita­ngan awam se­banyak RM805 sebulan tidak memadai dan di bawah paras kemiskinan terutama bagi yang tinggal di kawasan bandar.

Menurutnya, tangga gaji itu ti­dak sepadan de­ngan garis kemiskinan yang telah ditetapkan iaitu bagi yang berpendapatan ba­wah RM880 sebulan dikira sebagai berada di bawah paras kemiskinan atau dikategorikan miskin bandar.

“Setakat ini, gaji terendah dalam perkhidmatan awam adalah RM805 dan RM820 sebulan. CUEPACS meng­gesa kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam 35 peratus agar gaji golongan itu boleh mencecah paling minimum RM1,200 sebulan.

“CUEPACS juga mahu kerajaan memperkenalkan jadual gaji yang lengkap dengan tangga gaji bermula daripada gaji minimum kepada maksimum selain membuat semakan gaji setiap tiga tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam dan Taklimat Isu-Isu Semasa kepada kakitangan awam di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras anjuran CUEPACS yang dihadiri lebih 500 kakitangan awam di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Azih juga menyampaikan Memorandum CUEPACS 2015 berhubung tuntutan itu kepada Ketua Pengarah Perkhid­matan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dengan disaksikan ahli-ahli jawatankuasa kongres tersebut.

Kata Azih, kenaikan dan semakan gaji kakitangan awam itu pen­ting kerana kali terakhir kerajaan berbuat demikian adalah pada tahun 1995 dan ia relevan dengan keperluan dalam kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

“Tahun 1995 adalah kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dibuat oleh kerajaan dan sepatutnya lima tahun sekali diadakan semakan terbaharu tetapi perkara itu tidak berlaku. Kalau boleh CUEPACS mahu semakan itu nanti dibuat setiap tiga tahun sekali.

“CUEPACS juga menggesa agar kerajaan hanya mengambil kakita­ngan awam yang mempunyai kela­yakan pendidikan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk be­kerja bagi mengelakkan mereka mendapat gaji di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Menurutnya, kenaikan 35 peratus gaji kakitangan awam itu juga berdasarkan hampir 70 peratus penjawat awam merupakan dalam kategori Kumpulan Pelaksana yang bergaji rendah dan sederhana daripada 1.6 juta keseluruhan kakita­ngan awam di negara ini.

Semakan kenaikan gaji itu bukan setakat perlu kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi ia juga amat diharapkan oleh penjawat awam berpangkat tinggi kerana desakan terhadap kos sara hidup yang semakin tinggi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cuepacs-tuntut-naik-gaji-35-peratus-1.81477#sthash.nIDYTzQF.dpuf

1MDB : Ketua UMNO Bahagian cabar Jho Low pulang - BUAT AJE REPORT POLIS-DIA TAKAN BALIK SECARA SUKA RELA...

Buat penjelasan kepada PAC berhubung 1MDB

16 April 2015 2:30 AM

Azalina Othman Said

Datuk Seri Mohd. Sharkar 

Datuk Mohd. Khusairi

KUALA LUMPUR 15 April – Beberapa Ketua UMNO Bahagian terus mencabar ahli perniagaan, Jho Low supaya segera pulang ke negara ini dan memberi penjelasan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib menegaskan, tidak adil sekiranya Jho Low hanya memberi kenyataan menerusi media antarabangsa berhubung isu yang menyen­tuh kepentingan negara.

Katanya, komen Jho Low juga berbaur politik apabila menuduh pemimpin UMNO memutar belit isu berkaitan 1MDB.

“Kami desak Jho Low supaya segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau tidak.

“Kalau benar ingin ‘bantu’, pulang ke tanah air dan beri penera­ngan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jho Low dalam wawancara ber­sama akhbar Financial Daily mendakwa dia dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup semua ke­pincangan yang berlaku dalam 1MDB selain menyifatkan ahli UMNO sebagai ‘kaki putar belit’.

Turut senada ialah Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendesak ahli perniagaan itu bertanggungjawab terhadap rakyat negara ini yang mula resah dengan kenya­taannya yang menuduh UMNO terlibat dengan permasalahan 1MDB.

“Selaku rakyat Malaysia, kita mahu Jho Low bersikap gentleman. Jangan di luar negara berani ‘melalak-lalak’ dengan pelbagai tuduhan liar terhadap UMNO terlibat dengan permasalahan 1MDB.

“Jadi, sekarang kita mahu Jho Low bertanggungjawab sepenuh­nya, ‘berani buat, berani tanggung,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi berlata, Jho Low kini berada dalam keadaan terdesak hingga sanggup menuduh ahli UMNO sebagai ‘kaki putar belit’.

Katanya, kenyataan mengelirukan itu dibuat dengan harapan ia dapat meredakan isu yang sedang melanda 1MDB.

“Tetapi perbuatannya itu tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB.

“Jika percaya bahawa dia di pihak yang benar, mengapa tidak beritahu pada pihak yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB seperti Ke­tua Audit Negara,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin pula membidas Jho Low kerana mengaitkan 1MDB dengan UMNO sedangkan bukan semua ahli parti itu mengetahui tentang syarikat berkenaan.

“Dia (Jho Low) seharusnya lebih spesifik, mengapa dia menyebut UMNO. Ini akan menyebabkan ramai ahli dalam parti yang tidak ada kena mengena dengan permasalahan itu akan terasa.

“Jadi, segera tampil beri penjelasan kerana kita ingin tahu kenapa beliau membuat kenyataan sedemikian. Kita faham berhubung 1MDB ini dan telah pun diberi penjelasan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ketua-umno-bahagian-cabar-jho-low-pulang-1.81482#sthash.ci4D4g7L.dpuf


TELCO : Harga pakej jalur 
lebar turun 14-57%

SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH | 16 April 2015 2:30 AM


AHMAD SHABERY CHEEK mengumumkan penurunan kadar caj bagi pakej jalur lebar di Menara KKMM, Putrajaya, semalam. Turut hadir Dr. Halim Shafie (dua dari kiri) dan wakil-wakil syarikat telekomunikasi. bernama

PUTRAJAYA 15 April - sebanyak enam syarikat penyedia jalur lebar utama di negara ini mengumumkan penurunan antara 14 hingga 57 peratus bagi kos pakej jalur lebar asas untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penurunan harga tersebut pada masa ini hanya melibatkan pakej jalur lebar asas untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata, pengurangan ketara itu merupakan komitmen kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara digital dan lebih ramai rakyat mendapat manfaat menerusi pelaksanaan tersebut.

“Syarikat penyedia perkhidmatan Celcom Axiata Bhd. (Celcom), Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi), Maxis Bhd. (Maxis) dan U-Mobile Sdn. Bhd. (UMobile) kini menurunkan harga pakej asas masing-masing kepada RM25 bagi data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G HSPA.

“Secara terperinci Maxis sebelum ini menawarkan perkhidmatan jalur lebar bagi pakej terbabit dengan harga RM30 kini menurunkan kepada RM25 iaitu penurunan sebanyak 20 peratus, Celcom menurunkan harga kepada RM25 (16.7 peratus), Digi kekal pada harga RM25 manakala UMobile turun daripada RM28 kepada RM25 (11 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengurangan harga untuk pakej asas jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan tetap di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr. Halim Shafie dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Menurut Ahmad Shabery, bagi penyedia perkhidmatan jalur lebar talian tetap iaitu Telekom Malaysia (TM) dan TIME dotCOM Bhd. (Time dotCom) pula bersetuju untuk menawarkan pakej asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps dan kadar RM179 untuk perkhidmatan 10Mbps.

Katanya, sebelum ini harga semasa yang ditawarkan bagi kedua-dua pakej terbabit masing-masing ialah RM88 dan RM199.

Berikutan itu, katanya, penetapan harga terbaharu bagi pakej jalur lebar asas talian tetap itu kini lebih rendah sehingga 57 peratus daripada harga semasa.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, semua harga baharu itu akan berkuatkuasa selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih, manakala bagi perkhidmatan tetap dijangka mengambil tempoh lebih lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada syarikat telekomunikasi terbabit membuat penukaran sistem dan perisian baharu.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga akan meneruskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbabit pada masa hadapan supaya perkhidmatan jalur lebar yang disediakan berkualiti tinggi dan laju.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-pakej-jalur-8232-lebar-turun-14-57-1.81484#sthash.NO8bZ6Cb.dpuf

Wednesday 15 April 2015

HARIMAU MALAYA : Dollah lega dapat undian seimbang

MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 15 April 2015 12:59 AM


DOLLAH SALLEH (kiri) berbincang dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas majlis undian pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2018 di Kuala Lumpur semalam. UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR - Harapan untuk melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 tampak bersinar selepas Harimau Malaya berjaya mengelakkan diri daripada diundi bersama gergasi-gergasi Asia dan berada dalam bersama-sama pasukan yang kekuatan masing-masing tampak seimbang dalam Kumpulan A semalam.

Kecuali Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menjadi pilihan dalam Kumpulan A, skuad kendalian Dollah Salleh itu berpeluang meraih sesuatu apabila bertemu Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste.

Dollah, yang ditemui selepas majlis undian pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, tampak tersenyum lega melihat carta undian semalam ke­rana skuadnya tidak akan berdepan dengan gergasi Asia.

“Apa yang saya boleh katakan kumpulan ini memang agak sukar namun yang penting kami dapat mengelak pasukan-pasukan seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Iran kerana jika tidak, memang sukar buat kami.

“Bertemu Arab Saudi dan UAE, harapan untuk mendapatkan tiga mata itu memang ada kalau bermain di tempat sendiri manakala mengenai Palestin serta Timor Leste, tahap mereka lebih kurang sama dengan kita.

“Saya berpuas hati dengan undian ini, yang saya bimbangkan adalah persiapan kita, kalau boleh saya mahu panggil pemain-pemain kita lebih awal kali ini supaya persiapan kita lebih tersusun, jangan sentiasa harapkan magis saya lagi seperti mana sebelum ini (dalam Piala AFF),” katanya selepas majlis undian semalam.

Berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia akan membuka tirai Kumpulan A dengan berdepan Timor Leste pada 11 Jun di Bukit Jalil atau Shah Alam sebelum meneruskan aksi kedua di tempat yang sama menentang Palestin pada 16 Jun.

Hanya juara kumpulan dan empat pasukan terbaik di tangga kedua kumpulan mara ke pusingan ketiga kelayakan. Asia diperuntukkan empat slot automatik ke Piala Dunia 2018 manakala satu lagi pasukan perlu memenangi play-off dengan pasukan di tempat kelima benua Amerika Selatan.

Untuk kelayakan Piala Asia, 12 pasukan terbabit akan mengesahkan tempat secara automatik bersama UAE selaku tuan rumah, 11 lagi tempat akan menjadi rebutan antara 24 pasukan terbaik daripada saingan peringkat kumpulan.

Sebanyak 24 pasukan itu bakal bersaing dalam pusingan ketiga kelayakan yang akan dipecahkan kepada empat kumpulan, dengan 11 daripadanya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dollah-lega-dapat-undian-seimbang-1.80970#sthash.qqSDz4Er.dpuf

AFC : JDT rampas teraju Kumpulan F

MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 15 April 2015 12:58 AM


PENYERANG JDT, Luciano Figueroa (kanan) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Kitchee FA dalam perlawanan Kumpulan F, Piala AFC di Johor Bahru semalam. JDT menang 2-0. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU –Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk melangkah ke saingan 16 pasukan terakhir Piala AFC apabila berjaya menundukkan pendahulu Kumpulan F, Kitchee SC 2-0 dalam perlawanan timbal balik kedua semalam.

JDT kini merampas kedudukan pendahulu Kumpulan F dan akan bertemu East Bengal dari India pada 28 April nanti.

Keputusan tersebut menyaksikan JDT membalas kekalahan 0-2 mereka kepada Kitchee ketika berkunjung ke Stadium Mong Kok di Kowloon, Hong Kong bulan lalu.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan pantas menyu­sun gerakan namun pasukan tuan rumah ter­nyata lebih menguasai separuh masa pertama perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini.

JDT bermula pantas dengan mengasak kubu lawan seawal minit pertama perlawanan tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan pertahanan Kitchee.

Pemain import JDT yang kembali cergas selepas berehat daripada kecederaan, Luciano Figueroa tidak menunggu lama untuk meletakkan namanya selaku penjaring apabila berjaya membolosi gawang lawan setelah mendapat lorongan cantik daripada Safiq Rahim pada minit ke-17.

Rentak serangan pantas yang dipamerkan JDT gagal dikawal pasukan pelawat selepas pasukan tuan rumah terus menerus mengasak kubu lawan menerusi beberapa siri serangan tanpa dapat dibalas Kitchee.

Safiq mempamerkan permainan yang menarik dengan beberapa kali menguji pertahanan lawan sebelum berjaya menjaringkan gol ke­dua JDT hasil sepakan penalti pada minit ke-44.

Separuh masa kedua tidak me­nunjukkan terlalu banyak perbezaan apabila JDT dilihat mengekalkan penguasaan permainan dengan terus menyusun gerakan demi gerakan dalam usaha menambah jaringan.

Pasukan bimbingan Bojan Hodak hampir berjaya mendapatkan gol ketiga mereka menerusi larian menarik S. Chanturu pada minit ke-68 namun bola lorongannya di hadapan pintu gol berjaya dipatahkan pertahanan lawan.

Kitchee mula mempamerkan persembahan lebih garang dengan membuat beberapa gerakan berbahaya di hadapan gol pasukan tuan rumah namun masih gagal mendapatkan gol yang dicari.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-teraju-kumpulan-f-1.80963#sthash.kZUk4sDi.dpuf


GST : Jangan tunduk dengan pengusaha restoran, hotel

FARHANA JONI 
DAN NAZWIN IZAN AHMAD NAZRI | 15 April 2015 1:42 AM


JACOB GEORGE

 S.M. Mohamed Idris

Datuk Yusoff Ismail 

Datuk Paul Selvaraj 


KUALA LUMPUR 14 April - Kerajaan tidak perlu membuang masa untuk mengkaji caj perkhidmatan yang dikenakan pengusaha restoran dan hotel terhadap pengguna, sebaliknya perlu bertindak tegas menghapuskan bayaran tersebut dengan segera.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu perlu kerana masyarakat hari ini kerap mempersoalkan sikap kerajaan yang terlalu bertolak ansur terhadap pengusaha restoran, hotel dan syarikat telekomunikasi hingga membebankan mereka sebagai pengguna.

Katanya, pengusaha restoran dan hotel seolah-olah mengambil kesempatan terhadap ‘kelembutan’ kerajaan dengan memberi alasan caj perkhidmatan lima hingga 10 peratus yang dikenakan terhadap pengguna itu akan diberikan kepada pekerja.

“Tidak logik jika kerajaan menerima alasan pengusaha hotel dan restoran itu kerana kutipan bayaran itu tiada kena-mengena langsung dengan pengguna, sebaliknya terkandung dalam syarat serta perjanjian antara majikan dengan pekerja.

“Apabila caj perkhidmatan ini masih ada, masyarakat mula sangsi dengan matlamat cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana pada peringkat awal kerajaan mengatakan ini berperanan meringankan beban tetapi kini mereka perlu membayar dua cukai pula,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Nege­ri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek bahawa kerajaan sedia menimbang untuk memansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus dalam industri hotel dan makanan jika dilihat tidak adil kepada pengguna, semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj mencadangkan kerajaan menghapuskan terus caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus itu dan memperkenalkan dasar satu harga bagi mengurangkan beban pengguna.

“Jumlah caj tersebut sepatutnya diberikan oleh pelanggan hanya jika mereka berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang telah diberikan. Bukan hak pengusaha untuk menentukan kadarnya.

“Pemerhatian yang dilakukan oleh FOMCA sendiri juga mendapati, kebanyakan pengusaha tidak mempunyai perjanjian bersama dengan pekerja yang menyatakan secara jelas mengenai caj perkhidmatan.

“Caj yang dikutip tidak diberikan kepada pekerja, sebaliknya hanyalah menjadi pendapatan tambahan kepada pengusaha yang jelas tidak adil kepada pekerja dan pengguna,” katanya ketika dihubungi.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail pula berkata, orang ramai telah muak dengan kenyataan mengkaji yang sering dikeluarkan oleh kerajaan berhubung isu cukai perkhidmatan kerana sepanjang tempoh kajian itu dilaksanakan, rakyat te­rus terbeban.

Katanya, jika kerajaan telah se­bulat suara melaksanakan GST pada 1 April lalu, maka tiada sebab untuk mengkaji atau berbincang dengan pengusaha hotel, restoran dan syarikat telekomunikasi tentang caj perkhidmatan, sebaliknya perlu dihapuskan serta-merta.

“Dalam tempoh dua minggu pelaksanaan GST, kami menerima kira-kira 500 aduan orang ramai yang keliru dengan dua cukai yang dikenakan terhadap setiap pembelian, malah mempertikaikan apa kuasa kerajaan sebenarnya dalam menangani isu caj perkhidmatan ini kerana jelas membebankan pengguna, khususnya yang berpendapatan rendah,” katanya.

Di samping itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, alasan untuk mengkaji dahulu membuktikan kerajaan tidak bersedia melaksanakan GST kerana mereka seharusnya bersedia dan merancang dengan teliti serta mendapatkan maklumat statistik yang mencukupi.

Jelasnya, saranan untuk menimbang dan meneliti caj perkhidmatan adalah gimik kerajaan semata-mata dan membuang masa.

“Perkara ini tidak betul-betul digambarkan oleh kerajaan, dalam keadaan sekarang semua pihak terperangkap sama ada pengguna, ahli ekonomi dan juga pelancong. Saya mendapat pertanyaan daripada pelbagai pihak antarabangsa seperti Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan sebagainya yang bertanyakan tentang soal GST ini.

“Kastam tidak dapat jawab soalan, kredibiliti dan kualiti yang dikeluarkan mereka amat mendukacitakan selain tidak bersedia sepenuhnya. Alih-alih kita (persatuan pengguna) yang kena seperti ‘punching bag’,” katanya.

Pandangan itu turut disuarakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang melihat caj per­khidmatan tidak lagi wajar dikenakan pada masa sekarang.

“Kalau dahulu diwujudkan se­bab gaji rendah iaitu RM450 sebulan, kerana itu kerajaan wujudkan perjanjian bersama (CA) tetapi sekarang gaji minimum adalah RM900. Oleh itu, sudah tidak ada keperluan untuk terus mengenakan caj perkhidmatan ini malah gaji pekerja seharusnya ditanggung oleh majikan bukan pengguna yang telah membayar untuk makan dan minum.

“Kerajaan seharusnya mengikut corak sendiri dan bukan berpandukan negara yang mengamalkan pelaksanaan cukai ini. Caj perkhidmatan memang tidak diperlukan dan seharusnya di buang terus daripada sistem kerajaan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-tunduk-dengan-pengusaha-restoran-hotel-1.81106#sthash.QGcJU4UH.dpuf

Penyata 1MDB 
bersih, capai standard - SENANGLAH KERJA AUDITOR...

15 April 2015 1:53 AM


Ahmad Husni Hanadzlah

KUALA LUMPUR 14 April - Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte yang menjadi juruaudit kepada syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perkara tersebut bagaimanapun tidak diambil kira oleh beberapa media yang lebih berminat mencari kesilapan dan mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB bagi menjejaskan reputasinya serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, contoh yang jelas adalah berhubung pelaburan dalam projek cari gali minyak antara 1MDB dan PetroSaudi International (PSI) apabila laporan yang dikeluarkan oleh media-media tertentu lebih berbentuk tuduhan dan mengaitkannya dengan individu tertentu, namun untung sebanyak RM1.494 bilion yang berjaya diraih langsung tidak disebut.

“Isu ini diwujudkan berasaskan persepsi oleh golongan tertentu, kita lihat media tertentu telah main isu ini, letak Low Taek Jho (ahli perniagaan) dapat RM700 juta yang tidak ada dalam laporan Ketua Audit Negara, Deloitte dan KPMG. Petro Saudi sudah membuat laporan polis di London mengenai dakwaan ini.

“Kita lihat dalam laporan akhbar, biasanya bercakap tentang syarikat, untung dan rugi atau penyata kira-kira, ini dia (media) tidak ada langsung ceritakan yang pelaburan dalam PSI telah menjana keuntu­ngan sebanyak AS$487 juta (RM1.49 bilion), pelaburan ini telah membawa balik keuntungan yang begitu besar,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad berhubung langkah meyakinkan kembali rakyat terhadap 1MDB, Ahmad Husni berkata, Deloitte dan KPMG iaitu sebuah lagi firma audit terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan 1MDB bertepatan dengan standard laporan kewangan Malaysia serta standard laporan kewa­ngan antarabangsa selain menepati syarat-syarat Akta Syarikat 1965.

Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan urus niaga 1MDB telah ditunjukkan apabila Ketua Audit Negara diminta mengesahkan akaun syarikat itu selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan penilaian terhadapnya.

“Kalau kita lihat secara rasional, tidak mungkin firma terbesar dunia ini mahu berbohong. Maka, pihak Kabinet memanggil, kita selaraskan satu demi satu dan minta 1MDB bentang, daripada situ Kabinet sepatutnya sudah berpuas hati tetapi oleh kerana kita mahu ke­telusan, kita minta pula Ketua Audit Negara dan PAC yang ada pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk berbincang,” jelasnya.

Dalam pada itu tambahnya, hanya pada 2014 1MDB mengalami kerugian dalam pelaburan sebanyak RM665.4 juta, bagaimanapun keuntungan diraih dalam tempoh empat tahun sebelumnya iaitu RM424.6 juta (2010), RM544.3 juta (2011), RM44.7 juta (2012) dan RM778.2 juta pada 2013.

Berhubung persoalan ditimbulkan mengenai wang 1MDB yang diletakkan di Pulau Cayman, jelas beliau, wang berkenaan sebenarnya dilaburkan ke pasaran seluruh dunia melalui syarikat-syarikat gergasi yang beroperasi di situ bukannya hanya disimpan semata-mata.

Jelasnya, dana berkenaan ba­gaimanapun telah dibawa balik tahun lalu yang sebahagiannya digunakan untuk membayar hutang, faedah pelaburan selain modal kerja manakala bakinya disimpan di Si­ngapura bagi menyelesaikan hutang 1MDB dalam tempoh beberapa bulan ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/penyata-1mdb-8232-bersih-capai-standard-1.81139#sthash.e0z7LpDE.dpuf