Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 26 August 2015

PIALA AFC : JDT pilih laluan berliku

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 26 Ogos 2015 12:57 AM


PEMAIN JDT, Leandro Velazquez (tengah) cuba melepasi pemain South China , Mensah Moses (26) dalam aksi suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam. UTUSAN/MOHD. HAZROL ZAINAL

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) memilih jalan berliku untuk melangkah jauh dalam kejohanan Piala AFC apabila gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 dengan kelab Hong Kong, South China, semalam.

Dalam aksi suku ­akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, persembahan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang dengan masing-masing rancak mengatur serangan.

South China hampir mengejutkan tuan rumah menerusi percubaan Bojan Malisic yang melakukan sepakan gunting dari jarak dekat pada minit ketiga, namun dinafikan penjaga gawang JDT, Mohd. Izham Tarmizi.

Harimau Selatan cuba sedaya upaya mendapatkan gol pendahuluan, namun aksi longlai yang dipamerkan gagal menembusi pertahanan lawan.

Percubaan menerusi sepakan percuma yang diambil berganti-ganti Safiq Rahim, Leandro Velazquez dan Luciano Figueroa juga gagal membuahkan hasil.

Sebelum tamat babak pertama, Mohd. Fadhli Shas hampir menghadiahkan gol pertama JDT, namun tandukannya pada minit ke-45 sedikit tersasar.

Bersambung babak ke­dua, skuad bimbingan Mario Gomez mendapat tonik de­ngan kemasukan penyerang Safee Sali dan S. Chanturu.

Hasilnya, tuan rumah dihadiahkan penalti selepas hantaran lintang Kunanlan terkena tangan pertahanan lawan, Mensah Moses yang kemudian disempurnakan Figueroa pada minit ke-48.

South China bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi Mahama Awal pada minit ke-63 hasil menerusi gerakan satu dua dengan Chan Siu Ki.

Nasib JDT kini bergantung kepada perlawanan suku akhir kedua yang akan berlangsung pada 15 September depan di Stadium Mong Kok, Hong Kong.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-pilih-laluan-berliku-1.128490#sthash.LnfYDKWH.dpuf


No comments: