Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 18 March 2015

Kekayaan 40 bilionair RM236.56b

FADZIL ZAINOL | 18 Mac 2015 12:17 AM



KUALA LUMPUR 17 Mac - Nilai kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia telah mencecah RM236.56 bilion sehingga 16 Januari lalu, iaitu peningkatan 6.2 peratus berbanding RM217.82 bilion pada tahun sebelumnya, hasil pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2014.

Daripada senarai yang dikumpul oleh majalah Malaysian Business itu, 35 daripada individu terkaya itu mempunyai aset yang mencecah sehingga bilion ringgit, meningkat dua orang berbanding tahun sebelumnya. Kekayaan dinilai berdasarkan aset-aset mereka yang berada di dalam syarikat-syarikat tersenarai.

Bagaimanapun jelas Malaysian Business, 2015 menjadi tahun yang sukar buat kesemua 40 individu terkaya tersebut berdasarkan ketidaktentuan ekonomi domestik dan global.

Bilionair yang telah menetap hampir empat dekad di Hong Kong, Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia sejak 14 tahun lalu dengan nilai kekayaan sebanyak RM41.36 bilion. Jenama syarikat utama miliknya ialah Kerry Group dan Kuok Group.

Pemilik syarikat penyiaran berbayar Astro dan telekomunikasi Maxis, T. Ananda Krishnan juga berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat kedua sejak 2004 menerusi asetnya di bawah syarikat Usaha Tegas Sdn. Bhd. dengan kekayaan sebanyak RM35.50 bilion.

Tempat ketiga ialah pemilik Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dengan kekayaan sebanyak RM25.35 bilion, diikuti dua taikun perbankan iaitu Tan Sri Quek Leng Chan menerusi jenama perbankan Hong Leong dengan kekayaan RM20.42 bilion dan Tan Sri Teh Hong Piow melalui rangkaian Public Bank dengan kekayaan sebanyak RM18.17 bilion.

Berbanding dengan senarai yang dikumpulkan oleh majalah korporat antarabangsa, Forbes, senarai individu terkaya yang dikeluarkan oleh Malaysian Business mengandungi lapan Melayu terkaya di Malaysia dengan kekayaan terkumpul mereka sebanyak RM19.36 bilion.

Kekayaan lapan Melayu terkaya itu hanya meliputi 8.18 peratus daripada keseluruhan kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia itu.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan ahli perniagaan Mela­yu terkaya dengan aset kekayaan RM5.23 bilion menerusi Albukhary Foundation miliknya. Kekayaan beliau bagaimanapun merosot berbanding RM11.07 bilion pada tahun lalu kesan menyahsenarai lima syarikatnya sejak 12 bulan lalu.

Berbeza dengan Forbes, Malaysian Business meletakkan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir iaitu pengasas Sapura Group di tempat kedua dengan aset kekayaan RM4.44 bilion. Ketiga ialah Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank, dengan nilai kekayaan RMRM3.29 bilion.

Tempat keempat ialah Tan Sri Shahril Shamsuddin dengan kekayaan sebanyak RM1.91 bilion. Beliau merupakan pemilik utama syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G), SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana) dan bersama beliau yang turut memegang saham utama dalam syarikat itu ialah orang Melayu kelima terkaya iaitu anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir dengan kekayaan RM1.54 bilion.

Mokhzani baru-baru ini telah meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.

Melayu terkaya berikutnya ialah Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun dengan kekayaan sebanyak RM1.10 bilion, diikuti Datuk Abdul Hamed Sepawi melalui syarikat utamanya Ta Ann Holdings dengan kekayaan sebanyak RM929.9 juta. Datuk Shahriman Shamsuddin merupakan Melayu terakhir yang berada di dalam senarai dengan kekayaannya berjumlah RM915.3 juta, menerusi asetnya di dalam Sapura Group.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/kekayaan-40-bilionair-rm236-56b-1.70660#sthash.tB1n7tYi.dpuf


No comments: