Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 30 December 2014

Hayati maksud, bersahabat 
baik dengan alam sekitar

30 Disember 2014 1:37 AM


Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Orang ramai harus menghayati dan menghormati nasihat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahu rakyat bersahabat baik dengan alam sekitar, malah menjadikannya sebagai pegangan dalam hidup.

Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Dr. Ahmad Ismail ber­kata, dalam tujuh wasiat raja-raja Melayu telah menekankan supaya gunung-ganang, tasik dan hutan simpan perlu dijaga dan disimpan untuk anak cucu di masa hadapan.

“Orang ramai perlu faham mengapa raja-raja kita mengutamakan hubungan dengan alam sejak dahulu lagi, antaranya kerana bimbang kejadian bencana seperti hari ini berlaku.

“Maka, amat tepat apa yang disarankan oleh Sultan Kelantan itu dan sudah tiba masanya seluruh rakyat melaksanakan saranan itu, ia perlu dilihat dalam semua aspek dan bukan nasihat semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas seruan Sultan Kelantan yang mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia.

Ahmad berkata, se­bagai contoh, isu nyanyian lagu negaraku di dalam panggung wayang, meskipun ada pihak tidak bersetuju dengan langkah itu, mereka tetap menyanyikan lagu tersebut kerana merasa malu jika dilihat tidak menghormati lagu kebangsaan.

Dalam hubungan itu, kata beliau, sekiranya rakyat negara ini menghormati alam sekitar, diyakini ia akhirnya akan menjadi ikutan.

Beliau berkata, banjir teruk yang melanda beberapa negeri terutama di Pantai Timur pada kali ini harus dijadikan iktibar dan masyarakat perlu bermuhasabah diri.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar perlu memperkemaskan tindakan terhadap pesalah yang merosakkan alam sekitar.

“Memang banjir adalah bencana alam tetapi kita tidak boleh lari daripada mengakui ia impak daripada perbuatan salah manusia terhadap alam sekitar. Jangan hanya kerana mahu melaksanakan aktiviti yang membawa pulangan yang besar, tanggungjawab kepada alam diketepikan.

“Keuntungan itu hanya sementara, yang kekal adalah alam sekitar yang akan memberi kehidupan lebih baik kepada manusia. Kemusnahan akibat banjir kali ini memerlukan kos yang amat tinggi untuk membaik pulih segala kerosakan,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hayati-maksud-bersahabat-8232-baik-dengan-alam-sekitar-1.42567#sthash.tmRvzXrh.dpuf

PM mahu tinjau kemusnahan

Lawat banjir teruk di Kuala Krai, Gua Musang hari ini

SAYED HESHAM IDRIS 
DAN KHAIRUL ABIDIN NUAR | 30 Disember 2014 2:30 AM


NAJIB TUN RAZAK diberi taklimat oleh Dr. Zambry Abd. Kadir ketika meninjau kawasan banjir dengan menaiki bot mengharungi Sungai Perak di Mukim Sayong, Kuala Kangsar, semalam. – UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

KUALA KANGSAR 29 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat tinjauan di Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan esok untuk melihat sendiri kemusnahan harta benda terutama kediaman penduduk akibat banjir teruk di kedua-dua daerah berkenaan.

Menurutnya, beliau perlu menilai secara menyeluruh kemusnahan di kawasan tersebut sebelum mengumumkan bantuan mengikut keupayaan kerajaan.

“Saya sudah lihat gambar-gambar keadaan banjir di kedua-dua kawasan berkenaan dan memang ada kediaman yang musnah sama sekali. Ada rumah yang cuma tinggal papan-papan kayu sahaja.

“Ini bermakna mereka yang terlibat akan menghadapi masa depan yang kelam jika tidak dibantu oleh kerajaan. Tetapi buat masa ini biar saya buat tinjauan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat menyeluruh sebelum kita tentukan bantuannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau keadaan banjir di pekan Kuala Kangsar dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad; ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan ADUN Manong, Mohamad Kamil Shafie.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan memberikan bantuan kepada mangsa banjir apabila mereka kembali ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir pulih sepenuhnya nanti.

Beliau berkata, bantuan tersebut adalah untuk kerja-kerja pembersihan kediaman supaya penduduk dapat mendiami semula rumah mereka.

“Namun bentuk bantuan dan jumlah kewangan yang akan diberikan oleh kerajaan kita akan putuskan apabila banjir pulih sepenuh­nya,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga akan membaik pulih kemudahan asas dan aset-aset kerajaan yang rosak akibat banjir.

Tegas Perdana Menteri, buat masa ini beliau tidak dapat menyatakan jumlah kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan sebaliknya akan menunggu sehingga keadaan banjir pulih untuk membuat penilaian.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-mahu-tinjau-kemusnahan-1.42617#sthash.NIkCLN3H.dpuf


Sekolah buka 11, 12 Januari

TPM umum penangguhan sesi persekolahan selama seminggu

SAIFULIZAM MOHAMAD | 30 Disember 2014 2:11 AM


PUTRAJAYA 29 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penangguhan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu ekoran banjir yang melanda khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sejajar dengan penangguhan itu, tarikh baharu bermulanya sesi persekolahan untuk tahun hadapan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya sesi persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan.

“Mengikut jadual tarikh bermulanya persekolahan ialah pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 untuk negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, keputusan penangguhan itu mengambil kira dua perkara utama iaitu sekolah-sekolah yang terlibat sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air dan mengambil masa untuk dipulihkan.

Turut diambil kira katanya, keadaan guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang serba kekura­ng­an akibat menjadi mangsa banjir. Mereka memerlukan masa untuk pemulihan serta membuat persiapan persekolahan masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta pihak pengurusan sekolah mengadakan gotong-royong bagi tujuan pembersihan kawasan sekolah sekiranya kea­daan banjir pulih.

“Langkah ini bertujuan memastikan murid-murid dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna,” ujar Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir sama ada dijadikan sebagai PPS atau sekolah berkenaan ditenggelami air akibat bencana tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sekolah-buka-11-12-januari-1.42603#sthash.SW8awWkY.dpuf


Kuala Krai bagaikan dilanda tsunami kecil

AZRAN FITRI RAHIM | 30 Disember 2014 1:36 AM


KUALA KRAI 29 Dis. - Bagaikan tsunami kecil, itu gambaran mengenai daerah ini selepas dilanda banjir besar bermula Selasa lalu.

Kesan bencana alam itu dapat dilihat di merata-rata tempat di seluruh daerah ini dan tidak keterla­luan jika dikatakan hanya 15 peratus penempatan penduduk di sini yang tidak terjejas.

Keadaan di seluruh bandar ini terutama di Manek Urai amat me­nyayat hati dan rata-rata penduduk berada dalam keadaan trauma selepas pulang ke rumah masing-masing bermula pagi ini.

Hari ini, laluan darat ke daerah ini dari Kota Bharu te­lah dibuka termasuk kepada kenderaan kecil dan menyebabkan kesesakan yang teruk malah penduduk juga mengambil kesempatan untuk keluar mendapatkan bekalan terutama petrol serta diesel.

Tinjauan Utusan Malaysia bermula di kawasan Guchil. Hampir keseluruhan rumah di kawasan ini rosak dan ada antaranya hancur kecuali yang terletak di kawasan tinggi.

Malah di Guchil 4, terdapat sebuah rumah yang hanyutkan arus dan tersangkut di atas sebuah rumah lain.

Pemilik rumah tersebut, Rahim Ismail, 58, berkata, dia ha­nya menyedari keadaan rumahnya itu selepas air surut pada petang semalam.


“Rumah saya terletak kira-kira 10 meter di belakang rumah anak saya tetapi apabila pulang saya mendapati rumah saya berada di atas rumah anak.

“Tidak pernah terfikir rumah saya dihanyutkan begitu rupa, berdasarkan kesan saya mendapati air naik sekurang-kurangnya melebihi 10 meter dengan arus yang kuat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dia yang bekerja sebagai buruh berkata, mereka sekeluarga tidak akan berpindah kerana di situ adalah tempat tinggal mereka sejak 14 tahun lalu.


Sementara itu, Che Hasan Che Abdullah, 57, berkata, air datang seperti ombak besar yang mera­napkan sebahagian rumahnya dan empat buah rumah lagi di Jalan Halimah, Guchil 1.

Katanya, dia menyedari air besar datang dengan laju dari arah Su­ngai Kelantan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kawasan perumahan itu pada pukul 5.30 pagi Selasa lalu.

“Saya nampak air besar dan tinggi datang, saya kejutkan jiran untuk menyelamatkan diri, selepas lima minit air itu membadai sebahagian rumah saya dan empat buah rumah lain musnah.

“Air yang membawa batu dari rel kereta api itu turut menyebabkan jalan di hadapan rumah saya terputus. Selepas air naik ia terus bertahan sehingga mula surut semalam,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di sepanjang jalan dari bandar ini menuju ke Manek Urai mendapati kesan kemusnahan amat dahsyat dan penduduk yang pulang ke rumah mengambil kesempatan untuk membersihkan ke kediaman mereka serta mencari harta benda yang masih boleh digunakan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kuala-krai-bagaikan-dilanda-tsunami-kecil-1.42550#sthash.0RAz6Ryw.dpuf


AIR ASIA : Pesawat QZ8501 mungkin di dasar laut

30 Disember 2014 2:09 AM


JAKARTA 29 Dis. - Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerba­ngan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura awal pagi semalam berkemungkinan berada di dasar laut selepas dikhuatiri terhempas di perairan Indonesia ketika beberapa negara sekitar Asia menghantar kapal dan pesawat untuk membantu operasi pencarian.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa seramai 162 orang itu dilaporkan hilang selepas juruterbang gagal mendapat kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta untuk menukar laluan bagi mengelakkan cuaca buruk.

Pesawat QZ8501 itu juga dimaklumkan tidak mengeluarkan isyarat kecemasan dan hilang di perairan Laut Jawa lima minit selepas gagal mendapat kebenaran pertukaran laluan berikutan kesesakan trafik udara.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Soelistyo berkata, berdasarkan koordinasi mereka, pesawat itu dijangka berada di dasar laut.


Sumber penerba­ngan awam Indonesia melaporkan kepada agensi Reuters, pihak berkuasa mempunyai data radar pesawat tersebut dan sedang menunggu pasukan mencari dan menyelamat menemui serpihan pesawat sebelum memulakan siasatan punca kemalangan.

Seramai 155 penumpang Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, dan seorang penum­pang dari Singapura, Malaysia dan Britain menaiki pesawat ber­kenaan.

Jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Thahjanto berkata, dua pesawat C-130 digunakan untuk mencari pesawat QZ8501 di kawasan timur laut Pulau Bangka yang terletak di perairan Laut Jawa.


Negara jiran seperti Australia, Malaysia, Singapura dan China turut menghantar kapal dan pesawat bagi membantu operasi pencarian.

Sementara itu, Soelistyo berkata, Indonesia mungkin tidak memiliki teknologi canggih untuk mencari pesawat di dasar laut dan mereka menerima tawaran bantuan daripada Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis bagi melicinkan operasi. – REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pesawat-qz8501-mungkin-di-dasar-laut-1.42589#sthash.qlz6SfLn.dpuf


Derita mangsa banjir

30 Disember 2014 1:37 AM


KEADAAN kemusnahan harta benda termasuk rumah dan kenderaan di Manek Urai Lama selepas dilanda banjir, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bencana banjir di beberapa negeri sejak dua minggu lalu ternyata mengundang penderitaan yang amat perit kepada penduduk-penduduk terlibat khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ada antara mereka bukan sahaja kehilangan orang tersayang malah harta benda juga musnah akibat ditenggelami air. Di sesetengah daerah, kawasan banjir bagaikan dilanda ‘tsunami kecil’. Segala-galanya musnah sekelip mata.

Kereta dihanyut dibawa arus, rumah ranap akibat dibadai air yang mengalir laju, binatang ternakan hilang entah ke mana, tidak cukup dengan itu ada antara mereka yang terpaksa menjadi bukit bukau sebagai ‘kediaman sementara’ dan ada pula bagaikan ‘terperangkap’ di kediaman sendiri.

Dilaporkan masih ramai mangsa berada dalam keadaan kelaparan akibat kesukaran pasukan penyelamat memasuki kawasan mereka. Ada yang sudah kehabisan bekalan makanan sejak enam hari lalu.

Apabila air surut di sesetengah daerah ramai mangsa melangkah pulang dengan harapan untuk membersihkan kediaman yang dibanjiri lumpur, tetapi mereka terpaksa kembali semula ke pusat penempatan sementara kerana kediaman mereka hanya tinggal rangka atau sudah menyembah bumi. Mereka juga terpaksa bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang atau bekalan makanan.

Derita lebih perit bagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan mesin dialisis secara berjadual. Banjir yang berlaku menyebabkan mereka tidak menjalani rawatan mengikut jadual ditetapkan.

Khabarnya ada yang terpaksa dibawa ke pusat dialisis di daerah berdekatan dengan jarak perjalanan memakan masa berjam-jam dan ada pula langsung tidak mendapat rawatan itu.

Setakat hari ini, bencana yang dianggap terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan hampir suku juta penduduk terpaksa dipindahkan masih belum nampak tanda-tanda mahu reda.

Ribuan anggota penyelamat dan sukarelawan bertungkus-lumus tanpa mengira waktu untuk memastikan mangsa-mangsa banjir menerima bantuan makanan dan barang ke-perluan tetapi laluan yang terputus dan cuaca tidak menentu menjadi ‘musuh utama’.

Sehingga malam ini, jumlah mangsa dipindahkan di enam negeri mencecahkan 223,756 orang.

Kelantan terus mencatatkan peningkatan mangsa apabila sebanyak 147,072 orang dipindahkan. Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 44,081 orang.

Di Pahang, jumlah mangsa yang dipindahkan ialah 37,349 orang de-ngan Jerantut mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 6,025 orang mangsa.

Di Terengganu, jumlah mang­sa yang dipindahkan ialah 31,719 orang. Kemaman menjadi daerah tertinggi mangsa iaitu 21,868 orang.

Di Perak, jumlah mangsa yang dipindahkan kini sebanyak 7,408 orang. Perak Tengah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,194 orang.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/derita-mangsa-banjir-1.42574#sthash.uAfOacMi.dpuf

TUNGKARAN HATI: Demi Menghindar "Melayu Menang Sorak Kampung Terga...

TUNGKARAN HATI: Demi Menghindar "Melayu Menang Sorak Kampung Terga...: Tema yang hendak dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah soal betapa perlunya unsur perpaduan dalam memasti...

Monday 29 December 2014

POLITIK : ‘Tidak ke Taiwan disyaki lompat parti’

27 Disember 2014 1:30 AM


Dr. Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang tidak menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke Taiwan anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) akan disyaki mahu melompat parti bagi membentuk kerajaan baharu pada 2008.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, program berkenaan diadakan beberapa hari sebelum 16 September 2008 bagi mengelak ahli Parlimen pembangkang menghubungi ahli Parlimen BN supaya melompat parti.

Beliau bagimanapun bersetuju dengan cadangan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa MP Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Anifah Aman (MP Kimanis), Khairy Jamaluddin (MP Rembau), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (MP Bagan Datoh), Tan Sri Shahrir Abdul Samad (MP Johor Bahru) dan Datuk Nur Jazlan Mohamed (MP Pulai) tidak mengikuti program itu.

“Keenam-enam ahli Parlimen itu tidak pernah disyaki akan melompat parti kerana suspek yang saya maksudkan ialah ahli BNBBC yang menjadi fokus kepada pihak pembangkang,” katanya Mohd Puad, yang merupakan Naib Pre­siden BNBBC ketika itu.


Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi defendan dalam perbicaraan kes saman RM100 juta dikemukakan Anwar terhadap Anifah, yang juga Menteri Luar berhubung kenyataan Anifah dalam sidang media di Washington pada Mei 2009.

Ketika ditanya Razlan adakah kesetiaan ahli BNBBC dipersoalkan jika mereka melompat parti, Mohd. Puad berkata: “Saya tidak mempersoalkan kesetiaan mereka tetapi mereka yang dipengaruhi oleh ahli parti pembangkang”.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Razlan bahawa beliau dan ahli BNBBC boleh menolak tawaran daripada pihak pembangkang jika dipe­ngaruhi dan bahawa melompat parti bukan menjadi kesalahan undang-undang.


Mohd. Puad berkata, ketika berada di Taiwan beliau dihubungi bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Saifuddin Nasution, yang cuba memujuknya supaya meninggalkan BN dan menyertai parti pembangkang, namun pujukan itu tidak berjaya.

Katanya, beliau juga telah dihu­bungi oleh rakan Anwar iaitu Dr. Abdul Rahim Ghouse yang turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengannya dan pertemuan itu turut dihadiri seorang lelaki bernama Azman Hussin.

Ketika disoal Razlan mengapa beliau bersetuju untuk berjumpa dengan Abdul Rahim dan Azman sedangkan telah menolak pelawaan Saifuddin untuk menyertai parti pembangkang, Mohd. Puad berkata: “Mereka (parti pembangkang) tidak akan berjaya sebab itu saya bersetuju untuk berjumpa dan saya percaya 16 September tidak akan berlaku”.


“Saya tahu mereka (parti pembangkang) terdesak dan sebab itu saya nak tengok apa yang Abdul Rahim dan Azman akan ceritakan kepada saya,” kata Mohd. Puad.

Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan anggota Parlimen Kimanis itu pada sidang media di Washington, pada 16 Mei 2009, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang ketika itu Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan 5 Januari ini untuk mendengar hujahan peguam yang mewakili Anifah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengemukakan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-tidak-ke-taiwan-disyaki-lompat-parti-8217-1.41410#sthash.kNzBr6DS.dpuf


Beg tidur, power bank dalam SOP urus bencana

29 Disember 2014 1:48 AM


Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) melawat anak pasangan suami isteri yang menjadi mangsa banjir, Norhayati Sulong dan Suhaimi Awang di Taman Geliga Intan, Kemaman, semalam. – Utusan/ MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN 28 Dis. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memasukkan pengecas mudah alih (power bank) dan beg tidur sebagai antara barang yang perlu disediakan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) sistem pengurusan bencana negara.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peralatan untuk mengecas telefon pintar amat perlu kepada petugas dan mangsa banjir ketika bekalan elektrik terjejas selama beberapa hari bagi mengelakkan komunikasi terputus.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya telah menyediakan sebanyak 1,000 unit ‘power bank' tetapi jumlah itu tidak mencukupi ekoran keadaan banjir di seluruh negara yang di luar jangkaan.

“Kita minta penyediaan peralatan itu sebagai sebahagian SOP pengurusan bencana pada masa akan datang. Ketika ini power bank dibekalkan kepada pasukan penyelamat iaitu bomba, polis, tentera, pejabat daerah dan beberapa pihak lagi.

“Namun, selepas ini kita akan bekalkan kepada ketua kampung supaya sekurang-kurangnya ada tempat untuk kita berhubung bagi mengetahui situasi di tempat masing-masing ekoran perhubungan darat semuanya terputus. Beg tidur juga peralatan yang perlu untuk keselesaan mangsa banjir,” katanya,

Beliau berkata demikian selepas melawat empat pusat pemindahan iaitu di Balai Raya Paman, Rumah Jambi Pasir Gajah, Kuarters Bomba Taman Chukai Utama dan Perumahan Polis Bukit Mentok hari ini.

Walau bagaimanapun beliau berkata, jika sistem di menara telekomunikasi tidak berfungsi, penggunaan power bank juga tidak akan dapat membantu dan sehubungan itu kementerian akan menilai kembali kedudukan menara telekomunikasi di seluruh negara yang terjejas banjir terutama di Kelantan.

“Di kawasan yang terjejas banjir tahun lalu seperti di Kemaman, Kuantan dan Johor, kita telah menaik taraf platform menara telekomunikasi.

“Ini kerana kerugian bukan sahaja pada orang ramai tetapi syarikat telekomunikasi turut mengalami kerugian besar apabila air menenggelamkan tempat menyimpan peralatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tempat terjejas banjir juga seharusnya perlu memiliki tempat pendaratan helikopter seperti yang disediakan di daerah ini bagi mengelakkan sesuatu tempat gagal dimasuki selepas hubungan darat terputus.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/beg-tidur-i-power-bank-i-dalam-sop-urus-bencana-1.42152#sthash.x80AulpA.dpuf


Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu

29 Disember 2014 9:38 AM


PUTRAJAYA 29 Dis. - Sesi persekolahan untuk 2015 ditangguhkan seminggu daripada tarikh asal berikutan keadaan banjir yang melanda negara terutama di Pantai Timur Semenanjung masih belum pulih.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan penangguhan itu sesi baru persekolahan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari manakala negeri-negeri lain pada 12 Januari.

Beliau yang merupakan Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat banjir akan mengambil masa untuk dipulihkan dan guru-guru, ibu bapa serta pelajar yang terlibat memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati 340 buah sekolah di tujuh negeri terlibat banjir sama ada dijadikan pusat pemindahan atau ditenggelami banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sesi-persekolahan-2015-ditangguh-seminggu-1.42228#sthash.jJDCKy6X.dpuf


Peruntukan tambahan RM1 juta

Kerajaan Terengganu perhebat usaha bantu mangsa banjir

RADHUAN HUSSAIN | 29 Disember 2014 2:52 AM


RAZIF ABDUL RAHMAN meninjau dari udara keadaan banjir di sekitar Teregganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 28 Dis. - Kerajaan negeri memperhebatkan usaha membantu mangsa banjir di negeri ini termasuk meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta lagi bagi menyalurkan barangan keperluan dan kelengkapan di pusat pemindahan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Wisma Darul Iman di sini hari ini sebagai sebahagian persiapan menghadapi kemungkinan keadaan menjadi lebih buruk.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Ahmad Razif berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian daripada RM50 juta yang disalurkan Kerajaan Pusat untuk negeri-negeri yang dilanda banjir termasuk Terengganu.

“Daripada RM50 juta itu, kerajaan negeri menerima sejumlah RM13 juta dan daripada jumlah itu, kita peruntukkan tambahan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan keperluan semua jabatan terlibat untuk pembelian diesel, set janakuasa, beli dan sewa bot dan apa saja keperluan lain,” jelasnya.

Beliau seterusnya berkata, mesyuarat itu juga bersetuju menyediakan peruntukan RM100,000 kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kritikal terutama di Kemaman dan Dungun manakala DUN di daerah lain mendapat RM50,000 bagi gerakan membantu mangsa ketika banjir dan selepas bencana itu berakhir.

Katanya, beliau telah menyerahkan tanggungjawab penyelarasan ban­tuan di peringkat negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof manakala pegawai daerah bertanggungjawab di peringkat daerah.

“Saya juga sudah arahkan supaya semua pejabat daerah membuka pusat pengumpulan barangan yang disumbangkan oleh mana-mana pihak yang mula dibuka hari ini bagi memastikan setiap sumbangan sampai ke sasaran tanpa berlaku penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Selain itu, katanya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat diberi tanggungjawab mengetuai jawatankuasa sukarelawan banjir termasuk menyediakan pengangkutan serta kemudahan tempat tinggal kepada petugas sukarela itu.

“Siapa sahaja yang menawarkan diri untuk membantu mangsa banjir, mereka boleh menghubungi Datuk Rozi dan kita akan sediakan pengangkutan, tempat tinggal di pusat pemindahan seperti khemah,” katanya.

Beliau menarik perhatian meskipun Terengganu berdepan dengan bencana, kerajaan negeri turut menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan mangsa yang teruk terjejas di Kelantan.

Katanya, untuk itu pelbagai pihak termasuk Majlis Belia Negeri telah menghantar lima buah lori yang membawa bekalan bantuan ke Kelantan hari ini selain dua buah lori lagi dihantar ke Kuala Krai semalam manakala sukarelawan di Besut turut dikerah membantu.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga akan mengenal pasti kawasan yang terjejas banjir untuk dibina bangunan yang dilengkapi pelbagai kemudahan sebagai pusat pemindahan termasuk di masjid agar tidak lagi bergantung kepada sekolah sebagaimana sekarang.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peruntukan-tambahan-rm1-juta-1.42188#sthash.r0EFwNpv.dpuf


Dapatkan maklumat sebelum membantu – Muhyiddin

29 Disember 2014 2:54 AM


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar penerangan daripada Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan Tesco, Datuk Azlam Shah Alias (kiri) mengenai bekalan barangan keperluan mangsa banjir pada lawatan ke pusat pengumpulan makanan misi bantuan kemanusiaan banjir di Tesco Ara Damansara, Selangor, semalam. Turut sama Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan (tiga, kiri). – UTU SAN /MOH D. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 28 Dis – Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak-pihak bertanggungjawab di pusat-pusat pemindahan dan pengumpulan barangan bantuan banjir mengenai jenis ‘barangan kritikal’ yang diperlukan mangsa banjir sebelum membuat sumbangan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal demikian bagi mengelakkan berlakunya lambakan sesuatu barangan sekali gus menyebabkan pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada mangsa banjir.

“Maklumat boleh didapatkan daripada pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang atau Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertugas di pusat-pusat pemindahan banjir.

“Mereka akan memberi nasihat mengenai barangan apa yang diperlukan mangsa banjir ketika ini. Contohnya, Kalau dah banyak beras dikumpulkan, mungkin boleh sumbangkan barangan lain seperti gula, susu tepung dan lampin untuk kanak-kanak atau air bersih. Jadi kita fokus untuk memberi bantuan barangan tersebut,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan tiga buah treler 40 tan yang membawa barangan bantuan banjir sumbangan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) menerusi Projek Bantuan Banjir Astro Kasih ke Pangkalan Udara Subang di Pasar raya Tesco Ara Damansara, dekat sini hari ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dapatkan-maklumat-sebelum-membantu-8211-muhyiddin-1.42219#sthash.oOfs17pW.dpuf


Najib arah pulang menteri bercuti di luar negara

29 Disember 2014 2:55 AM


NAJIB TUN RAZAK menemui sebahagian daripada mangsa banjir semasa meninjau pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang, semalam. – BERNAMA

KUALA LIPIS 28 Dis. – Semua menteri Kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

“Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, dekat sini hari ini.

Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam pada itu, Najib berkata, situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir.

Beliau berkata perkara itu patut dilakukan segera bagi memboleh­kan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu.

Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata, beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik.

“Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-arah-pulang-menteri-bercuti-di-luar-negara-1.42202#sthash.RNU1fYTj.dpuf

Tuesday 23 December 2014

Putra Merdeka: Apabila Bapak Segala Liberal Berkata Kata...!

Putra Merdeka: Apabila Bapak Segala Liberal Berkata Kata...!: Itu kenyataan Musa tak berapa lama dahulu..! Sebelum tu kita semua belajar perkataan barua@haprak dari Musa..! Kini, barua@haprak@ba...

PENDIDIKAN : PT3 tuntut kemahiran berfikir

23 Disember 2014 1:43 AM


ABU UBAIDAH ZAHIRHUSAN (belakang, kiri) dan Nur Farah Idayu Mohd. Asree (depan, kiri) bersama sebahagian pelajar SMK Sanzac yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 di SMK Sanzac, Kota Kinabalu, Sabah, semalam. – utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KOTA KINABALU 22 Dis. – Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) memerlukan setiap pelajar memiliki kemahiran berfikir pada tahap tinggi.

Perkara itu diakui pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac dekat sini, Abu Ubaidah Zahirhusan, 15, yang memperoleh 8A 2B dalam keputusan yang diumumkan di sekolah itu pagi ini.

Menurutnya, pembelajaran di dalam kelas tidak lagi boleh dijadikan sandaran semata-mata, sebaliknya perlu disokong daripada sumber lain termasuk internet.

“Saya akui PT3 cukup berbeza dan memerlukan kemahiran berfikir. PT3 menguji kita berfikir dan bukan lagi berteraskan kepada sekadar menjawab soalan,” katanya ketika ditemui di sini.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, fokus di dalam kelas juga penting walaupun pelbagai nota tambahan dapat ‘dipetik’ menerusi sumber internet.

Rakannya, Nur Farah Idayu Mohd. Asree, 15, turut mengakui ‘kelainan’ perjalanan PT3 yang amat menguji keupayaan minda seseorang pelajar.

“Kita perlu berfikir di luar kotak. Oleh itu, peranan guru penting dalam ‘memandu’ pelajar untuk berdepan cabaran PT3.

“Saya selalu menjadikan guru sebagai kawan, mana yang tidak faham, rujukan guru amat penting. Mereka banyak membantu kejayaan ini,” jelasnya.

Walaupun cuma memperoleh keputusan 6A, 2B, 1C dan 1D, Nur Farah Idayu melahirkan rasa gembira dan bangga kerana dapat berdepan dengan cabaran pertama kali itu dan berazam untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran seterusnya.

“Sudah tentu ini bukan penamat, meskipun menjadi perintis kepada PT3,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pt3-tuntut-kemahiran-berfikir-1.39949#sthash.CERw5XN7.dpuf

PENDIDIKAN : Jangan salahkan PT3

23 Disember 2014 1:46 AM

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berharap pihak sekolah tidak menyalahkan perubahan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekiranya keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan hari ini tidak seperti yang dijangkakan.

Mohamad Ali Hassan

Presidennya, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, percubaan pertama oleh kementerian itu perlu dipandang secara positif dan dapat menerima apa sahaja keputusan PT3 yang diperoleh dengan hati yang terbuka.

Katanya, keputusan tersebut seharusnya tidak membebankan pelajar dan guru malah, perlu dijadikan iktibar serta mengambil tindakan bersama bagi menangani kemerosotan akademik para pelajar.

“Kementerian juga perlu mengkaji semula bagi memastikan PT3 ini berjaya dilaksanakan seiring dengan tujuan asalnya iaitu untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar di samping mendapat bimbingan daripada pihak sekolah.

“Penilaian baharu untuk tingkatan tiga tersebut dilihat dapat mengenal pasti dan memberi peluang kepada pelajar yang tercorot dalam akademik tetapi mempunyai kebolehan dalam bidang vokasional untuk mencapai kejayaannya yang tersendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penambahbaikan PBS iaitu memperkenalkan ujian PT3 mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan tersebut, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 dan PT3 akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

Tambah Mohamad Ali, dunia zaman sekarang yang semakin meningkat maju bukan sahaja tertumpu kepada ahli akademik semata-mata tetapi juga memerlukan kemahiran dalam bidang teknikal.

Apabila ditanya mengenai ketelusan dalam memeriksa kertas peperiksaan memandangkan ia hanya melibatkan khidmat guru dari sekolah tersebut, Mohamad Ali berkata, semua guru yang terlibat dengan PT3 perlu bersikap profesional dan menjaga etika sebagai seorang pendidik.

“Saya tidak menafikan bahawa perkara tersebut boleh mendorong guru-guru untuk memberi markah yang tinggi kepada pelajarnya bagi menjaga serta meningkatkan prestasi sekolah.

“Oleh sebab itu, tenaga pengajar yang terlibat dalam penilaian PT3 ini perlu diberi latihan dan kursus bagi memastikan sikap pilih kasih tidak timbul ketika menjalankan tugas,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-salahkan-pt3-1.39976#sthash.0bt3LTtF.dpuf


PT3 tidak boleh dibanding dengan PMR

23 Disember 2014 1:46 AM

PUTRAJAYA 22 Dis. – Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 yang dikeluarkan hari ini tidak boleh dibandingkan dengan pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diadakan sebelum ini berikutan menggunakan format dan pendekatan berbeza.

Ketua Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan Lembaga Peperiksaan (LP), Norzila Mohd. Yusof berkata, data yang dikeluarkan dalam PT3 merupakan maklumat baharu dan tidak boleh dibandingkan dengan peperiksaan lain.

Pada masa sama, katanya, keputusan yang dikeluarkan itu juga tidak boleh dirumuskan mengalami sebarang peningkatan atau penurunan kerana berbeza dengan peperiksaan terdahulu.

“Pentaksiran ini digubal untuk melihat tahap penguasaan anak-anak kita selepas belajar selama tiga tahun di peringkat menengah rendah, yang mana untuk PT3 pendekatan penetapan standard untuk penentuan skor mengikut penggredan A, B, C, D dan seterusnya jika mereka layak gred A kita bagi keputusan itu.

“Berbeza dengan PMR kita guna kaedah penentuan standard yang mana penentuan penggredan mengikut beberapa perkara antaranya mengikut trend tiga tahun lepas, statistik dan norma tetapi untuk PT3 bergantung sepenuhnya kepada pelajar itu sendiri dan tidak dilihat pada trend sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Norzila, pendekatan seperti itu bagus kerana sejajar dengan objektif mata pelajaran yang memerlukan setiap pelajar menguasai peringkat menengah rendah.

Mengulas lanjut beliau berkata, untuk keputusan PT3 pihaknya juga tidak membuat sebarang analisis atau pengumuman sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pentadbiran sekolah untuk melakukannya.

Katanya, perkara itu bertujuan memberi peluang kepada pihak sekolah membuat analisis dan penambahbaikan serta melihat kekuatan dan kelemahan pelajar masing-masing.

“Untuk PT3 apabila LP sudah menetapkan skor gred kami akan menghantar ke dalam sistem sekolah untuk mereka mencetak laporan itu serta membuat analisis bagi sekolah masing-masing. Di peringkat pusat kita tidak membuat sebarang analisis untuk PT3,” katanya.

Mengulas dakwaan pentaksiran tersebut sukar kerana menggunakan item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Norzila menolak tanggapan tersebut sebaliknya berkata, item tersebut bertujuan menguji tahap pemikiran pelajar supaya berfikir secara kreatif dan kritis.

“Tujuan item KBAT dimasukkan dalam PT3 adalah untuk menyuruh pelajar ini berfikir bagaimana kaedah menyelesaikan masalah yang timbul berdasarkan pengetahuan diperoleh di sekolah dan sebagainya. Sekiranya perkara itu bukan rutin sudah tentu pelajar merasa susah.

“Sebenarnya perkara ini tidak sesukar mana cuma memerlukan mereka menjana fikiran untuk menjawab tugasan yang diberikan,” katanya.

Katanya, sebanyak 25 peratus soalan merupakan item aras rendah dan tinggi manakala, selebihnya item aras sederhana.

Sementara itu, Norzila berkata, PT3 tidak seharusnya dilihat kepada akademik semata-mata tetapi perlu dirangkumkan bersama komponen lain iaitu pentaksiran sekolah, aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik bagi melahirkan pelajar yang holistik.- 

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pt3-tidak-boleh-dibanding-dengan-pmr-1.39984#sthash.dl31yU0A.dpuf

BENCANA : Banjir dikhuatiri lebih besar

Melanda tiga negeri di Pantai Timur

WAN ZULKIFLI WAN YAAKOB, MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB 
DAN MOHAMAD SHOFI MAT ISA | 23 Disember 2014 1:45 AM


BANDAR Lama Gua Musang digenangi air akibat hujan lebat sejak semalam. – UTUSAN/JAZLY AMRY JAAFAR

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Banjir yang lebih besar dikhuatiri melanda Kelantan ekoran hujan lebat yang berte­rusan sementara faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu meningkat semula apabila beberapa kawasan kembali dinaiki air.

Di KELANTAN, Pegawai Meteoro­logi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, hujan lebat di negeri itu dijangka berterusan sehingga 28 Disember ini.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah terjejas seperti di daerah Gua Musang mula dinaiki air.

Hujan lebat juga menyebabkan beberapa sungai utama di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Galas, Dabong, Sungai Lebir, Tualang, Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan iaitu di Tangga Krai dan Jambatan Guillemard.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin berkurangan berbanding semalam dan sehingga pukul 6 petang ini, seramai 16,217 orang dari 5,421 keluarga ditempatkan di 60 pusat pemindahan di lapan buah daerah.

Pasir Mas terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 10,575 mangsa diikuti Tumpat (4,092), Kuala Krai (440), Pasir Puteh (556), Jeli (160), Tanah Merah (148) dan Machang (19).

Dalam pada itu, 10 jalan di daerah Gua Musang, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Tumpat terpaksa ditutup kepada kenderaan.

Di PAHANG pula, seramai 896 orang membabitkan 226 keluarga di Kuantan dan Kuala Lipis ditempatkan di pusat pemindahan selepas beberapa kawasan dinaiki air ekoran hujan yang berterusan sejak awal pagi semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, sebanyak 13 buah pusat pemindahan dibuka sehingga pukul 9 malam ini.

Katanya, pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan yang menempatkan para penduduk antaranya dari Kampung Chendering dan Taman Bukit Rangin Aman mencatat jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu seramai 364 orang diikuti Balai Polis Sungai Lembing dengan 80 mangsa.

“Kawasan lain yang terlibat dengan banjir di Kuantan antaranya Kampung Kempadang, Kampung Sri Damai, Kampung Semangat, Kampung Chendor Baru, Kampung Bukit Palas, Kampung Sungai Soi, Kampung Bukit Batu dan Kampung Darat Jering,” katanya di sini malam ini.

Dalam pada itu di Kuala Lipis, seramai 14 orang membabitkan empat buah keluarga dari Kampung Sungai Tagang dan Kampung Persik ditempatkan di pusat pemindahan SMK Merapoh.

Di Jerantut, sebanyak 61 mangsa membabitkan dua kampung iaitu Kampung Belebar Kuala Tahan (11 orang) yang ditempatkan di rumah saudara masing-masing dan kampung Kuala Tahan (50 orang) yang dipindahkan di Dewan Kuala Tahan.

Laluan di Kilometer (Km) 60 Jalan Kuala Tahan ditutup pada semua kenderaan manakala Jalan Simpang Sepial hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

Sementara itu, polis turut mengesahkan laluan di Km16 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km31 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Jalan Bandar Sungai Lembing, Jalan Kampung Nadak Sungai Lembing, Jalan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong dan Jalan Kampung Air Hitam di Jaya Gading ditutup untuk laluan semua kenderaan.

Laluan di Km34 Jalan Kuantan-Gambang (hadapan Bukit Gambang Resort City), Km25 Jalan Kuantan-Sungai Lembing dan Km22 Jalan Bukit Sagu hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja. Di Km90 Jalan Merapoh-Gua Musang pula, laluan tersebut ditutup kepada kenderaan ringan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang menyusut kepada 4,287 di 44 pusat pemindahan malam tadi, kembali meningkat kepada 6,648 melibatkan 1,800 keluarga dipindahkan ke 67 pusat pemindahan beroperasi di seluruh negeri malam ini.

Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan berterusan kadangkala lebat menyebabkan kawasan yang hampir pulih kembali dilanda banjir manakala terdapat kejadian rumah dan bangunan rosak akibat angin kencang termasuk dihempap pokok. Pasar Besar Kedai Payang turut dilanda banjir berikutan air pasang besar dan paras air belum surut sehingga pukul 11 malam ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/banjir-dikhuatiri-lebih-besar-1.39972#sthash.AnGalGxR.dpuf


PENDIDIKAN : PT3: Keputusan ‘mengejutkan’

Beberapa sekolah luar bandar catat A semua mata pelajaran

SOFIAN BAHAROM, AZHARI ZAINOODDIN, NORLIZA 
MOHAMAD ZAKARIA, 
SALEHUDIN MAT RASAD 
DAN NAZWIN IZAN AHMAD NAZRI | 23 Disember 2014 2:14 AM


PELAJAR-PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, (dari kiri), Ashlisya Murshed Munir, Nur Arifah Aiddid, Siti Hajar Othman Siru, Shahirah Shamzul, Nadia Ramlan dan Mawaddah Faisal ceria sambil menunjukkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 setelah memperoleh 5A hingga 7A di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Hasil sulung pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini menyaksikan keputusan yang ‘mengejutkan’ dengan beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.

Pada masa sama, kebanyakan sekolah ternama pula mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini.

Di TERENGGANU, sebanyak 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman mendapat keputusan cemerlang 11A dan 10A bagi PT3 mereka.

Pengetuanya, Azizah Jusoh berkata, pihaknya tidak dapat membuat perbandingan mengenai pencapaian para pelajar kerana PT3 hanya bermula tahun ini, tetapi menyifatkan keputusan itu sebagai permulaan yang baik.

“Kami berbangga dengan pencapaian mereka yang turut mendapat A dalam pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Kami berharap kepada mereka yang berjaya agar terus kekal dengan SMK Mak Lagam hingga mencapai keputusan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan sijil kepada para pelajar.

Di PULAU PINANG, antara sekolah cemerlang yang terkesan dengan keputusan kurang memberangsangkan daripada pelaksanaan PT3 itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, SMK Agama Al-Irshad, SMK (P) St. George’s dan SMK Agama Al-Mashoor (L).

Pengetua SMK Bukit Jambul, Noorzeela Abu Bakar berkata, hanya enam daripada 183 calon PT3 sekolah itu mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diduduki mereka.

“Sukar untuk kita membandingkan pencapaian PT3 ini dengan PMR (Penilaian Menengah Rendah) kerana format kedua-dua peperiksaan jauh berbeza. Melalui PT3 pelajar diuji dengan soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan tiada soalan berbentuk objektif seperti PMR sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, di SMK Agama Al-Mashoor (L) pula, hanya dua daripada seramai 121 pelajarnya berjaya mendapat keputusan semua A dalam PT3.

Pengetuanya, Abd. Razak Osman berkata, keputusan itu mengecewakan dan jauh berbeza jika dibandingkan dengan PMR tahun lalu.

“Keputusan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik juga tidak memuaskan berbanding mata pelajaran lain. Kita akan menilai pencapaian PT3 ini dengan memberi fokus kepada punca pelajar gagal mendapatkan keputusan cemerlang supaya program penambahbaikan boleh dirangka segera,” katanya.

Sementara itu di MELAKA, SMK Infant Jesus Convent mencatat seramai sembilan pelajar cemerlang daripada 219 pelajar tingkatan tiga sekolah itu dalam PT3.

Pengetuanya, Norizan Ismail berkata, secara keseluruhan, sekolah itu memperoleh tidak kurang daripada 60 pelajar yang cemerlang dalam PMR sebelum ini.

“Memang keputusan jauh berbeza yang mana sekolah ini memperoleh hanya sembilan pelajar cemerlang dalam PT3 yang merupakan salah satu komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Para pelajar pada tahun depan akan diberikan laporan bagi setiap komponen ini dan ibu bapa tidak boleh bandingkan dengan PMR kerana ini merupakan sebahagian daripada PT3.

“Format soalannya pun berbeza, kalau PMR dalam bentuk objektif tetapi PT3 semuanya dalam bentuk subjektif malah dimasukkan pula kemahiran berfikir aras tinggi sebagai persediaan para pelajar untuk menduduki peperiksaan di tingkatan lima nanti,” katanya.

Kata Norizan, pencapaian kurang memberangsangkan adalah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam pada itu, di PAHANG, Pengetua SMK Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Mohd. Yunus Mahil berkata, keputusan PT3 membabitkan 257 calon di sekolah berkenaan adalah kurang memuaskan.

“Kita sudah jangka kerana ini merupakan kali pertama PT3 diperkenalkan. Misalnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik boleh dikatakan majoriti calon PT3 di sekolah ini tidak menguasai tahap minimum atau mendapat keputusan F.

“Ibu bapa tidak perlu terkejut dan risau, kita baru hendak menyesuaikan diri dengan PT3, sudah tentu ada sedikit kesan dengan keputusannya jika dibandingkan rekod-rekod sekolah pada PMR sebelum ini. PT3 adalah satu usaha jangka panjang kerajaan dan memerlukan kerjasama semua pihak bermula dari ibu bapa sehinggalah pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Di Maran, berlaku penurunan jumlah pelajar cemerlang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding PMR sebelum ini.

Berikutan itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa sekolah menengah di daerah ini mendapati keghairahan pelajar untuk ‘meraikan’ keputusan PT3 tidak semeriah berbanding sewaktu PMR dahulu berikutan kekurangan ramai calon cemerlang.

Bagaimanapun bagi Pengetua SMK Jengka Pusat, Mohd. Rozi Mat Sani yang ditemui, kekurangan bilangan pelajar cemerlang disebabkan aras soalan yang dikemukakan kepada calon adalah soalan Kbat.

Menurut beliau, ini berikutan PT3 menguji keupayaan pelajar menguasai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan juga PBS yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan.

“Lima aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan, inilah yang perlu dicapai oleh pelajar.

“Justeru, kita rasional dengan perubahan sistem pendidikan negara yang berteraskan kepada kemampuan pelajar itu sendiri dalam menguasai proses pendidikan yang bersifat global dan berdaya saing,” katanya.

Di PERAK, Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Noor Aini Zainal Abidin berkata, daripada 123 pelajarnya yang menduduki PT3 tahun ini, hanya 22 pelajar mendapat keputusan 7A ke atas.

Katanya, keputusan itu agak menyedihkan kerana sasaran awal berdasarkan pencapaian tahun sebelumnya adalah lebih 60 pelajar akan memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

“Jika dilihat kepada keputusan itu, kita tidak berpuas hati tetapi keputusan ini tidak boleh dibandingkan dengan PMR kerana pembelajarannya yang berbeza.

“Oleh itu, kita perlu mengkaji semula kaedah dan strategi baru bagi menghadapi PT3 pada tahun hadapan. Bagaimanapun, apa yang membanggakan kebanyakan pelajar yang cemerlang ini adalah mereka yang seimbang dalam penglibatan aktiviti luar dan pelajaran,” katanya.- 

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pt3-keputusan-8216-mengejutkan-8217-1.39996#sthash.fh52N8rS.dpuf

headbomb: hairan macai mulut puaka tak marah perihal ladang ...

headbomb: hairan macai mulut puaka tak marah perihal ladang ...: Ini dikatakan politik badigol sout, ohh sebab yang luluskan kerajaan pr, lokasinya pula kawasan orang melayu, alasan projek ini dari zaman B...

Monday 22 December 2014

Putra Merdeka: Lagi Nama Yang Najib perlu Buang Jauh Jauh..!

Putra Merdeka: Lagi Nama Yang Najib perlu Buang Jauh Jauh..!: Najib sebenarnya masih mempunyai masa dan peluang untuk membetulkan keadaan..! Najib masih lagi perlu diberikan kesempatan untuk mempast...

AFF 2014 : Keputusan bersara kekal, Shukor puas

MUHAMMAD 
DAYNE AZMIN | 22 Disember 2014 12:54 AM


Shukor Adan

KUALA LUMPUR – Kapten Harimau Malaya, Muhammad Shukor Adan percaya, walaupun gagal menjulang Piala AFF buat kali kedua, namun kejayaan layak ke final telah membalas segala cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada skuad kebangsaan selama ini.

Dalam masa yang sama, tonggak veteran Felda United berusia 35 tahun itu menegaskan, dia tidak akan merubah keputusan nya untuk bersara daripada arena bola sepak antarabangsa bersama rakan sepasukan, Indra Putra Mahayuddin.

“Saya mohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia mewakili pemain negara kerana kami gagal membawa pulang Piala AFF.

“Namun saya rasa apa yang dilakukan pasukan dalam kejohanan ini perlu dihargai kerana semua pemain telah berjuang habis-habisan.

“Pelbagai cemuhan dan makian yang dilemparkan kepada kami selama ini.

“Malah ada pihak yang memandang rendah keupayaan pasukan, namun kami telah buktikan dengan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir.

“Saya harap, semua pihak terus memberi sokongan kepada skuad kebangsaan dan juga Dollah Salleh sebagai jurulatih.

“Insya-Allah pasukan ini mampu memperbaiki kelemahan di masa akan datang,” ujar Shukor.

Shukor, yang hanya menyertai skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF demi menghormati permintaan jurulatih, Dollah Salleh turut berharap, pemain-pemain muda mampu memikul cabaran negara pada masa akan datang.

“Niat saya mahu bersara telah diberitahu sejak daripada aksi separuh akhir di Vietnam lagi, jadi saya tidak akan tarik keputusan berkenaan.

“Cukuplah. Saya sudah berusia 35 tahun dan sampai masanya untuk pemain-pemain muda untuk menunjukkan kemampuan kepada Dollah.

“Sampai bila orang-orang lama seperti saya sahaja menjadi pemain utama dalam Liga Malaysia, pemain muda kena buktikan sesuatu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/keputusan-bersara-kekal-shukor-puas-1.39421#sthash.4uMiUruH.dpuf

Jangan ‘perap’ harimau

Pemain muda juga perlu diberi kepercayaan sarung jersi kebangsaan

FADHILUL IZMEL ISHAK | 22 Disember 2014 12:55 AM


INDRA PUTRA MAHAYUDDIN (tengah) meraikan jaringannya bersama Badhri Radzi dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

KUALA LUMPUR - Jika Malaysia serius untuk me­rampas Piala AFF 2016 dan melangkah ke peringkat lebih tinggi, ada dua perkara utama yang perlu diberi perhatian serius oleh pengurusan pasukan.

Pertama, semua tonggak utama Harimau Malaya harus diberi pe­ranan penting dalam pasukan ne­geri atau kelab masing-masing.

Kedua, memandangkan sebahagian besar barisan pemain yang tewas kepada Thailand sudah berusia, Dollah Salleh perlu memberi tumpuan kepada pemain muda.

Itu pandangan yang dilontarkan bekas pengendali skuad kebangsaan, B. Sathianathan sejurus melihat Harimau Malaya kempunan untuk merangkul Piala AFF buat kali kedua selepas tumpas menerusi agregat 3-4 kepada Thailand dalam perlawanan akhir.

Kemenangan 3-2 yang dicatat di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin tidak mampu menampung kekalahan 2-0 yang dialami anak-anak buat Dollah dalam final pertama di Bangkok, minggu lalu.

“Saya fikir pemain Harimau Muda yang bakal beraksi bersama pasukan ne­geri masing-masing musim depan harus diberi perhatian serius jika kita mahu mencari muka baharu untuk menghiasi skuad negara.

“Pemain Harimau Muda yang sebelum ini menerima didikan daripada Datuk Ong Kim Swee sudah banyak diberi pendedahan dan saya yakin mereka mampu menggalas cabaran bersama pasukan negeri dengan baik.

“Bagaimanapun pemain-pemain ini hanya boleh memberi permainan terbaik kepada skuad kebangsaan kalau mereka diberi pe­ranan penting bersama pasukan negeri atau kelab masing-masing.

“Kita lihat aksi Indra Putra (Mahayuddin), Shukor (Adan) dan Piya (Badhri Radzi) dalam Piala AFF kali ini. Walaupun sudah berusia, mereka mampu memberi persembahan yang cemerlang kerana mereka a­dalah watak penting buat Felda United serta Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sathianathan turut memuji Dollah kerana membuat beberapa keputusan berani dengan me­manggil pemain seperti Indra Putra, Shukor dan Badhri dalam pasukannya.

Tiga pemain ini jelas menjadi watak penting dalam membawa Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2014.

Sementara itu bekas pengendali Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah turut sependapat dengan Sathianathan dalam soal tonggak utama Harimau Malaya sepatutnya diberi tempat dalam skuad utama Liga Super.

Beliau memberi contoh, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali adalah penyerang utama skuad kebangsaan tetapi malangnya tidak memainkan peranan penting bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Itu menyebabkan aksi mereka sedikit berkarat berbanding pemain seperti Mohd. Amri Yahyah.

“Patut pemain penting seperti ini diberi kepercayaan oleh kelab mereka, tetapi malangnya mereka tidak mendapat peluang. Ini menyebabkan mereka berkarat.

“Apa pun saya bangga dan kagum dengan Dollah Salleh kerana berjaya mencapai kejayaan dalam tempoh yang singkat.

“Dollah turut melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan kepadanya, malah kejayaan ini turut menutup segala kritikan yang dilempar terhadap dirinya ketika mula memikul tanggungjawab tersebut.

“Kejayaannya itu membuktikan jurulatih kebangsaan masih mempunyai kualiti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-8216-perap-8217-harimau-1.39438#sthash.4XTK12Kp.dpuf


Melayu meringkuk daif kuasa dan mengemis’?

ANALISIS

ZULKIFLI JALIL (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 22 Disember 2014 1:49 AM


Ali Abd. Jalil

FAKTA bahawa negara ini adalah asalnya negeri Melayu tetapi dikongsi pembangunannya dan pentadbirannya dengan warga bukan Melayu memerlukan pe­negasan dan penerimaan.

Pendidikan nasional mesti terasas kepada beberapa prinsip antaranya hak Raja-raja, hak pribumi, bahasa dan budaya Melayu di samping menyatakan hak-hak sah kaum lain diterima.

Jika Dong Zao Dong memekak, UMNO dan Pas mesti berani bersatu menempelak mereka. Jika penulis blog seks Alvin Tan dan aktivis Ali Abd. Jalil menderhakai Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja dan negara ini, seret mereka untuk didakwa cepat dan berkesan.

Jika ada yang mengkhianati dasar pelajaran negara, semua pihak mesti berani ke depan dan bertindak bagi pihak orang Melayu dan Bumiputera. Pemimpin parti-parti Melayu semua peringkat tidak harus lembik, takut-takut, teragak-agak bila berdepan dengan sebarang pencabulan hak-hak asasi kaum.

Perimbangan ini perlu diterima oleh orang Melayu dan bumiputera serta kaum-kaum Malaysia lain.

Mesti dihidupkan budaya berundang-undang mahir, berbicara juga mesti mahir dan menang.

Melayu dan bumiputera harus jangan segan-silu mempelopori keutamaan perjuangannya sekali pun berlainan agama. Bagaimana dilaung, begitulah diamalkan.

Dalam hal ini, fakta politik bilangan (politics of number) mesti dijuarakan, yakni dengan kekuatan 60 peratus Melayu-bumiputera di negara ini, di samping menghormati hak semua pihak, ‘kita jangan takut memperjuangkan dan mengekalkan apa yang hakiki bagi kita’.

Perjuangan hakiki membela Melayu-bumiputera perlu terus diterap­kan dalam perjuangan.

Masyarakat bukan Melayu amat teguh budaya bangsa mereka hingga memegang hampir 68 peratus kekayaan negara ini tetapi mereka bebas mengatakan pelbagai cerca dan penidakan konon mereka disisih didiskrimasikan, seolah-olah mereka jadi warga nombor dua atau nombor tiga.


Sedangkan semua maklum Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamatarafan semua warga Malaysia.

Namun, hak-hak keistimewaan seperti yang terjamin di bawah Perkara 153 jangan dipolitikkan kerana hak-hak asas keistimewaan itu bukan sesuatu yang mencabul Perlembagaan negara. Memberi latihan, biasiswa, dermasiswa, galakan ekonomi bagi orang Melayu dan Bumiputera adalah tuntutan Perlembagaan negara yang dipersetujui semua pihak pra 1957,”.

Ramai yang lupa bahawa apa yang ada pada orang Melayu ha­nyalah sekelumit berbanding apa yang dimiliki kaum-kaum lain.

Dalam hal pemilikan tanah, perniagaan, pelajaran dalam bidang profesional, teknikal, perubatan dan sebagainya, orang Melayu dan bumiputera masih jauh terkebelakang walaupun kejayaan di tahap-tahap tertentu sudah menunjukkan kejayaan.

Dalam sejarah 20 orang terkaya di negara ini, siapa yang berada di barisan 15 pertama. Hanya tiga orang Melayu dalam senarai itu. Dalam berbilion ringgit hartanah, bangunan, saham, industri, siapa yang muncul teratas dan terkaya?

Siapa yang kaya dengan pegangan harta di Pulau Pinang, Kangar, Alor Setar, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching?

Melayu dan Bumikah atau kaum Tionghua?

Kenapa ada orang Melayu khususnya daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) segan silu nak berterus-terang dalam hal se­perti ini? Dan kenapa pula ada orang segan bercakap pasal toleransi dan agihan kepentingan sebesar itu?

Inilah cabaran-cabaran negara hadapi buat masa depan.

Selagi Melayu tak sedar akan hakikat ini, selama itulah kaum itu akan meringkuk dalam keadaan daif kuasa.

Inilah mungkin ‘analogi’ yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan perihal ‘Melayu mengemis di negara sendiri’.

Dan ini barangkali disedari atau sengaja dibuat tidak tahu oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu pula mengajak Dr. Mahathir berdebat hal ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/melayu-meringkuk-daif-kuasa-dan-mengemis-8217-1.39534#sthash.g5tfpXB8.dpuf