Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 30 June 2014

WORLD CUP 2014 - Ledakan Mueller bantu Jerman benam Amerika



REMBATAN pemain Jerman, Thomas Mueller (tidak kelihatan dalam gambar) gagal disekat penjaga gol, Tim Howard pada perlawanan Kumpulan G di Pernambuco Arena, Recife, semalam. - REUTERS

RECIFE - Bintang Jerman, Thomas Mueller meledakkan gol keempat pada Piala Dunia bagi meletakkan dia sebaris dengan Lionel Messi, dan Neymar sewaktu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Amerika Syarikat, semalam yang sekali gus meletakkan pasukannya muncul juara Kumpulan G.

Amerika Syarikat yang dibimbing oleh bekas bos Jerman, Juergen Klinsmann turut layak ke pusingan 16 pasukan akhir sekali pun tumpas pada perlawanan di Racife, kerana kejayaan Portugal membenam Ghana 2-1 tidak cukup untuk mereka memintas skuad Uncle Sam itu ke pusingan kedua.

"Memang satu kejayaan besar dapat melepasi saingan peringkat kumpulan ini. Kami sedar perlawanan agak rumit, tetapi keputusan seri sudah memadai buat kami, jadi bukan mudah untuk kami mengharunginya.

"Tetapi, kami memiliki sebuah pasukan yang sangat kuat, dan para pemain pula setiasa mempunyai keinginan tinggi untuk memberikan yang terbaik. Peringkat kalah mati merupakan satu pertarungan yang berbeza.

"Kami berasa positif, sekarang kami perlu fokus kepada lawan yang khusus pada aksi berikut, ia tidak sama seperti yang kami harungi pada perlawanan peringkat kumpulan," kata Klinsmann yang mana pasukannya akan bertemu Belgium di pusingan kalah mati.

Sebelum perlawanan tersebut berlangsung, tercetus spekulasi yang menyatakan Jerman, dan Amerika Syarikat telah merancang untuk mencatat keputusan seri yang membuka laluan kepada kedua-dua pasukan layak ke peringkat seterusnya.

Persahabatan antara Klinsmann dengan bekas pembantunya yang kini merupakan jurulatih Jerman, Joachim Loew telah memperkuatkan desas-desus terhadap teori konspirasi itu. Namun, Jerman telah mendominasi perlawanan yang diadakan di Arena Pernambuco itu.

"Kami mendominasi keseluruhan perlawanan. Kami beraksi dengan cukup tersusun, dan sehingga minit terakhir kami tidak memberi mereka begitu banyak ruang untuk menjaringkan gol," kata Loew.

Sementara itu, Loew turut melahirkan perasaan gembiranya terhadap pencapaian Amerika Syarikat.

"Saya gembira melihat Amerika Syarikat berjaya. Jika anda tewaskan Ghana, dan seri menentang Portugal, saya rasa anda berhak untuk layak peringkat 16 pasukan akhir," ujar Loew.

Gawang yang dikawal ketat penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard akhirnya bolos pada minit ke-55 hasil jaringan Mueller bagi memecah kebuntuan gol pada perlawanan tersebut. - AFP


WORLD CUP 2014 - Pencapaian terburuk Asia

Susunan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


PERTAHANAN Korea Selatan, Kim Young-Gwon (dua, kiri) tidak mampu membendung perasaan sedih selepas pasukannya tersingkir pada saingan kumpulan Piala Dunia setelah tewas 0-1 kepada Belgium di Corinthians Arena, Sao Paulo, Brazil, semalam. - AFP

KUALA LUMPUR - Tiada kelibat pasukan dari benua Asia yang berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik Piala Dunia sebaik saingan peringkat kumpulan melabuhkan tirai selain dengan menyaksikan semua wakil, Australia, Jepun, Iran dan Korea Selatan menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.

Bertambah memeritkan, tiada satu kemenangan mampu dicapai oleh mana-mana pasukan dari benua Asia pada kali ini yang menjadikan Piala Dunia 2014 Brazil sebagai satu pencapaian terburuk Asia sejak 1990.

Secara keseluruhan, gabungan mata antara Australia, Jepun, Korea Selatan, dan Iran adalah sebanyak tiga mata sahaja, iaitu paling rendah semenjak penyertaan 32 pasukan di Piala Dunia pada tahun 1998.

Prestasi hambar yang ditunjukkan oleh wakil-wakil Asia kali ini pasti memberikan sedikit kebimbangan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan satu perbincangan bersama Oceania pernah dilakukan pada penghujung tahun lalu bagi mendapatkan slot tambahan pada Piala Dunia 2018.

Jepun, dan Korea Selatan yang mara ke pusingan kedua semasa Piala Dunia 2010, pada kali ini cukup menghampakan apabila sekadar meraih satu keputusan seri, dan dua kekalahan.

Aksi Jepun, dan Korea Selatan, dua wakil tetap Asia semenjak Piala Dunia 1998 sedikit menimbulkan persoalan kerana melepaskan enam gol di peringkat kumpulan yang menampakkan kelemahan ketara di bahagian pertahanan.

Hanya prestasi Iran mungkin sedikit boleh dipuji kerana nyaris membuat kejutan ke atas Argentina apabila hampir mengikat juara Dunia dua kali itu dengan keputusan seri tanpa jaringan sebelum gol Lionel Messi pada masa kecederaan membunuh segala jalan cerita indah skuad The Princes of Persia itu.

Sementara Australia pula paling menghampakan kerana mudah ditundukkan oleh juara bertahan, Sepanyol dan Chile walaupun mungkin mampu memberikan sedikit tentangan ketika kalah 2-3 kepada Belanda.

Sebagai rekod, Piala Dunia 2002, dan 2010 menyaksikan pungutan mata tertinggi diraih pasukan-pasukan Asia iaitu sebanyak 14 mata di peringkat kumpulan sambil Korea Selatan mencipta sejarah mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002 semasa menjadi tuan rumah.

Selain itu, pada Piala Dunia 1994, Arab Saudi menjadi pasukan Asia paling mencuri tumpuan kerana mampu mencipta kejutan pada penampilan pertama apabila mara ke pusingan kedua selepas memenangi dua perlawanan di peringkat kumpulan dengan mengatasi Belgium, dan Maghribi.



Demonstrasi, reformasi, baling kerusi

Zulkiflee Bakar


Pergaduhan antara penyokong-penyokong calon yang bertanding semasa pemilihan Cabang PKR Kota Raja di Klang, baru-baru ini.
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sering mendabik dada, kononnya pemimpin mereka paling hebat mentadbir, parti mereka paling bijak mengurus dan bersikap telus dalam segala perkara. Disebabkan pegangan songsang ini, parti itu sering sahaja 'menyerang' kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui sokongan sekutunya, DAP dan Pas.

Malah PKR juga antara parti yang bertanggungjawab untuk mengerakkan demonstrasi jalanan bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil serta kononnya bagi menghapuskan segala kepincangan dan penyelewengan ketika pilihan raya berlangsung. Sudah tentulah sasaran mereka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tetapi apa yang berlaku dalam pemilihan parti itu membuktikan, PKR bukan sahaja parti cakap tak serupa bikin, malah penuh dengan kepincangan. Sebutlah apa sahaja, baling kerusi, lontar kasut, menjerit, maki hamun dan bermacam-macam lagi perangai buruk semuanya terjadi dalam pemilihan parti tersebut.

Ketika PKR selama ini begitu selesa menuduh SPR tidak telus, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mereka sendiri turut dipertikaikan, ini belum lagi mengambil kira bagaimana keputusan boleh berubah-ubah, wujudnya pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus di dewan pengiraan undi.

Begitu juga dari segi proses pengiraan undi, ketika proses itu dijalankan secara telus oleh SPR dalam pilihan raya, lihatlah pula bagaimana undi dikira dalam pemilihan PKR.

Ada yang dibuat di dalam dewan, ada dilakukan di ruang tamu rumah dan ada pula di dalam bilik hotel, oleh itu ketelusan apa yang diperjuangkan oleh PKR selama ini?

Kalau dikaji, segala yang berlaku dalam PKR adalah tuduhan-tuduhan yang pernah dilemparkan oleh parti itu terhadap BN dan SPR, tetapi kini ia ibarat 'menuding kain orang terkoyak, kain sendiri sudah terlondeh'. Ternyata sekali, PKR semakin mendapat 'pembalasan' terhadap segala fitnah dan tohmahan yang kerap mereka lakukan ke atas pihak lain.

Selama ini, mereka hanya bijak menuduh dan memfitnah tetapi apabila diminta bukti, ia hakikatnya sekadar modal untuk menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat terhadap kemenangan BN dalam pilihan raya sama ada kecil mahupun umum. Apa yang anehnya, PKR hanya membuat bising, apabila pembangkang tewas tetapi apabila mereka menang senyap sunyi pula.

Bagaimanapun apa yang berlaku ke atas PKR bukanlah satu kejutan memandangkan sejarah perjalanan politik parti itu sendiri sudah memberi petanda awal bahawa mereka akan terlibat dalam kekecohan dan kekalutan apabila berlaku pemilihan dalam parti.

PKR mengajar rakyat turun ke jalanan untuk berdemonstrasi, PKR mengajak rakyat untuk melakukan reformasi dalam politik dan PKR juga membimbing rakyat untuk berani berhadapan dengan pihak berkuasa, tetapi sekarang 'ilmu-ilmu' itu sedang dipraktikkan oleh penyokong-penyokong sendiri.

Mereka mengadakan demonstrasi membantah JPP, mereka melaungkan reformasi untuk menuntut kepimpinan PKR melakukan reformasi dan mereka juga bertindak samseng dengan membaling kerusi dalam mesyuarat.

Semua ini adalah hasil 'didikan politik' demonstrasi dan reformasi yang selama ini begitu dibanggakan oleh PKR. Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin PKR juga memberi hujah jahil dengan menyatakan ada penglibatan orang luar dalam kekecohan yang berlaku kepada parti itu.

Inilah masalah krisis identiti yang berlaku kepada kepimpinan PKR, mereka tidak pernah bermuhasabah atau mahu mengaku kelemahan yang dimiliki, sebaliknya apa juga yang berlaku kepada parti itu akan disalahkan kepada orang lain.

Sikap mahu mencerminkan diri sendiri, langsung tidak ada seolah-olah mereka insan-insan suci yang cuba dinodai oleh pihak lain.

Mungkin ini juga 'didikan politik' pemimpin-pemimpin kanan mereka yang sering menganggap apa yang berlaku kepada diri mereka adalah satu fitnah dan konspirasi UMNO dan kerajaan BN. Bagaimanapun PKR tidak boleh lagi berdolak dalih.

Kerusi berterbangan, pergelutan yang berlaku dan darah yang mengalir ketika mesyuarat pemilihan parti itu di seluruh negara sudah membuktikan parti tersebut sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang amat serius.

Sudahlah selama ini PKR dilihat tidak mempunyai hala tuju sebaliknya sekadar untuk memenuhi cita-cita politik pemimpin-pemimpin sahaja, kini pertelingkahan dalaman melibatkan ahli-ahlinya juga semakin kritikal.

Seharusnya, apa yang berlaku kepada PKR ini memberi keinsafan kepada rakyat untuk memahami begitulah keadaan apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata bagi memenuhi impian politik individu dan mahu merebut kekuasaan semata-mata.

PKR bukan ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib rakyat dan bagi mensejahterakan negara, sebaliknya mahu memenuhi nafsu politik pemimpin-pemimpinnya. Sebab itulah PKR dilihat mengamalkan politik 'matlamat menghalalkan cara', mereka tidak peduli apa pun asalkan impian mereka tercapai. Pendekatan ini akhirnya 'merebak' kepada ahli-ahlinya yang sanggup 'bertempur' sesama sendiri dalam pemilihan parti.

Sememangnya, berdasarkan apa yang terjadi dalam pemilihan parti itu, jelaslah PKR ibarat 'Parti Kian Rosak', yang sedang bergelumang dengan seribu satu masalah sama ada melibatkan pemimpin, ahli mahupun penyokongnya.

Atas sebab itulah, PKR tidak layak untuk bercakap atau mengkritik apa juga perkara terhadap kerajaan BN kerana parti mereka sendiri berada dalam keadaan lintang pukang dan tidak terurus. Usahlah bercakap soal reformasi kalau dalam PKR sendiri berlakunya kejadian baling kerusi.

Justeru sudah sampai masanya rakyat menolak PKR kerana apa yang berlaku membuktikan parti itu sama sekali tidak layak menerajui negara ini. PKR dilihat hebat bukan kerana kekuatan parti itu dan kehebatan pemimpinnya, tetapi disebabkan mereka mampu mempengaruhi DAP dan Pas untuk berkongsi kuasa dengan mereka.

Bayangkanlah apa yang akan berlaku kepada negara ini kalau PKR menjadi tonggak utama pemerintahan negara, kalaulah dalam parti sendiri pun berkecamuk dan tidak tentu hala, bagaimana mereka hendak memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara ini?

Apatah lagi dalam PKR juga wujudnya budaya yang sama sekali tidak sesuai dengan rakyat negara ini khususnya bergaduh sesama sendiri sehingga ada yang tercedera.

Cukup-cukuplah terpedaya dengan politik songsang PKR, jadikanlah kekecohan dalam pemilihan parti itu sebagai pengajaran dan panduan bahawa parti tersebut hanya bijak untuk melaungkan reformasi, mencetuskan demonstrasi dan membaling kerusi.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Thursday 26 June 2014

CELAH GELEGAR: ( #PRtipuRakyat) Mereka Talam Dua Muka, Proksi Ame...

CELAH GELEGAR: ( #PRtipuRakyat) Mereka Talam Dua Muka, Proksi Ame...

WORLD CUP 2014 - Jepun dileburkan pemain gantian


DUA pemain Jepun, Yoshito Okubo (kiri) dan Keisuke Honda kelihatan begitu kecewa setelah mereka tersingkir daripada Piala Dunia setelah kalah 4-1 kepada Colombia di Cuiaba semalam. - REUTERS

CUIABA - Bagi Jepun, Piala Dunia kali ini menjadi igauan ngeri yang kembali menghantui mereka selepas kalah 4-1 kepada Colombia semalam.

Juan Cuadrado, James Martinez dan Jackson Martinez (dua) menja­ringkan gol buat Colombia dengan Shinji Okazaki menjadi penjaring tunggal buat Jepun.

Perlawanan itu turut menyaksikan penjaga gol simpanan Colombia, Faryd Mondragon mencipta sejarah menjadi pemain tertua beraksi dalam Piala Dunia pada usia 43 tahun dan tiga hari.

Penampilan Mondragon mengatasi legenda Cameroon, Roger Milla yang bermain dalam Piala Dunia pada usia 42 tahun dan 39 hari.

Juara Asia, Jepun, menguasai perlawanan dengan serangan berbahaya bertubi-tubi dalam setiap perlawanannya tetapi hanya mendapat hasil yang tidak setimpal.

Dalam setiap perlawanan, pemain handalan lawan mereka muncul sebagai pemain gantian pada babak kedua - dan Jepun layu di bawah tekanan.

Dalam perlawanan sulung Jepun, Didier Drogba dari Ivory Coast menjadi musuh. Semalam giliran perancang Colombia, James Rodriguez.

Penyerang, Yoichiro Kiyotake, selepas perlawanan yang mengakhiri perjalanan Jepun di Piala Dunia semalam berkata: "Momentum itu beranjak (kepada pihak lawan)."

Igauan ngeri kedua yang Jepun hadapi semula semalam ialah penyudahan mereka yang teruk.

Kekurangan naluri pemusnah membelenggu mereka dalam kekalahan 2-1 kepada Ivory Coast, sekali lagi ketika seri 0-0 dengan Greece dan akhirnya semalam ketika mereka kalah 4-1 kepada Colombia walaupun Jepun menguasai perlawanan untuk tempoh yang panjang.

Bagi kebanyakan perlawanan itu, Jepun tampak telah menemui semula bakat menyerangnya yang menghiburkan, menentang Colombia yang sudah pun layak ke peringkat kalah mati dan memilih untuk merehatkan pemain tonggak.

Pasukan Asia itu lebih baik dalam babak pertama dan mencipta peluang - tetapi tidak mampu mengubahnya menjadi gol.

Itu mendedahkan Jepun kepada serang balas Colombia, yang pertama mendorong penalti pada minit ke-17.

Jepun mengakhiri kemarau jaringannya apabila Okazaki menanduk masuk hantaran lintangan cantik Keisuke Honda dalam masa kecederaan babak pertama, mencetuskan semula harapan bahawa Piala Dunia belum berakhir buat mereka.

Dengan Greece mendahului 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Jepun hanya perlu menjaringkan gol semula untuk berkemungkinan masuk ke peringkat kalah mati.

Rodriguez dengan cepat menamatkan harapan itu.

Sebagai pemain gantian pada babak kedua, Rodriguez menjana tenaga kepada rakan sepasukannya dengan gabungan karisma dan gerak kaki mempesona.

Menggelecek ke kotak penalti Jepun, dia mengumpan bola tepat kepada Jackson Martinez yang dengan tenang menolak masuk pada minit ke-55 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

"Mereka menyudahkan peluang mereka. Kami tidak menyudahkan milik kami," kata Honda.

Honda menjelajah ke seluruh padang untuk merancang serangan Jepun dan membayangi Shinji Kagawa, yang kembali ke barisan utama selepas disisihkan dalam perlawanan menentang Greece lalu.

Honda hampir menjaringkan gol pada minit ke-33 menerusi sepakan bebas yang sedikit tersasar.

Sementara itu sepakan penalti pada masa kecederaan oleh Georgios Samaras memastikan Greece mara ke pusingan kedua manakala pemain Ivory Coast remuk hati setelah tewas 2-1.

Greece mendahului 1-0 menerusi gol Andreas Samaris tetapi pasukan dari Afrika itu kelihatan mampu layak apabila menyamakan kedudukan menerusi jaringan Wilfried Bony pada minit ke-74. - AGENSI




WORLD CUP 2014 - Uruguay, Suarez menggigit


Uruguay, Suarez menggigit


PENYERANG Uruguay, Luis Suarez (kiri) ‘memeriksa’ giginya sambil melihat pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini yang terbaring kesakitan sewaktu perlawanan terakhir dalam Kumpulan D di Natal semalam. - AFP

NATAL - Luis Suarez menghadapi kemungkinan digantung perlawanan untuk tempoh yang panjang selepas menggigit pemain pertahanan lawan ketika pasukannya menyingkirkan bekas juara dunia, Itali dari Brazil menerusi kemenangan 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D semalam.

Ketua pasukan Uruguay, Diego Godin menanduk masuk gol tunggal perlawana pada minit ke-81, sekali gus menyaksikan Itali tersingkir dari Piala Dunia seawal peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut.

Namun penyingkiran mengejut Itali dibayangi oleh kejadian luar biasa melibatkan Suarez - pernah digantung dua kali sebelum ini kerana menggigit lawan - sejurus sebelum gol kemena­ngan dijaringkan oleh Godin.

Ulang tayang televisyen menunjukkan Suarez kelihatan cuba membenamkan giginya ke bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam insiden di luar perebutan bola.

Chiellini kemudian menarik jersi untuk menunjukkan tanda merah pada bahunya kepada pengadil Mexico, Marco Rodriguez.

Selepas itu, Chiellini memberitahu televisyen Itali: "Dia menggigit saya, itu jelas, saya masih ada tanda itu.

"Pengadil patut meniup wisel dan memberikan dia kad merah."

Suarez cuba menyangkal kejadian itu ketika memberi ulasan kepada televisyen Uruguay de­ngan mendakwa Chiellini telah melanggarnya.

"Ada perkara-perkara yang berlaku di padang dan awak tidak patut melihatnya sebagai penting," kata Suarez.

Pengurus veteran Uruguay, Oscar Tabarez merayu kejadian itu diabaikan.

"Saya tidak melihatnya. Saya mahu melihat imejnya terlebih dahulu," katanya dalam sidang akhbar. Tabarez turut mengandaikan Suarez dijadikan mangsa oleh wartawan.

"Dia menjadi keutamaan sasaran bagi banyak media," kata Tabarez. Diasak dengan isu itu, Tabarez yang jelas berang, enggan mengutuk Suarez. "Ini ialah Piala Dunia bola sepak, ini bukan tentang akhlak yang murah," katanya.

Namun di sebalik ulasan Suarez, bukti video kejadian itu begitu jelas.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkata, mereka akan mengkaji laporan pengadil dan video perlawanan itu.

"Kami menanti laporan perlawanan rasmi dan akan mengumpul semua elemen yang diperlukan dalam menilai perkara itu," kata jurucakap FIFA, Delia Fischer.

Namun pegawai kanan lain tidak berlengah dalam me­ngutuk penyerang itu.

"Tidak syak lagi Luis Suarez ialah seorang pemain bola sepak yang hebat tetapi sekali lagi tindakannya mengakibatkannya terdedah kepada kritikan teruk.

"FIFA mesti menyiasat kejadian itu dengan amat serius dan mengambil apa sahaja tindakan yang difikirkan perlu," kata Naib Presiden FIFA, Jim Boyce kepada BBC.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, Michel D’Hooghe berkata, Suarez wajar menghadapi perbicaraan.

"Ini benar-benar satu kes serius bagi suruhanjaya tatatertib kami," kata D’Hooghe kepada BBC.

Jika didapati bersalah oleh pemimpin tatatertib FIFA, kejadian itu hampir pasti bererti penamat kejohanan buat Suarez.

Itali yang kehilangan Claudio Marchisio kerana dibuang padang dalam babak kedua, menyertai bilangan bertambah pasukan Eropah yang tersingkir selepas Sepanyol, England, Croatia dan Bosnia-Herzegovina.

Dalam perlawanan lain Kumpulan D di Belo Horizonte, Costa Rica memastikan Piala Dunia hambar England berakhir dengan tangisan dalam seri 0-0.

Keputusan itu bererti Costa Rica menjuarai kumpulan itu, dengan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan dengan Uruguay berkesudahan sebagai naib juara.

Costa Rica akan menentang naib juara Kumpulan C, Greece, Sabtu ini selepas mereka menang 2-1 ke atas Ivory Coast. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140626/sl_04/Uruguay-Suarez-menggigit#ixzz35hcTsyYW  © Utusan Melayu (M) Bhd

WORLD CUP 2014 - Korea perlukan semangat 2002


PEMAIN-pemain Korea Selatan membuat senaman ringan sebelum memulakan sesi latihan di Foz do Iguacu semalam. - REUTERS

SAO PAULO - Korea Selatan yang kini berada dalam keadaan genting perlu mencari semula semangat ajaib 2002 sebagaimana pasukan itu berjuang untuk menyelamatkan pasukan yang suram di Piala Dunia dengan menentang pasukan tanpa kalah, Belgium (esok waktu Malaysia).

Selepas seri dengan Rusia dan kalah 4-2 kepada Algeria, pasukan itu yang kini berada di tangga paling bawah Kumpulan H perlu menang besar sewaktu menentang Belgium, yang sudah layak ke peringkat seterusnya, sekiranya mahu terus kekal di dalam kejohanan itu.

Berdasarkan logik, Korea Selatan bakal mengikut jejak Jepun yang tersingkir setelah serangan mereka sangat tidak bertaring setakat ini, di samping terdapat beberapa masalah di bahagian pertahanan.

Tetapi jurulatih Hong Myung Bo boleh mengikat seri sekurang-kurangnya berdasarkan pengalaman pasukannya pada kejohanan Piala Dunia 2002, di mana dia sebahagian daripada pasukan itu yang mengejutkan dunia dengan mara ke separuh akhir.

Pada tahun tersebut, Korea Selatan memadam impian pasukan Guus Hiddink dan beberapa pengadilan baik membantu pahlawan-pahlawan Taeguk menumbangkan Portugal, Itali dan Sepanyol.

Kali ini keadaan sudah berbeza. Keputusan seri 1-1 dengan Rusia diperoleh apabila penjaga gol Rusia, Igor Afinkeev membuat kesalahan besar, dan kemudiannya Korea Selatan ditewaskan Algeria.

"Sekarang kami perlu berubah," kata Myung Bo selepas pasukan kalah kepada Algeria 23 Jun lalu.

"Keputusan ini merupakan satu ganjaran untuk kami membuat persiapan. Kami mesti bersedia dengan lebih baik untuk perlawanan akan datang, itu sahaja pilihan yang kami ada sekarang."

Penyerang Arsenal, Park Chu Young masih belum menghasilkan gol untuk pasukan Korea Selatan dan Myung Bo mempunyai beberapa pilihan keputusan untuk pertahanannya selepas mereka bolos tiga gol dalam separuh masa pertama menentang Algeria.

Satu kelegaan buat Korea Selatan adalah Belgium, yang kini berada di tangga teratas kumpulan dengan enam mata, mungkin merehatkan beberapa pemain utama. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140626/sl_03/Korea-perlukan-semangat-2002#ixzz35hbW3Y4W  © Utusan Melayu (M) Bhd

WORLD CUP 2014 - Loew, Klinsmann bertempur di Brazil


Joachim Loew, Juergen Klinsmann

RECIFE - Pertembungan rakan senegara dalam Piala Dunia bakal menyaksikan pe­ngendali Amerika Syarikat (AS), Jurgen Klinsmann berhadapan dengan jurulatih Jerman, Joachim Loew dalam usaha me­rebut tempat teratas Kumpulan G.

Kedua-duanya pernah bertemu atas faktor kejurulatihan di mana Loew menjadi pembantu Klinsmann sedekad yang lalu sewaktu mengemudi Jerman ke Euro 2004. Bagaimanapun pasukan mereka tersingkir awal tanpa sebarang kemenangan dalam peringkat kumpulan.

Namun, semasa di bawah bimbingan mereka, Jerman menjadi terkenal kerana melahirkan bakat-bakat baharu dan muda seperti Lukas Podolski dan Bastian Schweinsteiger.

Malah, pasangan itu juga pernah meraih tempat ketiga dalam Piala Dunia 2006 sebelum Klinsmann berundur dan digantikan pembantunya, Loew.

Sejak mengemudikan skuad The Eagles itu, sekurang-kurangnya mereka pernah membawa Jerman mara ke peringkat separuh akhir sepanjang tiga kejohanan besar.

Dan kini, mereka bakal bertembung di Arena Pernambuco, Recife (tengah malam esok waktu Malaysia) dan masing-masing berkongsi empat mata dengan membawa satu matlamat, iaitu wajib menang.

Keputusan seri akan menjadikan Jerman layak ke pusingan seterusnya bersama-sama AS manakala Ghana dan Portugal tersingkir.

"Itu hanya sebahagian daripada sejarah Jerman dan bukan sebahagian daripada sejarah Amerika Syarikat. Saya rasa, jika anda mengikuti perkembangan pasukan AS, kita selalu berusaha untuk memastikan berjaya," kata Klinsmann.

Klinsmann tetap akan berusaha keras memperoleh kemenangan walaupun dia merupakan peminat Jerman dan bersedia menyanyikan kedua-dua lagu kebangsaan dengan penuh semangat.

Jentera Klinsmann memiliki empat pemain Bundesliga selain Jermaine Jones yang mempunyai tiga cap bersama Jerman sebelum ber­alih kesetiannya kepada AS pada 2009.

Penasihat khas bekas penyerang The Eagles itu adalah Berti Vogts yang pernah melatih Jerman untuk Kejuaraan Eropah 1996 dan Klinsmann selaku kapten pasukan.

"Perlawanan ini sesuatu yang agak istimewa bagi saya, dan perkara ini mungkin terjadi sekali seumur hidup," ujar bekas pemain Jerman yang pernah menjulang Piala Dunia 1990. - REUTERS



 

WORLD CUP 2014 - Ghana penentu nasib Ronaldo




BRASILIA - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berdepan dengan kemungkinan menjadi pemain terbaik dunia yang pulang awal dalam Piala Dunia kali ini biarpun penampilan pemain terbaik dunia itu menampilkan prestasi terbaiknya dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G bertemu Ghana.

Pemain Real Madrid itu bersama-sama Lionel Messi dari Argentina dan pemain tuan rumah, Neymar berada dalam kelompok tersendiri selaku tiga pemain superstar bertaraf dunia.

Bagaimanapun, dengan dua pemain Barcelona itu telah menunjukkan kemahiran hebat masing-masing, di samping menjaringkan gol, perhatian terhadap Ronaldo lebih tertumpu kepada isu kecergasan dan masalah lututnya.

Portugal, pasukan keempat dalam ranking FIFA, berada di kedudukan tercorot dalam Kumpulan G selepas gagal mendapatkan mata daripada dua aksi pertamanya.

Sewaktu menentang Jerman skuad Portugal tewas 4-0 dan selepas itu sekadar terikat 2-2 menentang Amerika Syarikat.

Malah Ronaldo turut mengakui Portugal bukan antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia pada kali ini.

"Saya tidak pernah fikir bahawa kami mampu menjadi juara dunia kerana ada beberapa perkara yang kami tidak mampu lakukan seperti melakukan larian pantas serta kualiti dalam kalangan pemain.

"Ketika ini ada lebih banyak pasukan yang mempunyai pemain lebih berkualiti berbanding kami," kata Ronaldo.

Sementara itu, Ghana yang ketika ini berpeluang untuk melangkah ke saingan 16 pasukan terakhir berharap taktikal yang bakal digunakan sewaktu menentang Portugal mampu membolehkan skuad Black Stars meraih tiga mata penuh.

Bagaimanapun sukar untuk menjangka taktikal baharu yang akan digunakan oleh jurulatih Ghana, Kwesi Appiah kerana dia kerap melakukan perubahan pada saat akhir.

"Kami telah bermain dengan baik sewaktu menentang Jerman.

"Kini kami masih ada baki perlawanan yang perlu diharungi dan kami akan memberikan segalanya buat pasukan. Sekiranya kami tidak layak ia bukan disebabkan kurang usaha dalam kalangan pemain," kata pemain pertahan Ghana, Harrison Afful. - AFP




MCA, Gerakan sertai Kabinet

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



Najib Tun Razak ketika mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Muhyiddin Yassin. - BERNAMA
PUTRAJAYA 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baharu dalam barisan Kabinet yang menyaksikan kemasukan semula pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA yang dilantik ialah Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan pelantikan Liow itu, Perdana Menteri mengesahkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan itu.

"Saya gembira wakil MCA kembali dalam Kabinet, begitu juga Gerakan," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

MCA dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada Februari lalu memutuskan untuk kembali menyertai Kabinet dan menduduki jawatan dalam kerajaan selepas mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahlinya.

Pelantikan Siew Kiong dibuat selepas Perdana Menteri mengumumkan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu untuk melantiknya sebagai menteri jika menang. Beliau menang dengan majoriti 238 selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenan untuk majlis angkat sum­pah dan simpan rahsia anggota Kabinet baharu itu pada pukul 11. 30 pagi Jumaat ini di Istana Negara.

Mengulas saiz Kabinet kali ini yang semakin besar, Perdana Menteri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan MCA telah membuat keputusan untuk menyertai semua Kabinet selepas enggan menerimanya sebelum ini.

"Ya, memang berlaku pertambahan dan kita terpaksa membuat perubahan berikutan keputusan MCA. MCA pada mulanya tidak mahu menyertai kerajaan tetapi kemudian berfikir semula dan melihat bahawa perlunya mereka menyertai Kabinet.


DARI KIRI: Chua Tee Yong, Chew Mei Fun, Lee Chee Leaong

"Saya juga sedar saiz Kabinet kali ini lebih besar dari dahulu tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana situasi yang agak luar biasa," ujarnya.

Ditanya sama ada pertambahan Kabinet itu memberi jaminan bahawa perkhidmatan akan bertambah baik kepada rakyat, beliau secara berseloroh berkata:"Tidak semestinya tetapi saya harap begitulah dan ini saya katakan di luar jangkaan. Saya mula-mula tidak bercadang mempunyai Kabinet yang begini besar tetapi setakat ini tiada sesiapa pula yang secara sukarela mahu keluar dari Kabinet''.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib yakin saiz Kabinet yang terbaharu itu akan menggalakkan perbincangan serta pandangan yang lebih sihat daripada semua wakil komuniti di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Mengenai pelantikan tiga timbalan menteri daripada MCA, beliau berkata, mereka mempunyai tugas tertentu antaranya menjelaskan tentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada peneraju industri kecil dan sederhana daripada kaum CIna.

"Begitu juga dengan pelantikan (Mei Fun) sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Ini kerana terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum Cina yang perlu ada timbalan menteri untuk menyelesaikan kehendak dan tuntutan mereka yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan,'' ujarnya.

Mengenai satu-satunya wakil Gerakan di dalam Kabinet, Perdana Menteri menjelaskan itu melibatkan kuota dan beliau juga telah berjanji memberikan satu tempat kepada Siew Keong.

Berhubung kedudukan Hishammuddin dalam proses pencarian pesawat MH370 Najib berkata, perkara itu akan dibincangkan selanjutnya berdasarkan kedudukan terkini Menteri Pertahanan itu dengan Tiong Lai.

Sementara itu, beliau tidak bercadang untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran peletakan jawatan P. Waythamoorthy.

"Kita ada satu jawatankuasa Kabinet yang menjaga hal ehwal kaum India dan saya sendiri mempengerusikan secara keseluruhannya dan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang mewakili kaum India juga telah diberi tugas dan tanggungjawab secara terperinci,’’ katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140626/po_01/MCA-Gerakan-sertai-Kabinet#ixzz35hXKlx4J  © Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN : MUNGKINKAH SUARA DAP RASIS DALAM KABINET NAJIB SEMAKIN MANTAP?????

JDT juara Liga Super

Oleh FARHANA JONI
sukan@utusan.com.my




KUCHING - Ketika Lionel Messi memastikan negaranya mara ke pusingan kedua Piala Dunia, Jorge Pereyra Diaz pula memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang trofi Liga Super 2014 apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Sebelum perlawanan malam ini, pasukan yang terkenal dengan gelaran ‘Harimau Selatan’ itu mengumpul 41 mata, satu mata di depan pencabar terdekat, Selangor.

Namun, jaringan Diaz pada minit ke- 65, dengan Selangor hanya seri di Shah Alam dengan PKNS bermakna anak-anak buah Bojan Hodak itu mengumpul 44 mata, tiga mata mengatasi Red Giants.

Bagaimanapun Sarawak tidak memberi laluan mudah kepada JDT apabila skuad yang diketuai Joseph Kalang Tie itu kelihatan begitu garang, terutama pada babak pertama.

Skuad Ngap Sayot yang dibimbing jurulatih Robert Alberts, rakan sepasukan jurulatih Belanda pada Piala Dunia 2014, Louis van Gaal ketika di Ajax Amsterdam, terus memberi tekanan kepada JDT hingga hampir menjaringkan gol pada minit terakhir sebelum pengadil meniup wisel tamat.

Ketiadan penyerang import Sarawak, Muamer Salibasic nyata memberi kesan kepada Ngap Sayot apabila setiap peluang gagal dimanfaatkan.

Pada minit ke-67 hantaran lintang pemain sayap Sarawak S. Chanturu ke arah gawang gol gagal disempurnakan jentera serangan Ngap Sayot.

Pemain pertahanan, Mafry Balang hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-77 namun sepakan jauh dari luar kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol JDT, Md. Al-Hafiz Hamzah.

Jurulatih JDT, Bojan Hodak ketika ditemui pemberita selepas meraikan kemenangan bersama para pemain memberitahu, beliau berpuas hati dengan kesemua anak buahnya.

"Saya sangat gembira dan bangga dengan kemenangan ini ditambah pula dengan kehadiran begitu ramai penyokong JDT yang sanggup berkorban membeli tiket penerbangan bagi hadir memberi sokongan kepada kami malam ini.

"Dua pemain import Sarawak tidak bermain malam ini sebenarnya ‘bonus’ kepada JDT untuk menguasai perlawanan dan menjuarai Liga Super tahun ini," katanya.

Jelasnya, beliau turut mengakui para pemainnya agak kepenatan akibat perjalanan jauh untuk beraksi dalam perlawanan kali ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140626/su_01/JDT-juara-Liga-Super#ixzz35hUj1gGf  © Utusan Melayu (M) Bhd 


SEMUT HITAM: PAKATAN PANAS TELINGA BACA SINDIRAN TUN MAHATHIR!!...

SEMUT HITAM: PAKATAN PANAS TELINGA BACA SINDIRAN TUN MAHATHIR!!...: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed menyifatkan demokrasi sukar dilaksanakan dengan jayanya selagi pihak yang kalah dalam pilih...

Wednesday 25 June 2014

WORLD CUP 2014 - Blue Samurai tutup buku


JACKSON Martinez (kiri) meraikan jaringannya bersama Pablo Armero ketika membantu Colombia membenam Jepun 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C di Areana Pantanal, Cuiaba, pagi ini. - REUTERS

Langkah juara Asia, Jepun di Piala Dunia berakhir sudah selepas tumbang 1-4 kepada Colombia dalam aksi terakhir Kumpulan C di Cuiaba, pagi ini.

Dua gol Jackson Martinez membawa Colombia melakar kemenangan selesa, sekali gus muncul juara kumpulan untuk menempah pertemuan dengan Uruguay di pusingan kedua, Ahad ini.

Skuad La Tricolor memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan untuk mengutip sembilan mata maksimum, pada ketika Jepun mempamer antara aksi terburuk dengan sekadar meraih satu mata.

Perlawanan itu turut menyaksikan rekod baharu dilakar penjaga gol Colombia, Farid Mondragan apabila dia memadam rekod Roger Milla sebagai pemain tertua beraksi dalam Piala Dunia pada usia 43 tahun, 3 hari setelah dimasukkan, enam minit sebelum tamat permainan.

Malapetaka mula menimpa Jepun seawal minit ke-17 apabila Yasuyuki Konno menjatuhkan Adrian Ramos dalam kotak penalti dan penyerang Fiorentina, Juan Cuadrado menyempurnakan sepakan penalti.

Bagaimanapun, Jepun cuba bangkit menerusi percubaan yang dilancarkan oleh Keisuke Honda dan Shinji Okazaki, masing-masing tersasar dari gawang.

Namun begitu, Okazaki memberi harapan kepada pasukannya apabila menanduk gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Walaupun Jepun berhempas-pulas dalam misi menghidupkan kembali peluang untuk mara ke pusingan kedua, jaringan Martinez pada minit ke-55 menyukarkan situasi skuad Blue Samurai.

Jepun masih tidak mengaku kalah apabila bertubi-tubi menyerang gawang Colombia yang antaranya melalui percubaan Honda dan Konno, tetapi disekat oleh penjaga gol, David Ospina.

Sedang Jepun memberi tumpuan untuk menyerang lawan, Martinez menjaringkan gol keduanya pada minit ke-82 dan pemain gantian, James Rodriguez menyumbat satu lagi gol pada minit ke-89 untuk mengesahkan kemenangan mereka.

“Amat susah bagi kami pada separuh masa pertama kerana benteng pertahanan mereka sangat kukuh dan banyak menyekat peluang yang sepatutnya kami sempurnakan.

“Pada separuh masa kedua pula, kami bermain dengan lebih baik dan berkesempatan mempamer aksi seperti dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini dan saya cukup gembira dengan dua jaringan saya," kata Martinez.

Apabila ditanya mengenai pertemuan dengan Uruguay, Martinez menegaskan mereka perlu memberi sepenuh tumpuan.

“Perlawanan itu pasti sengit. Suatu perjuangan dan kami perlu mengekalkan tahap tumpuan serta terus beraksi seperti yang kami lakukan sepanjang kejohanan ini berlangsung," katanya.

WORLD CUP 2014 - Suarez tidak serik


GIORGIO Chiellini (kanan) menunjukkan kesan gigitan Luis Suarez di bahu kirinya ketika Itali menentang Uruguay di Natal, pagi ini. - REUTERS

LUIS Suarez tidak menjaringkan gol kemenangan Uruguay ketika pasukan itu menyingkirkan juara empat kali, Itali daripada Piala Dunia 2014 selepas menang 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Estadio das Dunas, Natal pagi ini.

Namun, tindakan bintang penyerang itu mengulangi tabiat buruknya, iaitu menggigit pemain lawan menenggelamkan wira sebenar Uruguay, Diego Godin yang meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-81 untuk membawa pasukannya ke pusingan kedua, menumpaskan Itali yang menamatkan permainan dengan 10 pemain.

Malah, kemenangan ini bakal menemukan Uruguay dengan satu lagi wakil Amerika Selatan, Colombia, Ahad ini.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut skuad Azzurri tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia, selepas turut menerima nasib yang sama di Afrika Selatan, empat tahun lalu.

Bagaimanapun dalam kegembiraan Uruguay menyambut kemenangan dan muncul naib juara Kumpulan D di belakang Costa Rica, tumpuan dunia terarah kepada Suarez yang mengundang kontroversi apabila menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

Hampir semua stesen televisyen berulang kali menayangkan insiden bagaimana Suarez mengulangi tabiat buruknya, yang telah beberapa kali menyebabkan dia berada dalam masalah ketika beraksi di Liga Perdana Inggeris mahu pun Liga Belanda.

Tindakan menggigit bahu Chiellini sehingga pemain itu jatuh ketika bola berada di luar kawasan permainan bakal meletakkan penyerang berusia 27 tahun itu dalam bahaya dan mungkin berdepan risiko penggantungan.

Chiellini, 29, kemudian menuju ke arah pengadil dari Mexico, Marco Rodriguez untuk mengemukakan bantahan sambil menunjukkan gigitan yang dilakukan Suarez.

“Sekarang orang ramai akan bercerita mengenai penyingkiran, kegagalan tetapi permainan ini ditentukan oleh pengadil. Jelas berlaku ketidakadilan dalam perlawanan.

“Pengadil seharusnya mengeluarkan kad merah kerana dia juga melakukan kesalahan. Dia kemudian menyentuh giginya selepas itu? Sudah tentu...kami sangat tidak gembira kerana kami adalah pasukan yang layak untuk mara," kata jurulatih Itali, Cesare Prandelli.

Prandelli berkata, pengadil telah ‘merosakkan perlawanan’.

“Adalah sesuatu yang tidak masuk akal beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan seperti ini. Tidak berlaku kesalahan ganas oleh pemain kami atau sesuatu yang boleh menyebabkan mereka dibuang padang.

“Anda tidak boleh menjejaskan permainan seperti ini," katanya lagi.

Sementara itu, pengurus Uruguay, Oscar Tabarez menjelaskan dia tidak melihat insiden Suarez, sambil menyifatkan bintang penyerang mereka itu menjadi mangsa media.

“Saya tidak nampak. Saya mahu lihat gambar kejadian itu dulu. Dia merupakan sasaran banyak media. Ini adalah Piala Dunia dan ia tidak melibatkan isu moral murahan," katanya.

Dalam pada itu, FIFA akan meneliti laporan penuh daripada pengadil dan rakaman video perlawanan itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kami sedang menunggu laporan penuh perlawanan dan akan mengumpul maklumat sebelum menilai kejadian ini," kata jurucakap FIFA, Delia Fischer.

Babak pertama berakhir tanpa jaringan selepas Gianluigi Buffon menyelamatkan percubaan Suarez dan Nicolas Lodeiro menuju penghujung saingan.

Prandelli menggantikan Mario Balotelli dengan Marco Parolo di babak kedua, namun ia tidak memberi impak.

Azzurri dirundung malang selepas pemain tengah mereka Claudio Marchisio dilayangkan kad merah kerana melakukan kekerasan ke atas Egidio Arevalo Rios pada minit ke-59.

LIGA SUPER - PKNS ada maruah, takkan tolong Selangor - Anuar


Mohd. Bunyamin Umar (kiri) hanya mahu menumpukan perlawanan menentang PKNS di Shah Alam malam ini dan tidak akan menghiraukan apa yang berlaku antara JDT dengan Sarawak yang bertemu di Kuching.

KUALA LUMPUR - Turun menentang Selangor tanpa memberikan sebarang makna, itu tidak bermakna pasukan tercorot liga, PKNS hanya akan beraksi sambil lewa dan menjanjikan tiga mata mudah kepada 'pasukan abangnya' itu di Stadium Shah Alam malam ini.

Jurulatih sementara PKNS, Anuar Abu Bakar berkata, maruah bakal menjadi pertaruhan The Red Ants sambil menolak tanggapan negatif bahawa mereka akan memberikan tiga mata ihsan kepada Selangor dalam usaha membantu Red Giants menjuarai Liga Super sekiranya Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal memenangi perlawanan menentang Sarawak di Kuching.

Dalam masa sama, Anuar mengingatkan, mendapatkan kemenangan ke atas Selangor bukanlah semata-mata kerana dia anak jati Muar, Johor namun melaksanakan tanggungjawab ke atas majikan, PKNS.

"Saya tiada perancangan untuk sekadar menurunkan pemain simpanan semasa menentang Selangor, sebaliknya saya akan turunkan kesebelasan terkuat dalam misi mendapatkan kemenangan.

"Saya tahu perlawanan ini tidak ada sebarang makna lagi buat kami kerana sudah tersingkir ke Liga Perdana untuk musim depan namun kami ada maruah yang perlu dijaga.

"PKNS adalah majikan yang memberi makan dan minum kepada keluarga saya, saya ada tanggungjawab untuk memastikan kemenangan pada malam esok (hari ini) dan saya mahu meraih tiga mata bukan semata-mata didorong rasa sentimen yang saya ini anak Johor.

"Sebagai bekas pemain dan kini merupakan jurulatih, saya perlu bersikap profesional dan tiada istilah pakatan antara PKNS dan Selangor, " katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, ketua pasukan Selangor, Mohd. Bunyamin Umar berkata, dia hanya mahu fokus kepada aksi pasukannya malam ini dan tidak akan mengambil kisah dengan apa yang berlaku antara JDT dengan Sarawak di Kuching selagi perlawanan belum tamat.

Pegangan Bunyamin cukup mudah: Jika ada rezeki tidak akan ke mana.

Sekiranya tidak ada rezeki, pemain berasal dari Kedah itu mengakui mereka perlu dipersalahkan kerana gagal mengekalkan kelebihan yang mereka miliki sebelum dipintas JDT pada baki dua perlawanan yang lalu.

"Jika ada rezeki kami, in sya Allah tidak ke mana-mana dan apa yang paling penting buat kami ialahmendapatkan tiga mata ketika menentang PKNS.

"Sekiranya gagal meraih gelaran Liga Super, itu bukan bermakna satu penghabisan buat saya dan rakan-rakan kerana mendapat tempat kedua serta hanya satu mata sahaja di belakang pendahulu, itu sudah dikira baik.

"Kami tidak menyalahkan sesiapa andai gelaran menjadi milik JDT kerana semasa kami mendahului carta liga, kami gagal mempertahankan kelebihan yang dipegang ekoran prestasi yang kurang konsisten," katanya.



LIGA PERDANA - Kedah rosak majlis PDRM, Dollah

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my



SELAYANG - Majlis meraikan PDRM muncul juara Liga Perdana dan kembalinya mereka ke Liga Super musim depan terencat malam tadi apabila mereka tumpas mengejut 3-2 kepada Kedah dalam perlawanan terakhir musim ini di Stadium Selayang.

Kekalahan kedua mereka bagi musim ini itu juga merosakkan majlis perpisahan buat Dollah Salleh yang dijangka mengambil alih tugas jurulatih Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Selaku juara, PDRM meraih RM300,000 dan hadiah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku penaung Persatuan Bola Sepak PDRM.

Kejayaan itu jelas membanggakan Ahmad Zahid yang menganggap kejayaan menjulang trofi Liga Perdana sebagai medan penebus maruah PDRM yang sebelum ini dipandang sepi dalam kancah bola sepak tempatan.

"Syabas diucapkan kepada semua pemain dan pegawai PDRM terutama jurulatih, Dollah Salleh dan kemenangan ini adalah medan terbaik menebus maruah pasukan ini yang tidak pernah diperolehi," katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Sebelum babak pertama berakhir, skuad Lang Merah mendahului 1-0 hasil jaringan Mohd. Syazwan Zainon yang menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza dari jarak dekat.

Separuh masa kedua memperlihatkan Kedah semakin garang apabila memperoleh dua jaringan dalam tempoh tiga minit.

Pemain import dari Korea Selatan, Nam Kung Woong yang berjaya melepasi kawalan pertahanan PDRM sebelum melepaskan rembatan leret bagi gol kedua pada minit ke-56.

Tidak sempat The Cops mahu bernafas, Billy Mehmet menghukum kealpaan pertahanan PDRM pada minit ke-58 apabila dia yang tidak dikawal memperdayakan Helmi bagi mengukuhkan kedudukan pelawat.

PDRM mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila merapatkan jurang melalui gol Ashfaq Ali pada minit ke-60 dan Mohd. Fauzi Majid, minit ke-78 namun sudah terlewat menghalang kemenangan Kedah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140625/su_03/Kedah-rosak-majlis-PDRM-Dollah#ixzz35cFI7GEY  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Pemain gantian benam Chile


Memphis Depay menjaringkan gol kedua Belanda dalam perlawanan dengan Chile di Sao Paulo semalam. Belanda menang 2-0 sekali gus muncul juara Kumpulan B manakala Chile menduduki tempat kedua. - REUTERS

SAO PAULO - Dua jaringan oleh dua pemain super sub, Leroy Fer dan Memphis Depay pada penghujung separuh masa kedua menyaksikan Belanda membenam cabaran Chile 2-0, sekali gus menyaksikan Oranje menjuarai Kumpulan B serta mengelak bertembung Brazil pada aksi pusingan kalah mati.

Jaringan Fer pada minit ke-77 merupakan gol pertama pemain itu di pentas antarabangsa, manakala gol Depay minit kedua masa kecederaan menamatkan cabaran Chile dalam perlawanan yang me­nyaksikan kedua-dua pasukan yang telah mara ke pusingan kedua itu bermain berhati-hati.

Dalam perlawanan yang menyaksikan hanya beberapa peluang dicipta, Fer menanduk kencang hantaran rakan sepasukan setelah hanya beberapa kali mendapat bola selepas dimasukkan, manakala Depay dengan mudah menyudahkan hantaran lintang pemain terbaik perlawanan, Arjen Robben.

"Pasukan yang paling bijak memenangi perlawanan ini. Leroy Fer...saya tahu dia memiliki tandukan yang baik dan dengan cara itu kami mendahului Chile, awak rasakan bahawa awak mempunyai kelebihan,’’ kata jurulatih Belanda, Louis van Gaal walaupun dia menafikan dakwaan dua jaringan itu disebabkan mereka bernasib baik.

Belanda dan Chile terikat dengan enam mata sebelum pertemuan itu, sekali gus menyaksikan kemenangan menjadi faktor penting buat kedua-dua pasukan untuk mengelak bertemu Brazil yang muncul juara Kumpulan A dalam perlawanan peringkat kalah mati.

"Kami melakukan apa sahaja yang boleh, tetapi Belanda banyak menumpukan permainan terhadap penyerang kami menerusi barisan pertahanan mereka. Kami perlu memperbaiki beberapa perkara," kata jurulatih Chile, Jorge Sampaoli.

Dengan Robin van Persie digantung satu perlawanan, penye­rang Dynamo Kiev, Jeremain Lens membuat penampilan sulungnya dalam Piala Dunia di barisan sera­ngan bersama pemain veteran, Dirk Kuyt yang dikerahkan beraksi sebagai sayap kiri.

Chile pula meletakkan pemain Juventus, Arturo Vidal yang mempunyai satu kad kuning dibangku simpanan, dan memberi peluang kepada pemain tengah, Charles Aranguiz yang turut mempunyai satu kad kuning untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Penyerang Chile, Alexiz Sanches membuat beberapa gerakan berbahaya, dan turut meminta sepakan penalti diberikan kepadanya selepas merasakan dia dikasari di dalam kotak penalti, namun rayuannya itu tidak dipedulikan pe­ngadil perlawanan dari Gambia, Bakary Gassama.

Lens dikeluarkan dan digantikan dengan pemain PSV Eindhoven, Depay yang sebelum ini menjaringkan gol ketika menentang Australia, manakala Sneijder digantikan dengan pemain tengah Norwich City, Fer sekali gus menukar tempo perlawanan. - AFP



WORLD CUP 2014 - Neymar pastikan Brazil juara kumpulan


Penyerang tuan rumah, Neymar (dua dari kiri) merembat bola untuk menjaringkan gol kedua Brazil ketika bertemu Cameroon dalam perlawanan Kumpulan A di Brasilia semalam. Neymar menjaringkan dua gol untuk membantu Brazil menang 4-1. - AFP

BRASILIA - Neymar membuktikan dia adalah watak penting buat Brazil apabila menjaringkan dua gol sewaktu membantu tuan rumah Piala Dunia itu membelasah Cameroon 4-1 di Stadium National semalam, sekali gus memastikan mereka muncul juara Kumpulan A.

Ini membolehkan mereka me­nge­lak bertemu Belanda yang menundukkan Chile 2-0 untuk muncul juara Kumpulan B di peringkat 16 pasukan terakhir.

Dalam perlawanan ke-100 Bra­zil dalam Piala Dunia semalam, pe­nyerang Barcelona itu me­ledakkan gol pertama pada minit ke-17, yang juga gol ke-100 Piala Dunia.

Walaupun Joel Matip menyamakan kedudukan buat Cameroon, yang telah pun tersingkir, pada minit ke-26, namun Neymar kem­bali meletakkan pasukannya di depan menerusi gol kedua pada mi­nit ke-35.

Fred menjaringkan gol ketiga Brazil pada minit ke-49 manakala pemain gantian, Fernandinho me­nyumbat gol keempat yang membuat penyokong Brazil melon­jak kegembiraan pada minit ke-84.

Kemenangan Brazil, serta kejayaan Mexico membenam Croatia 3-1 dalam Kumpulan A di Racife, memastikan mereka muncul sebagai juara kumpulan mengatasi Mexico berdasarkan perbezaan gol.

Jurulatih, Luiz Felipe Scolari berkata, Brazil perlu memperbaiki tahap permainan mereka menjelang pertembungan dengan Chile (Ahad ini waktu Malaysia).

"Kami mempamerkan peningkatan pada setiap perlawanan. Ka­mi menjaringkan empat gol, dan berpeluang meledakkan tujuh atau lapan gol, tetapi pada perlawanan berikut menentang Chile yang merupakan sebuah pasukan yang bagus, saya fikir kami perlu beraksi dengan lebih baik," tegas Scolari.

Sementara itu, pemain ter­baik perlawanan, Neymar memberitahu, semua pemain berhak mendapat pujian setelah mempamerkan permainan meyakinkan semalam.

"Semua orang dalam pasukan berhak menerima pujian ini kerana berjaya mencatat ke­pu­tusan yang diharapkan, dan telah beraksi dengan baik. Kami kini berada di landasan yang tepat," ujar Neymar.

Cameroon telah pun ter­singkir selepas tewas dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan, tetapi Indomitable Lions itu memiliki kelebihan turun beraksi tanpa sebarang tekanan berbanding Brazil. - AFP