Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 4 September 2014

POLITIK : PKR tetap pilih Wan Azizah - ANAK SELANGOR MACAMANA?


Kiri Saifuddin Nasution, Wan Azizah

KUALA LUMPUR 3 Sept - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan tetap dengan keputusannya untuk memilih Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan menerusi laman Facebook parti itu berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR tetap menyokong keputusan sebulat suara, memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal seperti yang diputuskan pada 21 Julai lalu.

"MPP yang baharu dipilih telah bermesyuarat pada 2 September untuk membincangkan pendirian kepemimpinan baharu mengenai isu Menteri Besar Selangor.

"MPP menegaskan sekali lagi keputusan yang telah dibuat pada 21 Julai yang bersetuju sebulat suara mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor," jelas kenyataan itu hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor mengutuskan surat rasmi bagi meminta PKR, DAP dan Pas untuk mengemukakan lebih daripada dua calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar dengan tarikh berakhir semalam.

Dalam kenyataan itu juga, Saifuddin memberitahu, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali turut mengulangi sokongan beliau terhadap keputusan parti.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140904/po_04/PKR-tetap-pilih-Wan-Azizah#ixzz3CJY3ifG5  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: