Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 30 August 2013

Revolusi Syiah pengaruhi PAS

DARI BERITA HARIAN


 Juhaidi Yean Abdullah 


Revolusi Iran kira-kira 34 tahun lalu menggoncang dunia. Kuasa besar Barat terpinga-pinga dengan pengaruh pemimpin Syiah, Ayatollah Khomeini dan bagaimana beliau menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlevi, yang disokong Amerika Syarikat. Gerakan Islam sedunia bagaikan mendapat semangat baru. Di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjumpa Khomeini.

Pulang ke Malaysia, Anwar isytiharkan sambutan ‘Hari Pembebasan dan Perpaduan Iran’ pada 16 Mac 1979. PAS tidak ketinggalan. Pemimpinnya, Mohamed Sabu menggunakan retorik tokoh Syiah itu dalam ucapan dan ceramahnya. Mereka juga mempengaruhi gerakan pelajar Islam, terutama di sekolah agama dan pondok, untuk menentang kerajaan menggunakan revolusi di Iran sebagai contoh.
Rencana Harakah (31 Disember 1999) memuji Khomeini sebagai wira dan ‘role model’ untuk PAS. Malah, ada dakwaan seorang ulama PAS dilantik duta khas Khomeini untuk Asia Tenggara dan risalah ucapan pemimpin Syiah itu diedar di masjid sekitar Kuala Lumpur (Baca Shanti Nair, Islam in Malaysian Foreign Policy, ISEAS 1997).

Pada Muktamar PAS 1983, Presidennya, Yusof Rawa berucap: “Kejayaan revolusi Islam di Iran menambah lagi keyakinan kita terhadap kejayaan Islam masa hadapan. Kita mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan kita untuk berjuang.” Yusof menyaksikan sendiri bibit-bibit revolusi kerana ketika itu, beliau adalah Duta Malaysia ke Iran, Turki dan Afghanistan.

Kebetulan, perkembangan di Pakistan yang menyaksikan kemunculan Jeneral Zia ul-Haq (yang memperkenalkan hudud dan cukai cara Islam) dan gerakan Islam menentang kerajaan Anwar Sadat di Mesir turut memberi kesan ke atas PAS sehingga muncul kumpulan pemimpin muda yang berlainan pembawaan berbanding pemimpin terdahulu seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Tan Sri Asri Muda.
 
Selain Yusof, paling menonjol ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa pemimpin ABIM-PAS, seperti Datuk Fadzil Noor, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.

Bawa pendekatan baru
 
Sebagai Presiden (1983-89), Yusof membawa pendekatan baru, menyusun organisasi parti dan membuka ruang kepada ulama menguasai PAS. Beliau mempelopori konsep ‘kepemimpinan ulama’, memperkenalkan Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am, yang dipegangnya sendiri. Menurut Badlihisham Mohamad Nasir:
 
“Imej PAS dikatakan seolah-olah berubah mengikut rentak kepemimpinan ala-Syiah di Iran yang memberikan status yang amat tinggi kepada ulama.” (Tamadun, Ogos 1999). Apabila Jaafar Nimeiri melancar revolusi Islam di Sudan pada 8 September 1983, Yusof mencadangkan penubuhan negara Islam di Malaysia mengikut acuan revolusi Iran. Menurut Dr Farish A Noor, di bawah kepemimpinan Yusof dan kumpulan muda, PAS bersikap lebih militan dan berkonfrontasi ala gerakan radikal Mesir seperti Tanzim al-Jihad dan Takfir wa’l-Hijrah.

Tanzim al-Jihad (atau Jama’ah al-Islamiyyah) dipimpin personaliti Ikhwanul Muslimin seperti Muhamad Abdul al-Salam Faraj, Abbud al-Zumur dan Khalid Islambuli, semuanya pengikut Khomeini, Syed Qutb dan Sheikh Umar Abdul al-Rahman, yang membenarkan pembunuhan orang awam Islam atas nama jihad.
 
Takfir wa’l-Hijrah (atau Jama’ah al-Muslimin) dipimpin Ahmad Shukri Mustafa, juga pengikut Syed Qutb, dan sering menggunakan takfir sebagai senjata politik. Kumpulan ini menganggap selain ahli mereka, orang lain adalah kotor dan berdosa. (Islam Embedded Vol 2, MSRI Kuala Lumpur, 2004). Tidak terbabit ialah Imam Hassan al-Banna, Sheikh Ahmad Yasin atau Fathi Yakan, yang penulis silap label sebagai pemimpin Syiah dalam artikel minggu lalu.

Sejak itulah, PAS dilihat mengambil pendekatan politik yang semakin keras. Pemimpin mereka sering melabel orang lain sebagai kafir, asabiyyah, munafiqin, mustazaffin dan syirik. Kemuncaknya ialah Amanat Haji Hadi pada 1982 yang menuduh UMNO kafir. Hadi juga menulis buku bertajuk Hizbullah dan Hisbussyaitan manakala Ibrahim Libya mahu berjihad menumbangkan kerajaan yang dianggap sekular dan munafik mengguna revolusi Syiah sebagai model. (Baca Perisai Memali oleh CN Afghani, Baling, 1997)

Kini PAS tolak pengaruh Syiah

Revolusi Iran akhirnya menghadapi masalah dalaman dan luaran. Mereka yang dianggap musuh kerajaan Syiah dipenjara atau dibunuh, tokoh akademik dibuang kerja dan parti politik seperti Tudeh diharamkan. Khomeini melancar perang dengan Iraq antara 1982-1988 sehingga menghancurkan kedua-dua negara. Ramai pemimpin dan tokoh revolusi yang kemudian membantah pemusatan kuasa ulama, kerakusan Khomeini dan kekejaman Syiah letak jawatan (Perdana Menteri Mehdi Bazargan), meninggalkan negara (Presiden Bani-Sadr), dibuang negara (Ayatollah Muhammad Kazim Shariatmadari,) atau dibunuh (Sadeq Gobtzadeh).

Hari ini, PAS secara terbuka menolak pengaruh Syiah tetapi 35 tahun lalu, tokoh yang berani membangkitkan bahaya kesan revolusi Iran dan sikap Syiah dalam kalangan kepemimpinan parti seperti Abu Bakar Hamzah, Asri Muda dan Nakhaie telah disingkir. Kata Abu Bakar, yang dipecat pada 1986: “Memang perangai orang PAS sekarang ini suka mentakfirkan orang lain, suka pulau memulau, suka rasa dirinya saja yang beriman dan bertakwa, sedangkan orang lain adalah kafir belaka. Perangai biadab seperti ini berleluasa dalam PAS dan ayatollahnya gagal membendung... perangai jahiliah beginilah yang akan meruntuhkan perjuangan PAS.” (Mingguan Islam, 17 Jun 1988)


Gerakan Syiah dalam PAS bukan persepsi

DARI BERITA HARIAN


 Juhaidi Yean Abdullah 


Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak menolak adanya penganut Syiah dalam jemaahnya. Dalam satu ceramah, beliau berkata: “PAS terbuka kepada semua orang, bukan saja mazhab Syafie. (Orang) mazhab Hanafi, Hambali, Wahabbi, Syiah, Khawarij pun masuk PAS.” Jika benar pun ada pemimpin PAS yang menganut ajaran Syiah, mereka pasti tidak mengaku.

Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan penganut Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang majoritinya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bila ditanya minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh.

Namun, tidak sukar untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS yang dipercayai penganut Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut PAS sendiri, ia berdasarkan pengucapan, amalan dan tindakan individu berkenaan. Beliau sering mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin dan gerakan seperti Hizbullah dan rejim Bashar al-Assad.

Juga Hassan al-Banna, Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan. Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq dan Syria, individu ini juga sering mengagung-agungkan kejayaan Iran dan membela Syiah dalam ceramahnya. Kata mereka, hakikat individu ini menjadi pemimpin tinggi PAS juga disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS.

Dalam satu wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan gerakan dan kejayaan Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS sekitar 1978-1979. Beliau juga akui mempelajari falsafah, cara dan mendalami semangat beberapa pemimpin politik yang beliau sanjungi tanpa sedar mereka adalah Syiah.

“Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepemimpinan. Inilah sikap saya, tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.” Namun, pemimpin ini mengelak menjawab sama ada beliau Syiah atau tidak.

Bila dicabar Datuk Mukhriz Mahathir pada awal Mei lalu untuk tampil menjelaskan secara ikhlas dan telus mengenai pembabitannya dalam fahaman Syiah, beliau juga tidak menjawab.

Tolak penyatuan dengan UMNO

Pemimpin Syiah dalam PAS adalah mereka yang menolak penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka dikatakan mula bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa.

Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuat ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah.

Kini, ajaran Syiah mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah pemimpin Syiah boleh diikuti di YouTube. Bilangan pengikut Syiah di Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu orang, termasuk pensyarah universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari bukti pengaruh Syiah di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif.

Fahaman Syiah diasaskan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’aa, Yaman yang pergi ke Madinah ketika pemerintahan Saidina Uthman RA. Beliau berpura-pura masuk Islam dan berlagak alim untuk menyebar dakyah bahawa Saidina Ali adalah pengganti Nabi Muhammad SAW, menuduh semua sahabat Rasulullah adalah murtad, isteri Baginda, Aisyah seorang penzina dan pelacur, manakala Imam Syafie, Hanafi dan Maliki adalah kafir.

Menurut Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi, pengikut Syiah anggap Saidina Ali lebih mulia daripada Rasulullah dan kononnya Malaikat Jibril sepatutnya hantar wahyu kepadanya, bukan Nabi Muhammad. Bagi mereka, al-Quran boleh diubah, dan periwayat hadis seperti Abu Hurairah dan Amru bin Asy adalah pembohong. Mereka anggap solat Jumaat tidak fardu, manakala amalan meratap dan memukul badan sehingga berdarah tanda kesyahidan Saidina Husin adalah sebahagian penyelewengan akidah mereka.

Yang menarik ialah kahwin mutaah, yang boleh dilakukan dengan sesiapa, hatta untuk beberapa jam dengan sedikit bayaran dan tiada had berapa orang. Ulama Syiah bernama Yusuf Sani’ie mengulas sebahagian bab akad dan nikah dalam Kitab Tahrir Wasilah karangan Khomeini seperti berikut: “Boleh menggauli isteri dari dubur dengan syarat mendapat keredaannya. Bermesra-mesra dengan cara meraba isteri yang belum mencapai umur sembilan tahun (termasuk yang masih menyusu) dengan syahwat atau memeluknya atau ‘bermain-main’ dengan pahanya, adalah harus.” Bagi kita, ini adalah perbuatan keji, mungkar dan zalim.


Hayati merdeka menerusi Perlembagaan

DARI BERITA HARIAN

 
Shamrahayu A Aziz 
 
 
Perlembagaan Persekutuan yang kita ada sekarang mula beroperasi selepas kita mencapai kemerdekaan. Seperti tulisan saya pada minggu lalu, Perlembagaan adalah lambang kemerdekaan.

Dalam mengisi Perlembagaan ketika kemerdekaan itu, kita maklum bahawa dalam Perlembagaan itu terkandung prinsip hasil inspirasi pimpinan politik dan paling utama ialah inspirasi Raja-Raja Melayu ketika itu. Di samping itu, ada juga cadangan kepakaran daripada Ahli Suruhanjaya Perlembagaan atau juga dikenali Suruhanjaya Reid.
Inspirasi pimpinan politik dan juga Raja-Raja Melayu itu jelas sekali dilihat dalam pelbagai perkara dalam pengisian Perlembagaan, iaitu dalam perkara membabitkan unsur warisan. Paling jelas ialah mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, keistimewaan Melayu yang mencakupi beberapa perkara, iaitu tanah rizab Melayu serta kuota permit perniagaan, biasiswa dan dalam perkhidmatan awam. Begitu juga dengan kedudukan institusi Raja yang diperjelas kedudukannya sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem demokrasi beraja.

Perlu diberi penghayatan

Ada juga penulis yang menamakan perkara ini sebagai unsur tradisi. Walaupun ada perbezaan dalam istilah ini, apa yang penting untuk difahami ialah kebanyakan prinsip penting terkandung dalam Perlembagaan itu adalah berasal dari tanah air ini. Seperti yang sentiasa saya sebut dalam tulisan sebelum ini, Perlembagaan sebenarnya adalah dokumen yang mempunyai pengisian yang begitu padu dengan kehendak dan keinginan warganya.

Oleh itu, dalam mengisi kemerdekaan ini setiap prinsip warisan atau tradisi ini perlu diberikan penghayatan sepenuhnya. Walaupun kita menyedari mengenai perubahan yang sudah dan perlu berlaku dalam perkembangan keadaan negara, ia adalah prinsip warisan ini. Tujuannya supaya kita tidak menyimpang daripada tujuan asal Perlembagaan.

Dalam membahaskan perkara tradisi ini, ramai juga yang berasakan kita tidak perlu lagi berpusing menggunakan gear undur untuk mengisi kemerdekaan. Ada yang berhujah bahawa mungkin perkara terbabit baik pada masa itu, iaitu pada masa ia diperkenalkan, tetapi ia harus berubah apabila masa dan keadaan berubah. Banyak yang sudah dibahaskan mengenai isu ini.
 
Kebijaksanaan pimpinan

Walau apa pun, saya mahu menegaskan di sini bahawa, dalam apa juga perubahan keadaan kita, mengekalkan pusaka lama seumpama nilai tradisi ini adalah satu keperluan dan sebarang perubahan hendaklah apa yang sebenar-benar boleh membawa kepada kebaikan. Nilai pusaka inilah yang menjadikan sesebuah bangsa itu dapat mengekalkan jati diri mereka serta mempunyai landasan kegemilangan yang nyata dan teratur. Nilai tradisi ini juga yang berupaya memangkin pembangunan.

Kebijaksanaan pimpinan juga memainkan peranan paling penting dalam mengekalkan nilai tradisi ini. Oleh itu, dalam apa juga pembangunan dan polisi sudah tentu nilai tradisi ini hendaklah dijadikan kayu pengukur dan pengimbang.

Perkara ini kita boleh lihat dalam proses membuat Perlembagaan merdeka dulu. Daripada dokumen sejarah saya dapati banyak perkara yang sudah disebut oleh kepemimpinan mengenai perkara yang dijangka berlaku. Oleh itu, nilai tradisi itu dijaga oleh peruntukan berkaitan pindaan Perlembagaan.

Tonggak Perlembagaan

Boleh dikatakan semua nilai tradisi tidak boleh dipinda menerusi proses demokrasi atau undian di Parlimen. Nilai ini hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Bahkan polisi berkaitan keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 hanya boleh dipinda dengan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja.

Oleh itu, jelas di sini, bahawa semua perkara tradisi itu adalah tonggak kepada Perlembagaan. Maka, amalan dalam bentuk polisi hendaklah sentiasa dipadankan dengan kedudukannya dalam Perlembagaan.

Pemahaman kita kepada nilai tradisi dalam bulan kemerdekaan ini boleh dijadikan cara untuk kita mencernakan kefahaman terhadap hubungan antara Perlembagaan dan kemerdekaan. Selain itu, ia juga bagi menjelaskan lagi kecintaan kita kepada tanah air tumpah darah ini dan seterusnya dapat mendatangkan kesan positif terhadap kecintaan kepada negara dan bangsa.


Mahkamah tak berhak adili akidah

DARI BERITA HARIAN


 Juhaidi Yean Abdullah 
Keputusan kehakiman minggu lalu membenarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan tindakan rayuan di mahkamah untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh sebuah gereja dalam penerbitannya diterima lega oleh majoriti umat Islam negara ini.

Dalam suasana agama Islam dihina bertubi-tubi dan umat Islam menahan kemarahan sejak lima tahun lalu, keputusan Mahkamah Rayuan itu meredakan sedikit suhu yang boleh meledak menjadi konflik agama jika tidak berhati-hati.
Walaupun Islam dan Kristian mempunyai akar bersama, yakni apa yang dipanggil agama Samawi Nabi Ibrahim, justeru mempunyai banyak persamaan dalam kitab agama masing-masing, namun ada perbezaan ketara yang tidak mudah dikompromi atau didamaikan. Nabi Isa sebagai anak Tuhan dan kematiannya di batang salib, konsep Tritunggal dan kalimah Allah adalah antara perkara yang tidak boleh diterima oleh umat Islam di Malaysia kerana ia membabitkan soal tauhid dan akidah. Ini perkara asas.

Walaupun ada hujah bahawa penggunaan kalimah Allah sudah lama berlaku di Indonesia, termasuk penerbitan al-kitab dan dalam kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, ia tidak boleh dijadikan sandaran untuk menuntut perkara yang sama di Malaysia. Latar belakang masyarakat, sejarah dan tahap penerimaan adalah berbeza. Apa yang sudah berlaku di Indonesia atau Sabah puluhan tahun lalu, tidak boleh buat apa-apa lagi. Waktu itu, proses Kristianisasi di wilayah berkenaan boleh dilakukan dengan bebas dan mudah oleh penyebar agama Kristian kerana masyarakat yang disasar masih simple dan hampir tiada halangan peraturan atau perundangan.

Kedudukan istimewa kepada Islam

Kita faham tugas penyebar ajaran Kristian dan proses Kristianisasi. Menjadi amalan mereka untuk mengkristiankan seberapa ramai orang tempatan menggunakan bahasa dan adat budaya lokal (Lihat The Willowbank Report: Consultation on Gospel and Culture oleh Committee for World Evangelisation, 1978). Justeru, kalimah Allah juga mahu direbut tetapi hari ini, keadaan sangat berbeza terutama dalam masyarakat kompleks dan majmuk yang menuntut mereka yang beragama agar bersikap harmoni, saling menghormati dan memahami. 
Negara ini ada Perlembagaan yang memberi kedudukan istimewa kepada Islam dan undang-undang tertentu yang mesti dipatuhi ter-utama berkaitan penyebaran agama lain dalam kalangan orang Islam. Kita ada peraturan yang menetapkan bahawa selain kalimah Allah, ada lagi beberapa istilah yang khusus kepada Islam yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Perkara ini mesti dihormati, dan jangan dicabar lagi.

Seingat penulis ketika dijinak-jinakkan dengan ajaran Kristian di Gereja Seventh Day Adventist, Kota Bharu ketika masih belajar di Tingkatan Enam di Maktab Sultan Ismail sekitar 1978-79, paderi tidak penggunaan kalimah Allah; yang disebut hanya God, Lord, Son of God, Father dan sebagainya. Bible dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Cina juga tidak ada kalimah Allah, justeru kenapa dalam versi bahasa Melayu saja yang mahu dimasukkan kalimah Allah?
Tingkatkan kefahaman

Beberapa pihak menggalakkan diskusi antara agama dan dialog peradaban-kebudayaan untuk tingkatkan persefahaman. Ini perkara yang baik, dan sudah lama diusahakan oleh institusi seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan universiti. Ia masih berterusan. TV Al-Hijrah misalnya, menayangkan Dialog Harmoni yang menampilkan tajuk universal yang dikupas tokoh pelbagai agama. Yang menjadi isu bukan kurangnya dialog agama, tetapi apa yang dilihat sebagai usaha mencabul kesucian agama dan hak umat Islam, termasuk mengadili akidah Islam di mahkamah. Ini yang sukar diterima, apatah lagi jika dilakukan secara arogan.

Majoriti orang Islam negara ini tersentak apabila sebuah gereja berani menyaman kerajaan pada 2009 bagi menuntut hak menggunakan kalimah Allah. Jiwa Muslim bertambah berang apabila pemimpin pembangkang tidak dilihat mempertahan kedaulatan agama. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Nasaruddin Hassan adalah antara pemimpin pembangkang yang menyokong gesaan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng pada 25 Disember 2012 lalu agar orang bukan Islam dibenarkan mengguna kalimah Allah. Untuk seketika, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sependirian sehinggalah mereka disekolahkan oleh mufti dan tokoh agama, termasuk ulama PAS, Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib. Itupun mereka ditempelak Azmin Ali yang berkata Majlis Syura cuma organisasi kecil dalam PAS, justeru tidak mencerminkan pendirian pakatan pembangkang.

Mungkin itulah sebabnya hampir tiada pemimpin PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berada di Mahkamah Rayuan untuk mendengar keputusan hakim minggu lalu. Yang ramai adalah ahli NGO Islam dan aktivis persatuan yang prihatin. Suasana ini berbeza dengan ketika kes liwat Anwar, yang mana ramai pemimpin PAS fanatik dan penyokong PKR liberalis-pluralis yang datang memberi sokongan. Maknanya antara sokongan dalam kes yang mendaulatkan agama dengan kes liwat, orang PAS dan PKR lebih pentingkan politik daripada menegakkan syiar Islam. 

SENARAI 49 KONGSI GELAP SELURUH MALAYSIA

Geng 36, 04, 08 paling bahaya

ABDUL Rahim Mohamad Radzi (tengah) bersama Jalil Hasan (kanan) dan Othman Yusof menunjukkan senarai nama pertubuhan kongsi gelap dalam sidang akhbar mengenai Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan hari ini.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka

“Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.


“Selain itu, mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau dan kuku kambing," katanya dalam sidang akhbar Op Cantas Khas di pejabatnya, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Jalil Hasan dan Penyiasat Undang-undang KDN, Othman Yusof.

Menurut Abdul Rahim, daripada pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Katanya, terdapat 21 pertubuhan kongsi gelap di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai ahli sebanyak 329 dan 921 orang.

Abdul Rahim berkata, kebanyakan kaum Melayu menganggotai Geng Double 7, Tiga Line dan Geng 30 yang dikesan bergiat aktif di seluruh Semenanjung.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, menerusi pengisytiharan itu, mana-mana individu atau pihak lain tidak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi sekiranya ditahan.

“Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335 sebagai contoh seksyen 6(2) dan 6(3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, tiada seorang pun yang boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji atau tanda bagi berhubung dengan sesuatu pertubuhan kerana menyalahi undang-undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya bersama beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, ROS dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan samseng itu. Mengenai penglibatan ahli politik dan warga asing dalam kegiatan kongsi gelap itu, beliau berkata, tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya dan perkara itu perlu dirujuk dan disahkan oleh pihak polis.

Ditanya sama ada terdapat anggota kongsi gelap itu yang berjaya ditahan dalam Op Cantas, Abdul Rahim mengesahkan terdapat kes anggota kongsi gelap berjaya ditahan.
Ada kes kita dapati ada kaitan dengan kongsi gelap, kadang-kadang dapat dikesan menerusi uniform, logo pada badan dan sebagainya tetapi ada juga yang tidak berkaitan namun, maklumat lanjut akan disahkan oleh pihak polis.
Kita akan sentiasa memantau perkembangan ini dan menjalankan penguatkuasaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ROS dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membanteras kumpulan ini," katanya.


Thursday, 29 August 2013

RUPANYA BANYAK YANG HARAM KAT MALAYSIA NI...

Maklumat 49 pertubuhan haram, kongsi gelap diumumkan hari ini





PUTRAJAYA 28 Ogos - Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan maklumat 49 pertubuhan haram termasuk kongsi-kongsi gelap yang telah diwartakan selewat-lewatnya pada esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai pertubuhan haram itu akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Katanya, maklumat yang diumumkan itu akan meliputi nama pertubuhan dan lokasi utama kegiatan pertubuhan haram berkenaan.

"Saya telah menandatangani (dokumen berkenaan) pewartaan pertubuhan haram ini, kesemuanya ada 49 buah organisasi.

"Setelah diwartakan, nama dan lambang pertubuhan itu akan diharamkan. Mereka juga tidak dibenar menggunakan premis atau bergerak atas nama dan simbol berkenaan.

"Jika bersalah, mereka boleh dikenakan denda maksimum termasuk penjara lima tahun dan denda RM15,000," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, kerajaan telah bersetuju untuk membeli perkakas persenjataan dari Poland bergantung kepada keperluan yang ada.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebarang perubahan pada nama dan logo pertubuhan haram berkenaan akan dipantau oleh polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ditanya tentang jumlah ahli yang terdapat dalam 49 pertubuhan tersebut, beliau berkata, maklumat tersebut perlu diumumkan oleh polis.

Mengenai perkaitan pertubuhan haram dengan aktiviti perniagaan pula, Ahmad Zahid berkata, pihaknya mempunyai hubungan kerjasama yang erat dengan Pendaftar Syarikat (ROC) untuk memantau perkara itu.

Tambahnya, pewartaan dan pengumuman senarai pertubuhan haram termasuk kongsi gelap tersebut telah mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Peguam dan pertubuhan pencegahan jenayah.

"Ini sebagai kempen kesedaran untuk mewujudkan rasa tanggungjawab semua pihak tentang kewujudan pertubuhan haram ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap dalam operasi besar-besaran nanti akan ditanggung oleh syarikat penyumberan luar yang bekerjasama dengan pihak kedutaan dan pejabat pesuruhjaya tinggi asing.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa kerajaan akan melancarkan operasi penahanan PATI secara besar-besaran mulai Ahad ini dan mereka yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal secepat mungkin bagi mengelakkan masalah kesesakan dalam pusat tahanan.
 

JANGAN LUPA KEPALA KONGSI TU...

Polis buru 40,000 anggota kongsi gelap





CYBERJAYA 28 Ogos - Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Op Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.
 
Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun.

"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan 

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti LimKokWing di sini, hari ini.

MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan universiti itu, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

MoU itu membolehkan universiti tersebut mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.

Op Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

Mohd. Bakri berkata, sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.
Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan. - BERNAMA

KOMEN : RAMAI LAGI TU... YANG MEMBELA PUN PATUT DISIASAT... MANA TAHU MEREKA PUN ADA KEPENTINGAN...

CUBAAN UNTUK MENIDAKAN SEJARAH

P. Pinang haramkan Tanda Putera




PULAU PINANG 28 Ogos - Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.

"Kita kesal kerana filem tersebut dibenarkan tayangannya oleh kerajaan tanpa mengeluarkan babak fitnah yang dipaparkan iaitu adegan pemuda Cina kencing dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kenapa (adegan) dibiarkan kerana pengarah filem tersebut mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku, namun beliau memasukkan adegan berkenaan dalam filemnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, pihaknya berharap permintaan mereka akan mendapat kerjasama daripada pemilik panggung di negeri ini.

"Kerajaan negeri berharap mereka tidak menayangkan kerana tidak boleh diterima dan mengandungi perkara sensitif dan amat berbahaya.

"Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya.

Menurut Guan Eng, surat berkenaan akan dihantar pada hari ini juga kerana filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu dijangka mula ditayangkan serentak di seluruh negara esok.

Filem patriotik berkenaan antara lain mengisahkan tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.
 
KOMEN : "Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya. (PERANGAI KOMUNIS MENGUGUT UNTUK MENAKUTKAN RAKYAT)

Memorandum bantahan TPPA



NAJIB Tun Razak menerima Resolusi Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) daripada Mohd. Nizam Mahshar (kanan) sambil diperhatikan oleh Rizal Faris Mohidden Abd. Kader pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Kuala Lumpur, semalam.
- UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum yang mengandungi kira-kira 70 garis merah atau kepentingan tidak boleh ditolak ansur itu adalah hasil persidangan meja bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berakhir semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya tetap bertegas bahawa TPPA bakal menggugat ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara selain memberi impak besar kepada sektor-sektor utama antaranya industri kecil dan sederhana, peluang-peluang perolehan, harta intelek dan pertanian.

''Setelah mengadakan persidangan meja bulat TPPA bersama Tun Dr. Mahathir dua hari lalu, MTEM bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA sebulat suara membantah perjanjian itu dan menyaran kepada kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA.

''Sekiranya pada 2007 dahulu kerajaan menolak perjanjian itu kerana ada 58 garis merah yang diputuskan Kabinet, saya amat berharap perkara tersebut masih dipertahankan hari ini,'' katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan TPPA kepada Najib pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohidden Abd. Kader.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam berkata, antara kebimbangan utama MTEM terhadap pelaksanaan TTPA ialah dalam bahagian pelaburan.

''Perjanjian itu memberi kelebihan dan kepentingan kepada syarikat asing berbanding syarikat tempatan serta tidak membenarkan polisi afirmatif sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB).

''Dalam perjanjian itu juga akan ada bahagian Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membabitkan kedaulatan negara kerana syarikat asing boleh membawa kerajaan Malaysia ke mahkamah negara asing sekiranya terma perjanjian tidak dipatuhi,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, MTEM berharap dapat terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat analisis kos-faedah (CBA) terhadap perjanjian tersebut.
 

Wednesday, 28 August 2013

Menghayati erti kemerdekaan dengan jiwa kenegaraan






MERDEKA laungan keramat yang kita dengar apabila setiap kali tibanya 31 Ogos. Namun kalau sekadar melaungkan merdeka beberapa kali adakah cukup membuktikan kita memahami erti kemerdekaan sebenar? Jika hanya meletakkan bendera Malaysia di kereta, di rumah dan di mana-mana sahaja menjelang 31 Ogos, adakah situasi ini cukup membuktikan kita bersemangat patriotik?

Isu menterbalikkan bendera Malaysia, bendera dijadikan sebagai pakaian, merosakkan lirik lagu Negaraku, tidak menghormati lagu Negaraku semasa dinyanyikan, di mana sebenarnya jati diri anak-anak Malaysia?

Anak-anak muda hari ini kurang menghayati erti kemerdekaan kerana dilahirkan dalam era baharu dengan semuanya serba canggih dengan teknologi terkini. Dengan erti kata lain, tidak pernah mengalami kesusahan dan keperitan seperti yang pernah dialami datuk dan nenek moyang kita yang jauh di sanubari mereka mencintai Malaysia sepenuh jiwa dan raga.

Seorang warga Indonesia yang ditemui memberitahu, di negaranya semasa menyambut Hari Kemerdekaan adalah berbeza di Malaysia. Semua yang hadir hanya diberi makan ubi kayu dengan merasai suasana sambutan yang diadakan seolah-olah mereka berada di zaman penjajahan kerana pemimpin mahu mereka menjiwai suasana itu sendiri. Inilah yang kurangnya pada anak-anak Malaysia sebab lahir sahaja semua kemewahan telah berada di depan mata.

Remaja kini dikatakan kurang mengenali tokoh-tokoh yang berjasa dan yang telah banyak menabur bakti kepada negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong. Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja yang sepatutnya menjadikan tokoh-tokoh tersebut sebagai idola.

Seorang graduan yang dilahirkan perlu cintakan negara begitu juga rakyatnya dan saya bersetuju supaya subjek Kenegaraan Malaysia menjadi subjek wajib dan diketengahkan untuk mendedahkan kepada anak-anak kita erti kemerdekaan dan menghargai negara. Seronok belajar sejarah kerana sejarahlah membawa kita mengenal kehidupan.

Keprihatinan ini ditunjukkan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang bertitah meminta supaya kerajaan segera memperkenalkan subjek Kenegaraan bertujuan mendidik anak bangsa mengenai Perlembagaan dan melahirkan warganegara Malaysia yang memahami aspek perpaduan dan permuafakatan.

Dalam titah baginda dalam Majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013, bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional, di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan baru-baru ini, baginda menggesa kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di peringkat sekolah dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.

Titah baginda, kanak-kanak perlu diasuh melalui kurikulum serta kaedah bersesuaian sejak awal untuk turut menghormati simbol negara seperti bendera supaya tidak terus dihina seperti dipijak-pijak atau dijadikan pakaian.

'' Kurikulum kandungan dan kaedah pengajaran mengenai aspek kenegaraan yang benar-benar dihayati hendaklah segera diperkenalkan tanpa bertangguh dijadikan kandungan pengajian bukan sahaja di sekolah, malah maktab perguruan, kolej serta institusi latihan dan diuji dalam urusan lantikan dan kenaikan pangkat pegawai awam,'' titah baginda penuh amanat menyuntik semangat jiwa patriotisme yang tinggi.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan perlu dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotisme. Aktiviti-aktiviti yang bersemangat patriotisme yang harus diterapkan sepenuhnya dalam kalangan pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati.

Media masa, sama ada media cetak, elektronik atau media baharu semuanya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia sangat besar sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen dan komputer.

Sehubungan itu, media masa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi menyemai semangat patriotisme. Filem-filem bercorak patriotisme perlu diberi keutamaan seperti filem Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Hati Malaya, Paloh dan Embun.

Kita menanti perkembangan terkini pembikinan filem bertajuk Kanang Anak Langkau sebagai mengenang jasa mendiang Pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau dan menjadikan contoh kepada para pegawai dan anggota tentera lain. Filem Tanda Putera pula mewujudkan pelbagai spekulasi. Rasanya, penonton-penonton filem di Malaysia sudah semakin matang dan mampu menilai mesej ikhlas dari filem berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan mereka yang menonton wayang tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos 2013 akan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum tayangan filem di pawagam dan mungkin diteruskan hingga Hari Malaysia 16 September jika diluluskan nanti.

Penghayatan dalam lagu, puisi, sajak dan syair berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cintakan negara perlu ada dalam diri anak muda. Ada segelintir remaja yang tidak memahami puisi, ketawa dan berjenaka semasa sesi mendeklamasikan sajak. Dan sedihnya, melihat situasi apabila pelajar-pelajar yang menyanyikan lagu Negaraku dengan lirik yang salah dan tidak berdiri tegak. Ibu bapa harus menjadi tunjang utama keluarga dan mengambil peranan dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja khususnya cabaran ibu bapa yang masih muda.

Sajikan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan sejarah untuk anak-anak mengenali warisan dan budaya. Semasa bercuti, bawalah mereka ke tempat-tempat bersejarah yang menarik di Malaysia. Bukankah - "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"? Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Salam 1Hati.
 
KOMEN : MASALAHNYA NAK BUAT SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PUN PUAK TU BANGKANG DAN POLITIKAN...

Dedah senarai kongsi gelap



AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan Eni Faleomavaega (kiri) sambil disaksikan Jamaludin Jarjis di pejabatnya, di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 26 Ogos - Kementerian Dalam Negeri akan mendedahkan kesemua nama kumpulan kongsi gelap di negara ini termasuk jenis jenayah yang dilakukan bagi membolehkan masyarakat menilai setiap pertubuhan yang disertai.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan membuktikan keseriusan polis dalam membanteras kumpulan kongsi gelap yang dipercayai memonopoli kegiatan jenayah di negara ini.

Beliau berkata, kementerian kini dalam proses melakukan pewartaan terhadap nama-nama pertubuhan kongsi gelap dan meminta masyarakat terus memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan.

"Kementerian akan dedahkan senarai kumpulan kongsi gelap melalui media massa dalam tempoh terdekat. Ini adalah langkah terbaik bagi membolehkan masyarakat mengetahui setiap pertubuhan haram yang terdapat di negara ini.

"Usaha pihak polis yang bersungguh-sungguh membanteras kumpulan kongsi gelap perlu disokong semua pihak dan dalam hal ini masyarakat memainkan peranan dan perlu bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di pejabatnya, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Mengulas mengenai Op Cantas Khas, Ahmad Zahid berkata, operasi yang dilakukan di seluruh negara menunjukkan keberkesanan selepas seminggu dilancarkan selepas berjaya menahan suspek bagi membendung kegiatan jenayah khususnya berkaitan aktiviti kongsi gelap.

"Sebelum ini ramai beranggapan Op Cantas Khas hanya dilakukan di Pulau Pinang selepas lima ahli kongsi gelap ditembak mati di negeri tersebut baru-baru ini.

"Kita sentiasa berwaspada dan Op Cantas Khas ini dilaksana di semua negeri bagi membendung kegiatan jenayah," katanya.

Katanya, polis juga sedang memberi perhatian khusus terhadap gejala kongsi gelap di sekitar Lembah Kelang.

"Kita mempunyai rekod terdapat bekas tahanan Simpang Renggam dan Ordinan Darurat (EO) kini berada di beberapa kawasan panas di Lembah Klang, jadi polis akan mengambil langkah proaktif untuk sentiasa berwaspada dalam hal ini," katanya.

Dalam pada itu, mengulas kelulusan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Ahmad Zahid berkata, langkah tersebut amat tepat dalam menjamin ketenteraman awam di negara ini.

"Kita tidak akan menggadaikan nasib masyarakat di negara ini hanya kerana 10,000 individu yang melakukan jenayah, tiada isu mengenai hak asasi manusia dalam hal ini tetapi adalah untuk keselamatan," katanya.


Jangan ekstrem hingga tolak bahasa Inggeris






KUALA LUMPUR 27 Ogos - Rakyat negara ini diminta supaya tidak terlalu ekstrem dalam memperjuangkan bahasa Melayu sehingga menolak ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik yang menggunakan bahasa asing termasuk bahasa Inggeris.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tidak menjadi sesuatu yang menderhakai bahasa Melayu apabila bahasa asing tersebut digunakan dalam pembelajaran memandangkan ilmu Sains dan Matematik berkembang pesat setiap hari dan menuntut semua pihak untuk bergerak sejajar dengannya.

"Saya tidak percaya bahawa perbuatan ini menunjukkan kita menafikan bahasa kita. Kalau kita mempelajari bahasa Inggeris untuk mempelajari ilmu, adakah kita tidak lagi setia dengan bahasa kita?

"Begitulah pendirian saya, kalau kita mahu meningkatkan ilmu dalam Sains dan Matematik, kita perlu kuasai bahasa yang disampaikan. Kalau asyik tunggu penterjemah menjadi orang tengah, kita akan ketinggalan dalam penguasaan ilmu.

"Dunia kini berada pada keadaan eurosentrik yang mana perhatian semua telah dipusatkan atau ditumpukan ke Eropah untuk mempelajari cara pemikiran, ilmu dan bahasa masyarakat di sana," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis 
Perundingan Melayu (MPM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Yang turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad dan Pengerusi kongres, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar.

Dr. Mahathir berkata, sekiranya seseorang itu mempunyai hasrat mengejar dan menguasai kepesatan ilmu pada masa kini, mereka tidak akan teragak-agak menggunakan bahasa Inggeris.

Jelasnya, perkara itu selaras dengan langkah dilakukan masyarakat Arab dahulu yang mempelajari bahasa Yunani serta India dan kemudiannya menerokai ilmu kedua-dua peradaban tersebut sehingga pada beberapa abad telah mendahului orang Yunani, India dan Eropah sendiri.

Ironinya kata beliau, selepas itu ilmu yang diperoleh masyarakat Islam pada waktu itu menyebabkan orang Yunani, India dan Eropah mempelajari bahasa Arab untuk menimba ilmu tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut berpendapat elemen yang paling penting dalam sesebuah sistem pendidikan ialah penyemaian sikap dan nilai-nilai mulia.

Katanya, jika dahulu ibu bapa mempunyai masa untuk mendidik dan menyemai nilai-nilai mulia dalam kalangan anak-anak, kini didapati ibu dan bapa sibuk bekerja untuk menambah pendapatan.

"Ibu dan bapa tak ada masa untuk mendidik dan menyemai nilai mulia, kerap kali anak tak jumpa ibu bapa kecuali pada waktu malam.

"Jika ibu bapa tak dapat didik anak maka gurulah yang mendidik. Apa yang diajar di sekolah tidak cukup. Kita perlu menyemai nilai ini jika tidak anak akan jadi tidak berguna. Mereka hisap dadah, jadi mat rempit dan tak mahu pergi ke universiti," katanya.

Beliau menjelaskan, perkara itu penting memandangkan yang menentukan kejayaan sesebuah bangsa ialah nilai yang dipegang dan diamalkan oleh mereka.

Sekiranya semua pihak dapat menjadi masyarakat yang berpegang kepada nilai murni, maka mereka akan menjadi masyarakat yang berjaya.

"Pada zaman ini kita tidak mengutamakan perasaan malu. Sekarang kena hukuman penjara pun boleh tersenyum. Tak ada perasaan malu. Adalah menjadi satu keperluan bagi kita untuk menekankan pendidikan berpaksikan sifat rajin dan tekun serta perasaan malu semasa mereka belajar di sekolah," kata beliau.

KOMEN : YANG RUGI ANAK-ANAK MELAYU JUGA...

NGO MELAYU TAK NAK BISING KE? MELAYU RAMAI TU...

JSJ catat 1,895 tangkapan


Abdul Jalil Hassan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membuat tangkapan ke atas 1,895 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah dalam Op Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara sejak 17 Ogos lalu sehingga semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah ditahan itu adalah daripada 56,398 individu yang diperiksa dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis.

"Daripada jumlah individu ditahan itu, seramai 792 suspek yang ditahan berketurunan Melayu diikuti 591 (Cina) dan 252 (India).

"Polis turut merampas tujuh senjata api iaitu dua laras senapang angin buatan sendiri, 20 butir peluru serta senjata tajam seperti pedang (12), pisau (29), Stun Gun (10), parang (19), dan masing-masing seunit kapak, besi tajam, tukul besi dan kayu panjang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang turut menjalankan Op Cantas Khas di seluruh negara mencatatkan tangkapan sebanyak 1,911 individu sejak 23 Ogos lalu.

Ini termasuk 30 tangkapan melibatkan ahli kongsi gelap yang bergiat aktif di Pulau Pinang, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Kedah.

Abdul Jalil seterusnya berkata, pemeriksaan pihaknya ke atas 32,945 buah kenderaan berjaya merampas 28 buah kereta, motosikal (21) dan lain-lain kenderaan (12) yang dipercayai dicuri.

Menurut beliau, dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, sebanyak 472 individu ditahan dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah.

"Kita merampas senjata api, pedang, pisau dan 18 buah kenderaan curi. Jumlah individu yang ditahan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 7,962 orang dan 5,053 kenderaan," katanya.

Beliau memberitahu, dalam operasi itu, sebanyak 153 orang pegawai kanan serta 767 anggota JSJ daripada seluruh negara telah bergabung tenaga menjayakannya.

HAPUSKAN YANG HARAM...

Jangan jadi mangsa peras ugut

DR. MAHATHIR Mohamad bersalaman dengan Dr. Hasan Mad (dua dari kiri) selepas merasmikan Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan Memartabatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Dr. Kamarudin Kachar (tiga, kanan), Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (dua, kanan) dan Abd. Aziz Abd. Rahman (kanan). - UTUSAN/SAFIYANA SALIM

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini dalam resolusinya memberi peringatan kepada kerajaan agar berhenti daripada menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu.

Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar ketika membentangkan resolusi itu menegaskan, kerajaan juga perlu berhenti melayan tuntutan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta perundangan berkaitan.

Menurut beliau, kongres turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pendidikan supaya bersikap tegas dengan mewujudkan sistem pendidikan tunggal di negara ini.

"Kerajaan tidak seharusnya meluluskan penubuhan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan mengiktiraf sekolah swasta Cina yang tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan serta menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam usaha mewujudkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.

"Tiada negara lain, contohnya Singapura, Indonesia dan Thailand yang mempunyai sekolah vernakular," katanya yang juga Pengarah Pra-Kongres dan Resolusi program berkenaan.

Tambah Abdul Latiff, kerajaan tidak boleh membiarkan golongan tertentu bermain dengan 'bom jangka bersiri' yang memporak-perandakan perpaduan nasional dan keutuhan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, segala ketidakpatuhan yang berlaku sejak sekian lama itu hendaklah diperbetulkan agar tiada kekeliruan dalam pelaksanaan peruntukan perundangan dan dasar negara.

"Kita perlu tegas dan akur dalam mempertahankan perundangan serta Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Latiff memberitahu, kongres berkenaan menyokong usaha kerajaan membina negara bangsa yang bersatu padu dengan memperkasa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang menggunakan satu kurikulum serta menganjurkan peperiksaan dalam bahasa Melayu di samping memberi pelajar-pelajar peluang mempelajari bahasa-bahasa asing.

"Kongres turut mendesak Kementerian Pendidikan menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta manakala pemberian dana penyelidikan serta syarat-syarat kenaikan pangkat perlu mengutamakan penyelidikan dan karya ilmiah dalam bahasa Melayu," jelasnya.

Resolusi yang mengandungi 10 perkara itu merupakan rumusan daripada usul-usul yang dibentangkan berhubung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam lima sidang selari yang dianjurkan sempena kongres tersebut pada 21 Ogos lalu dan hari ini.

Selain Abdul Latiff, tokoh-tokoh yang menjadi moderator sidang selari itu ialah bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah; bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob; Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman.

Sidang selari tersebut yang membincangkan lima topik berbeza tentang dasar pendidikan negara dianggotai 77 pakar pelbagai bidang termasuk Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar; Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar; veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid; bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (Bersara) Tan Sri Ghazali Mohd. Seth dan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Kongres bertemakan Memartabatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad; Pengerusi kongres, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Sementara itu, Hasan dalam sidang akhbar selepas kongres tersebut berkata, resolusi tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Ogos ini.

"Kami berharap kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan resolusi itu dan melihatnya sebagai suara rakyat yang tidak mahu kerajaan berkompromi dalam melaksanakan dasar pendidikan negara," ujarnya.

Beliau turut menegaskan, kerajaan tidak perlu melayan sebarang tuntutan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) yang dipercayai lebih menjaga kepentingan individu-individu tertentu di dalam pertubuhan berkenaan.

"Dong Zong bersikap anti-nasional dengan mempersoal niat baik kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam semua sistem pendidikan Malaysia.

"Sepatutnya Dong Zong wajib mendidik anak-anak Cina agar cinta dan taat setia kepada negara dengan menyokong satu sistem pendidikan kebangsaan yang dapat memantapkan perpaduan dengan memperkukuhkan jati diri kebangsaan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara, sejarah dan peradaban Malaysia," ujarnya.
 

Friday, 23 August 2013

Tun M sindir Tun Abdullah








KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.

"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.

Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.

Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.

"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.

"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.
 

KALIMAH ALLAH SWT - PERJUANGAN BARU BERMULA

Mahkamah tolak permohonan gereja

SEBAHAGIAN ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bersama sepanduk ‘Save Kalimah Allah’ di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu kontroversi melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf.

Dengan keputusan itu, rayuan kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman pihak gereja, akan didengar pada 10 September depan.

Hakim Abu Samah ketika membaca keputusan tersebut menyatakan, mahkamah berpuas hati agar rayuan pihak kerajaan diteruskan kerana perkara itu bukan sesuatu yang akademik pada peringkat ini. Pada hemat kuorum tersebut, permohonan pihak gereja merupakan satu tindakan yang drastik sedangkan rayuan itu difailkan secara betul dan mengandungi pelbagai isu serta kontroversi yang perlu didengar dan diputuskan.

‘‘Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10 perkara.

‘‘Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan,’’ kata beliau.

Mahkamah tidak membuat sebarang perintah berhubung kos atas persetujuan bersama pihak gereja, Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan dan Majlis Agama Islam di enam negeri.

Terdahulu, peguam Porres Royan yang mewakili Gereja Roman Katolik berhujah agar panel tersebut menggunakan bidang kuasa sedia ada di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan rayuan itu.

Peguam bela menghujahkan, rayuan tersebut kini akademik kerana Jemaah Menteri pada April 2011 telah mengeluarkan 10 butiran penyelesaian yang membenarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan bahasa pertuturan kaum pribumi digunakan oleh komuniti Kristian di Sabah dan Sarawak.

Dakwanya, Kabinet mengeluarkan 10 butiran penyelesaian itu bagi mengakhiri sekatan KDN berhubung kemasukan Injil bagi kegunaan komuniti Kristian di sana.

Menurut Porres, keputusan Jemaah Menteri itu merupakan keputusan kolektif yang dicapai bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung penggunaan Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan bahasa penduduk pribumi dalam Injil.

Sehubungan itu, peguam bela menghujahkan, tidak wujud sebarang kontroversi di antara pihak berkenaan yang boleh dikaitkan dengan perkara pokok dalam rayuan itu.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang berhujah bagi pihak kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri menyatakan, rayuan tersebut bukan akademik.

Beliau menghujahkan, permohonan bagi membatalkan rayuan itu merupakan sesuatu yang remeh. Terdapat pelbagai isu komprehensif yang memerlukannya didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

Dalam pada itu, Mubashir Mansor yang mewakili Majlis Agama Islam Terengganu selaku salah satu pencelah dalam rayuan itu menghujahkan, isu berhubung 10 butiran penyelesaian yang dibangkitkan pihak gereja tidak relevan pada peringkat ini.

Peguam bela menghujahkan, permohonan itu tidak munasabah atas alasan ia bersandarkan kepada fakta yang tidak boleh diterima kerana keputusan Kabinet dikeluarkan selepas dua tahun menteri membuat keputusan iaitu pada 7 Januari 2009.

Sementara itu, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) berhujah, isu kalimah Allah tidak dipertimbangkan langsung ketika Kabinet membuat keputusannya.

Sebaliknya, keputusan tersebut berkaitan isu pergerakan keluar masuk Injil dalam negara dan sebaliknya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Dalam permohonan semakan kehakiman, gereja tersebut menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan menteri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God dalam seksyen bahasa Malaysia tetapi kerajaan berhujah bahawa kalimah 
Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
 
KOMEN : SELAGI AKAR TUNJANGNYA (PUNCA) TAK DI RACUN, SELAGI ITULAH LALANG DAN RUMPUT LIAR TUMBUH MERATA...