Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 24 July 2013

Pembantaian Syria terjemahan kekejaman syiah

PENULIS ialah Ketua Biro Massa Ilmuan Malaysia (iLMU). Ilmu salaf dot com



SEMUA ulama dalam kalangan Ahli Sunah wal Jamaah sejak zaman-berzaman bermula daripada Tabien, Imam-imam mazhab yang empat dan sampailah ke hari ini telah mengingatkan akan bahaya syiah. Syiah merupakan sebuah agama yang lahir daripada ajaran Yahudi. Secara zahirnya, pengikut syiah dan ulama mereka kelihatan seperti seorang Islam beramal seperti orang Islam lain tetapi jika diperhalusi ibadat yang mereka lakukan semuanya menyimpang daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW.

Hal ini kerana syiah berbeza daripada ajaran Islam disebabkan kepercayaan dan akidah yang dianuti oleh golongan ini tersasar daripada akidah Ahli Sunah wal Jamaah. Misalnya, mereka berakidah bahawa Saidina Ali adalah Nabi yang sebenar, sahabat Nabi semuanya murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang sahaja yang tidak murtad.

Syiah menyatakan bahawa al-Quran yang ada pada kita hari ini telah diubah seluruhnya dan diselewengkan oleh para sahabat dan golongan Ahli Sunah wal Jamaah. Dan yang paling malang sekali mereka mengamalkan kahwin mutaah yakni zina yang telah 'diagamakan' pada hal pada masa yang sama mereka menuduh Aisyah isteri Nabi seorang pelacur.

Maka tidak hairanlah akidah sesat mereka ini dibantah oleh beribu-ribu ulama dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam kitab-kitab mereka, antara perkataan ulama salaf yang boleh kita kongsikan adalah perkataan Imam Abu Zur'ah. Beliau mengatakan bahawa "Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu daripada sahabat Rasulullah SAW, maka ketahuilah bahawa ia seorang zindiq, yang demikian itu kerana Rasul bagi kita haq, dan al-Quran haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan al-Quran dan as-Sunnah adalah para sahabat Rasulullah.

"Sungguh mereka mencela para saksi kita (para sahabat) dengan tujuan menidakkan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka (syiah) lebih utama untuk dicela dan mereka adalah golongan zindik." (al-Kifayah, ms 49, karya al-Khathib al-Baghdadi).

Lebih dahsyat lagi mereka mengatakan Ahli Sunah wal Jamaah adalah 'Nasibi'. Maksud Nasibi ialah manusia yang hina bahkan lebih hina daripada anak zina, manakala membunuh Nasibi yakni Ahli Sunah seperti kita merupakan suatu kewajipan sekiranya mempunyai peluang.

PERSAMAAN SEMUA SYIAH

Akidah dan kefahaman syiah ini walau apa pun jenisnya sama ada Syiah Imam 12 (Rafidhah), Syiah Nusyairiyah, Syiah Tafdiliyah, Syiah Sabi'iyah dan sebagainya, mereka hanya bermuara kepada satu keyakinan bahawa Ahli Sunah wal Jamaah adalah musuh. Mereka memusuhi Ahli Sunah wal Jamaah lebih daripada memusuhi Yahudi dan Kristian.

Hakikat bahaya syiah ini telah jelas dalam kalangan para ulama Ahli Sunah, cuma yang masih keliru dan bersangka baik kepada golongan syiah ini hanyalah dalam kalangan masyarakat awam dan pemikir-pemikir Sunni yang jahil terhadap agama syiah ini.

Golongan Sunni yang jahil terhadap golongan syiah ini merasakan bahawa usaha terhadap 'Taqrib' (merapatkan) dan bersatu dengan Syiah di atas nama Islam barangkali dapat menyelesaikan polemik yang telah berlangsung sejak zaman-berzaman ini.

BAHAYA TAQRIB DENGAN SYIAH

Perlu diingat, telah berlaku usaha taqrib ini bermula di Mesir namun yang terjadi sebaliknya. Syiah lebih pandai mengambil peluang taqrib ini dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh mereka kepada golongan Sunni yang kurang pengetahuan tentang Islam. Jadi usaha taqrib yang disuarakan oleh golongan Sunni yang kononnya mahu penyatuan ummah ini berakhir dengan kejayaan Syiah melebarkan pengaruhnya.

Mana mungkin boleh berlaku usaha taqrib dengan golongan yang secara terang-terangan telah kufur terhadap akidah Islam. Apa yang boleh diperkatakan usaha taqrib dengan Syiah sebenarnya seperti usaha mengajak kepada pluralisme yakni menginginkan penyatuan pelbagai agama.

Agama mereka juga adalah 'Taqiyah' yakni halal berbohong dan wajib berpura-pura apabila bersama dengan kita. Jika mereka lemah dan tiada kuasa wajib berdusta dengan mengatakan mereka adalah Ahli Sunah, manakala apabila mereka kuat sesama mereka dan mempunyai kuasa lebih-lebih lagi kuasa politik, mereka akan membunuh Ahli Sunah tanpa belas kasihan. Inilah golongan munafik akhir zaman seperti firman Allah yang bermaksud:

"Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, pada hal mereka sebenarnya tidak beriman (munafik)". (Surah al-Baqarah, ayat 8)

KEKEJAMAN SYIAH NUSHAIRIYAH

Buktinya hari ini, Bashar al- Assad dan tenteranya yang menganut Syiah Nushairiyah telah berlaku kejam dan zalim terhadap rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah wal Jamaah. Hal kebangkitan rakyat di Syria menjadi modal dan peluang padanya untuk membunuh dan menzalimi Ahli Sunnah. 

Bukanlah dia mengambil tindakan kepada rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah kerana pemberontakan kepadanya tetapi yang benar tindakan kejamnya itu adalah kerana akidah syiahnya yang mahu melaksanakan kewajipan terhadap agama syiah.

Perkara ini tidak pelik kepada kita yang telah mengetahui akan bahaya syiah ini. Cuba kita perhatikan, golongan Ahli Sunah wal Jamaah tidak akan dapat hidup aman di negara yang diperintah oleh golongan syiah. Hidup Ahli Sunah di negara syiah penuh ketakutan, susah untuk mengamalkan sunah, sentiasa diburu dan terdapat juga ditangkap dan dibunuh tanpa pengetahuan umum.

Seperti di Tehran, Iran, tiada satu pun masjid Ahli Sunnah yang dibenarkan wujud di sana walaupun kuil dan tempat ibadat Yahudi dan Kristian dibenarkan. Namun sebaliknya, golongan syiah mereka dapat hidup aman di negara Islam yang diperintah oleh golongan Ahli Sunah wal Jamaah tanpa diancam atau dibunuh seperti yang mereka lakukan terhadap Ahli Sunah. Malangnya nikmat aman yang mereka dapat dari negara Ahli Sunah wal Jamaah digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan syiah.

MAIN WAYANG NATO DAN SYIAH

Golongan Syiah di Timur Tengah dan di Iran digunakan sebaik-baik mungkin oleh NATO dan Amerika Syarikat (AS). Kalaulah NATO dan AS ingin menjatuhkan Bashar al- Assad dan rejimnya seperti Saddam Hussin di Iraq, Muammar Gaddafi di Libya dan Hosni Mubarak di Mesir telah lama boleh mereka lakukan tetapi perkara ini tidak dilakukan di negara yang dikuasai syiah kerana hal ini merugikan mereka.

NATO dan Amerika lebih pandai bermain wayang dengan golongan syiah ini sejak zaman berzaman. Walaupun kelihatan syiah begitu lantang mengecam AS dan Yahudi dalam masa sama mereka sebenarnya adalah kawan yang saling bantu membantu untuk menghancurkan golongan sunni.

Sejarah juga telah membuktikan kejatuhan kerajaan Islam bermula daripada khalifah Uthman dan Ali adalah angkara 'orang dalam' yakni golongan syiah. Bahkan sepanjang zaman bermula dari era Bani Umaiyah, Abbasiyah, Ayyubiyah, Otthamiyah sehinggalah ke era abad baru ini tidak ada satu pun era yang mana syiah tidak mengacaunya sehinggalah kejayaan besar mereka dapat menjatuhkan Dinasti Pahlavi yang dikuasai oleh Shah Iran melalui Revolusi Irannya.

Golongan syiah takut akan perpaduan Ahli Sunnah. Apabila Ahli Sunnah bersatu mereka akan cuba berusaha agar perpecahan terjadi. Jika mereka tidak dapat mengacau perpaduan sesuatu negara Ahli Sunnah itu, mereka akan berusaha mengheret kuasa luar mengambil tindakan dan menceroboh negara tersebut. Syiah memang terkenal dengan membuka pintu bagi memudahkan tentera -tentera kafir menceroboh dan menjatuhkan sesebuah wilayah Islam.

SEKAT SYIAH MALAYSIA

Maka, kepimpinan negara kita perlu berhati-hati dan bertegas dengan penganut syiah yang datang ke sini dengan apa-apa tujuan sekalipun sama ada belajar, bekerja, berniaga atau melabur kerana golongan syiah ini bukan semata-mata datang dengan tujuan tersebut, tetapi lebih jauh dari itu mereka datang bersama-sama dengan matlamat menyebarkan akidah syiah kepada masyarakat.

Tidak hairan di negara kita terdapat orang Melayu yang menjadi syiah, beramal dengan amalan syiah dan berusaha untuk mengajak orang lain kepada syiah. Jadi, usaha menyekat pengaruh kesesatan syiah ini perlu dimainkan oleh semua orang dan semua pihak terutama sekali Jakim, Majlis-majlis dan Jabatan agama Islam, Kementerian Dalam Negeri melalui pihak polis dan Peguam Negara supaya usaha mencegah dapat didahului kerana kita tidak mahu kelak menjadi parah dan susah untuk merawatnya pula.

Kita yang mengaku Ahli Sunah wal Jamaah perlu sedar satu perkara bahawa mustahil syiah dapat bersatu dan berbaik-baik dengan Ahli Sunah kerana Ahli Sunah wal Jamaah itu adalah Islam. Mana mungkin Islam dapat menyatu dengan kekufuran dan kesyirikan. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.


Angkara asing: Apa yang Turki dan Malaysia boleh belajar?

Zaini Hassan





NOSTALGIA saya ke Istanbul, Turki tahun lalu masih jelas di fikiran. Ia adalah sebuah negara anugerah Allah Taala yang tiada tolok-bandingnya. Ia adalah tapak kegemilangan Islam ke seluruh pelosok dunia - ke China, Asia Tengah dan sebahagian Eropah.

Suku sakat orang-orang Turki juga merantau sehinggalah ke gugusan Melayu ini - ke nusantara Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu. Datuk Moehamad Izat Emir, usahawan terkenal Malaysia juga adalah dua generasi keturunan dari Turki. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga antara keturunannya.

Pendek kata semangat Othmaniah menjalar ke mana-mana. Semasa kunjungan saya ke Istanbul tahun lalu, saya cuba mempelajari semangat Hizmet, satu semangat kesukarelaan atau khidmat yang menjalar subur dalam hati nurani rakyat Turki.

Mereka juga adalah jurubina terkemuka dari zaman empayar Othmaniah sehinggalah ke hari ini. Di mana-mana mereka menjajah maka akan ditinggalkan binaan hebat berupa masjid-masjid.

Hari ini Turki sedang membina tiga projek ikonik terbesarnya yang boleh menggugat geopolitik dan geoekonomi rantau Eropah. Projek-projek itu yang kini sedang berjalan berupaya menarik kening negara-negara Barat yang lain ke atas Turki.

Ketiga-tiga projek itu ialah Projek Terusan Istanbul, Projek Lapangan Terbang baru Istanbul dan Jambatan Gantung Ketiga Istanbul yang menghubungkan Eropah dan Asia.

Ketiga-tiga projek ini dijangka menjana pendapatan Turki sebanyak AS$300 bilion setahun. Pada masa ini, dalam masa kebanyakan negara Eropah dalam Kesatuan Eropah (EU) sedang menjunam, ekonomi Turki berdiri teguh, di belakang Jerman. Dari ekonomi ke-16 terbesar di dunia kini ia berada di tangga ke-12.

Ia juga berjaya melangsaikan hutangnya dengan Bank Dunia, semasa negara-negara jirannya sedang menggelupur. Banyak negara cemburu dengan kejayaannya.

Tetapi sejak beberapa bulan ini, Turki dilanda kegawatan politik. Berlaku kegelisahan sosial (social unrest) di negara itu. Semasa negara itu sedang melonjak naik, tiba-tiba berlaku huru-hara besar ala Arab Spring! Apa sudah jadi?

Seperti juga di Dataran Tahrir, Mesir, di Turki ia berlaku di Taman Gezi terletak berhampiran Dataran Taksim, Istanbul. Ia menjadi lokasi demonstrasi bantahan terhadap Perdana Menteri berhaluan Islam, Recep Tayyip Erdogan, sejak 28 Mei sehingga awal Julai ini.

Media asing mengecap Erdogan sebagai diktator dan kuku besi, sama seperti kecaman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad di zaman kegemilangannya.

Beratus-ratus polis antirusuhan bersama trak meriam air dikerah meleraikan penunjuk perasaan yang melaungkan slogan meminta Erdogan meletak jawatan.

“Ini baru permulaan dan perjuangan akan diteruskan," kata penunjuk perasaan yang turut melemparkan bunga teluki berwarna merah sebagai memperingati mangsa yang terbunuh, cedera dan ditahan dalam bantahan sebelum ini.

Menurut laporan akhbar, anggota polis antirusuhan yang dikerah menangkap penunjuk perasaan, turut dilontar gelas dan botol oleh sekumpulan pelanggan di kebanyakan bar di lokasi tersebut. Malah, ada individu bertindak melontar kerusi dan meja di jalan-jalan, memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Bantahan besar-besaran sebelum ini mengejutkan Turki dan menaikkan kemarahan Erdogan. Negara-negara Barat turut mengutuk Turki mengendalikan krisis itu ekoran tindakan kekerasan yang digunakan terhadap penunjuk perasaan.

Krisis di negara ini bermula apabila sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkempen untuk menyelamatkan 600 batang pokok di Taman Gezi daripada ditebang bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Hujung minggu lepas saya sempat berbuka puasa dengan beberapa sahabat Turki di sebuah madrasah, Madrasah Serting, Jempol, Negeri Sembilan atas jemputan seorang rakan. Rakan itu mewakafkan kawasan itu dan membangunkan tanahnya untuk kerja dakwah.

Namun, semasa berada semeja saya bertanyakan apa cerita di sana (Turki).Kisah-kisah yang diceritakan oleh sahabat-sahabat Turki itu ternyata cukup menarik untuk dikongsi.Ia seakan-akan apa yang berlaku di tanah air kita sendiri. Ia adalah cubaan pihak-pihak luar untuk melumpuhkan dan menjahanamkan ekonomi negara Islam yang sedang pesat membangun.

“Apa yang dihadapi oleh Malaysia dan Turki adalah sama. Mereka mahu menjajah negara kita semula. Mahu merosakkan kemakmuran yang sedang dibina. Ia adalah satu neokolonisasi ekonomi terhadap negara-negara kita."

Tak sempat bercakap banyak di Serting Hilir, saya mengunjungi ke pejabat sahabat saya itu di Kuala Lumpur semalam untuk berbincang lagi mengenai senario kekacauan di negaranya.

Sahabat saya ini bukan diplomat di kedutaan, tetapi ahli perniagaan yang terbabit dalam aktiviti busines dan antara-budaya Malaysia-Turki. Dan lebih daripada itu, beliau amat sayangkan tanah airnya sendiri.

Begini ceritanya. “Ia adalah fakta bukan rekaan," tegasnya.

Ia berlaku secara amat terancang. Isu tebang pokok di taman itu hanyalah alasan. Pokok itu bukan ditebang, tetapi dialihkan dan akan ditanam semula.

Namun, kata sahabat saya itu apa yang berlaku 10 hari sebelum isu pokok itu lebih memeranjatkan lagi. Sebuah stesen televisyen satelit terkemuka dunia berpangkalan di Barat telah pun memasang kameranya menghadap ke taman itu.

Hairan bukan? Mengapa mereka meletakkan perkakasan mereka di situ awal-awal, tanya sahabat saya itu?

Mengapa pula sebuah hotel terkemuka di Istanbul yang dipunyai oleh bukan Islam Turki dan dengan pegangan saham luar negara telah bersiap sedia menyediakan kemudahan, seolah-oleh akan berlaku perang saudara. Kira-kira 2,000 katil lipat telah tersedia ditempatkan di bawah hotel itu. Bekalan ubat-ubatan juga telah disediakan.

Semasa di Istanbul, sahabat saya itu berkata beliau bertemu dengan seorang kawannya, penganut ajaran Alevi, satu mazhab terkeluar dari mazhab Islam seakan-akan Syiah, yang terbabit dalam demonstrasi itu. Kawannya itu berkata dia menerima wang tunai baru berjumlah 200 Lira untuk terlibat dalam demonstrasi itu.

Mereka tinggal percuma di hotel, dibekalkan dengan bir tidak terhad serta wanita-wanita untuk berhibur.Sebanyak 10,000 bekalan makanan dimasak di sebuah universiti swasta terkemuka milik bukan Islam bagi dibekalkan kepada pendemonstrasi.

Kata sahabat saya itu lagi, wanita-wanita bertudung menjadi mangsa kekasaran -- hanya kerana mereka mahu menaikkan perasaan marah kepada penganut agama Islam supaya bertempur.

“Walaupun jumlah perusuh adalah kecil dan tidak mendapat sokongan keseluruhan rakyat Turki, tetapi kesannya cukup hebat.

“Begitulah apa yang cuba mereka lakukan di Malaysia tempoh hari."

Penggunaan media sosial melalui facebook dan twitter cukup hebat dengan menggambarkan kezaliman pihak keselamatan.

Namun kini, katanya baru terbukti banyak gambar-gambar kezaliman itu adalah palsu dan diambil daripada imej-imej yang berlaku di Syria dan tempat-tempat lain.

Katanya, kebanyakan yang terbabit dalam demonstrasi itu adalah daripada sayap komunis, rakyat Turki bukan Islam dan pihak-pihak luar. Semasa demonstrasi itu, dikesan perbelanjaan makanan dibayar menggunakan kad kredit dari sebuah negara asing. Wang-wang tunai juga datangnya dari bank berkepentingan asing.

Katanya, walaupun demonstrasi itu sudah reda, ia masih belum berakhir. Laporan terkini mendedahkan sebanyak 12 negara terbabit secara langsung berpihak dengan pelobi-pelobi dari beberapa negara Barat dan yahudi yang menyokong pendemonstrasi itu. Sebanyak 13 negara lagi terbabit secara tidak langsung.

Modus operandi demonstrasi di negara itu dan perancangan mereka adalah sama dengan di Malaysia. Kata sahabat saya lagi: Tiga projek besar ikonik itu juga menjadi punca kepada huru-hara itu, angkara pihak asing.

Pembinaan lapangan terbang terbesar dengan kapasiti 60 juta penumpang setahun itu akan menggugat lapangan terbang terbesar Eropah yang lain. Lapangan terbang baru Turki bakal menjadi hab untuk penerbangan ke timur-barat-utara dan selatan. Kini Turkish Airlines adalah pesaing hebat dengan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

Pembinaan terusan baru - merentas Laut Hitam dan Laut Marmara itu menggantikan Selat Bosphorus, membolehkan Turki mengaut keuntungan yang besar daripada laluan perkapalan. (Lihat gambaran google imej: The Istanbul Canal Project)

Terusan baru itu adalah seakan-akan cadangan pembinaan Terusan Segenting Kra atau Terusan Thai antara Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia akan mengalihkan laluan perkapalan ke terusan itu daripada Selat Melaka melalui Singapura.

Menurut sejarah, tiada banyak yang boleh kerajaan Turki lakukan untuk mengawal selia Selat Bosphorus kerana ia tertakluk di bawah Perjanjian Montreux Julai 1936.

Projek ketiga ialah Projek Jambatan Ketiga merentasi Selat Bosphorus yang memisahkan Eropah dan Asia. Jambatan gantung yang dikenali sebagai Jambatan Yavuz Sultan Selim itu akan mempunyai empat laluan lebuh raya dan satu landasan kereta api. Jambatan ini juga akan membawa kemakmuran ekonomi yang besar kepada Turki. Ia terletak di antara Garipçe di Sar?yer dalam kawasan Eropah dan Poyrazköy di Beykoz dalam kawasan Asia.

“Projek-projek ini juga cukup-cukup membimbangkan negara-negara Barat," kata sahabat saya itu. Bagi saya kejayaan Turki kini adalah petanda gelombang semula semangat kegemilangan Othmaniah, yang ditakuti banyak pihak. Semangat itu kini bangkit semula.

Namun, jika di Malaysia usaha untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia atas nama ‘ini kalilah’ dan ‘now or never’ masih gagal -- di Turki, Allah masih turut bersama-samanya.

“Oleh itu, jagalah apa yang kita ada ini baik-baik. Nasihat saya ialah kita kena perkuatkan ekonomi kita," kata sahabat itu dalam pertemuan kami, pagi semalam.

Saya cukup bersetuju dengan beliau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna! Jika kita jatuh, yang untung kelak siapa ya?

KOMEN : ORANG KAFIR NI SELAGI KITA TAK TUNDUK DAN MENERIMA/MENGANUT SEGALA AMALAN AGAMA MEREKA, SELAGI ITULAH BERBAGAI ANGKARA JAHAT MEREKA LAKUKAN UNTUK MENJATUHKAN SESEBUAH NEGARA ISLAM... CONTOH TERBAIK BAGAIMANA NEGARA-NEGARA ARAB DIJATUHKAN SATU PERSATU... SAMPAI SEKARANG TIADA KEAMANAN YANG TERCAPAI....

Friday, 19 July 2013

Menyucikan jiwa dalam bulan mulia

Oleh DR. FADLAN MOHD. OTHMAN

Hikmah utama bulan Ramadan ialah untuk membina ketakwaan hamba-hamba-Nya. - Gambar hiasan

ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah 2:183)

Daripada ayat ini kita sudah boleh mengetahui bahawa hikmah utama bulan Ramadan ialah untuk membina takwa. Daripada sudut praktikal pula takwa ialah melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.

Daripada sudut spiritual takwa ialah perasaan takut dan waspada dalam mengorak setiap langkah dalam kehidupan beragama di dunia ini.

Bulan Ramadan adalah tempat dan masa terbaik untuk menyucikan jiwa.

Rasulullah SAW telah pun memberikan pelbagai tips untuk menyucikan jiwa di bulan mulia ini.

1Menghayati amalan ibadah pada bulan ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala.

Beberapa hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa siapa puasa dan solat malam di bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.

Hadis ini mendidik jiwa Muslim agar sentiasa menekankan sudut keimanan dalam melakukan sesuatu amalan. Jiwa Muslim juga wajar sentiasa mengharapkan pahala daripada Allah SWT sahaja.

2Bersabar dalam menghadapi segala cabaran.

Sabda Rasulullah SAW: Puasa adalah perisai… Jika ada orang yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia sebut: Saya berpuasa. (riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904) Perhatikanlah bagaimana puasa mendidik jiwa Muslim agar menahan dirinya daripada pergaduhan. 

Dengan ini puasa mendidik sifat mulia iaitu sifat sabar dalam jiwa Muslim.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (al-Zumar:10)

Jiwa yang suci pasti akan dapat bersabar dalam mengamalkan ketaatan, sabar dalam meninggalkan maksiat dan sabar dalam menghadapi musibah.

3Mengaitkan kegembiraan dengan ketaatan terhadap Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; semasa dia berbuka dia akan gembira dan semasa dia berjumpa dengan Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya." (riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904)

Hadis ini mendidik jiwa agar bergembira dengan ketaatan dan bukannya bergembira semasa membuat maksiat.

4Sentiasa berdoa dan meminta daripada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: "Tiga doa yang mustajab tanpa syak. Doa orang berpuasa, doa orang dizalimi dan doa orang mengembara." (riwayat al-Uqaili dan Ibnu Asakir; disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, no. 1797)

Hadis ini mendidik jiwa Muslim agar merendah diri kepada Allah SWT dengan berdoa sepanjang masa tatkala berpuasa.

Inilah intisari ibadah yang sebenar. Ia juga menunjukkan jiwa Muslim berjaya disucikan di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.


Thursday, 18 July 2013

HAK BERMASYARAKAT LEBIH PENTING DARI HAK INDIVIDU...

Ganti Akta Hasutan, tidak akan jejas kuasa kerajaan dalam isu perpaduan

Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara antara Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (tiga dari kanan) dan wakil Unifortune Holdings Sdn. Bhd. di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 17 Julai - Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, tidak akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam menangani perbuatan yang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian masyarakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, akta baharu itu juga akan mengekalkan tiga prinsip utama antaranya menangani perbuatan yang membawa permusuhan antara kaum, menghina raja-raja Melayu atau mempersoalkan keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

''Prinsip pertama (Akta Keharmonian Nasional) ialah menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja.

''Kedua, menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan di negara ini dan ketiga, menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan, prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, tindakan biadab dan kurang ajar pasangan muda Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghina agama Islam menunjukkan kebebasan bersuara dan penyuaraan pendapat secara tidak bertanggungjawab boleh memudaratkan masyarakat.

''Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara, kebebasan itu tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan negara.

''Saya selalu tegaskan prinsipnya iaitu kebebasan dengan bertanggungjawab dan tidak boleh menjadi kebebasan penuh jika merugikan kepentingan negara dan keharmonian masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan akan berbincang dan meneliti pandangan mengenai keperluan adanya rang undang-undang baharu yang menyamai Ordinan Darurat.

Beliau berkata, selain polis dan Peguam Negara, pandangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan mungkin Majlis Peguam akan diambil kira mengenai keperluan rang undang-undang itu.

''Ada pihak yang mahu penahanan pencegahan dibenarkan dan ada yang tidak bersetuju. Apa yang penting, sebarang perundangan mesti ada keseimbangan melindungi hak individu dan menjaga kepentingan masyarakat dan ini juga memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak," katanya.


Jangan pinda undang-undang sesuka hati - Tun M






PUTRAJAYA 17 Julai - Undang-undang atau akta yang telah digubal dan dilaksanakan dengan baik tidak perlu diubah sewenang-wenangnya kerana boleh mencetuskan masalah kepada negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, undang-undang yang telah dilaksanakan tidak sepatutnya ditukar sesuka hati ekoran desakan mana-mana pihak kerana hanya akan mendatangkan keburukan.

Beliau berkata, rakyat negara ini hidup secara aman dan harmoni serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain sebelum ini kerana adanya undang-undang dan akta tertentu yang dijadikan panduan.

"Namun, kini semuanya berubah apabila undang-undang tertentu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehinggakan ada pihak yang berani menghina Islam.

"Mereka sekarang berani kata macam-macam kepada agama kita, dulu perkara ini tidak pernah terjadi, bila tiada undang-undang sedemikian inilah yang terjadi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), 
Datuk Ibrahim Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang hasrat kerajaan untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Hasutan 1948.

Selain itu, katanya, kerajaan perlu fikir secara mendalam sekarang untuk melaksanakan Akta Keharmonian Nasional.

"Dulu ada macam-macam undang-undang dan akta, itu yang membuatkan kita harmoni, sekarang bila undang-undang tiada, rakyat bebas," katanya. - UTUSAN ONLINE


BACA,KALAU TAK BACA ADA KEMUNGKINAN NYAWA AKAN MELAYANG!!!


MOHON SEBARKAN!!

 
 
PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga
bersiar-siar dengan membawa beberapa
minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota
keluarga dimasukkan ke hospital dan
ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'
 
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil
autopsi menyimpulkan ia terkena
Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin
minuman yang diminumnya, tanpa
menggunakan gelas/cawan. Hasil test
menunjukkan tin tersebut telah terkena
(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering
yg mengandung leptospira. 
 
kita dinasihatkan agar membilas secara rata
bahagian atas semua tin minuman sebelum
meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman
ini disimpan dalam gudang dan terus
dihantarkan ke kedai-kedai runcit, tanpa
dibersihkan. 
 
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa
bahagian atas semua minuman tin lebih
tercemar jika dibandingkan dengan tandas
awam (penuh kuman dan bakteria.) 
 
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih
dahulu dengan air sebelum
memasukkannya ke mulut untuk
menghindari segala jenis kecelakaan.
SHARE & SEBARKAN!
kredit:The News Shoot 
ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ

MOHON SEBARKAN!!

PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga
bersiar² dengan membawa beberapa
minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota
keluarga dimasukkan ke hospital dan
ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil
autopsi menyimpulkan ia terkena
Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin
minuman yang diminumnya, tanpa
menggunakan gelas/cawan. Hasil test
menunjukkan tin tersebut telah terkena
(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering
yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata
bahagian atas semua tin minuman sebelum
meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman
ini disimpan dalam gudang dan terus
dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa
dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa
bahagian atas semua minuman tin lebih
tercemar jika dibandingkan dengan tandas
awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih
dahulu dengan air sebelum
memasukkannya ke mulut untuk
menghindari segala jenis kecelakaan.

SHARE & SEBARKAN!

.:: ♥| حسبنا الله ونعم الوكيل|♥ ::. ツ @[592143614129018:274:The News Shoot] ツ

ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ



Wednesday, 17 July 2013

Pernahkah umat Islam ganggu hal agama lain?

Oleh ROHAMI SHAFIE


ALHAMDULILLAH syukur kita ke hadrat Allah SWT, kini, minggu kedua kita berpuasa. Semoga ibadah kita bertambah baik dan diterima oleh-Nya. Dalam minggu pertama bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia diuji dengan pelbagai perkara. Paling nyata, agama Islam dihina di laman-laman sosial. Apakah tujuan mereka ini menghina agama Islam, hanya mereka sahaja mengetahui helah sebenarnya.

Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja perkara yang membabitkan sensitiviti agama Islam dibangkitkan dengan berani di laman-laman sosial. Adakah mereka ini tidak mengetahui apa yang disentuh itu amat sensitif bagi umat Islam Malaysia?

Atau mereka ini cuba menguji kesabaran umat Islam sama ada terdapat tindak balas terhadap mereka. Islam di Malaysia dianuti bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain. Tetapi sememangnya majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu cukup menjaga agama mereka.

Cukup pantang bagi orang Melayu, agama mereka dihina. Bagi mereka hidup dan mati mereka adalah untuk agama Islam. Kalau tidak, mustahil berlakunya kacau bilau mengenai isu agama Islam bagi insan bernama Natrah sebelum merdeka lagi. Umat Islam ketika itu amat mempertahankan agama Islam.

Tidak cukup dengan itu, sepanjang negara kita dijajah, penjajah cuba menyebarkan agama lain kepada orang Melayu. Namun, keteguhan dan cintanya orang Melayu ke atas agama Islam tidak mampu diganggu-gugat. Setiap zaman ada cabarannya. Cabaran dahulu lebih dalam bentuk fizikal tetapi kini cabarannya secara halus dalam usaha untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Perang melalui internet merupakan usaha terbaru dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Terdapat pelbagai cara untuk 'menjajah' hati umat Islam. Penyebaran pelbagai fahaman dan ajaran sesat bersama-sama hadis yang tidak diketahui kesahihannya. Yang pasti musuh-musuh Islam tidak akan senang duduk selagi usaha menyebarkan agama lain kepada umat Islam tidak berjaya.

Mereka mengetahui betapa umat Islam Malaysia cukup sukar untuk disentuh dalam hal-hal agama. Musuh-musuh Islam juga cuba untuk melaga-lagakan umat Islam Malaysia dengan pelbagai cara. Setelah mereka berjaya melaga-lagakan umat Islam di Mesir dan Syria, Malaysia pula menjadi sasaran mereka.

Isu kalimah Allah tidak semena-mena dibangkitkan dalam bulan mulia ini. Sekali lagi apakah niat mereka? Pernahkah umat Islam di Malaysia mengganggu atau menyentuh hal-hal sensitif agama lain? Sepanjang pengetahuan penulis, tidak pernah sama sekali! Malahan, umat Islam Malaysia sentiasa menjaga sensitiviti agama lain. Inilah yang diajar oleh agama Islam.

Sikap bertolak ansur dan toleransi umat Islam seolah-olah tidak dihargai. Setiap kali agama Islam dihina, hanya ucapan mohon maaf diucapkan selepas itu. Adakah dengan permohonan maaf sahaja mampu mengubati hati yang terluka? Hati umat Islam bukan setakat terluka, bahkan lukanya amat dalam sekali.

Hakikatnya, umat Islam tidak mahu lagi isu yang menyentuh agama Islam diperkatakan lagi! Sukar sangatkah untuk kita memahami sensitiviti agama orang lain?

Umat Islam tidak mahu setakat amaran, amaran dan amaran apabila membabitkan agama Islam. Umat Islam Malaysia hanya mahukan tindakan, tindakan dan tindakan! Isu ini perlu ditangani dengan tindakan bukan setakat amaran sahaja.

Rata-rata yang berani menyentuh sensitiviti agama Islam adalah golongan muda. Tidakkah kita terfikir pemikiran bebas ala-Barat telah meracuni golongan muda ini. Mana ada dalam dunia ini, negara yang benar-benar bebas. Di Amerika Syarikat (AS) sendiri pun masih ada undang-undang ala-ISA tapi pada masa yang sama golongan liberal baru ini amat taksub dengan kebebasan ala-AS.

Penulis juga terfikir adakah kerana umat Islam Malaysia nampak tidak bersatu angkara politik telah menyebabkan mereka ini cuba mengambil kesempatan atas umat Islam Malaysia. Percayalah, apabila menyentuh hal ehwal agama Islam, umat Islam Malaysia kembali bertaut dan bersatu tidak kira apa pun ideologi politik!

Usah menghina agama Islam! Usah juga cuba untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam Malaysia!

Umat Islam akan kembali bersatu apabila agama suci Islam ditentang! Mungkin kerana orang Islam di Malaysia sejak dahulu lagi tidak menguasai ekonomi dan kini kuasa politik pun semakin berkurangan menyebabkan mereka seolah-olah nampak begitu lemah? Tidak! Itu andaian yang cukup salah.

Islam tetap akan dipertahankan sehingga titisan darah terakhir. Selagi nyawa dikandung badan, Islam tetap dipertahankan! Ketika agama Islam dihina dalam bulan Ramadan, seperti biasa umat Islam terpaksa pula menangung kos pembelian juadah berbuka puasa yang semakin tinggi. Contohnya harga ayam.

Cara sebegini sudah lama boleh dibaca tetapi mereka masih tidak menghiraukan keselesaan umat Islam. Adakah mereka ini peniaga yang baik? Mengambil kesempatan terhadap umat Islam di bulan Ramadan. Serangan tersurat dan tersirat inilah perlu membuka mata seluruh umat Islam di bulan Ramadan ini.

Usah lagi kita sibuk bercakaran hanya kerana politik! Usah lagi kita menegakkan fahaman liberal ala-Barat yang penuh songsang dan berkeceramuk. Usah juga kita menuding jari sesama Islam hanya semata-mata dahagakan undi. Usah juga kita menabur fitnah dan mengumpat sesama Islam!

Ramadan ini adalah bulan perpaduan dan perpaduan amat dituntut dalam Islam. Sama-samalah kita bersatu padu menegakkan agama suci Allah di bumi Malaysia! Demi Islam, agama yang sebenar-benarnya di sisi Allah SWT.


PENATLAH...PEKAKNYA MENJADI-JADI...

Satu Sekolah Untuk Semua: Iltizam politik PM...
Zaini Hassan



APA sudah jadi? Agama Islam menjadi bahan senda. Bahan lawak, bahan gurauan yang menyakitkan hati.

Lebih malang ia berlaku di bulan Ramadan al-Mubarak ini, bulan paling suci bagi umat Islam.

Saya mahu bertanya dengan YAB Perdana Menteri mengapa jadi begitu? Saya juga mahu bertanya dengan Menteri Dalam Negeri (KDN) mengapa mereka itu terlalu berani mempersendakan Islam - agama yang juga dianuti oleh Perdana Menteri dan Menteri KDN sendiri?

Saya juga mahu bertanya dengan Menteri-menteri Pelajaran, tidak terpelajarkah mereka itu? Adakah mereka ini terlalu jahil dengan Islam? Tidak tahukah mereka bahawa Islam itu bukan hak mutlak orang Melayu. Islam itu adalah agama sejagat yang dianuti oleh ribuan juta umat seluruh pelosok alam ini.

Jika mereka membenci orang Melayu sekali pun -- sebagaimana yang ditunjukkan dalam PRU-13 lalu -- janganlah sentuh agama Islam. Itu agama suci majoriti rakyat Malaysia.

Saya mahu tanya dengan YAB PM lagi, mengapa orang bukan Melayu, malah Melayu sendiri di Malaysia ini terlalu jahil dalam serba-serbi mengenai perhubungan antara kaum, selain kaum mereka sendiri?

Sudahlah Perlembagaan negara ini pun mereka jahil, bahasa ibunda negara ini pun mereka tergagap-gagap nak bercakap, ini pula mengenai agama Islam.

Nampaknya saya mahu merujuk semula kepada sistem pelajaran kita. Sedarkah kita bahawa budak-budak yang bertindak menghina agama Islam itu adalah generasi baru yang dilahirkan sekitar 80-an.

Generasi 70-an dan 60-an atau lebih awal mungkin lebih waras dan rasional. Pada masa itu kita dalam satu sekolah. Satu acuan.

Adakah sistem pelajaran kita kini telah menyebabkan generasi ini menjadi begitu?

Benarkah sistem pendidikan kita yang melahirkan generasi seperti Ng Mun Tatt, 24, Alvin Tan, 27, dan Vivian Lee, 24.

Sebagaimana Melissa Gooi yang saya tidak salahkan 100 peratus kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, saya juga tidak salahkah ketiga-tiga budak itu. Mereka ini sebenarnya terlalu jahil. Mereka kurang didikan. Mereka ini dilahirkan dalam sistem pendidikan negara yang silap!

Namun begitu, saya juga tidak akan menyokong sama sekali keterlanjuran yang telah mereka lakukan dengan menghina umat Islam dan agama itu di negara ini. Ia sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Bolehkah saya andaikan bahawa bahawa rata-rata budak-budak Cina itu berpendidikan di sekolah mereka sendiri, yang menyisihkan diri mereka daripada kaum-kaum lain?

Semasa era 70-an dan 60-an gejala dan kemelut ini tidak seserius generasi 80-an ini. Kini jurang itu dilihat semakin menebal.

Malah generasi itu dan dibantu pula oleh persatuan-persatuan pendidik yang jumud dan totok pemikiran serta media mereka; terus-menerus mendesak supaya pendidikan Cina dijadikan sebagai agenda nasional. Mereka mahu sekolah aliran Cina diteruskan dan dikembangkan.

Apa sudah berlaku ini? Sepatutnya, sekolah kerajaan harus dinasionalkan sepenuhnya berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan. Hanya perlu ada satu sistem sekolah sahaja. Semua kanak-kanak -- Melayu, Cina, India, Orang Asli, Pribumi serta semua rakyat negara ini wajib diletakkan di dalam satu acuan.

Acuan itulah yang akan dibentuk untuk satu generasi akan datang.

Cuba YAB PM bayangkan apa akan terjadi kepada negara ini jika fenomena sistem pendidikan mengikut kaum itu terus menyelubungi Malaysia? Satu generasi lagi, atau sedekad dari sekarang keadaan Malaysia ini akan lebih gawat lagi.

Hanya kepemimpinan YAB PM sahaja yang boleh memperbetulkan keadaan ini. YAB PM memerlukan iltizam politik yang kuat untuk mengubahnya.

Saya yakin jika satu referendum atau pungutan suara dilakukan untuk Sistem Satu Sekolah Untuk Semua ini, saya pasti majoriti rakyat Malaysia yang waras akan sokong.

Ambillah langkah yang dilakukan oleh Singapura yang menasionalkan semua sistem persekolahannya.

Perkasakan (sepenuhnya) sistem persekolahan kita. Jika perlu tiru dari Singapura, silakan. Lagi pun sistem persekolahan di republik itu adalah antara yang terbaik di dunia. Ia adalah model terbaik dalam suasana kemajmukan penduduk, sama seperti di negara ini.

Jika orang Cina di Malaysia terlalu jahil dengan Islam, bawa masuk pendakwah-pendakwah Islam dari Tanah Besar China untuk mentarbiah mereka.

Kikis stigma dalam benak mereka bahawa Islam itu adalah Melayu. Memeluk Islam bererti masuk Melayu. Jika mereka masih memandang rendah dengan kita orang Melayu ini biarkan, tapi usaha tarbiah atau pendidikan Islam ke atas mereka perlu diteruskan.

Saya pernah berbincang hal ini dengan seorang sahabat Cina Islam asal dari Tanah Besar China. Beliau amat bersetuju dengan pendapat itu. Beliau yang telah menetap di negara ini bersama keluarganya, dan kini telah mendapat taraf Penduduk Tetap, turut mencadangkan masjid-masjid Cina didirikan sebagai cara menarik mereka mendekati dengan ajaran itu.

Jika pelbagai jenis gereja mengikut kaum dan masjid jamek India ada di negara ini, mengapa tidak masjid Cina? Biarkan Cina-Cina Islam ini yang mengurus-tadbir masjid itu. Ambil contoh Masjid Niujie di Beijing atau Masjid Kowloon di Hong Kong yang turut menempatkan restoran makan Cina yang enak.

Bawa masuk lebih ramai alim ulama dari China ke negara ini -- bukannya GRO China Doll dan tukang urut yang sudah melata di negara ini!

Akhir sekali, wahai YAB PM yang bijak bistari, hanya keiltizaman politik YAB yang kuat sahaja dapat memperbaiki keadaan yang semakin getir ini.

Jika tidak, 10 tahun dari sekarang, Malaysia akan terus berada dalam kancah kucar-kacir akibat kecelaruan identiti bangsa dan budaya.

Pada masa itu, nasi sudah menjadi bubur. YAB PM jangan menyesal nanti ya.


BULAN PAS TAKAN JATUH KE RIBA... BACUL TU...

Pas perlu utama perjuangan pertahan akidah Islam berbanding jaga rakan sekutu



HASSAN BASRI, NORMAN TOHA

KUALA LUMPUR 15 Julai - Pas sepatutnya memberi keutamaan kepada perjuangan mempertahan akidah Islam daripada menjaga hubungan baik dengan sekutu-sekutunya di dalam pakatan pembangkang.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri Mohamad berkata, parti itu perlu menunjukkan ketegasannya dengan membantah kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino yang menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Bagaimanapun, menurut beliau, Pas sehingga kini masih belum menyatakan pendirian rasmi tentang kontroversi yang dicetuskan Marino itu.
Saya melihat Pas dalam keadaan serba salah kerana terdapat perbezaan pendapat antara Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negara ini.

“Pas juga mungkin ingin menjaga hati DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas dasar kerjasama pakatan pembangkang lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hassan mengulas sikap Pas yang terus berdiam diri walaupun kontroversi yang dicetuskan oleh Marino itu telah mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan agama lain, namun Jawatankuasa Pas Pusat belum mengeluarkan pandangan rasmi tentang isu tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula bersetuju dengan keputusan majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Tambah Hassan, Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat perlu berbincang bagi menentukan pendirian parti terhadap kenyataan Marino.

“Kenyataan Marino itu tidak boleh diambil mudah kerana mungkin bertujuan menggugat usaha umat Islam untuk bersatu sempena Ramadan," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, pucuk pimpinan Pas teragak-agak untuk memberikan pandangan kerana pandangan Marino adalah serupa dengan pendirian rasmi pakatan pembangkang.

“Pas kini dalam keadaan sukar memandangkan majoriti pengundi di DUN Kuala Besut merupakan orang Melayu yang beragama Islam.
Sekiranya Pas mengeluarkan kenyataan mempertahankan pendirian pakatan pembangkang, peluang parti itu untuk memenangi PRK DUN Kuala Besut adalah tipis," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, strategi berdiam diri yang diambil Pas mungkin memakan diri kerana pengundi lebih bijak menilai sama ada parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam atau sekadar mempergunakan agama untuk tujuan politik.


KAH...KAH...KAH... LAWAK ANWAR DI PARLIMEN...

BN, pembangkang sepakat




Kiri Bung Moktar, Annuar Musa, Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 16 Julai - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini sepakat mahu kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pasangan kontroversi Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, ekoran kebiadapan mereka menghina kesucian agama Islam.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangkit dan mencetuskan isu itu pada sesi perbahasan Dewan Rakyat berkata, perbuatan pasangan tersebut tidak boleh dibiarkan dan mereka perlu ditahan, didakwa dan dipenjarakan sekiranya sabit kesalahan.

Tegasnya, pasangan tersebut bukan contoh yang baik kepada remaja masa kini di negara ini dan sewajarnya mereka dihukum dengan hukuman seberat-beratnya.

"Saya minta pihak polis tahan mereka di lokap tiga malam, biar mereka rasa bagaimana penderitaannya, tiga malam cukup. Selepas itu dakwa mereka di mahkamah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Bung Moktar berkata, sekiranya tiada tindakan tegas diambil, dalam masa sama akan terdapat pula orang Islam mengutuk agama lain yang sudah pasti akan timbul ketegangan agama sekali gus menjerumuskan Malaysia bukan sebuah negara selamat.

Terdahulu pada awal perbahasan, Bung Moktar berkata, tindakan Alvin dan Vivian yang memuat turun ucapan selamat menyambut bulan Ramadan dengan menjamu selera hidangan bak kut teh (sup tulang babi) lengkap dengan logo halal benar-benar mengejutkan rakyat negara ini.

"Saya hairan mengapa akhir-akhir ini perilaku remaja dalam negara begitu liar seolah-olah tiada penghormatan. Bagi saya soal agama bukan lagi soal toleransi tetapi penghormatan penerimaan.

"Sebab itu saya melihat ramai pemimpin dari suku Tionghua yang turut mengutuk tindakan pasangan ini," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika bangkit mencelah berkata, pihaknya tidak akan mengizinkan mana-mana pihak dengan sengaja menghina agama Islam seperti mana dilakukan oleh Alvin dan Vivian.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak menghina kepercayaan agama lain.

"Ini pendirian kita yang amat tegas yang kita laksanakan tetapi khusus untuk menyokong pendirian Kinabatangan. Saya tidak fikir kita patut lengahkan, siasatan segera dan tindakan (perlu) diambil sebagai satu pengajaran. Undang-undang mesti dipatuhi, penghinaan agama tidak boleh diizinkan," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) dalam celahannya mahu semua pihak melihat insiden yang berlaku itu secara menyeluruh.

"Saya fikir gejala membangkitkan isu sensitif seperti ini harus dibendung bersama demi negara dan masa depan (rakyat)," ujarnya.
 
KOMEN : SANDIWARA APAKAH YANG ANWAR CUBA MAINKAN????? SUDAH-SUDAHLAH TU... KALAU NAK CAKAP PUN CERMINLAH DIRI SENDIRI DULU... BANYAK SONGSANG DARI YANG TEGAK.... KAKAKAKAKAA...

TETIBA AJE BERBUNYI... ADA LAGI DIA...

Boleh didakwa di bawah Akta Hasutan

Abdul Gani Patail

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam laman Facebook mereka.

Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika memberi maklum balas terhadap tindakan biadab pasangan tersebut.

Malah beliau menegaskan pasangan itu juga boleh disiasat serta didakwa menerusi peruntukan atau undang-undang lain termasuk peruntukan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

''Bukan sahaja Akta Hasutan, kita ada peruntukan undang-undang di bawah SKMM dan sebagainya. Bergantung mana satu undang-undang.

''Tetapi dalam menentukan pertuduhan dibuat, kita kena lihat dari segi undang-undang, fakta dan niat orang itu. Sudah tentu Akta Hasutan dan mereka boleh didakwa. Pertimbangan harus dan akan dibuat (pendakwaan),'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Jenayah Siber dan Perundangan : Trend Terkini dan Cabaran Pelaksanaan di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP) di Bangi, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Semalam, Alvin dan Vivian yang telah mempersendakan umat Islam dan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi), hadir memberi keterangan di pejabat SKMM, di sini.

Kedua-dua mereka memberi keterangan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menyalah guna kemudahan rangkaian sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Operasi SKMM, Zulkarnain Mohd. Yassin sambil menambah SKMM akan segera menyerahkan kertas siasatan itu kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Pelbagai pihak melihat tindakan pasangan itu sebagai biadab dan mendesak kerajaan supaya mengenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada tanpa 'membebaskan' mereka hanya dengan permohonan maaf.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, siasatan berhubung kes mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan membabitkan pasangan kontroversi itu dijangka siap dalam masa terdekat.

Katanya, SKMM akan memaklumkan kepada umum sekiranya siasatan telah selesai tetapi buat masa ini segala siasatan masih belum boleh didedahkan.

"Kes masih dalam siasatan dan dijangka siap dalam masa terdekat ini. Apabila selesai nanti, kami akan adakan sidang akhbar dan memaklumkan kepada umum," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

KOMEN : KENAPA PERLU NAK MEMILIH AKTA ATAU UNDANG-UNDANG TERTENTU KALAU DAH NYATA MEREKA MELANGGAR SEGALA UNDANG-UNDANG DAN AKTA YANG ADA... GUNAKAN SEMUANYA SUPAYA TAK TERLEPAS... MELAINKAN HAKIM GILA AJE YANG AKAN LEPASKAN ANAK HARAM NI....

Monday, 15 July 2013

Kenapa biarkan bukan Islam semakin biadab?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR



SEKALI lagi, sebagai umat Islam, kita seolah-olah dipaksa untuk menyaksikan keberanian luar biasa pihak tertentu menghina kesucian Islam.

Tindakan terbaru pasangan Alvin dan Vivian melalui Facebook rasmi milik pasangan itu, mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan' cukup dikesalkan.

Tetapi sekadar melahirkan kekesalan, berasa sedih dan meluahkan maki-hamun kepada pasangan ini tidak akan menyelesaikan masalah. Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama kita terpaksa melihat bagaimana wujudnya satu keberanian oleh individu-individu tertentu bukan sahaja menghina agama Islam tetapi juga orang Melayu.

Ia belum lagi mengambil kira bagaimana Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dihina dengan begitu teruk sekali oleh golongan bukan Melayu. Persoalannya, apa sudah jadi dengan agensi-agensi yang seharusnya bertanggungjawab menangani perbuatan biadab ini?

Kenapakah sekadar memerhati sahaja satu demi satu laporan polis yang dibuat? Siapakah yang harus dipersalahkan berikutan menularnya gejala yang dianggap boleh mengancam toleransi beragama di negara ini?

Anehnya, jika orang Melayu dilihat bertindak menyinggung perasaan bukan Islam, maka terpekik terlolong pelbagai pihak menggesa tindakan diambil. Tetapi apabila ia berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam, kes-kes yang dilaporkan seolah-olah didiamkan begitu sahaja.

Akibat kelemahan inilah ia memungkinkan wujudnya individu-individu biadab seperti Alvin dan Vivian atau sebelum ini Namewee yang pernah mempersendakan azan subuh. Mereka seolah-olah tidak takut dengan kemarahan umat Islam, sebaliknya mereka berasa bangga kerana boleh mengutuk dan menghina agama Islam.

Sebelum ini sudah terdapat banyak kes penghinaan yang dilakukan ke atas agama Islam orang Melayu dan raja-raja tetapi kesudahannya ia didiamkan begitu sahaja.

Walaupun laporan polis dibuat namun sehingga kini individu yang terlibat terus bebas melakukan perbuatan biadab mereka. Oleh itu pihak-pihak berkenaan tidak harus melenting jika ada yang menganggap agensi-agensi sedia ada dan bertanggungjawab menangani isu seumpama semakin hilang taringnya.

Kewujudan mereka hanya sekadar organisasi dan tidak berupaya melakukan apa-apa ke atas individu seperti Alvin dan Vivian mahupun Namewee.

Sama ada hendak diakui atau tidak, keberanian yang ditunjukkan oleh individu bukan Islam ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan agensi terlibat tetapi juga akibat daripada perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Kita berpecah belah kerana politik, kita tidak boleh sekata kerana berbeza fahaman politik dan kita tidak boleh bersatu kerana perjuangan politik yang berbeza.

Keadaan itulah yang memungkinkan dari semasa ke semasa muncul individu-individu yang sewenang-wenangnya melakukan penghinaan ke atas agama Islam, orang Melayu dan institusi raja-raja.

Kita sudah bosan dengan amaran dan kita berasa muak dengan laporan demi laporan polis yang dibuat tetapi kesudahannya ia tidak membawa apa-apa erti.

Bagaimanapun dalam kes Alvin dan Vivian ini, ia seharusnya menyedarkan umat Islam bagaimana begitu mudah agama suci kita dihina dan ibadat kita dipersendakan.

Puak-puak seumpama itu akan terus dengan perbuatan gila mereka selagi umat Islam tidak bertegas untuk bangkit melakukan penentangan supaya tindakan tegas dikenakan.

''Terus-terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala singa di Singapura.

''Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas pengendali blog MyKMU.net.

Bukan kata pengendali blog tersebut, malahan keseluruhan umat Islam amat marah dengan tindakan biadab menghina agama Islam tetapi kuasa bertindak bukan di tangan mereka.

Sebaliknya ia terletak di tangan agensi-agensi yang diberi kuasa untuk bertindak. Tetapi malangnya kita melihat agensi-agensi berkenaan paling tinggi pun hanya menyatakan siasatan sedang dijalankan namun kesudahannya tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Keadaan inilah yang memungkinkan, mana-mana pihak tidak berasa bersalah dengan perbuatan kurang ajar mereka. Malah mereka merasakan ia salah satu daripada kebebasan bersuara tanpa menyedari bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya.

Sebab itulah, kali ini umat Islam mahu melihat tindakan tegas diambil ke atas individu-individu terlibat. Sekarang bukan lagi masa untuk berkompromi apatah lagi memberi amaran.

Apakah peruntukan undang-undang sedia ada begitu lemah sehingga memungkinkan agama Islam boleh dihina dengan begitu teruk sekali?

Justeru kepada agensi-agensi terlibat, sedarilah bahaya yang sedang dimainkan oleh puak-puak biadab berkenaan.

Kita bimbang jika perbuatan menghina agama Islam dan orang Melayu dibiarkan, ia boleh mencetuskan perasaan marah yang tidak mampu lagi dikawal sehingga memungkinkan tercetus huru-hara dalam negara.

Penulis percaya ramai lagi individu bukan Islam yang tidak bersetuju dengan perbuatan menghina Islam tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa sekadar memberi peringatan supaya perbuatan berkenaan dihentikan.

Atas sebab itulah, kita mahu melihat pihak berkuasa menunjukkan ketegasan yang sebenar-benarnya dalam menangani isu ini.

Sampai bilakah kita harus melihat kelompok yang biadab dan tidak tahu menghormati toleransi beragama ini dibiarkan bebas begitu sahaja tanpa dikenakan apa-apa tindakan?

Justeru cara terbaik bagi meredakan kemarahan umat Islam ialah memastikan golongan yang tidak bertamadun itu dibawa ke muka pengadilan.

Kita tidak peduli jika akan ada parti-parti politik tertentu akan bersedia menjadi pembela mereka dengan menyediakan peguam-peguam kerana apa yang lebih penting tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada individu-individu lain supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama.

Namun kita hanya mampu berharap, membuat gesaan dan melahirkan kekesalan, kesudahan yang mampu bertindak hanyalah agensi-agensi yang diberi amanah untuk berbuat demikian.

Janganlah terlalu berlembut, apatah lagi memikirkan risiko itu dan ini, jika tindakan tegas diambil, ia memandangkan seharusnya tidak ada pengampunan terhadap sesiapa juga yang menghina mana-mana juga agama apatah lagi agama Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan.

Percayalah, jika perbuatan biadab itu dibiarkan berterusan ia akan mengundang petaka kepada keharmonian kaum dan toleransi agama di negara ini.

Jika itu terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan sebaliknya bersedialah menyaksikan akibat buruk berikutan kelemahan agensi tertentu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kerana umat Islam tidak akan selama-lamanya mendiamkan diri jika agama suci kita terus dipersendakan. Oleh itu bertindaklah sebelum terlambat!