Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 30 March 2012

Isu kitar semula pertaruhan pembangkang?


Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my



ISU-isu politik sekarang kini 'di pasaran' akhir. Dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin dekat, banyak isu kini dikitar semula dan disegarkan untuk survival politik pakatan pembangkang.

Ini trend sekarang. Ibarat dalam pusingan tinju dan tomoi Siam, hanya beberapa minit loceng hendak dibunyikan, masing-masing memberi tumbukan dan tendangan bertubi-tubi walaupun 'foul' untuk pastikan lawan tumbang. Inilah yang digunakan DAP, PKR dan Pas supaya 'nyawa' bersambung selepas pilihan raya umum.

Kalau dilihat, banyak isu sebenarnya sudah terjawab. Sama ada oleh tindakan agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR). Isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. kalau dinilai, dari aspek pengurusan politik sudah selesai pun dengan pelawaan pembangkang supaya menyertai satu jawatankuasa khas di Parlimen. Tetapi ia ditolak mentah-mentah oleh mereka dalam mencari penyelesaian saintifik isu Lynas ini.

Isu Pusat Fidlot National (NFC) begitu juga. Dari segi pengurusan politik juga sudah berlalu. Tinggal penyelesaian undang-undang di mahkamah sahaja. Dan kini nampak ketara ialah tindakan beria-ria pembangkang untuk menghidup dan menyegarkan isu-isu yang dikitar semula.

Ketika ditanya Utusan Malaysia kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan apakah perkara sama juga dikesan oleh jenteranya yang kerap turun padang menemui dan menyelesaikan isu-isu berkepentingan rakyat, Fuad memberikan komen berikut: "Pakatan pembangkang memang tidak sabar-sabar lagi menghidupkan isu-isu lama yang dikitar semula ini. Tapi rakyat melihat kebanyakan isu ini sudah hilang 'daya beratnya' oleh kerana isu-isu ini sudah terlampau banyak mahu dikitar semula, langsung tidak ada fokus," kata beliau ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, isu-isu yang dikitar semula ini telah dirancang dengan teratur oleh pembangkang dengan membahagi-bahagikannya kepada segmen-segmen dan kluster tertentu. Iaitu segmen yang boleh menarik orang muda, kaum Cina, peneroka Felda dan masyarakat India.

Fuad menarik perhatian mengenai gesaan Pas melalui Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang menuntut supaya pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Kata Fuad: "Isu PTPTN ini popular di kalangan generasi muda. Sedangkan yang sepatutnya dilakukan oleh Mohamad ialah meminta pelajar membayar pinjaman mereka kerana kalau tidak bayar, risikonya nanti terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan pelajar itu sendiri.

"Ketika ini kira-kira RM44 bilion yang sepatutnya dibayar pelajar (yang pinjam PTPTN) ini tidak dilunaskan sehingga hari ini ... jika dihapuskan, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi. Bagaimana pula kepada pelajar yang telah membayar pinjaman ini. Kerana hendak mencari populariti, wang negara yang begitu besar ini hendak dihapuskan pula oleh Pas," kata beliau.

Fuad mempunyai pandangan sama dengan penulis. Soal betul atau tidak bagi pakatan pembangkang ketika ini ditolak ke tepi. Yang penting waktu ini dan saat ini, isu-isu dikitar semula menjadi pertaruhan hidup dan mati pembangkang.

Ada isu-isu yang dulunya 'hidup', tidak lagi dapat bertahan. Misalnya isu kematian mendiang Teoh Beng Hock, ia amat berkesan dipergunakan pembangkang pada Pilihan Raya Sarawak yang mengundang sensitiviti kaum Cina. Tetapi nampaknya ketika ini sudah 'pudar'.

Untuk mencetuskan semula sensitiviti masyarakat India, Hindraf muncul kembali di Putrajaya beberapa hari lepas. Mereka berhimpun dekat Pejabat Perdana Menteri kerana mendakwa kerajaan BN telah menghampakan kepercayaan masyarakat India.

Kalaulah 'ketuanya', P.Uthayakumar murni hatinya, dia tentunya sudah menghulurkan penghargaan kepada kerajaan betapa banyak sumbangan yang diperuntukkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kaum India.

Apakah di Batu Caves tempoh hari, Uthayakumar tidak duduk dan bersesak-sesak bersama penganut Hindu mendengar pengumuman Najib? Sepatutnya, Uthayakumar melaungkan 'nambikei' kepada Najib dan bukannya menghempaskan buah tembikai di Putrajaya.

Demikian juga perilaku Dong Zong atau Persekutuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia baru-baru ini yang kemunculan mereka dilihat seolah-olah cuba 'menangguk di air keruh'.

Dengan setiap kali turun padang, Najib dan timbalan beliau yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghulurkan peruntukan untuk sekolah Cina, itu belum termasuk peruntukan tetap kerajaan setiap tahun dan melalui MCA dan Gerakan lagi, Dong Zong masih tetap tidak bersyukur.

Dan apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong diejek dan dikatakan ditumbuk semasa hadir pada satu perhimpunan anjuran Dong Zong di Kolej New Era, Kajang, Selangor, di satu pihak yang turut hadir pada perhimpunan itu menaruh simpati pula kepada Ka Siong.

Ini berikutan sikap budiman (gentleman) Ka Siong yang memaafkan perbuatan pihak yang mengejek dan menumbuknya. Beliau cuma datang untuk mengurus dan menyelesaikan permasalahan sekolah-sekolah Cina dan bukannya hendak berdepan dengan perbuatan biadab sedemikian.

Cara terbaik untuk berdepan dengan sentimen dan isu-isu yang dikitarkan semula pakatan pembangkang ini ialah tidak semuanya perlu dijawab. Namun, ia mesti ditangani dengan baik. Seperti isu Lynas, meskipun ia cuma isu tempatan di Kuantan, kesannya jika tidak dikendali dengan berkesan, boleh melarat ke peringkat antarabangsa.

Namun kalau diperhatikan secara keseluruhan, ada tanda-tanda pembangkang begitu defensif dengan serangan tindak balas bertali arus daripada Barisan Nasional. Isu Yahudi misalnya, meskipun isu pokoknya mengenai tindakan Anwar Ibrahim mahu mempertahankan keselamatan Israel, Pas pula cuba mencetuskan semacam hendak mempertahankan Yahudi. Sedangkan yang ditentang oleh kerajaan adalah zionisme dan Israel yang didirikan oleh ideologi Zionisme.

Pas dilihat cuba pula membela Anwar dengan menyebut bukan semua orang Yahudi jahat. Tapi pokok sebenar isunya ialah apakah Pas menyokong keselamatan Israel yang dilaungkan Anwar.

Di Pulau Ketam beberapa hari lepas apabila Fuad berjumpa kaum Cina di situ, beliau dan beberapa anggota JASA melihat kecerahan di wajah mereka yang dari kalangan golongan lama dan pertengahan untuk meraikan kedatangan pemimpin. Cuma, berdasarkan gerak badan orang muda Cina, mereka nampaknya cuba lari-lari.

Ia masih paten kaum Cina namun sedikit sebanyak ia kian berganjak kepada BN kerana ikonnya kini ialah Najib. Dan perasaan sokongan orang Cina kepada BN ini dipercayai boleh dineutralkan jika ada calon-calon yang boleh menang di kawasan Cina (winnable candidate).

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG NI TAK ADA ISU... MEREKA TEMBAK AJE BUAT TUDUHAN TANPA BUKTI YANG SAHIH... MAKNANYA MEMANG KAKI FITNAH PUN.... ORANG BODOH AJE YANG MEREKA BOLEH PERDAYA...

SENDIRI CAKAP SENDIRI TAK FAHAM...


Anwar melenting pasal isu Israel
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 28 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen.

Anwar yang berang apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem mengugut akan mengambil tindakan jika terus 'difitnah'.

Bagaimanapun, ketika dicabar Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, Anwar membisu.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila berkata, kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik.

"Jangan gunakan ini (kenyataan kepada WSJ) untuk melabel saya menyokong keganasan Israel, ini perbuatan biadab dan melanggar tatasusila, kenyataan saya bersyarat, bagaimana boleh tuduh saya sokong keganasan Israel?

"Saya menyokong aspirasi rakyat Palestin begitu juga kerajaan, saya akan mempertahan perkara ini. Saya akan bertindak jika terus difitnah, ini satu tafsiran yang kejam dan tidak bermoral," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Melihat Ketua Pembangkang itu berterusan menyalahkan pihak lain, Abdul Rahman sekali lagi tampil mempersoalkan Anwar mengapa beliau tidak menuntut akhbar antarabangsa itu memperbetulkan kembali kenyataan jika 'tidak sampai hati' hendak saman.

"Kita dengar penjelasan Permatang Pauh kononnya beliau mendokong aspirasi Palestin tetapi mengapa tidak minta WSJ buat kenyataan baru? Sedangkan ini jalan paling mudah, saman susah dan minta maaf pun janganlah," katanya sinis.

Dalam pada itu, melihat ketua mereka tertekan dalam isu Israel, beberapa pemimpin pembangkang antaranya, Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang), Tian Chua (PKR-Batu) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) tampil mempertahankan Anwar.

Paling menarik tindakan Khalid Samad (Pas-Shah Alam), satu-satunya pemimpin Pas yang bermati-matian mempertahankan Anwar dengan berkata: "Jangan baca hanya satu ayat seperti Kota Belud, kamu tidak akan faham,"

"Jangan memfitnah Permatang Pauh, apa perasaan Ketua Pembangkang bila dilabel beliau sokong atau reda dengan pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel? Kota Belud hanya tafsir ikut selera politik dia," katanya.

Terdahulu, Richard berkata, dakwaan Anwar kononnya beliau meletakkan syarat ketika mengeluarkan kenyataan itu hanya satu helah untuk mengaburi mata rakyat selepas dikritik hebat pelbagai pihak termasuk wakil Hamas.

Katanya, Anwar tidak meletakkan apa-apa syarat ketika menyatakan sokongan beliau terhadap segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sebaliknya, hanya berbuat demikian ketika ditanya mengenai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Saya amat terkilan dengan cara Ketua Pembangkang memutar belit kenyataan beliau sendiri dalam WSJ, tiada syarat yang ditetapkan dalam menyokong keselamatan Israel, beliau hanya berbuat demikian dalam soal diplomatik," katanya.

MP MANA YANG BERANI NAK BAWA USUL TU?

Ahli Parlimen boleh cabar kelayakan Ketua Pembangkang
DARI UTUSAN MALAYSIA
29/3/2012



KUALA LUMPUR 28 Mac - Mana-mana Ahli Parlimen berhak mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi mencabar kelayakan (impeach) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, berikutan pelbagai isu moral yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.

Bagaimanapun, beliau mengakui usul seumpama itu tidak pernah dikemukakan di Parlimen.

"Ia wajar diperhatikan kerana selama ini pihak kerajaan sahaja yang menjadi tumpuan di Parlimen angkara sebarang tindakan disiplin tetapi kita lupa peranan pembangkang yang juga sama penting dalam sistem 'check and balance'.

"Jika didapati bersalah, impaknya kepada Anwar ialah beliau boleh digantung atau dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

"Sebagai contoh, bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dilucutkan jawatan kerana menipu apabila mengatakan dia tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Monica Lewinsky, bukan kerana mengadakan hubungan seks itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu biseksual, di sini hari ini.

Hadir sama, dua lagi Ahli Parlimen Bebas yang juga bekas pimpinan PKR iaitu Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan N. Gobalakrishnan; pengasas PKR, Ng Lum Yong; saksi kes liwat Anwar pada 1997, Ummi Hafilda Ali; bekas pimpinan PKR, Ruslan Kassim dan Zahid Md. Arip serta bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, beliau atau mana-mana Ahli Parlimen lain berhak mengemukakan usul itu kepada Jawatankuasa Khas dan Keistimewaan Parlimen demi kepentingan negara serta memastikan amalan periksa dan imbang (check and balance) terus terpelihara.

"Ini (usul sebegini) pernah dibawa terhadap Anwar semasa dia memperdaya Parlimen apabila mengatakan Apco milik Yahudi dan dia sudah dihukum (digantung) enam bulan.

"Jadi soal 'impeachment' (menyangsikan/mencabar kelayakan) ini boleh dilakukan kalau kita bawa usul itu ke Parlimen pada bila-bila masa. Kita akan mempertimbangkan bila tiba masa sesuai kerana politik berpandu kepada strategi, kita kena atur gerakan," katanya.

KOMEN : APALAGI YANG DITUNGGU.... KITA TUNGGU APA KOMEN PUAK PEMBANGKANG PULAK... MESTI MEROYAN TAHAP BERUK PUNYA....

Nallakaruppan tidak berganjak



DARI kiri Ummi Hafilda Ali, Anuar Shaari, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Muhammad Shafee Abdullah, S. Nallakaruppan, Hasnal Rezua Merican, Zulkifli Noordin, Ng Lum Yong, Ruslan Kassim dan Zahid Md. Arip pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Mac - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berpegang teguh dengan kenyataan beliau yang mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual sungguhpun menghadapi tindakan saman daripada Anwar.

Katanya, beliau tahu sebab utama Anwar menyamannya adalah kerana kenyataan beliau bahawa tiada peruntukan dalam perlembagaan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

“Saya tetap dengan pendirian saya bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi PM atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya pegang walaupun disaman RM500 juta sekalipun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau sehingga kini belum menerima writ saman daripada peguam yang mewakili Anwar dalam kes tersebut.

Selain isu biseksual, Nallakaruppan dengan penuh yakin mendakwa Anwar turut mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

“Saya mahu perbicaraan dimula dengan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar. Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini.

“Saya juga akan beritahu ‘hasil’ yang diperoleh Shamsidar dan Anwar daripada perhubungan sulit ini,” katanya

Pada sidang akhbar itu, Nallakaruppan turut mengumumkan pelantikan peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam bela kes biseksual Anwar tersebut.

Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, perbicaraan kes tersebut boleh dimulakan secepat mungkin dalam masa dua bulan dari sekarang, tertakluk kepada tindakan dari pihak plaintif iaitu Anwar dan firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

“Saya akan menulis surat kepada firma guaman yang mewakili Anwar, tidak payah susah-susah, mereka boleh terus menyerahkan writ saman tersebut kepada firma saya supaya perbicaraan dimulakan cepat.

“Nalla akan timbulkan pembelaan justifikasi atau pembelaan kebenaran, bahawa apa yang dikata itu benar, saya pasti ia pembelaan utama beliau,” katanya.

Kepada satu soalan, katanya, memang wujud taktik melambatkan kes dalam perkara tertentu sebelum ini, namun hakim kini semakin proaktif untuk segera memulakan perbicaraan.

“Mereka sudah menyiapkan jadual di mana pihak terbabit akan dipaksa menyiapkan tugasan masing-masing supaya kes diteraju terus kepada perbicaraan,” tegasnya.

KOMEN : RASANYA LEPAS NI ANWAR MESTI TEKAN LOCENG PINTU KEDUTAAN ISRAEL KAT SINGAPORE KOT... MESTI ADA BUKTI YANG KUKUH, SEBAB TU NALLA TAK TAKUT... KITA TUNGGU SIAPA YANG SANGKUT....

Thursday 29 March 2012

Anwar tak layak jadi PM: Nalla


Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my

2012/03/29


NALLAKARUPPAN menunjukkan laporan polis pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
NALLAKARUPPAN menunjukkan laporan polis pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Ulangi dakwaan bahawa Ketua Pembangkang biseksual, sedia hadapi saman RM500j

KUALA LUMPUR: Datuk S Nallakaruppan tetap dengan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.

Dengan nada tegas, bekas rakan karib Anwar itu berkata beliau sanggup disaman walaupun RM500 juta kerana mendakwa mempunyai bukti yang boleh menyokong kenyataannya dan bersedia mendedahkannya di mahkamah.

Saya tidak boleh terima seorang biseksual sebagai menantu dan saya juga tidak boleh terima seorang biseksual sebagai pemimpin. - S Nallakaruppan “Saya tetap dengan pendirian bahawa seorang biseksual tidak layak jadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya tetap pegang walaupun saya disaman RM500 juta,” katanya yang membaca kenyataan empat perenggan pada sidang media, di sini semalam.

Hadir sama peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah serta tiga Ahli Parlimen BEBAS, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan N Gobalakrishnan (Padang Serai).

Isnin lalu, Anwar mengemukakan saman malu menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) dan dua pihak lagi berhubung artikel dalam akhbar Utusan Malaysia yang didakwa mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata, semua defendan secara salah dan berniat jahat menerbitkan perkataan fitnah melalui artikel muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu bertajuk ‘Anwar biseksual, tak boleh jadi ketua pembangkang – Nalla’ dan pada muka enam bertajuk ‘Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.’

Anwar mendakwa, perkataan fitnah dalam artikel itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang, pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam, tidak mempunyai reputasi yang baik dan rendah moral.

Katanya, perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat serta menjejaskan dengan teruk karakter, penghormatan, reputasi peribadi, politik serta kedudukannya.

Anwar mendakwa, beliau melalui peguam Tetuan Edwin Lim Suren & Soh pada 20 Mac lalu mengarahkan ketiga-tiga defendan menarik semula artikel berkenaan, memohon maaf dan membayar ganti rugi kepadanya tetapi sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.

Dalam sidang media itu, Nallakaruppan juga mahu perbicaraan dimulakan segera bagi membolehkan rakyat mengetahui kebenaran.

Beliau juga mendakwa Anwar menyamannya kerana kenyataannya yang mengatakan tiada peruntukan dalam Perlembagaan bahawa seorang biseksual tidak boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

“Saya tidak boleh terima seorang biseksual sebagai menantu dan saya juga tidak boleh terima seorang biseksual sebagai pemimpin,” katanya.

Sementara itu Zahrain, berkata kehadiran beliau bersama pemimpin lain pada sidang media itu bagi membuktikan sokongan mereka terhadap pendedahan Nallakaruppan.

“Kita lebih mengenali Anwar dan kita tidak mahu rakyat terus ditipu. Sebab itu saya akan bersama-sama dengan beberapa pemimpin lain untuk menjelaskannya kepada rakyat,” katanya.

Pengasas PKR, Ng Lum Yong yang turut hadir pula berpendapat kes saman itu bukan antara Anwar dengan Nallakaruppan, sebaliknya antara pemimpin pembangkang itu dengan rakyat Malaysia.

Bekas setiausaha politiknya, Annuar Shaari pula menyifatkan hubungan Anwar dengan Nallakaruppan sangat akrab dan pasti tahu banyak mengenainya.

Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Md Arip pula secara sinis berharap Anwar tidak lagi cuba berselindung di sebalik nama besar ulama Yusof Al-Qardawi dalam menghadapi kes biseksual itu.

KOMEN : SUDAH-SUDAHLAH ANWAR , BUKAN NALLA AJE YANG KATA... RAKYAT PUN KATA BENDA YANG SAMA...

Tun Mahathir terima Anugerah Tokoh Pereka Negara


DARI UTUSAN MALAYSIA
28/3/2012





Maximus Ongkili menyampaikan Anugerah Tokoh Pereka Negara kepada Dr. Mahathir Mohamad sambil disaksikan Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zainuddin (kanan) pada Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Good Design Mark 2011 di Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM 27 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima Anugerah Tokoh Pereka Negara bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan beliau membangunkan negara menerusi bidang inovasi dan reka bentuk.

Anugerah tersebut juga bagi menghargai inisiatif bekas Perdana Menteri itu menubuhkan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) pada 1993 dengan hasrat meningkatkan daya saing produk tempatan menerusi inovasi reka bentuk di pasaran global.

Pembangunan pesat negara termasuk pembinaan jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membuktikan komitmen Dr. Mahathir dalam membina pelbagai mercu tanda sekali gus meletakkan Malaysia seiring dengan negara-negara maju.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dalam satu majlis di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau amat berterima kasih kerana saranannya pada 1969 supaya negara mengutamakan reka bentuk telah disambut baik dan diteruskan sehingga hari ini.

"Masyarakat suka mencipta sesuatu yang berguna tetapi untuk diterima lebih baik kita perlu membuat reka bentuk yang lebih menarik kepada pembeli.

"Saya yakin dengan penumpuan penting terhadap aspek reka bentuk, produk-produk kita lebih mudah diterima di seluruh dunia," katanya ketika berucap sejurus menerima anugerah tersebut pada majlis anjuran MRM di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, setakat ini beliau berasa bangga dengan pencapaian pembangunan reka bentuk di negara ini.

Pada masa sama kata beliau, usaha itu perlu diteruskan dengan gigih supaya Malaysia terkenal sebagai negara yang mampu bersaing sama ada dari segi kualiti atau reka bentuk.

"Dengan ini juga Malaysia akan mara setapak lagi ke arah menjadi negara maju," kata beliau.

Dalam pada itu, pada majlis tersebut, sebanyak 17 syarikat tempatan menerima pengiktirafan Malaysia Good Design Mark 2011 atas kejayaan menghasilkan produk kreatif, inovatif dan mempunyai reka bentuk menarik.

Selain itu, sebanyak 30 daripada 80 produk pelbagai kategori yang diterima untuk penilaian tahun lalu berjaya menepati spesifikasi ditetapkan sekali gus layak menerima pengiktirafan sama.

Wednesday 28 March 2012

Tidak mustahil genggam Selangor


Najib Tun Razak (empat, kanan) melakukan "flag-off" kenderaan 4x4 yang membawa muatan tilam dan dapur gas bagi diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat, kelmarin. - BERNAMA

DALAM tempoh 1,460 hari dari tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12, apa yang rakyat Selangor telah saksikan.

Apa hasil ekonomi baru Selangor? Dalam tempoh empat tahun ini berapa banyak rumah mampu milik dibina? PKNS buat apa? Berapa banyak kawasan pertumbuhan baru dibuka? Jika semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), Selangor ada Lembah Bernam, Lembah Beringin, apa yang Menteri Besar kerajaan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat?

Tak habis-habis yang dipasang Abdul Khalid di seluruh pelosok negeri adalah poster-poster dan sepanduk yang tertera ucapan 'terima kasih, terima kasih dan terima kasih'. Terima kasih kepada siapa? Kepada diri sendirikah?

Apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio agama daripada Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat Pas, rakyat Selangor tertunggu-tunggu apakah polisi yang akan dilakukan Menteri Besar itu untuk memerangi gejala sosial di negeri itu. Macam mana bentuk tindakan. Namun, sehingga kini Exco Agama ini masih sepi. Sunyi.

Difahamkan, rakyat Selangor terutama orang Islam sudah nampak tembelang main politik Abdul Khalid ini di sebalik pemecatan Hasan. Itu belum masuk lagi isu Loji Air Langat 2, pungutan sampah, masalah UiTM (peralihan tapak asal UiTM di Serendah ke Melaka), kerugian Unisel dan banyak lagi kemelut yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor dek sangat main politik di negeri itu.

Penulis dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai, Hasan sendiri mendapat sokongan padu daripada para penyokongnya di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ada tujuh wakil rakyat daripada pembangkang dipercayai bersama Hasan. Tetapi kerana 'disumbat mulut', ahli Pas terpaksa berdiam diri.

Pemecatan Hasan pun akibat daripada kelantangan beliau menegur agenda pluralisme dan seksualiti bebas Anwar Ibrahim. Contoh terbaik sumbat mulut yang mana ahli Pas diarahkan untuk tutup mulut serapat mungkin daripada berbicara mengenai isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor kala ini cukup memeningkan rakyat negeri itu. Sama seperti nasib yang menimpa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Sidang DUN Khamis lalu membongkar cerita yang tidak ketahuan sahihnya mengenai kos tinggi sampai mencecah RM300,000 digunakan Hasan untuk mengubah suai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco kerajaan negeri tempoh hari, ramai mempersoalkan motif Azmin.

Jujurkah dia? Mengapa benda ini timbul setelah pemecatan Hasan? Mengapa tidak ditegur dan dibangkitkan semasa Hasan dalam Pas dahulu?

Dalam soal Selangor, nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah lama terhidu pembohongan demi pembohongan yang ditimbulkan oleh Abdul Khalid dan juak-juaknya dari DAP dan Pas ini. Banyak janji untuk rakyat dari mulut Abdul Khalid masih menerawang untuk ditunaikan di Selangor.

Kerana itu sudah dua kali Najib yang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor meluahkan keyakinan beliau bahawa negeri itu akan kembali ke pangkuan BN pada PRU-13 nanti. Terbaru, nada sama di Hulu Langat kelmarin.

Secara umum, mood kemenangan untuk diraih BN itu sudah ada. Kerajaan BN betul-betul touch point pada rakyat. Najib tidak sekadar bercakap tetapi melakukannya dan menepati janji.

Penulis dimaklumkan usaha pakatan pembangkang untuk mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan BN cukup keras dan penuh siap siaga. Maklumlah negeri kaya yang boleh dijadikan tempayan dana pilihan raya mereka.

Dalam soal 'hidup mati' ini, antara yang ketara tindakan pakatan pembangkang ialah membuat sebanyak mungkin bantahan terhadap pendaftaran baru pengundi dan pertukaran alamat pemohon ke Selangor.

Ini lebih-lebih lagi ke kawasan 'kubu kuat' Parlimen atau DUN yang disyaki akan menggugat kedudukan pakatan. Pelbagai taktik dilakukan oleh ahli-ahli Pas, PKR dan DAP untuk menafikan hak individu yang dijamin perlembagaan ini dalam dua kategori permohonan berkenaan. Kalau tidak dibawa tok penghulu, dibawanya tuan rumah terbabit untuk menafikan hak pemohon bertukar alamat.

Penulis mengajukan pertanyaan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam tentang perkara ini. Lantas, beliau tidak menafikan bahawa ada parti yang sanggup mengeluarkan bajet semata-mata untuk menyuruh ahli dan para penyokongnya membuat bantahan terhadap si polan itu, si polan ini yang mendaftar di Selangor atau bertukar alamat.

Untuk satu bantahan, kosnya cuma RM10. Tetapi kesan dari bantahan ini, sekali pun melibatkan hanya seorang, bahananya terpalit ke seluruh pemohon dalam bahagian pilihan raya berkenaan.

Motif si pembantah cuma satu, dengan harapan orang kena bantah (OKB) tidak hadir siasatan awam, tergendala pendaftaran/pertukaran alamat sekali gus mengganggu pewartaan Daftar Pemilih Suku Ke-4 2011.

"Tapi untuk seluruh negeri Selangor, siasatan awam ke atas kesemua 421 bantahan ini sudah selesai melalui keputusan Pengarah SPR negeri yang dibuat kelmarin.

"Sebanyak 30 peratus daripada 421 bantahan ditolak manakala yang lain diterima. Kebanyakan bantahan melibatkan isu pertukaran alamat meskipun permohonan ini sebahagian besarnya tulen disebabkan pemohon berpindah rumah dan bertukar tempat kerja," kata beliau sambil menyebut kawasan Subang paling banyak melibatkan bantahan iaitu 90 bantahan, sementara yang lain membabitkan kawasan Gombak, Shah Alam dan Puchong.

Untuk siasatan awam berkaitan negeri lain difahamkan tidak banyak melainkan Kelantan yang hampir sama angkanya dengan Selangor. Siasatan awam di negeri-negeri lain dijangka selesai minggu depan.

Di Selangor ketika ini terdapat 1.8 juta pengundi. Ia termasuk 13 peratus atau 170,000 pengundi muda yang akan pertama kali menunaikan tanggungjawab mereka.

Kalau pun kerajaan PKR Selangor berkemungkinan mengambil keputusan enggan membubarkan DUN negeri serentak dengan pembubaran Parlimen di Pusat, ia tidak akan menjadi satu masalah.

Lebih teruk lagi imej pakatan pembangkang akan bertambah kusut masai lagi apabila isu pembaziran ditempelak nanti oleh seluruh rakyat Selangor.

Untuk pengendalian PRU-13 ini sahaja, SPR memerlukan bajet lebih RM200 juta. Jika Selangor tidak membubarkan DUNnya, bajet tambahan RM30 juta lagi diperlukan untuk pilihan raya negeri berasingan. Kelak, rancangan pembangunan negeri pun tergendala gara-gara asyik berkempen, berpolitik.

Sekolah-sekolah nanti pula akan masih digunakan untuk saluran mengundi, pembelajaran murid terganggu, guru pun pening kepala. Contohilah sahaja Kelantan, 22 tahun Pas memerintah, tak kalut pun soal mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan Pusat.

Yang ketara di mata rakyat Selangor kini adalah pakatan pembangkang yang kian kalut. Senjata utama 'sifu' Abdul Khalid, Anwar adalah menyumbat mulut yang mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan negeri daripada terus menjadi pokok perbualan utama rakyat.

Dalam kes Raja Petra, Anwar sendiri pun tidak cukup berani berhadapan dengannya lalu menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra dikeluarkan dari forum yang akan dilakukan secara langsung ini, bersama-sama dengan pengasas Wikileaks Julian Assange.

Selain sumbat mulut dalam kes Hasan, arahan dan ugutan tutup mulut terhadap Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menyerlahkan sifat autokratik dan kuku besi dalam Pas. Arahan tutup mulut yang dipraktikkan pakatan pembangkang ini umpama 'demokrasi' yang merentap ahli dan penyokongnya daripada mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan dalam media daripada didengari rakyat. Ia 'demokrasi' yang melarang surat khabar dan media rasmi lidah Melayu daripada menjadi bahan bacaan utama para penyokong.

Jika dalam 'tsunami' politik di Selangor pada 2008 pun UMNO masih berupaya meraih 18 daripada 35 kerusi ditandingi, maka tidaklah mustahil misi menggenggam kembali Selangor yang memiliki keseluruhan 56 kerusi DUN akan berjaya.

Ia asalkan 50 peratus atau 9 daripada baki 17 kerusi yang kalah ditandingi UMNO tempoh hari dimenangi (9 + 18 > 27 kerusi), MCA bertambah satu lagi kerusi dari 2 kerusi yang dimenangi (dari 14 ditandingi) manakala MIC menang tiga kerusi. Maka dua pertiga bakal beralih ke BN.

Selangor mampu digenggam kembali oleh BN. Ia asalkan semua parti komponen BN terus bersatu hati menerusi anjuran program turun padang bersama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat. Ini termasuklah seperti yang ditunjukkan di Hulu Langat kelmarin.

Kesatuan hati ini semakin ketara dari hari ke hari, bulan ke bulan menjelang PRU-13.

KOMEN : BILALAH NAK PRU NI... TAK SABAR AKU NAK BENAM PUAK PEMBANGKANG NI TERUTAMA ADUN BATU TIGA DAN MP SHAH ALAM...

Kes hasutan: Karpal gagal merayu


DARI UTUSAN MALAYSIA
27/3/2012




PUTRAJAYA 26 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini gagal merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung perintah Mahkamah Rayuan mengarahkannya membela diri atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak, tiga tahun lalu.

Ia berikutan keputusan panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan notis usul pihak pendakwaan yang memohon agar rayuan itu diketepikan tanpa mendengar meritnya.

Dengan keputusan tersebut, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dijadual memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi pada 30 dan 31 Mei ini.

Beliau bagaimanapun masih menunggu tarikh pendengaran di hadapan satu panel Mahkamah Rayuan lain untuk menyemak keputusan terdahulu yang mengarahkannya membela diri.

Hakim Zulkefli ketika membacakan keputusan ringkas itu menyatakan, isu berhubung perkataan 'keputusan' mengikut definisi Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 yang dibangkitkan oleh pendakwaan, terpakai dalam prosiding hari ini.

Beliau menyatakan, panel tersebut sebulat suara bersetuju bahawa perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Januari lalu tidak boleh dirayu pada peringkat ini kerana ia belum muktamad.

Hakim Zulkefli turut menyatakan, kuorum tersebut bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang dijadikan Karpal sebagai asas rayuan, perlu dibaca bersama Perkara 121(2) dan Seksyen 87 COJA.

Turut bersidang ialah Hakim Datuk Hashim Yusoff, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Datuk Hasan Lah.

Karpal merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskannya tanpa dipanggil membela diri.

Peguam terkemuka itu dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Karpal yang mengetuai barisan pembelaan dalam rayuan itu berhujah, beliau layak diberi hak yang sama rata di sisi undang-undang seperti yang termaktub di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Noorin Badaruddin berhujah, kesamarataan hak itu tidak mutlak kerana Perkara 8(1) perlu dibaca secara bersama dengan Perkara 121(2) Perlembagaan dan Seksyen 87 COJA.

Pendakwa raya turut menghujahkan, rayuan Karpal tidak sempurna pada peringkat ini atas alasan kes berkenaan belum selesai sepenuhnya.

Beliau bersama-sama Timbalan- Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup dan Azlina Rasdi berhujah, perintah Mahkamah Rayuan hanya boleh dirayu apabila kesnya dimuktamadkan dan hak beliau dilupuskan pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal selepas mendapati kenyataan pada sidang akhbar itu termaktub di bawah pengecualian Seksyen 3(2)(a) Akta Hasutan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memutuskan perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.

KOMEN : SAMPAI BILA NAK TEMBERANG...?

ADAKAH PERBICARAAN AKAN TERTANGGUH LAGI?

Anwar saman Nallakaruppan RM100 juta
DARI UTUSAN MALAYSIA
27/3/2012




SIVARASA yang mewakili Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar berhubung pernyataan tuntutan saman terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam, R. Sivarasa.

Saman itu berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Anwar menamakan Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum), Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Anwar selaku plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud, beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mendakwa, perkataan fitnah tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada reputasi peribadi, politik dan menjejaskan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.

Bagi Anwar, tuduhan-tuduhan itu sengaja direka untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli politik.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM100 juta dan ganti rugi teruk serta teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Plaintif turut menuntut satu injunksi untuk menghalang pihak defendan daripada menerbitkan semula perkataan fitnah itu meskipun secara lisan atau media percetakan atau melalui Internet.

Jangan cari helah tangguh bicara - Lum Yong

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunjukkan beliau benar-benar serius dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkannya hari ini terhadap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, adalah tidak wajar sekiranya Anwar mengambil tindakan tersebut semata-mata untuk tujuan propaganda dan helah politik sahaja.

''Saya tidak mahu melihat kes saman berkenaan menerima nasib serupa seperti beberapa kes yang pernah difailkan Anwar di mahkamah namun masih belum berkesudahan sehingga kini.

''Kes saman kali ini sebenarnya melibatkan kepentingan umum kerana rakyat ingin tahu kebenaran di sebalik dakwaan Nallakaruppan terhadap Anwar," jelasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saman yang difailkan Anwar melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Lum Yong, ketua pembangkang itu diminta tidak mencari helah bagi memohon mahkamah menangguhkan proses perbicaraan kes saman terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (B) Berhad.

Lum Yong berkata, beliau dan bekas-bekas pemimpin PKR yang lain akan menganjurkan kempen mengumpul tandatangan bagi menyokong pihak mahkamah memberi keutamaan untuk membicarakan kes saman tersebut secepat mungkin.

KOMEN : GEMPAK AJE LEBIH... TAKUT TERTANGGUH DITENGAH JALAN AJE KES NI... MACAM KES YANG LAIN-LAIN... KITA TUNGGU SIAPA YANG KENA...?

Sabar separuh daripada iman


Oleh AMINUDIN MANSOR

Jangan sesekali mengeluh menghadapi ujian kerana ada yang lebih mampu bersabar dan senyum dengan dugaan yang lebih berat dan sangat getir untuk ditanggung. - Gambar hiasan

SIFAT sabar sangat penting dididik dalam hati dan diri seseorang terutama apabila menghadapi ujian dan musibah. Dalam kehidupan, Allah akan sentiasa menguji kita, kerana ujian itu adalah untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya.

Ramai manusia yang kecundang dengan ujian Allah kerana tiada sifat sabar. Begitu juga kerana tidak dapat mengawal diri daripada segala ujian dan pahit getir hidup dengan bersabar.

Ujian Allah dalam juga bentuk tidak mengira pangkat dan kedudukan. Apatah lagi bagi mereka yang beriman dan kuat beribadat.

Puasa di bulan Ramadan juga sedikit sebanyak mendidik sifat sabar dalam hati dan diri seseorang. Sabar daripada lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga bersabar melakukan ibadat sunat sepanjang bulan mulia tersebut.

Dalam al-Quran terdapat 49 ayat yang menjelaskan dan menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153).

Orang yang beriman mestilah mendidik hati dan dirinya dengan sifat sabar yang dapat mengangkat dirinya ke arah ketakwaan. Melalui sifat sabar dalam amalan-amalan lain, terutamanya solat akan dapat mendekatkan diri seseorang dengan Allah.

Selanjutnya, Allah berfirman lagi: Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155).

Jelaslah, orang-orang yang sabar dengan ujian Allah berkaitan dengan ujian ketakutan, kelaparan, cuaca panas, banjir, kekurangan harta dan jiwa akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah. Balasan tersebut merupakan pahala dan juga hikmah yang lain, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Berkaitan dengan orang yang sabar Allah berfirman: Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir. (al-Anf'al: 66).

Cendekiawan Islam pernah menyatakan, kita jangan terlalu menginginkan semua berlangsung seperti yang kita kehendaki, tetapi sabarlah dengan kejadian yang berlangsung sebagai apa yang sudah berlangsung sehingga kita tetap tenang dan tenteram. Kita semua tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.

Bukti kesabaran Rasulullah SAW dalam tempoh 23 tahun baginda mengajak penyembah berhala, kaum Yahudi dan Nasrani kepada tauhid yang murni dengan dakwah yang mantap.

Sifat sabar baginda menghadapi tuduhan, cacian dan tentangan akhirnya terbukti apabila orang musyrik masuk memeluk agama Allah dan menyanjung tinggi syiar Allah.

Berkaitan dengan sifat sabar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan." (riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).

Begitulah tingginya tahap sifat sabar dalam diri seseorang. Sementara rasa keyakinan adalah keseluruhan kepada keimanan seseorang. Dalam menjalani kehidupan sifat sabar dan yakin sangat penting bagi mencapai kejayaan sama ada dalam ujian, permasalahan hidup dan juga ketika menghadapi musibah.

Selanjutnya Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya: Sabar yang sebenarnya adalah sabar pada saat bermulanya musibah. (riwayat Al-Bukhari).

Sebagai manusia yang beriman, seharusnya tidak mudah tewas dengan apa juga ujian Allah. Sabar menerima ujian tidak mudah putus asa, tidak resah gelisah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran hidup biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan dan kebaikan.

Tuesday 27 March 2012

Hasan cabar Azmin


DARI BERITA HARIAN ONLINE
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Rafidah Mat Ruzki dan S Anand Kumar
2012/03/27


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicabar supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain.

Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu diminta segera berbuat demikian kerana ketika itu beliau hanya pegawai kerajaan biasa yang tidak mampu memiliki banyak wang untuk membeli saham bernilai berjuta-juta ringgit.

Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata Mohamed Azmin sepatutnya terlebih dulu mencermin diri sebelum melemparkan sebarang tuduhan jahat terhadapnya.
“Sila jelaskan dari mana sumber kewangan YB Bukit Antarabangsa dan isterinya membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta, sedangkan ketika itu saya difahamkan beliau hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 saja.

“Sila nafikan laporan yang menyatakan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S A Vickneswaran yang mendakwa Azmin dan isteri termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an. Saya timbulkan perkara ini kerana bagi saya Mohamed Azmin tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk berbicara soal kredibiliti, integriti dan ketelusan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Hasan menganggap tuduhan Mohamed Azmin beliau menggunakan ratusan ribu ringgit untuk membaikpulih pejabat EXCO Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri, sebagai tindakan tersirat yang mahu menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Tindakan mempersoalkan kewibawaan saya di DUN baru-baru ini secara langsung mempertikai kredibiliti kerajaan negeri pimpinan Khalid. Ini kerana kelmarin Khalid sendiri sudah mengesahkan perbelanjaan itu mengikut tata cara perbendaharaan negeri.

“Ini seperti membunuh dua burung dengan sebiji batu. Memang PKR ada perbalahan dalaman di Selangor kerana Azmin menggantikan Khalid sebagai Pengerusi PKR negeri. Malah, dengan kedudukan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai penasihat ekonomi negeri, pasti lebih selesa buat Azmin,” katanya.


Hasan turut mencadangkan supaya semua perbelanjaan EXCO dan pengarah agensi serta anak syarikat kerajaan negeri diisytiharkan kerana ada pihak lain yang mengeluarkan belanja lebih besar untuk membaik pulih pejabat.

“Saya merasakan jumlah yang saya belanjakan sederhana kerana pengubahsuaian termasuk untuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) berjumlah 19 orang. Mengikut maklumat, kosnya lebih rendah jika dibandingkan pengubahsuaian pejabat EXCO lain,” katanya.

Mengulas isu lain, Hasan berkata, beliau menyokong langkah Datuk S Nallakarupan untuk berdepan dengan Anwar di mahkamah kerana baginya “biar orang yang paling rapat dengan Anwar mendedahkannya kerana rakyat mahu pemimpin yang mempunyai moral tinggi saja berada di Putrajaya.”

Saranan supaya Mohamed Azmin mendedahkan sumber kewangannya, disokong Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang menegaskan tidak wajar mencari kesalahan pihak lain sedangkan beliau belum menjawab perkara itu selepas didedahkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

“Kita ingin tahu siapa insan yang bermurah hati memberikan begitu banyak wang kepada Mohamed Azmin. Isu ini asalnya didedahkan oleh Anuar, iaitu orang yang pernah bersama-sama dengan Mohamed Azmin ketika berkhidmat untuk Anwar. Rakyat juga berharap polis dapat mendedahkan hasil siasatan kerana Anuar sudah menyerahkan segala bukti kepada pihak berkuasa pada 2009,” katanya.

Sementara itu, pada sidang DUN pagi semalam, Hasan mempersoalkan dana RM300 juta di bawah geran Selangorku yang dikatakan tidak direkodkan dalam akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

KOMEN : NAK AMBIL KAU... JAWABLAH... YANG PASTI SAMPAI KUCING BERTANDUK PUN SI AZMIN NI TAKAN MENYAHUT CABARAN INI.... TAK PERCAYA... TUNGGU....

Alonso juara perlumbaan dramatik



Pelumba Ferrari, Fernando Alonso menunjukkan isyarat kemenangan sebaik sahaja melintasi garisan penamat pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, semalam.


SEPANG – Hujan membawa tuah buat pemandu Ferrari, Fernando Alonso apabila menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia penuh dramatik di Litar Sepang, semalam, iaitu kemenangan pertamanya dalam tempoh lapan bulan. Pemandu Sepanyol itu melengkapkan 56 pusingan selepas perlumbaan disambung semula setelah 51 minit dihentikan akibat hujan lebat. Ia disifatkan perlumbaan paling panjang apabila Alonso menamatkan saingan dengan masa 2 jam 44 minit 51.812 saat.

Pelumba muda Mexico, Sergio Perez dari pasukan Sauber hampir melakar kejutan terbesar apabila menyaingi Alonso dalam beberapa pusingan akhir, namun terpaksa akur di tempat kedua. Pemandu berusia 22 tahun itu yang memulakan perlumbaan pada petak kesembilan mempamer pemanduan konsisten sejak awal saingan dan cemerlang menyingkirkan pelumba pilihan, Lewis Hamilton daripada McLaren ke tangga ketiga.

Mengulas kejuaraannya di Sepang Alonso berkata: “Bukan mudah untuk kami mencatat kemenangan di litar yang hebat ini ekoran keadaan cuaca. “Kejayaan kami hari ini banyak dibantu dengan keputusan tepat yang dibuat oleh pasukan ketika hendak melakukan hentian pit. “Saya dicabar hebat Sergio yang ternyata cukup laju dan keputusan tepat yang dibuat krew pasukan untuk membuat pertukaran daripada tayar pertengahan kepada tayar keras banyak membantu saya mengekalkan kedudukan di depan Sergio.” Tambah Alonso, dia sebenarnya bernasib baik dapat mengekalkan kedudukan di depan selepas jentera Sauber yang amat pantas memberi saingan sengit.

Perlumbaan semalam turut menyaksikan dominasi Red Bull dalam saingan Formula Satu sejak dua tahun lalu mula berkurangan setelah pelumba mereka, Mark Webber sekadar menamatkan saingan di tempat keempat, manakala juara dunia, Sebastian Vettel tercicir di tangga ke-11.

Bekas juara dunia, Kimi Raikkonen dari Lotus, yang kembali daripada persaraan, menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima. Malang sekali lagi menimpa rakan sepasukannya dalam Lotus, Romain Grosjean kerana gagal menamatkan saingan setelah terbabas. Juara Grand Prix Australia, Jenson Button pula menamatkan saingan di tempat ke-14, sementara dua pemandu Mercedes AMG Petronas, Michael Schumacher dan Nico Rosberg masing-masing sekadar menduduki tempat ke-10 serta ke-13.

PEMBANGKANG HANYA PANDAI BERJANJI AJE...

Rekod pembangkang tidak hebat
MOHD. Shafie Apdal bersalaman dengan penduduk Kampung Jusung Melanta pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Bum Bum, Semporna, semalam.

SEMPORNA 25 Mac - Parti pembangkang di negara ini langsung tidak mempunyai rekod yang boleh dibanggakan berbanding apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mereka telah diberi peluang memerintah beberapa buah negeri tetapi malangnya tidak berusaha membawa kemajuan, sebaliknya lebih mementingkan agenda peribadi berbanding keperluan rakyat.

Sebaliknya, menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak memegang teraju negara telah melaksanakan pelbagai usaha transformasi untuk membawa negara ke landasan tepat menjadi sebuah negara maju.

"Tetapi apa yang dilakukan oleh pembangkang di beberapa buah negeri seperti Kedah dan Kelantan? Dalam tempoh tiga tahun, mereka berada dalam kucar kacir, hendak melantik Exco pun sudah bergaduh di Kedah. Ini baru perintah negeri, cuba bayangkan jika perintah negara.

"Di Kelantan selepas 20 tahun, apa yang Pas buat? Segala pembangunan yang terdapat di negeri itu adalah hasil usaha gigih BN," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program Mesra GiatMara Sabah di sini hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah diminta mengulas mengenai kecenderungan pemimpin pembangkang yang sering membuat ceramah dengan memfitnah dan memburukkan kerajaan BN.

Tegas beliau, senjata utama pembangkang hanya satu iaitu berbekalkan siri-siri ceramah dengan memfitnah kerajaan dan pada masa yang sama menjanjikan 'bulan dan bintang', sesuatu yang mereka tahu ia mustahil untuk ditunaikan.

"Kepada rakyat, buatlah penilaian terbaik berdasarkan rekod prestasi terbaik, insafi apa yang pembangkang buat di negeri-negeri yang diperintah dan nilai pula apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini," katanya.

KOMEN : HAHAHAA ... KETAWA DAHULU, PEMBANGKANG BANYAK JUGA MENCIPTA REKOD YANG ORANG LAIN TAKAN TERFIKIR NAK BUAT... LU FIKIRLAH SENDIRI KATA NABIL....

MACAMANA NAK TUNAI, GAJI PENASIHAT PUN HANYA RM 1.00

Pembangkang gagal tunai janji
NAJIB Tun Razak menyampaikan sumbangan tilam dan dapur kepada wakil mangsa banjir Hulu Langat dan Ampang sambil diperhatikan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Dusun Tua, Hulu Langat, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

HULU LANGAT 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan rakyat di Selangor yang didapati semakin memuncak kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata, angin perubahan sokongan itu terhasil apabila BN sentiasa mengotakan segala janji yang dibuat khususnya terhadap golongan memerlukan serta pelbagai lapisan masyarakat lain melalui pelbagai program transformasi kerajaan.

Selain itu, katanya, angin perubahan sokongan tersebut turut didorong oleh kegagalan pembangkang mengotakan janji yang dibuat mereka pada pilihan raya umum lalu.

"Dia (pembangkang) janji 2008 banyak mana dah tunai? Cukai pintu dikurangkan 20 peratus, dah tunai? Cukai premis perniagaan turun 10 peratus, tunai? Perkhidmatan kesihatan percuma warga emas di Selangor, tunai?

"RM50 sebulan bantuan kanak-kanak prasekolah? RM600 sebulan elaun ibu tunggal? Belum lagi. Kecil sahaja. Kita lihat sebab itulah rakyat semakin yakin kepada BN.

"Jadi tidak payah cakap banyak, kita sudah kena tipu sekali cukup, jangan nak kena tipu sekali lagi," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir di kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, di sini hari ini.

Sumbangan kepada 3,578 mangsa banjir yang terjejas dalam kejadian awal bulan ini menyaksikan kehadiran lebih 5,000 ahli keluarga terlibat serta para penyokong UMNO dan BN.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, kerajaan BN sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat kerana rakyat yang bertanggungjawab memilih para pemimpin untuk mentadbir negara.

Sambil berseloroh, katanya, beliau sanggup melewatkan jadual untuk ke acara perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini, demi menyelesaikan acara bersama para mangsa banjir tersebut terlebih dahulu.

"Saya sepatutnya ada di Sepang tapi saya beritahu (Lewis) Hamilton, (Michael) Schumacher boleh tunggu, (Jenson) Button boleh tunggu, F1 tunggu dulu kerana rakyat Hulu Langat dan Ampang mesti diutamakan.

"Sebab sana tidak ada undi, Hamilton tidak boleh undi, Schumacher tak boleh undi, tuan-tuan dan puan-puan boleh undi dan anda semua yang meletak kami di atas, sebab itu kita hargai," katanya.

KOMEN : KENAPA NAK MARAH PADA PUAK PEMBANGKANG... YANG TERTIPU RAKYAT YANG DIPERBODOHKAN KERANA TERPESONA DENGAN JANJI BULAN DAN BINTANG MEREKA, AKHIRNYA YANG RAKYAT DAPAT LALAT DAN LANGAU BERTERBANGAN MEMENUHI RUANG ANGKASA KERANA MASALAH SAMPAH CIPTAAN MB SELANGOR... BANYAK LAGI TU BENCANA YANG AKAN MENDATANG... MASALAH AIR MASIH BELUM SELESAI TU...

Monday 26 March 2012

Agenda tersirat pihak liberal agama


DARI UTUSAN MALAYSIA
25/3/2012



KEBELAKANGAN ini suara mereka yang mahukan pemahaman mengenai Islam diubah semula semakin lantang kedengaran. Gerakan ini yang dilihat sebagai usaha golongan Islam liberal yang mahukan lebih banyak kebebasan dalam bersuara dan berfikir selain mentafsir sendiri al-Quran mengikut kehendak sendiri. Lebih menakutkan, mereka juga membenarkan pluralisme agama atas alasan bahawa semua agama adalah sama.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), ISMAIL MINA AHMAD begitu tegas dalam hal ini yang mana, ujarnya jika tidak dikawal ia akhirnya mampu merosakkan ummah keseluruhannya. Beliau yang juga bekas sahabat karib Anwar semasa menuntut di Universiti Malaya, ABIM dan kemudian di Yayasan Anda berkata, golongan ini bercakap ikut suka dalam memberi interpretasi tentang Islam “ Mereka bukan sahaja mahu menyebar fahaman Islam liberal tetapi mempunyai agenda politik. Ini adalah sesuatu yang bahaya dan ini jugalah prinsip berfikirAnwar bersama orang-orangnya,” kata Ismail ketika diwawancara wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid baru-baru ini.

MINGGUAN: Bagaimana Ustaz melihat ancaman liberalisme dan pluralisme agama pada masa sekarang?

ISMAIL: Makna liberalisme itu sendiri kita boleh faham yang mana ia bererti bebas berfikir dan berbuat apa sahaja asal tidak mengganggu kebebasan orang lain. Oleh itu ada seseorang yang berpegang kepada ini akan bebas bercakap mengenai apa sahaja mengenai agama mengikut cita rasa mereka. Namun apakah benar ia tidak mengganggu orang lain kerana hakikatnya ia mengganggu orang Islam yang masih berpegang teguh kepada ajaran sebenar. Prinsip bagi mereka yang berpegang kepada pluralisme agama ada dua iaitu pertama berpegang kepada sepere aude. Ia bermaksud berani menggunakan akal dan kefahaman sendiri dalam hal ehwal agama tanpa bantuan orang lain. Ini yang dikatakan oleh seorang ahli falsafah Jerman, Emmanuel Kant dan ia diikuti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah mengatakan bahawa, "lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat sepere aude". Berdasarkan prinsip sepere aude inilah beliau bercakap ikut suka dalam memberi interpretasi tentang Islam.

Dalam sebuah buku, Apa itu Pencerahan yang ditulis oleh Kant dan diterjemah serta diterbit Institut Kajian Dasar (IKD), yang mana Khalid Jaafar yang juga arkitek liberalisme dan pluralisme agama negara ini, dalam kata pengantarnya pernah menyatakan, "ia membebaskan tenaga fikiran manusia melalui penggunaan akal sebagai alat menyoal siasat sistem politik dan amalan beragama. Ini adalah sesuatu yang bahaya dan ini jugalah prinsip berfikir Anwar bersama orang-orangnya.

Prinsip kedua seperti yang dinyatakan oleh Nurcholish Madjid, yang juga bapa liberal dan pluralisme di Indonesia bahkan Nusantara, mereka berpegang bahawa al-Quran itu sendiri adalah liberal. Nurcholish inilah yang dijadikan mentor oleh IKD kerana mereka ini tidak mempunyai idea dan kekuatan intelek. Mereka bebas memberi interpretasi mengenai kandungan al-Quran. Inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim bersama Profesor Osman Bakar. Padahal bukan semua boleh memberi interpretasi dan mentafsirkan tentang kandungan al-Quran.

Apa sebenarnya agenda Islam liberal di negara ini?

ISMAIL: Jika mengikut ideologi Islam liberal Indonesia, Lutfi Shaukani antaranya yang berkata agenda liberal Islam adalah agenda politik. Mereka bukan sahaja setakat mahu menyebar fahaman Islam liberal tetapi mempunyai agenda politik. Menurut fahaman mereka untuk membentuk sistem pemerintahan ia adalah fahaman dan bikinan manusia. Apa yang dilakukan itu adalah pilihan manusia dan bukan telah ditetapkan oleh Tuhan dan syariat. Padahal dalam Islam sudah lengkap segalanya termasuk sistem politik. Namun bagi mereka sistem politik mereka adalah mengikut akal dan hawa nafsu semata-mata selain perlu bebas dan tidak terikat dengan mana-mana autoriti. Agenda kedua mereka adalah untuk mewujudkan teologi pluralisme.

Seterusnya mereka ini konon-kononnya mahu membebaskan wanita dengan memberi hak sepenuhnya sehingga boleh menceraikan suami dan sebagainya. Semua sistem ini mahu dirombak mereka. Seterusnya adalah untuk memberi promosi dan memperjuangkan supaya wujudnya kebebasan berpendapat sepenuhnya atau sebebas-bebasnya. Inilah antara agenda utama mereka yang ternyata sudah jauh terpesong. Mereka kalau boleh mengatakan al-Quran itu adalah ciptaan manusia seperti yang dipegang oleh penulis seperti Salman Rushdie. Orang seperti dia ini telah ditetapkan dalam Islam supaya dihukum bunuh. Tapi ada pula seorang tokoh politik di negara ini yang begitu menyanjung penulis ini bahawa bahasa dan penulisannya begitu hebat sekali dan saya mendengar kata-katanya ini di YouTube. Orang seperti ini bukan sahaja kita tidak boleh berkawan malah nak tengok pun tak boleh.

Ada berapa kelompok Islam liberal ini kalau ustaz boleh dedahkan?

ISMAIL: Terdapat tiga jenis liberal kalau saya boleh huraikan walaupun mungkin terdapat lebih daripada itu. Pertamanya liberal akidah dan golongan ini adalah paling parah. Mereka ini sudah terpesong dan akhirnya akan memegang kepada pluralisme agama. Maknanya agama apa pun boleh duduk dalam satu entiti. Padahal Islam hanya satu dan tidak ada yang lain. Oleh itu bagi mereka yang memegang kepada pluralisme agama, mereka percaya bahawa semua agama adalah sama. Ini adalah sesuatu yang bahaya kerana mereka tidak berpegang kepada tauhid. Padahal konsepsi tauhid Islam adalah terlalu jauh berbeza dengan erti tauhid bukan Islam. Sebab itu Anwar dan orang-orangnya di IKD menyatakan bahawa nama Allah itu boleh dikongsi bersama dengan bukan Islam sedang nama Allah itu adalah sesuatu yang sangat eksklusif. Ini jelas bahawa Allah adalah tidak beranak dan diperanakkan yang berbeza dengan fahaman agama Kristian dan Yahudi. Satu fahaman liberal akidah ini adalah salvation atau keselamatan.

Dalam ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) beliau mengatakan ada keselamatan di luar Islam dan ini bermakna semua penganut agama boleh masuk Islam. Malah seorang pensyarah Seyyed Hossein Nasr yang turut dijadikan idola oleh seorang pensyarah di negara ini pernah menyatakan bahawa adalah tidak adil Tuhan jika orang bukan Islam juga turut masuk neraka. Pernah dalam satu persidangan di Phuket beberapa tahun lepas, salah seorang anak murid Seyyed Hossein Nasr berkata orang Hindu yang rajin pergi ke kuilnya akan masuk ke Syurga seperti orang Islam. Golongan ini berpegang bahawa semua orang tidak mengira agama akan masuk syurga dan ini adalah sangat bercanggah dengan Islam seperti dalam Hadis Nabi SAW: "Hanya satu kumpulan yang berjaya masuk syurga iaitu kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah". Kalau tidak apa guna Nabi SAW mengajak orang Yahudi dan Nasrani masuk Islam dan menjalankan dakwah sehingga ada sahabat Nabi SAW terbunuh oleh orang Musyrik.

Bagaimana dengan kelompok kedua dan seterusnya?

ISMAIL: Kelompok seterusnya adalah liberal syariat seperti membenarkan kahwin campur. Ini yang cuba diketengahkan oleh puak-puak ini padahal ia adalah jelas dilarang oleh Islam dan ini akhirnya merosakkan pendirian umat Islam itu sendiri. Malah buku-buku seperti ini diterbitkan oleh IKD yang jelas mempunyai kaitan dengan Anwar. Menariknya buku-buku mengenai fahaman ini turut diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kemudian bagi yang percaya kepada fahaman liberal syariat ini mereka boleh dan dibenarkan membuat maksiat sewenang-wenangnya. Sebab itu terdapat pihak yang begitu beria-ia mempertahankan golongan LGBT dan tidak membenarkan sesiapa menahan kehendak mereka. Padahal perkara ini sangat jelas dalam Islam dan pihak pemerintah perlu tegas dalam perkara ini. Sebab itu mereka berpegang kepada liberal syariat dan mereka menentang sebarang penahanan polisi sosial.

Seterusnya adalah liberal dari segi akhlak. Mereka ini melihat soal akhlak adalah soal individu. Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam soal akhlak individu dan oleh kerana itu seorang ahli politik negara ini mengatakan jika seseorang mahu melakukan maksiat di rumah mereka itu adalah terpulang kepada individu. Jika kita tidak menghalang perlakuan ini berlaku maka masyarakat kita adalah terdiri daripada masyarakat binatanglah. Padahal binatang pun telah ditetapkan peraturan oleh tuannya. Sebab itu kita lihat golongan ini tidak ada segan silu membuat maksiat terang-terangan. Sebab itu jika kita membiarkan golongan Islam liberal ini berleluasa struktur Islam itu runtuh sama ada dari segi akidah, syariat dan akhlak.

Mungkin ada hujah atau pandangan kukuh bagaimana untuk menolak sama sekali fahaman sebegini?

ISMAIL: Bagi golongan ini mereka berpandangan bahawa Islam itu adalah inklusif dan memasukkan semua agama. Kita perlu tolak fahaman bahawa Islam itu inklusif walaupun Anwar kata wujud pluralisme agama. Pihak ini sering menggunakan hujah tasauf untuk membenarkan liberalisme dan pluralisme agama maka saya mahu mengemukakan hujah mengenai kedangkalan mereka melalui pemahaman tasauf. Dalam perbincangan usuluddin dan akidah, para ahli usuluddin berpandangan bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar. Dalam kitab Usuluddin yang dikarang oleh Ibnu Khohir al Baghdadi, mengatakan terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad: Jika sekiranya Nabi Musa AS itu hidup, tidak beliau akan meneruskan syariatnya melainkan beliau mengikut syariat saya (Nabi Muhammad SAW). Ini jelas menunjukkan bagaimana eksklusifnya Islam.

Hujah kedua, bagi mereka yang berpegang kepada Islam liberal ini, mereka selalu mengeluarkan hujah tasauf tinggi. Ibnu Arabi yang juga seorang guru besar dalam bidang tasauf ada menyatakan bahawa, sekiranya rasul-rasul hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW, pastinya mereka akan mengikut baginda. Hujah ketiga adalah seperti yang dinyatakan dalam kitab Dur Al Nafis yang dikarang oleh Muhammad Nafis Al Banjari, pertama; Dan berpeganglah engkau kepada syariat Muhammadiah, kedua; Jangan melampaui syariat Muhammadiah. Jadi adalah wajib untuk melaksanakan syariat Nabi Muhammad jika tidak maka kita akan jadi kafir. Hujah keempat seperti yang dinyatakan oleh Abdul Karim Al Gili dalam bukunya Al Insannul Kamil, beliau menyatakan bahawa agama baginda Rasulullah SAW adalah sebaik-baik agama daripada semua agama. Sesiapa yang menganut agama agama selain agama yang dibawa baginda SAW adalah sesat dan akan diazab dengan dahsyat di neraka. Ini jelas menunjukkan tidak ada pluralisme agama. Yang ada hanyalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Hujah terakhir dalam kitab Mausuah al Ijma karangan Saadie Abu Jayb jilid pertama muka surat 96, beliau ada menjelaskan tidak ada agama melainkan Islam. Telah diijmakkan bahawa sesungguhnya Islam adalah Ad-Din yang mana difardukan oleh Allah ke atas manusia dan jin.

Maka adalah jelas bahawa pluralisme agama adalah fahaman yang sama sekali perlu ditolak?

ISMAIL: Islam menolak pluralisme agama, akan tetapi Islam tidak menolak pluraliti agama dan menerima hakikat kewujudan berbagai agama, bangsa, puak, budaya, bahasa dan sebagainya di bumi Allah ini. Islam mengiktiraf hak-hak mereka, yakni hak orang bukan Islam untuk hidup dan beramal dengan ajaran dan kepercayaan keagamaan mereka. Hal ini jelas dalam sejarah negara Islam Madinah al-Munawwarah dengan Sahifah Madinah yang terkenal itu, yang mana orang yang berlainan agama dari agama Islam, diberi perlindungan dan kebebasan yang optimum dalam kegiatan keagamaan mereka. Pengusung pluralisme agama menuduh penentang tidak memahami secara benar gagasan atau konsep pluralisme agama mereka. Pada hakikatnya, merekalah yang naif, tidak memahami dan tidak dapat membezakan antara pluraliti dengan pluralisme dan salah dalam memahami kewujudan pelbagai agama dan bangsa di Madinah al-Munawwarah itu.

Penentang pluralisme agama dari awal-awal, sudah menerima hakikat kewujudan pelbagai agama di dunia ini, hatta sejak zaman Nabi SAW lagi. Golongan Pluralis ini telah jatuh ke dalam gaung kesesatan yang dalam apabila mendakwa dan berpendirian bahawa pelbagai agama yang wujud di zaman Nabi SAW itulah pluralisme agama. Kalau semua agama itu sama, tidak perlu lagi Nabi SAW dan sahabat-sahabat berdakwah dan berjihad, mengajak orang bukan Islam menganut Islam bahkan memerangi orang murtad. Demikian juga dalam masyarakat yang berbagai bangsa, agama dan budaya yang bersifat kosmopolitan di zaman Damsyik dan Baghdad, tidak terdapat catatan yang ulama menyamakan agama Islam dengan agama lain. Kosmopolitan bukan baru bagi masyarakat Islam. Maka diversiti dan pluraliti agama serta kosmopolitan bangsa dan budaya dalam negara Islam itu tidak menukar akidah dan syariat mereka.

Pilihan raya umum sudah dekat - PM


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti di Taman Intan Duyung, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA

TELOK KEMANG 24 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin dekat dan yakin Barisan Nasional (BN) akan terus memegang tampuk pemerintahan negara.

Katanya, keyakinan itu berasaskan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

''Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum)," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan 70 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, dekat sini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang.

Najib berkata, tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kita timbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan," katanya

Perdana Menteri juga berkata pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekali gus menyebabkan rakyat hilang keyakinan.

Mengenai keinginan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri, Najib berkata, ketua pembangkang itu itu tidak layak kerana ramai pengikutnya sudah mula meninggalkannya selepas hilang keyakinan.

Beliau berkata, pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Chandra Muzaffar yang sudah meninggalkan Anwar pernah menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, satu malapetaka besar akan berlaku kepada negara.

"Kalau kita pasang billboard dan letak gambar orang yang sudah meninggalkan dia (Anwar), saya rasa kena guna billboard yang besar kerana ramai sudah meninggalkan dia dari Chandra Muzaffar, bekas setiausaha politiknya, Ezam Mohd. Nor, bekas setiausaha sulit Anuar Shaari dan peguam dia Zulkifli Nordin," katanya.

Najib kemudiannya menghadiri jamuan makan tengah hari bersama lebih 30,000 penduduk dan anggota tentera.

KOMEN : LAGI CEPAT LAGI BAGUS....