Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 31 March 2011

Malaysia 'mangsa' gempa jiran


Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my
31.3.2011



PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.


KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.

Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.

“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

KOMEN : SEMUGA ALLAH SWT MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA...AMIN.

DAP MAHU TAWAN NEGERI SEMBILAN


DARI UTUSAN MALAYSIA
31.3.2001



Penulis Koh See Kien pula menulis dalam akhbar Nanyang Siang Pau mengenai hasrat DAP untuk menawan Negeri Sembilan.

Artikel bertajuk “DAP merisik pemerintahan di Seremban” disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun pada halaman A14, 28 Mac 2011.

Pada 18 Mac lalu, DAP meraikan ulang tahun penubuhannya kali ke-45 di Seremban, Negeri Sembilan. Mereka mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran yang amat luar biasa. Ia juga bertujuan memberitahu ahli-ahli bahawa Seremban adalah kubu kuat parti itu.

Tarikh itu dipilih kerana pendaftaran DAP diluluskan pada 18 Mac 1966 di Seremban. Langkah itu dibuat setelah parti asal iaitu PAP dianggap tidak sah untuk menjalankan sebarang kegiatan politik di negara ini setelah Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Setelah DAP diluluskan dengan bunga sakura sebagai lambang parti, ia mempunyai satu kerusi Parlimen di Bangsar (yang ditandingi Devan Nair atas tiket PAP pada Pilihan Raya Umum 1964) dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan (yang ditandingi calon Bebas, Chen Min Sin pada pilihan raya kecil 1965).

Selepas pendaftaran DAP, Min Sin menjadi Pengerusi parti itu tanpa bertanding dan Devan Nair sebagai Setiausaha.

Saya ingat kembali kisah silam ini, kerana di Seremban bukan sahaja menjadi tanah suci kepada DAP, malah di situ juga bermulanya Parti Demokratik Bersatu (UDP) pimpinan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr. Lim Chong Eu.

Apabila Chong Eu secara rasmi keluar dari MCA pada 1961, rakan-rakan beliau mengajaknya ke Negeri Sembilan. Beliau yang menerima ajakan itu telah berpindah ke Seremban dan menubuhkan rangkaian UDP di negeri itu.

Malangnya selepas dua tahun UDP berkembang di Negeri Sembilan, Chong Eu berbalah dengan rakan-rakannya dan beliau bertindak memindahkan operasi parti itu ke Pulau Pinang. Pada 1969, Chong Eu telah menyingkirkan pemerintahan kerajaan Perikatan di Pulau Pinang dan bermulanya era baru dalam politik beliau.

Pada masa sama, DAP yang sudah bertapak di Negeri Sembilan telah bertindak memperluaskan pengaruh mereka ke Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Malangnya, pada pilihan raya umum 1982, Min Sin yang bertanding kerusi Parlimen di Negeri Sembilan telah kalah dan menyebabkan negeri itu bukan lagi kubu kuat DAP. Keadaan semakin parah apabila ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di negeri itu yang bertindak keluar parti seorang demi seorang.

Bagi mengelak perlakuan keluar parti berterusan, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng telah meletakkan syarat calon DAP yang bertanding pada pilihan raya umum 2004 perlu menandatangani surat perjanjian untuk tidak keluar parti jika menang bertanding.

Dalam pada itu, tanda-tanda bahawa pengaruh DAP kembali semula di Negeri Sembilan bermula pada Pilihan Raya Umum 2008 apabila mereka memenangi 10 kerusi DUN. Jika dicampur empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang Pas, pihak pembangkang mempunyai 15 ADUN berbanding 21 ADUN BN.

Berdasarkan perkembangan ini, nampaknya Negeri Sembilan menjadi destinasi baru yang ingin ditawan DAP. Sama ada mereka akan berjaya berbuat demikian adalah bergantung kepada sokongan daripada PKR dan Pas.

Ia juga bergantung kepada kemampuan mereka untuk menggoyang kedudukan UMNO yang merupakan menyumbang kerusi terbanyak kepada BN di negeri itu. Jika gagal, mereka tidak akan dapat membuat perubahan di situ dengan mudah.


KOMEN : DAP BERCITA-CITA NAK MENAWAN NEGERI SEMBILAN PADA PRU 13. TAKAN BN NAK SERAHKAN SEBUAH LAGI NEGERI PADA PUAK PEMBANGKANG....

GTP - JANGAN PERCAYA

Pedulikan kritikan, pastikan momentum GTP diteruskan
DARI UTUSAN MALAYSIA
31.3.2011


PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun pertama pelaksanaannya telah menunjukkan pencapaian memberangsangkan.

Kita sedar kebanyakan sasaran ditetapkan di bawah GTP adalah berskala besar dan ia dibentuk melalui proses usaha sama antara kumpulan cerdik pandai terbaik dalam sektor awam dan juga swasta.

Memang sedikit sebanyak kesan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

GTP yang diterajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu memberi banyak hasil yang positif.

Tetapi usah kejayaan tahun pertama ini melalaikan kita semua. Seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, semua pihak tidak harus leka dengan kejayaan dalam tempoh singkat ini kerana masih banyak perlu dilakukan untuk menjayakan program GTP.

Bagaimanapun untuk meneruskan kejayaan ini, negara memerlukan komitmen dan sokongan semua pihak, bukan saja penjawat awam sahaja.

Ini kerana GTP ini mempunyai tiga fasa - fasa pertama 2010-2012, fasa kedua 2013-2015 dan fasa terakhir 2015-2020.

Jadi, untuk memastikan momentum kejayaan program transformasi itu berterusan, semua pihak perlu berusaha gigih dan bekerja sebagai satu pasukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Momentum pencapaian GTP ini memang patut diteruskan dalam merealisasikan sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan laporan tahun pertama GTP pada Ahad lalu, memberi harapan bahawa rakyat sebagai pemegang saham terpenting GTP akan terus mendapat manfaat hasil pencapaian memberangsangkan tahun pertama pelaksanaan enam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Oleh itu sebarang kelemahan yang dapat dikesan perlu diperbaiki bagi memastikan matlamat GTP tercapai.

Laporan prestasi keseluruhan GTP yang disiarkan untuk tatapan umum nampaknya dicemburui oleh pihak pembangkang. Sebab itu sudah ada suara sumbang cuba merendah-rendahkan hasil pencapaian GTP.

Sedangkan laporan pencapaian GTP sudah dibuat penelitian dan maklum balas oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Antarabangsa yang membuktikan pencapaian enam NKRA adalah fakta benar dan bukan direka-reka.

Rakyat sendiri boleh membandingkan langkah-langkah yang diambil kerajaan melalui GTP dengan Buku Jingga yang memaparkan janji-janji pembangkang dalam tempoh 100 hari jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Namanya 'pembangkang' jadi itulah kerja parti pembangkang. Pedulikan apa pembangkang hendak kata. Sebenarnya bukan suatu yang pelik apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa laporan kejayaan GTP adalah tidak tepat dan tidak boleh dipercayai.

Untuk menjawab segala kesangsian dan kritikan segelintir pihak tertentu itu, biarlah rakyat sendiri yang menilainya.

Apa yang penting, momentum program untuk mentransformasikan secara radikal cara bekerja pihak kerajaan dan menyelesaikan isu-isu rakyat dapat diteruskan dan dirasai oleh penduduk negara ini.

KOMEN : YANG BERKATA JANGAN PERCAYA TU ADALAH PUAK PEMBANGKANG. TAK ABIS-ABIS MENIDAKAN APA YANG BAIK UNTUK RAKYAT. PANDAI KOMEN PENYELESAIAN TAK NAK DIBERI. MASIH LAGI MEREKA NAK PERTAHANKAN BUKU JINGGA MEREKA...

Undian kali ini memihak Malaysia


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my





Shin Man Gil mencabut undian tertera nama Malaysia pada majlis cabutan undian Kelayakan Piala Dunia 2014 di Rumah AFC, Bukit Jalil, semalam. Malaysia akan menentang Taiwan pada pusingan pertama. – UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed




KUALA LUMPUR – Tuah ternyata memihak Malaysia dalam undian Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012 apabila mendapat laluan agak mudah selepas undian yang dibuat di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), semalam.

Nama Malaysia yang dicabut sebagai pasukan pertama pada sesi undian Kelayakan Piala Dunia 2014 oleh Shin Man Gil selaku Pengarah Pertandingan Pasukan Kebangsaan AFC memperlihatkan Harimau Malaya bakal berdepan dengan lawan yang berada di ranking ke-40 Asia, Taiwan pada pusingan pertama.

Selesai sahaja sesi undian pusingan pertama, suasana bilik undian sedikit gamat di kalangan media Malaysia apabila pasukan jiran, Singapura bakal menjadi lawan Harimau Malaya jika anak-anak buah K. Rajagobal di pusingan kedua jika dapat melepasi cabaran Taiwan.

Keputusan undian itu ternyata melegakan buat kem negara kerana dapat mengelak lawan-lawan yang lebih handal di pusingan kedua seperti Iran, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Uzbekistan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) atau China.

Seandainya pertemuan dengan Singapura dapat direalisasikan, ia sudah pastinya memberikan peluang terbaik buat Malaysia melangkah lebih jauh iaitu sekurang-kurangnya di pusingan ketiga iaitu perlawanan di peringkat kumpulan yang akan menghimpunkan 20 pasukan terbaik.

Perlawanan pertama pada 29 Jun ini akan dilangsungkan di sini sebelum Harimau Malaya berlepas ke Taipei bagi mengharungi perlawanan timbal balik kedua pada 3 Julai ini.

Jepun, Korea Selatan, Australia, Korea Utara dan Bahrain yang merupakan lima pasukan di ranking teratas mendapat bye sehingga ke pusingan ketiga.

Pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2010, langkahan Malaysia tersekat di pusingan pertama lagi apabila tunduk kepada Bahrain 1-4 menerusi kiraan agregat.

Skuad kebangsaan Indonesia diundi sekali lagi berdepan Turkmenistan pada pusingan kedua selepas pasukan Olimpik mereka disingkirkan negara yang sama pada pusingan pertama kelayakan Olimpik manakala Thailand pula akan bertemu pemenang antara Afghanistan dan Palestin.

Sementara itu, pengendali skuad Olimpik, Ong Kim Swee boleh menarik sedikit nafas lega apabila kertas undian Malaysia yang dicabut sebagai pasukan terakhir dari 24 negara akan berdepan pilihan ke-11, Lebanon.

Tidak berdepan dengan salah satu pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Australia atau Bahrain pasti memberikan sedikit sinar harapan buat Kim Swee mencari kemenangan pada pusingan kedua agar dapat meneruskan api perjuangan sehingga ke pusingan akhir kelayakan iaitu di kalangan 12 pasukan terakhir.

Nasib yang dimiliki Malaysia bagi undian kelayakan Olimpik mungkin dicemburui beberapa negara jiran lain seperti Thailand yang terpaksa mengharungi laluan sukar apabila Bahrain menjadi lawan mereka sementara Vietnam diundi menentang Arab Saudi.

Skuad Olimpik negara bakal bertandang ke Beirut terlebih dahulu pada 19 Jun ini sebelum bermain di tempat sendiri pada 23 Jun.

KOMEN : JANGAN DIPANDANG RENDAH PADA PIHAK. BOLA ITU BULAT. BERJUANGLAH HINGGA MENCAPAI KEJAYAAN...

SELAMATKAH BANGUNAN INI


Hotel tertinggi di dunia dibuka
DARI UTUSAN MALAYSIA
31.3.2011




BANGUNAN Hotel Ritz-Carlton setinggi 118 tingkat terletak di hadapan Pelabuhan Victoria, Hong Kong. - AGENSI



HONG KONG 30 Mac - Hotel tertinggi di dunia di Hong Kong mula beroperasi hari ini dan bangunan setinggi 118 tingkat atau hampir setengah kilometer itu menyajikan panorama ikonik bandar Pelabuhan Victoria.

Tingkat 102 sehingga 118 Hotel Ritz-Carlton itu menjadi Pusat Perdagangan Antarabangsa Hong Kong dan ia telah dibuka secara rasmi semalam dan akan mula mengambil tempahan Jumaat ini.

Presiden dan Ketua Operasi Hotel Ritz-Carlton, Herve Humler memberitahu pemberita, mereka telah membuka sebuah hotel yang telah mengambil masa selama 10 tahun untuk dibina.

"Walaupun semakin banyak bangunan tertinggi di dunia sedang dibina, kami tidak berasa tergugat, malah kami akan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan," kata Humler.

Jelas Humler, pelanggan dari tanah besar China menjadi penyumbang terbesar bagi pasaran hotel tersebut meningkat kepada empat peratus berbanding tiga peratus sejak 14 tahun lalu.

"Angka ini dijangka terus meningkat.

"Di China, semua yang direka pelu mempunyai faktor extravaganza untuk menarik minat pelanggan berikutan mereka mementingkan kualiti perkhidmatan," ujar Humler.

Hotel tersebut mempunyai 312 buah bilik, sebuah bar dan restoran yang digelar Ozone di tingkat 118 dengan ketinggian 490 meter dari permukaan tanah serta sebuah dewan tari-menari yang terbesar di Hong Kong.

Hotel Ritz-Carlton menjadi satu daripada tempat yang paling mahal untuk didiami dengan kadar sewa bagi sebuah bilik 'standard' berharga AS$575 (RM1783) untuk satu malam. - AFP/dpa

KANAK-KANAK SIHAT


Kanak-kanak tiga tahun seberat 62kg


Lu Hao yang baru berusia 3 tahun bermain bola di kawasan rumahnya di Foshan, Guangdong di China. - REUTERS

BEIJING 30 Mac - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di China menggemparkan laman Internet minggu lalu apabila mempunyai berat 62 kilogram.

Lu Hao dikatakan boleh memakan tiga mangkuk besar nasi sekali hidangan dan akan mengamuk selagi tidak kenyang.

The Sun melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak itu, Lu Yuncheng dan Chen Huan bimbang dengan pembesaran melampau anak mereka itu dan cuba mengurangkan makanannya, tetapi tidak berjaya kerana Lu Hao akan menangis tanpa henti.

Mereka juga telah cuba menggalakkannya berdiet tetapi turut gagal.

Lu Hao dilaporkan mengalami peningkatan lebih 9 kilogram tahun lalu.

Menurut Lu Yuncheng, anaknya itu hanya seberat 2.5 kilogram ketika dilahirkan, tetapi kini berat badannya lima kali lebih berat dari kanak-kanak seusianya. - AGENSI

KOMEN : SIHAT KE KANAK-KANAK INI. KANAK-KANAK INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI KANAK-KANAK OBESE. SINDROM KEGEMUKAN INI JUGA SEBENARNYA TELAH MELANDA KANAK-KANAK DI MALAYSIA. AHLI SUMO DARI NEGARA CHINA SEDANG DIBESARKAN...

Tuesday 29 March 2011

Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka


Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir
DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/03/29


KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumus kan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatang kan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

KOMEN : UNTUK DIJADIKAN PANDUAN KITA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN SEHARIAN SEBAGAI UMAT ISLAM....AMIN

OIC terus membisu isu Libya


Oleh Mustafa Kamal Basri
DARI UTUSAN MALAYSIA
29.3.2011



HARI ini masuk hari ke-11, tentera bersekutu melancarkan serangan ke atas Libya sejak 19 Mac lalu, bagi menguatkuasakan zon larangan terbang dan melindungi penduduk awam di negara itu daripada serangan tentera Libya yang setia kepada Muammar Gaddafi.

Dua hari lalu pula, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mula mengambil alih sepenuhnya operasi ketenteraan di Libya daripada tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS), setelah beberapa siri rundingan yang sukar, kerana mendapat bantahan keras daripada Turki, satu-satunya negara Islam yang menganggotai pakatan itu.

Agak aneh, NATO dilihat begitu beriya-iya mahu mengepalai operasi ketenteraan di Libya, walaupun krisis di Libya berada di luar operasi ketenteraan NATO iaitu di luar benua Eropah.

Serangan udara besar-besaran tentera bersekutu ke atas Libya dikecam Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang memberi amaran tindakan tentera bersekutu itu mengundang perang ‘salib’.

China turut mengecam keputusan Majlis Keselamatan itu pada 17 Mac lalu dengan menyifatkan ia satu tindakan yang mencabul kedaulatan sesebuah negara yang mempunyai kerajaan yang sah.

Begitu juga Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa turut mengecam serangan besar-besaran itu, walaupun Liga Arab menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan zon larangan terbang di Libya.

Namun, AS dan sekutunya tidak mengendahkan semua kecaman itu. Dengan bantuan serangan tentera bersekutu di Libya, pemberontak di Libya berjaya menawan kembali empat bandar yang jatuh ke tangan tentera kerajaan Libya.

Gaddafi kini kelihatan tertekan setelah tentera bersekutu melancarkan lebih 160 serangan setiap hari dan terdesak mahu gencatan senjata diadakan antara kedua-dua pihak.

Apakah serangan tentera bersekutu ke atas Libya benar-benar bertujuan melindungi penduduk awam atau Barat sebenarnya mahu membantu pemberontak menggulingkan Gaddafi.

Barat, terutama Britain masih tidak puas hati dengan Gaddafi berhubung tragedi letupan jet penumpang Pan Am di Lockerbie, England pada 1988 yang mengorbankan 258 orang dan AS pula masih belum dapat melupakan sikap permusuhan Gaddafi terhadap AS suatu ketika dahulu. Mereka juga dilihat mempunyai kepentingan lain di Libya kerana mahu merebut keuntungan daripada sumber minyak di negara di utara Afrika itu.

Tindakan Barat begitu cepat bertindak ke atas Libya tidak disenangi oleh dunia Islam yang melihat Barat mengamalkan pendekatan double standard dalam isu-isu membabitkan negara-negara Islam.

Dunia Islam masih belum dapat melupakan taktik ‘melambat-lambat’ yang diambil oleh AS dan NATO dalam isu Bosnia, semasa perang Bosnia dari April 1992 hingga Disember 1995, sehingga menyebabkan beratus ribu penduduk Islam Bosnia menjadi korban keganasan tentera Serb.

Namun, apa yang lebih mengecewakan, seperti isu-isu lain yang melibatkan negara-negara Islam, sekali lagi dalam krisis Libya, OIC terus berpeluk tubuh tidak berbuat apa-apa.

KOMEN : BILA OIC LEBIH SELESA DENGAN SLOGAN 'OH I SEE' BANGSA ARAB AKAN TERUS BERSENGKETA SESAMA SENDIRI DAN ISRAEL SERTA SEKUTUNYA AKAN TERUS MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGHANCURKAN PERPADUAN UMAT ISLAM DIDUNIA.

Jangan heret rakyat dengan skandal pemimpin


DARI UTUSAN MALAYSIA
29.3.2011



MENGENALI taktik Anwar Ibrahim sejak dahulu, sangat tidak menghairankan apabila Ketua Pembangkang itu sering kali mengheret rakyat dalam masalah atau isu moral dan peribadinya.

Bukan sekali dua beliau melibatkan rakyat dalam kes-kes membabitkannya. Ini termasuklah dalam kes liwat pertama dan juga yang kedua.

Tidak cukup dengan ceramah jelajah seluruh negara, Anwar juga memprovokasi rakyat untuk mengadakan perhimpunan haram semata-mata untuk menunjukkan kepada umum bahawa beliau ada sokongan.

Tentu ramai yang masih ingat sebelum ini beliau bersembunyi atau mendapatkan perlindungan di dalam Kedutaan Turki di ibu negara apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat terhadapnya.

Ketika itu, Anwar mendakwa bimbang tentang keselamatan dirinya, lantas sebab itulah beliau berlindung di kedutaan tersebut.

Hakikatnya, apabila beliau menjelajah seluruh negara dan berceramah di banyak tempat, dirinya sentiasa selamat bergerak ke mana-mana tanpa sebarang ancaman.

Yang terbaru, dalam kes video seks yang dikaitkan dengannya, seperti dijangka, beliau sekali lagi menjadikan rakyat sebagai 'benteng' untuk melindungi dirinya daripada tuduhan yang dilemparkan.

Sememangnya Anwar mempunyai hak membuat penafian dan mempertahankan dirinya daripada tuduhan kononnya beliau adalah lelaki dalam video seks melibatkan pelacur dari China itu. Itu tidak dipersoalkan.

Tetapi, tindakannya mengulangi taktik sama iaitu mengapi-apikan emosi rakyat kononnya beliau teraniaya dan menjadi mangsa sehingga membawa kepada rancangan penganjuran perhimpunan-perhimpunan jalanan, itu sangatlah dikesali.

Sama ada beliau sendiri atau parti-parti pembangkang, kini masjid dan surau digunakan untuk berceramah bagi menepis tuduhan demi tuduhan serta skandal melibatkan Anwar termasuk kes video seks tersebut.

Di sinilah ketidakadilan berlaku kerana rakyat terutama umat Islam tertipu setiap kali mahu mendengar ceramah di masjid. Apa tidaknya, mereka ingin mendengar kuliah agama tetapi diperdengarkan dengan ceramah berkaitan isu dan kes melibatkan Anwar.

Persoalannya, mengapakah sejak dulu Anwar tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri apabila sesuatu tuduhan berkaitan skandal atau masalah moral dilemparkan kepada dirinya.

Mengapa setiap kali ada dakwaan skandal membabitkannya didedahkan kepada umum, rakyat mesti dilibat sama?

Mengapa mesti mengerahkan rakyat untuk membela dirinya sedangkan ini kes atau skandal peribadi?

Selepas berlalunya beberapa kes melibatkan Anwar bermula sejak pemecatannya daripada jawatan kerajaan pada 1998 sehingga kini, rakyat sudah pasti boleh 'membaca' dan menyimpulkan motif di sebalik taktik beliau mengheret rakyat.

Dalam hal ini juga, rakyat juga tidak seharusnya mudah terlibat atau terperangkap dalam sebarang taktik atau agenda Anwar dalam usahanya untuk membela diri di 'mahkamah terbuka' dalam apa sahaja kes melibatkan dirinya.

KOMEN : ANWAR DAN PAKATAN PEMBANGKANG MEMANG SUDAH SINONIM DENGAN PROVOKASI DAN MENGAPI-APIKAN EMOSI RAKYAT UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN HARAM DISAMPING MERUSUH. MENGGUNAKAN MASJID DAN SURAU UNTUK MENABURKAN FITNAH JAHAT DEMI KESINAMBUNGAN POLITIK SEMPIT MEREKA.

Rali Proton mahu tawan APRC


Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Syed Zainal Abidin (kanan) memberi penerangan mengenai jentera Pasukan Rali Proton Motorsports kepada Dr. James Dawos pada pelancaran penyertaan pasukan tersebut dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik Musim 2011 di Bandar Sunway semalam.

PETALING JAYA - Tidak mahu menoleh ke belakang dan ingin melupakan episod malang pada Kejohanan Rali Monte Carlo 2011 bulan lalu.

Itu hajat pasukan Rali Proton Motorsport menjelang perlumbaan pertama Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) di Johor, Jumaat ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, mereka mensasarkan untuk memulakan perlumbaan APRC 2011 dengan lebih cemerlang.

"Bagi keseluruhan perlumbaan pula kami mensasarkan untuk mencatat kejayaan yang lebih baik berbanding tahun lepas apabila muncul juara di New Zealand dan meraih kedudukan 1-2 di China," katanya pad sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di sini, semalam.

Jelasnya, kehadiran pelumba berpengalaman, Alister McRae dan Chris Atkinson mampu untuk mengendali jentera Satria Neo Super 2000 seterusnya mengulangi pencapaian menduduki tempat kedua keseluruhan kategori pengeluar.

"Kita juga bukan hanya mahu memperkenalkan produk dari Malaysia (Proton), tetapi terus memperkenalkan negara ini sepanjang perlumbaan sebagai sebuah negara yang terkenal dengan tempat-tempat menarik termasuk pada pusingan pertama APRC di Johor.

"Kami juga ingin merupakan episod duka di Monte Carlo dan menjanjikan saingan yang hebat walaupun perlumbaan APRC memang dijangka kompetitif dengan kehadiran beberapa pasukan hebat," katanya.

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang dilakukan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit.

Selepas pusingan pertama di Johor, perlumbaan akan bersambung di Australia dari 13 hingga 15 Mei, sebelum memasuki pusingan ketiga di New Caledonia (17-19 Jun), manakala New Zealand akan menjadi lokasi pusingan keempat (15-17 Julai).

Perlumbaan pusingan kelima berlangsung di Jepun dari 30 September hingga 2 Oktober dan pusingan terakhir akan diadakan di China dari 4 hingga 6 November depan.

KOMEN : SEMOGA PROTON TERUS BERJAYA MENGHASILKAN KERETA YANG BERMUTU DAN BERPRESTASI TINGGI.

Ekspo Selangkah Ke UiTM tarik lebih 100,000 pengunjung


DARI UTUSAN MALAYSIA
29.3.2011



SHAH ALAM 28 Mac - Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011 yang berakhir semalam berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung.

Ekspo kali keempat itu berlangsung selama dua hari di 27 lokasi di seluruh negara.

Naib Canselor UiTM, Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berkata, daripada keseluruhan pengunjung yang hadir, 60 peratus merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, ekspo di kampus induk Shah Alam menerima pengunjung terbanyak apabila mencatat kedatangan lebih 60,000 orang.

"Kita berharap objektif ekspo iaitu untuk membantu calon-calon pelajar memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik masing-masing akan tercapai," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutup Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam di sini semalam.

Menurut Sahol Hamid lagi, pelajar program diploma akan memulakan pengajian pada penghujung bulan Mei ini manakala bagi peringkat ijazah akan bermula pada awal September.

"Jadi calon-calon yang tidak dapat hadir pada ekspo ini masih perpeluang melayari sistem semakan syarat di laman sesawang www.selangkah.uitm.edu.my.

"Kita juga menjangkakan jumlah pelajar UiTM d akan mencapai angka 200,000 pada semester akan datang," ujar beliau.

KOMEN : SYABAS UiTM - TERUSKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA. UiTM SENTIASA DIHATIKU . SASARAN 200,000 PELAJAR AKAN TERCAPAI .

Usah lengahkan perbicaraan


DARI UTUSAN MALAYSIA
29.3.2001





Raja Dr. Nazrin Shah (tengah) ketika menghadiri majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Peguam Negara yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail (dua dari kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 28 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah selain membantu untuk tidak melengahkan perbicaraan.

Baginda juga mengingatkan bahawa profesion undang-undang adalah profesion yang dipandang mulia dan elit serta mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri.

Baginda bertitah salah satu tonggak utama profesion undang-undang adalah etika dan moraliti; memastikan integriti undang-undang dan keadilan terhadap mahkamah dan begitu juga terhadap anak guam, dapat disempurnakan.

"Dalam melaksanakan tanggungjawab, mahkamah jangan sesekali dipersendakan, para peguam seboleh-bolehnya wajib membantu untuk memastikan perbicaraan tidak dilengahkan dan para peguam juga tidak harus dengan cara yang tidak profesional sengaja menyusahkan pihak lawan," titah baginda.

Raja Nazrin menjelaskan demikian ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di sini hari ini.

Baginda turut mengingatkan kepada para pengamal undang-undang bahawa mereka wajib menjadi tauladan dengan menjauhi perbuatan yang mengabaikan keadilan.

"Sedarilah bahawa tingkah laku para peguam turut diadili oleh masyarakat," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah kecekapan mahkamah mengurangkan kes tertunggak bukan sahaja dapat memastikan keadilan dilaksanakan secara segera tetapi turut meningkatkan peraturan pengurusan mahkamah di kaca mata umum.

Baginda bertitah bahawa negara memerlukan barisan profesional yang kompeten di bidang undang-undang antarabangsa untuk membantu mempertahankan kepentingan negara di peringkat global.

"Diramalkan evolusi dalam profesion undang-undang sepuluh tahun akan datang bakal berlaku lebih hebat daripada kadar yang berlaku sejak seratus tahun lalu.

"Kesediaan melakukan perubahan dan merintis langkah pembaharuan adalah satu kemestian kepada semua profesion dalam dunia global yang semakin terangkai ini," titah baginda.

Baginda bertitah bahawa evolusi tersebut akan terus berlaku dalam menghadapi gelombang-gelombang baru, antaranya ialah penemuan pesat di bidang sains dan kemajuan pesat teknologi serta pengaruh globalisasi yang semakin meningkat sekali gus membawa perubahan bentuk persaingan.

"Perubahan demografi penduduk dari segi usia beserta kebangkitan media sosial, perubahan sosial, serta perubahan persekitaran intelek juga merupakan antara evolusi yang menghadapi gelombang baru," titah baginda.

Baginda juga bertitah bahawa setiap gelombang baru ini memerlukan peraturan baru dan akan meningkatkan keperluan interaksi perundangan di peringkat antarabangsa. — BERNAMA

KOMEN : DALAM MALAYSIA INI KES ANWAR TELAH MEMECAH REKOD KERANA PEGUAM-PEGUAMNYA TELAH BERJAYA MENANGGUHKAN KES LIWAT LEBIH DARI 50 KALI SEJAK TAHUN 2008. ADAKAH ANWAR DAN PARA PENGUAMNYA KEBAL DISISI UNDANG-UNDANG MALAYSIA. NAMPAKNYA HAKIM LAH YANG SEPATUTNYA MEMAINKAN PERANAN DALAM MENYELESAIKAN KES-KES TERTUNGGAK. HAKIM KENA TEGAS. TAPI BAGAIMANA DENGAN KERAJAAN YANG DILIHAT SEMAKIN LESU DALAM MENANGANI MASALAH INI?

Monday 28 March 2011

Give Datuk T witness protection, says lawyer


STAR ONLINE
28.3.2011 IPOH:



The three “sex video” datuks are whistleblowers and should be protected, said criminal lawyer Dr Naran Singh.

Naran, who is Perak People's Progressive Party deputy chairman, said the authorities should not take action against the three as they were only the “messenger”. “I am of the opinion that action should not be taken against Datuk T' for disclosing a sex video implicating Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Under the Witness Protection Act, any witness who comes forward to reveal privy information on acts of wrongdoings should be given rightful protection. “Otherwise, there is no point in enacting and passing such an Act,” he said here yesterday.

Last week, “Datuk T” exposed the video recording allegedly featuring Anwar. Naran said if the three were charged and action initiated against them, it would set a bad precedent for whistleblowers. “No one would be willing to disclose any wrongdoing in the future for fear of repercussions and legal implications,” he said.

His views were in direct contrast to several criminal lawyers who felt that action should be taken against the three under the various laws of the country, including the Penal Code.

KOMEN : SETUJU SANGAT PEMBERI MAKLUMAT SEPATUTNYA DI LINDUNGI. MEREKA BUKAN PENJENAYAH KERANA MELAPORKAN SALAH LAKU YANG DILAKUKAN OLEH ORANG KENA TUDUH. TAPI MASALAHNYA SIAPA YANG DITUDUH? PELIK TAPI BENAR, BELUM DITUDUH TAPI DAN MENGAKU TAK BERSALAH? BIASALAH KALAU DAH LAWYER PEMBANGKANG MESTI MAHU 3 DATUK T TU DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG, TAPI PELAKU JENAYAH SEBENAR NAK DILEPASKAN... MANA ADA KEADILAN.....?

Vettel juara pembuka tirai 2011

DARI KOSMO ONLINE

28.3.2011





VETTEL (tengah) menjulang trofi selepas menjuarai perlumbaan GP Australia di Litar Albert Park semalam. Hamilton (kiri) dan Petrov masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.


MELBOURNE - Pemandu sensasi Red Bull, Sebastian Vettel memulakan musim baru perlumbaan Formula Satu (F1) dengan bergaya apabila menjuarai Grand Prix (GP) Australia semalam. Vettel menamatkan perlumbaan di Litar Albert Park itu dengan catatan masa 1 jam 29 minit 30.259 saat.

Kemenangan itu juga sekali gus memberi gambaran awal betapa dia seakan-akan berpotensi besar untuk mempertahankan gelaran juara dunia yang dimenangi musim lalu. Pemandu muda dari Jerman berusia 23 tahun itu yang memulakan perlumbaan di petak depan langsung tidak menoleh ke belakang untuk mendahului sehingga tamat dan meraih kejuaraan ke-11 dalam kariernya.

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut diraih Vettel jika diambil kira pencapaian dalam dua perlumbaan terakhir musim lalu. Tempat kedua menjadi milik pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang ketinggalan 22.2s di belakang Vettel. "Terima kasih krew, perlumbaan yang hebat. Segalanya terkawal, kereta mantap, hentian pit cemerlang. Kita banyak belajar hari ini (semalam)," katanya menerusi radio pasukan sebaik melintasi garisan penamat.

Vettel bagaimanapun menegaskan, kejayaan itu tidak dicapai dengan mudah terutama ketika permulaan yang genting sebelum berjaya terlepas daripada asakan lawan. "Mujur juga di pertengahan perlumbaan Lewis tercicir sedikit dan ia membolehkan saya mengawal perlumbaan dengan lebih baik. "Ini kali pertama saya berjaya menamatkan perlumbaan di GP Australia. Jadi tentulah saya cukup gembira," kata Vettel.

Hamilton pula memberi pujian kepada pasukannya, McLaren kerana berjaya memulihkan jentera sehingga menjadi kompetitif pada saat akhir. "Saya hanya perlu mengawal keadaan kereta ini untuk memungut mata penting di sini kerana musim masih panjang. Saya fikir kami cukup bagus dalam memberikan saingan," kata juara dunia 2008 itu.

Pencapaian mengejutkan pula dicatat pasukan Lotus Renault semalam apabila pelumba mereka, Vitaly Petrov berjaya menduduki tempat ketiga. Selain menghadiahkan podium pertama buat pelumba yang datang dari Rusia, kejayaan itu juga satu kemenangan moral buat dua jenama kereta yang baru bergabung tenaga musim ini dalam kancah F1. "Saya sendiri tidak percaya dapat duduk dengan Vettel dan Hamilton. Pasukan kami pasti bangga," kata Petrov.

Pemandu harapan Ferrari, Fernando Alonso sekadar menduduki tempat keempat manakala Felipe Massa bernasib baik apabila naik dari tangga kesembilan ke tangga ketujuh. Ia gara-gara pembatalan keputusan dua pemandu Sauber, Sergio Perez dan Kamui Kobayashi yang pada awalnya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan kelapan.

Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di negara sendiri apabila hanya mampu menduduki tempat kelima. Kegagalan nama-nama besar ini dikaitkan dengan strategi mereka yang melakukan tiga hentian pit berbanding tiga pelumba teratas yang hanya melakukan dua hentian pit sepanjang perlumbaan. - Reuters

KOMEN : SYABAS LOTUS-RENAULT

RAKYAT YANG BIJAK AKAN KETAWA


TAN MELAKA.
DARI UTUSAN MALAYSIA


Rakyat Malaysia jangan marah Dunia luar masih terus percaya bahawa dia adalah pejuang kebebasan tulen yang teraniaya dalam suatu perjuangan suci untuk menegakkan keadilan dan demokrasi di Malaysia. Ketika menyertai forum The Future of Democracy in The Islamic World di Washington, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, jelas Anwar Ibrahim meletakkan dirinya sebaris dengan Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan dan Mahatma Gandhi di India apabila beliau berkata: "Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali ke Malaysia, tetapi pilihan telah dibuat. Satu kaki saya di Parlimen dan satu kaki lagi di penjara.

" Hebat sekali bahawa Anwar telah pasti yang AS akan menerimanya sekalipun dia telah menunjukkan sikap anti-Yahudi di Malaysia. Yahudi pun tak marah AS kerana sayangkan Anwar. Kepada penonton yang terpesona dengannya, Anwar memberitahu bahawa kemunculannya di mahkamah di Malaysia kelak 'hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjara'. Anwar tidak beritahu bahawa semua tuduhan yang dihadapkan kepadanya tidak dapat dielakkan lagi.

Itulah Anwar Ibrahim yang berasal daripada seorang pemimpin pelajar Islam, pemimpin besar ABIM, bekas Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin besar pihak pembangkang yang luar biasa kekuatannya dalam meyakinkan dirinya sendiri terhadapnya di samping meyakinkan orang ramai. Keyakinan ramai kepada ceritanya semakin menambah keyakinan dirinya. Seperti tidak ada gantinya kepada P. Ramlee, demikianlah juga tidak ada gantinya seorang pelakon politik sehebat Anwar yang namanya berada di bibir rakyat negara ini sejak lebih 40 tahun dahulu dari zaman pelajar hingga zaman politik.

Sekalipun semua rakan ABIM dan juga pemimpin kanan dalam politik telah meninggalkannya tetapi dia tetap bersemangat tinggi dan boleh terus hidup dalam denial syndrome. Ini tidak menghairankan. Jika orang secerdik dan sebijak Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim Zainuddin pun boleh terpesona dengan Anwar bertahun-tahun dan hampir menyerahkan negara ini kepadanya, apatah lagi orang seperti Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yakin dirinya pasti akan ke syurga dan Syed Hussein Ali yang lurus yang tidak pernah sedar berada dalam najis kapitalisme.

Tidakkah dosa Mahathir dan Daim akan lebih besar daripada Nik Aziz dan Syed Hussein Ali jika negara ini jatuh ke tangan orang yang kemudiannya diketahui sebagai ejen asing, penderhaka dan putar alam? Sebenarnya mereka telah melakukan separuh daripada dosa itu. Maka itu rakyat Malaysia jangan marah jika dunia masih terus mengagumi manusia ini terutama apabila dia berjaya memberitahu kepada dunia bahawa sistem kehakiman Malaysia tiada kredibiliti, takut kepadanya sehingga menangguhkan kesnya sebanyak 50 kali dan membiarkannya keluar-masuk negara sekalipun menghadapi tuduhan jenayah sedangkan rakyat biasa tidak mendapat keistimewaan ini.


KOMEN : RASANYA RAKYAT MALAYSIA TIDAK PERLU MARAH SEBAB APA JUA YANG KELUAR DARI MULUT ANWAR ADALAH PENIPUAN SEMATA-MATA.

Nik Aziz dicabar keluar fatwa


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron. mustapha@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu. Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini. “Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu. Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.


KOMEN : NIK AZIZ TETAP AKAN MENYALAHKAN ORANG YANG MERAKAM DAN MENYEBARKAN VIDEO VVIP ITU SEDANGKAN VVIP TERSEBUT TERLEPAS DARI DOSA YANG DILAKUKAN. ITULAH AJARAN YANG NIK AZIZ AJARKAN KEPADA PENGANUT PAS YANG SECARA SENANG HATI BERSETUJU KERANA TERBAYANG SYURGA NIK AZIZ MENUNGGU KEDATANGAN MEREKA. SECARA LOJIKNYA ORANG YANG BERZINA HUKUMNYA APA??????

PINTAR SUNGGUH PEMIMPIN PAS


Masa depan Pas terancam akibat tindakan Hadi DARI UTUSAN MALAYSIA 26.3.2011

KUALA LUMPUR 25 Mac – Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, boleh menyebabkan masa depan parti itu terancam. Malah, cita-cita Pas untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Islamik juga semakin kabur dan tidak menentu kerana, pemimpin mereka sendiri tidak berminat untuk mengetahui kebenaran, walaupun skandal itu menggoncang keyakinan rakyat terhadap Pas.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, tindak-tanduk Abdul Hadi merupakan manifestasi krisis keyakinan diri akibat terlalu terpesona dengan karakter dan karisma hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang dinamik. Katanya, Abdul Hadi secara tidak langsung mengulangi kesilapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gagal menduga sikap sebenar Anwar ketika membawanya masuk UMNO suatu ketika dahulu, dengan harapan untuk melumpuhkan Pas tetapi akhirnya UMNO yang hampir dilumpuhkan.

“Maka sebab itu, orang ramai tidak seharusnya merasa hairan bila pemimpin Pas seperti Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) juga terpengaruh dan terus mempercayai Anwar dalam apa juga keadaan. “Sedangkan Tun Mahathir dan Daim (Tun Daim Zainuddin) yang begitu pintar juga boleh terpesona dan terlalai dengan perwatakan serta karisma hebat yang dimiliki Anwar,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut tindakan Abdul Hadi itu, Zainuddin berkata, beliau percaya Pas kini sudah mula merasai kesan akibat kesilapan besar mereka bekerjasama dengan Anwar, walaupun perkara itu tidak mahu diakui oleh pucuk pimpinan parti. Jelasnya, ini terbukti apabila terdapat beberapa bahagian seperti Pas Bahagian Batu yang menyokong dan mendesak agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi membolehkan ketulenan rakaman video seks tersebut dikenal pasti.

KOMEN : APA SAHAJA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PEMIMPIN PAS ADALAH SEMATA-MATA UNTUK KESENAMBUNGAN PERJUANGAN PARTI PAS YANG KEHILANGAN HALATUJU DALAM MENDAPATKAN SOKONGAN ORANG MELAYU/ISLAM. CITA-CITA UNTUK MENGGANTIKAN UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU JUGA TERSASAR KERANA SERING MENYEMBUNYI KEBENARAN DAN MENZAHIRKAN PENIPUAN. SEMUA JANJI YANG DIBUAT HANYA TINGGAL JANJI.

LIM KIT SIANG - SOLAT HAJAT

SOLAT HAJAT DAN PIDATO KHAS 28. MAC 2011 (ISNIN) 7.00 MALAM STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM








KOMEN : KITA TUNGGU PERUT SIAPA YANG PECAH? KITA TUNGGU BULU SIAPA YANG NAK DITEGAKAN? KENAPA MESTI TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI KALAU TIDAK BERSALAH? KENAPA RAKYAT DIAJAK BERSAMA UNTUK MEMFITNAH KERAJAAN? KALAU SEKALI MENIPU BERIBU-RIBU KALI AKAN TETAP MENIPU.... AJAI NAK TUNGGU BILA AGAKNYA LIM KIT SIANG DI ISLAMKAN OLEH NIK AZIZ....HEHEHEHEE

Double standards of the modern world!






Rasulullah (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya, jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu!” (Sahih Muslim, #145)

KOMEN : ITULAH SENARIO KEHIDUPAN HARI INI, BILA BUKAN ISLAM MENGGUNAKAN KUASA MEREKA UNTUK MENINDAS UMAT ISLAM....

KIA OPTIMA K5 2011


2.0 LITRE 1-4
Houespower : 190 (est)
Torque : 200 (est)





KOMEN : CANTIK DAN MENAWAN....

Friday 25 March 2011

APA JAMINAN AGAMA ISLAM TIDAK DIPOLITIKAN


SATU HARI DISEKITAR SHAH ALAM






AJAI TERJUMPA BANNER NI TERGANTUNG DI LUAR SEBUAH MASJID DI SHAH ALAM . MELIHAT PADA TAJUKNYA MEMANGLAH MENARIK PERHATIAN 'DISKUSI UMMAH'. KIRA KALAU DIISTILAHKAN DARI SUDUT PENDIDIKAN DAN ILMU, MEMANG NAMPAK INTELEKTUAL JUGALAH ORANG YANG MENGANJURKAN PROGRAM INI. MUNGKIN MEREKA TERDIRI DARI ORANG ISLAM YANG BIJAK PANDAI DAN DAPAT MENARIK MINAT LEBIH RAMAI ORANG UNTUK BERDISKUSI DENGAN SUB-TAJUK YANG UMUM SANGAT IAITU 'ISLAM DAN PERUBAHAN'.

PADA AJAI AGAMA ISLAM ITU TELAH LENGKAP DAN MENJADI 'AD-DIN' UMAT ISLAM DISELURUH BUMI ALLAH SWT INI. ADAKAH ISLAM ITU PERLU BERUBAH? ADAKAH DENGAN ISLAM ITU DISAMAKAN DENGAN AGAMA BUDAYA, ISLAM ITU DIANGGAP TELAH BERUBAH ATAU TELAH MENERIMA PERUBAHAN? ADAKAH DENGAN MEMBENARKAN PENGANUT KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAT 'ALLAH' SWT, ISLAM ITU DIANGGAP TELAH MENERIMA PERUBAHAN? BANYAK PERSOALAN YANG AKAN TIMBUL DARI TAJUK DISKUSI YANG TERLALU UMUM INI.

BILA MELIHAT PULA PADA AHLI PANELNYA, CUKUP-CUKUPLAH BERDISKUSI DIDALAM MASJID YANG MULIA INI. SEBENARNYA YANG PERLU SANGAT-SANGAT BERUBAH ATAU YANG PATUT MENERIMA PERUBAHAN IALAH UMAT ISLAM ITU SENDIRI. CONTOH, UMAT ISLAM MESTILAH BERUBAH DARI HIDUP DALAM KEMISKINAN KEPADA HIDUP YANG LEBIH BAIK. SEBAB BILA KITA HIDUP DALAM KEMISKINAN BERBAGAI-BAGAI MASALAH SOSIAL YANG AKAN TIMBUL. TIDAK DINAFIKAN JUGA BILA HIDUP DALAM KEMEWAHAN YANG TERLAMPAU ADA JUGA MASALAH SOSIAL YANG TIMBUL. JADI ISLAM ITU SENDIRI MENGAJAR UMATNYA PADA KESEDERHANAAN TAK GITU USTAZ....?



P/S : BILA MELIHAT PADA TAJUK MEMANG NAMPAK KEINTELEKTUALNYA TAPI BILA LIHAT PADA SENARAI AHLI PANELNYA NAK KATA APALAGI....RUPANYA SATU LAGI CERAMAH POLITIK PAS....

Thursday 24 March 2011

REJIM ZIONIS AMBIL KESEMPATAN


Israel bedil Gaza City, 8 maut
DARI UTUSAN MALAYSIA 24.3.2011




rakan-rakan Mohammed Abed, seorang pejuang Palestin yang terbunuh dalam serangan tentera udara israel mengangkat mayatnya untuk dihantar ke hospital al-Shifa di Gaza City, kelmarin. - AFP

GAZA CITY 23 Mac - Lapan penduduk Gaza termasuk dua remaja dan empat pejuang Palestin maut ketika ketegangan di sempadan wilayah Palestin itu dengan Israel terus memuncak selepas serangan udara dan roket dilancarkan sejak beberapa hari lalu.

Mangsa maut dalam dua serangan berasingan Israel di bahagian timur Gaza City, semalam sehari selepas berlaku pertumpahan darah dan keganasan.

Dua yang terkorban berumur 11 dan 16 tahun, sementara empat lagi merupakan anggota kumpulan pejuang Jihad Islam, lapor sumber pejuang Palestin dan perubatan.

Kumpulan perubatan berkata, dalam kejadian pertama, empat maut apabila tembakan meriam Israel mengenai sebuah rumah di Shejaiya.

Jurucakap pasukan kecemasan, Adham Abu Selmiya berkata, rejim Zionis melancarkan serangan tersebut ke atas sekumpulan remaja yang sedang bermain bola sepak.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Mohammed al-Helu, 11; Yasser Ahad al-Helu, 16; Yasser Hamad al-Helu, 50; dan Mohammed Harara, 20 tahun.

Selmiya berkata, seramai 12 yang lain turut cedera dalam kejadian itu dengan empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Beberapa jam kemudian, empat anggota pejuang Palestin terbunuh dalam satu serangan udara Israel di kawasan kediaman di Zeitun yang terletak berhampiran.

Mereka dikenali sebagai Mohammed Abed, Saada Heles, Adham al-Harazine dan Mohammed Atya al-Harazine. - AFP


KOMEN : PBB DAN KUASA-KUASA BESAR SIBUK MENYERANG LIBYA YANG KONONNYA UNTUK MEMBANTU ORANG AWAM LIBYA YANG BERSENJATA MENENTANG KERAJAAN DENGAN MENGGUNAKAN ALASAN MELINDUNGI ORANG AWAM YANG LAIN(TIDAK BERSENJATA). ANAK EMAS MEREKA ISRAEL DIBIAR MENYERANG PALESTIN DAN MEMBUNUH ORANG AWAM DISANA. PEMIMPIN-PEMIMPIN ARAB LAIN HANYA MEMBISU DAN MEMBUTAKAN MATA. MANA PERGINYA LIGA NEGARA ARAB DAN OIC?????

PRN SARAWAK


Penamaan 6 April, undi 16 April
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my




Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan peta kawasan Pilihan Raya Negeri Sarawak di Kuching, semalam.



KUCHING 23 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah pada 6 April ini diikuti hari pengundian pada 16 April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, penetapan tarikh itu menjadikan tempoh untuk parti politik berkempen ialah 10 hari.

Katanya, keputusan penuh pilihan raya berkenaan dijangka diketahui selewat-lewatnya pada pukul 11 malam.

"Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang akan diwartakan pada Jumaat ini.

"Daftar ini mengandungi 979,796 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, bagi melicinkan proses pilihan raya berkenaan, SPR melantik 71 Pegawai Pengurus dan 165 orang penolongnya.

Katanya, untuk memantau semua aktiviti kempen pula, SPR memutuskan untuk menubuhkan 80 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

"SPR akan menggunakan 1,749 pusat mengundi yang mengandungi 2,606 saluran mengundi. Seramai 24,379 orang pegawai dan petugas pilihan raya telah dilantik untuk membantu SPR dan dianggarkan RM50 juta akan digunakan untuk melaksanakan pilihan raya ini," katanya.

Mengenai hari penamaan calon yang diadakan pada hari bekerja iaitu Rabu, jelasnya, apa yang penting pada hari berkenaan ialah kehadiran calon, pencadang dan penyokong pencalonan sahaja.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan semua parti bertanding boleh menggunakan logo masing-masing kecuali Parti Cinta Malaysia (PCM) yang masih belum mendaftarkan logonya dengan SPR.


KOMEN : KEPADA SEMUA CALON PILIHANRAYA BN SARAWAK SELAMAT BERKEMPEN DAN KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI SARAWAK SELAMAT MENGUNDI... NASIB MASA HADAPAN ANAKCUCU ANDA BERADA DITANGAN ANDA... GUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA..