Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 28 February 2011

Model VW Passat lebih murah


Oleh Ahmad Farizal Hajat
2011/02/28 BERITA HARIAN



MODEL Volkswagen Passat akan ditawarkan dengan harga 30 peratus lebih murah apabila ia dipasang di kilang DRB-Hicom. Dipasang di kilang DRB-Hicom, harga ditawar RM154,000 seunit

MODEL pemasangan tempatan (CKD) Volkswagen Passat hasil jalinan pakatan antara DRB-Hicom Bhd dan Volkswagen AG (VW) akan dijual pada harga amat berdaya saing, sekitar RM154,000 seunit, iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding sekitar RM220,000 bagi yang diimport sepenuhnya (CBU).

Model perintis hasil pakatan kerjasama konglomerat automotif Malaysia dan syarikat automotif terbesar Eropah itu akan mula dipasarkan November ini. Sumber industri berkata, penurunan harga itu hasil pengecualian cukai susulan daripada program CKD serta pengurangan kos pengeluaran berikutan penggunaan komponen tempatan, iaitu sekitar 40 peratus. Katanya, meskipun harga bagi Passat CKD itu dikurangkan dengan ketara, namun dari segi kualiti, ia akan tetap mengikut dan menepati spesifikasi pengeluaran antarabangsa VW.

“Buat permulaan, harga Passat yang dipasang dan dikeluarkan di kilang pemasangan milik DRB-HICOM di Pekan, Pahang akan ditawarkan 30 peratus lebih rendah daripada model CBU, sebelum ia dikurangkan lagi secara berperingkat bergantung kepada peningkatan peratusan penggunaan kompo-nen tempatannya.

“Justeru, melihat kepada penurunan harga serta jangkaan sambutan menggalakkan, kami menjangkakan DRB-Hicom akan membuka tempahan bagi model itu selewat-lewatnya dua minggu sebelum pelancarannya di pasaran,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, jika DRB-Hicom mampu meningkatkan peratusan kandungan komponen tempatan pada Passat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, harga model itu dijangka mampu dikurangkan sehingga mencecah RM130,000 seunit. “Buat permulaan, program CKD Passat itu hanya membabitkan peratusan kandungan komponen tempatan yang kecil, iaitu sekitar 40 peratus, namun DRB-Hicom, menerusi program vendornya, sudah memiliki beberapa strategi untuk meningkatkannya sehingga 60 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” jelasnya.

Program CKD model Volkswagen itu susulan termeterainya perjanjian pelesenan dan pakatan antara DRB-Hicom dan VW pada Disember tahun lalu sehingga membolehkan konglomerat automotif tempatan itu memasang dan mengeluarkan kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia.

Perjanjian yang dicapai selepas kira-kira dua tahun berunding itu, akan menyaksikan DRB-Hicom memperkenalkan tiga model Volkswagen dan mengeluarkan kira-kira 30,000 unit kenderaan VW setahun menjelang 2015, sebelum ditingkatkan lagi pengeluarannya kepada 60,000 unit pada 2020.

Volkswagen Passat adalah model sulung yang akan dikeluarkan di kemudahan milik DRB-Hicom itu, sebelum disusuli model Jetta dan satu lagi model yang akan diumumkan kelak.

Selain dipasarkan untuk pasaran tempatan, model Volkswagen yang dipasang DRB-Hicom itu, akan turut dieksport ke negara ASEAN lain mulai 2013.


KOMEN : MEMANG CANTIK DAN MEWAH. KUALITI DAN PRESTASI TERJAMIN.

Ohhh pelajar Melayu


DARI UTUSAN MALAYSIA



Pilihan raya kampus sekali lagi menjadi isu. Kali ini makin panas dan tegang. Di Universiti Putra Malaysia (UPM) misalnya, lima pengawal keselamatan cedera kerana terpaksa mengawal demonstrasi pelajar. Di Universiti Malaya (UM), ada calon yang didakwa berbohong dan pura-pura menghilangkan diri.

Awang tidak berminat untuk mengulas tentang keputusan pilihan raya. Yang lebih mengganggu fikiran ialah budaya berpolitik yang tidak sihat di kalangan pelajar kita terutamanya Melayu.

Ketika ramai pelajar bukan Melayu menumpukan perhatian kepada pengajian, pelajar Melayu lebih ghairah berpolitik. Emosi lebih menguasai mereka. Sudahlah ramai pelajar Melayu sekadar sederhana dalam prestasi akademik, malas membaca, lemah pengetahuan am dan kurang keyakinan diri, ia diburukkan lagi dengan sentimen berpolitik ala samseng. Seorang pemimpin pelajar Cina di UKM turut membantah akhlak yang diperlihatkan oleh golongan pelajar Melayu yang bersikap biadap dan melanggar peraturan universiti. Awang setuju. Gedung ilmu jangan dijadikan medan melahirkan samseng politik. Adakalanya Awang terfikir, apakah mereka ini layak berada di universiti. Jika itulah sikapnya, beri sahaja peluang kepada puluhan ribu pelajar yang sememangnya mahu melanjutkan pengajian di universiti awam tetapi tidak mendapat tempat.

Awang sedih dengan kualiti ramai pelajar Melayu di menara gading sekarang. Ketika rata-rata pelajar Cina dan India bertungkus lumus meningkatkan kecemerlangan, pelajar Melayu pula hebat memekik dan melolong. Baru pilihan raya kampus, sudah riuh rendah dan kecoh seolah-olah ia menentukan masa depan negara. Rasanya jarang berlaku di negara lain yang pilihan raya kampusnya bermasalah besar. Walaupun bukan semua tetapi golongan inilah yang memburukkan lagi imej pelajar Melayu keseluruhannya. Kalut berpolitik tetapi tiada kesedaran serta cetek pemikiran strategik. Apakah yang boleh diharapkan apabila mereka lulus kelak? Jika itulah generasi untuk mengisi negara maju kita suatu hari nanti, Awang akan banyak geleng kepala dan selalu tarik nafas.

Yang lebih Awang bimbang, universiti awam kita akan menjadi lubuk ekstremisme. Bibit-bibit ke arah itu sudah ada.


KOMEN : ITULAH AKIBATNYA BILA BERPOLITIK LEBIH PENTING DARI BELAJAR. HUKUM RIMBA NAK DIBAWA KEDALAM KAMPUS UNTUK MEMUASKAN HATI PENAJA MEREKA PUAK PEMBANGKANG. ATAS LANDASAN APA MAK PELAJAR BOLEH BERKEMPEN DALAM KAMPUS UNTUK MEMENANGKAN ANAKNYA YANG DIKATAKAN HILANG? KALAU INILAH PERANGAI PELAJAR MELAYU YANG KUAT MENIPU, MERUSUH, KERAS KEPALA DAN PEMALAS JANGAN HARAPLAH NAK JADI PEMIMPIN MASA DEPAN. JADI PENCACAI PUAK PEMBANGKANG BOLEHLAH.

Polemik 'dinasti' Pas


Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


DI Merlimau ketika ini Pas dikatakan tidak senang duduk. Semuanya serba tidak kena kerana tiada isu kukuh yang boleh dipolitikkan. Jenis isu mana yang mahu dikontroversikan untuk berdepan dengan BN menjadi kemelut Pas. Kalut Pas membawa kepada tindak-tanduk calonnya, Yuhaizad Abdullah yang dilihat lebih banyak berdiam diri dan kurang berinteraksi apabila ditanya media mengenai visinya untuk pengundi Merlimau.

Sebaliknya, dia hanya sekadar menyerahkan kepada kepimpinan Pas Melaka dan Pusat untuk menyusun strategi mencipta isu yang sesuai. Kerana ketiadaan isu konkrit inilah maka Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik cuba menguji pengundi dengan mencetuskan isu 'dinasti dan legasi' yang mahu dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.

Meskipun pemilihan Roslan dilihat ramai pemerhati tidak bersandarkan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithin yang meninggal dunia pada 1991 dan bapa saudaranya bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang tidak lagi mengetuai kerajaan Melaka pada 1999 lagi, Kamaruddin tetap tidak 'putus asa'.

Malah, dengan senang hati pula dan tanpa membuat 'kerja rumah', Kamaruddin mendakwa BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti secara turun temurun bagi jawatan pemimpin dari bapa kepada anak. Yang menjadi mangsa ialah Roslan. Soal jarak masa bapa dan bapa saudaranya tidak lagi berada dalam kerajaan negeri dengan tarikh beliau dinamakan sebagai calon BN bukan lagi persoalan.

Dakwa Kamaruddin, amalan 'dinasti' itu telah lama berlaku dalam UMNO, malah beliau mendakwa lagi kononnya 'orang ramai yang saya temuipun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini'. Benarkah?

Mungkin Kamaruddin sengaja tidak mahu menyamakan perkataan 'nepotisme' untuk 'dinasti'. Barangkali untuk mengelirukan pengundi Merlimau bahawa realiti sebenarnya ialah pihak pembangkanglah yang amat menjuarai dalam hal ini.

Kamaruddin sewajarnya melihat amalan 'dinasti' ini yang mana para pemimpin yang menerajui sesebuah parti menurunkan kuasa kepada anak beranaknya untuk jawatan tertinggi dalam DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - sekutu utama Pas dalam pembangkang.

Cuba Kamaruddin renung-renungkan dua perkataan iaitu kronisme & nepotisme (juga dinasti) yang menjadi modal Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang UMNO dan BN. Sebenarnya yang kuat mengamalkan kronisme dan nepotisme adalah Anwar sendiri.

Sejak beliau memegang jawatan di dalam Kabinet sehinggalah menjadi Ketua Umum PKR, amalan itu tidak pernah lekang daripada beliau. PKR menjadi sebuah parti anak beranak dan kroni Anwar sekeluarga apabila Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyandang jawatan Naib Presiden parti itu. Si ayah menjadi ketua umum, si ibu menjadi presiden dan si anak pula naib presiden.

Anwar bertindak ala pengurus kempen pula kepada semua calon pilihan semasa bertanding kepimpinan Pusat PKR. Beliau mahukan orangnya menguasai keseluruhan parti dari peringkat cabang sehinggalah ke peringkat pusat. Apabila Kamaruddin melabelkan UMNO sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme, seolah-olah dia membuka pekung sendiri.

Segala apa yang ditohmah oleh Kamaruddin terhadap Roslan di Merlimau kini kembali kepada diri Pas, partinya yang bersekutu dengan PKR yang paling ketara mengamalkan 'dinasti' dan kronisme ini.

Demikian jugalah wujud dinasti politik lain seperti gandingan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, selain Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.

Kamaruddin sewajarnya bermuhasabah diri. Seperti mana kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil DUN Merlimau itu dibuat berdasarkan merit.

Perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira, malah tidak dapat dielakkan. Yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap potensi Roslan.


KOMEN : BIASALAH BILA TIADA ISU YANG MENARIK ISU BASI JUGA YANG DITIMBULKAN TAPI TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI. FITNAH SANA FITNAH SINI, CACI SANA CACI SINI. DINASTI ANWAR TAK MAHU CERITA KE?

Dr. M ketuai penerima anugerah UIAM


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 27 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini menerima Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan sumbangan besar beliau kepada pembangunan universiti berkenaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Bersama Pemimpin anjuran persatuan tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Selain Dr. Mahathir, Rektor UIAM yang pertama, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan pula menerima Anugerah Penghargaan Khas Alumni.

Sembilan lagi individu menerima Anugerah Tokoh Alumni iaitu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Duta Bosnia ke Malaysia, Ensar Eminovic dan Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said.

Penerima lain ialah Pengarah Jabatan Pengetahuan Islam dan Produk UIAM, Prof. Dr. Ida Madieha Abdul Ghani Azmi; Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri, Prof. Datuk Dr. Khairil Annas Jusoh; usahawan, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff; Pengerusi Khairul Group Associates, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan logo rasmi Persatuan Alumni UIAM.

Sementara itu, Dr. Mahathir melahirkan rasa bangga beliau terhadap perkembangan UIAM yang kini banyak mencipta kejayaan.

''Begitu juga dengan alumninya yang ramai telah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta.

''Mungkin suatu hari nanti UIAM akan mampu melahirkan seorang Perdana Menteri di negara ini atau Presiden di sesebuah negara lain,'' katanya.

Persatuan Alumni UIAM kini mempunyai cawangan di 13 negara dan sedang giat menjalankan pelbagai kempen untuk menambah cawangan baru.

Sehingga kini cawangan persatuan itu adalah di Thailand, Indonesia, Bosnia, Maldives, Australia, Singapura, Arab Saudi, China, Oman, Papua New


KOMEN : TAHNIAH TUN M. DAN PARA PENERIMA ANUGERAH SEMOGA SEGALA JASA ANDA SEKELIAN BERTERUSAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. KENAPA ANWAR ATAU ULAMA PAS TAK TERSENARAI? ADAKAH KERANA TAK ADA JASA?

Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA KRAU 27 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.

"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.

Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.

Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

"Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup," kata beliau.


KOMEN : ITULAH BILA BERCAKAP DIA AJE YANG BETUL ORANG LAIN SEMUA SALAH. SOKONG KATA-KATA PM "Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," BUKAN MACAM PUAK PEMBANGKANG ASYIK-ASYIK MENCACI, MEMFITNAH, MERUSUH, BARING ATAS JALANRAYA DAN MACAM-MACAM GELAGAT YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM.

Thursday 24 February 2011

Malu penanda aras ketakwaan Muslim


2011/02/24
DARI BERITA HARIAN


BANYAK kejadian yang melemahkan umat Islam mutakhir ini berpunca daripada hilangnya sifat malu. Ada segelintir tidak segan silu melanggar perintah agama malah berasa bangga kerana berani melakukan maksiat kepada Allah.

Mereka seolah-olah mencabar kekuasaan Allah dengan mematuhi maksiat dan memerangi syariat. Ada juga lupa sifat tidak malu melakukan kejahatan berpunca daripada hilangnya rasa perhambaan kepada Dia Yang Maha Melihat. Justeru, mereka hanya malu kepada manusia dan apabila tiada yang melihat, mereka melakukan maksiat. Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah ‘Amir: “Sesungguhnya antara yang didapati manusia daripada ucapan Nabi terdahulu adalah ‘apabila engkau tidak malu, maka lakukan apa pun yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis itu menunjukkan tanpa sifat malu, seseorang itu boleh melakukan apa saja kerana tidak takut seksaan Allah. Mereka berbuat apa saja tanpa memikirkan kesannya kepada diri, masyarakat, negara, bangsa atau agama.

Manusia memilih menjadi malu berasaskan dua keadaan iaitu kerana memang pemalu atau cuba menanam sifat malu. Sama ada kita memang seorang pemalu kerana mewarisinya daripada ibu bapa atau mengupayakan malu melalui latihan bukan persoalannya.

Sifat malu perlu ada kerana ia membawa kebaikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Malah, malu seiring iman. Jika seseorang itu tiada sifat malu, sudah tentu ia jauh daripada keimanan kerana malu adalah benteng yang menghalang melakukan dosa.

Abu Sa’id Al-Khudri menggambarkan sifat malu Baginda SAW sebagai lebih pemalu daripada seorang gadis, bahkan apabila tidak menyukai sesuatu, sahabat boleh mengetahuinya daripada wajah Baginda.

Namun, perlu diingat sifat malu dalam Islam ialah malu melakukan perbuatan jahat dan maksiat, bukannya malu membuat kebaikan atau menyeru kepada kebenaran. Justeru, malu menghadapi yang hak bukanlah sifat malu dibawa Rasulullah SAW, sebaliknya sifat lemah yang boleh menjahanamkan agama serta membelenggu Islam terus gah di persada dunia.

Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, malu yang dipuji dalam ucapan Rasulullah SAW adalah akhlak yang mendorong seseorang melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, rasa lemah menyebabkan seseorang mengurangi hak Allah SWT ataupun hak hamba-Nya.

Sifat lemah merujuk keadaan tidak positif, tiada iltizam, kesungguhan mencapai sesuatu disebabkan kekangan peribadi, iaitu tiada keyakinan, kekuatan fizikal serta takut kemungkinan gagal.

Jangan pula kita jadikan sikap malu sebagai penyebab kelemahan umat Islam hari ini dalam urusan ilmu, pentadbiran atau kepentingan umat. Malu bertoleransi dalam urusan agama untuk menjulang kebenaran sebenarnya menunjukkan kelemahan yang nyata.

Begitu juga jangan malu mengaku salah, jika akur pada hakikat Allah mem buka seluruh keaiban semata-mata kerana perhitungan di Padang Mahsyar (melainkan kita tidak membuka keaiban orang lain).

Maka, akui kesalahan semoga ia menjadikan kita manusia yang dihargai. Tetapi jika terus menegakkan benang yang basah kerana malu, ketahuilah kita akan menjadi manusia paling lemah akhirnya.

Betapa jauh amalan kita dengan Rasulullah SAW dan sahabat. Mereka berhias dengan rasa malu yang hakiki, menahan diri daripada perbuatan keji, bukan supaya disanjung tinggi, tetapi kerana takutkan Rabbul Izzati.


KOMEN : SEMOGA SIFAT MALU KTA DAPAT MENGHINDARI DIRI KITA DARI MELAKUKAN KEJAHATAN DAN KEMAKSIATAN. AMIN

TLDM akan saman Tony Pua


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menolak kemungkinan akan memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Ia berikutan kenyataan fitnah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang menuduh pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) TLDM diselubungi rasuah kerana dakwanya, kos kapal tersebut 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pihaknya sedang mengkaji keseluruhan kenyataan Tony Pua sebelum sebarang tindakan susulan diambil ke atas wakil rakyat DAP itu.

"Kita sedang mengkaji secara keseluruhan dan buat masa ini, kami sedang meneliti secara terperinci kenyataan asal Tony Pua berhubung isu LCS ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak supaya Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM memfailkan saman fitnah terhadap Tony Pua, agar ia menjadi pengajaran.

Semalam, gesaan itu disuarakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, kerana dedahnya, Tony Pua mengeluarkan kenyataan tersebut bagi tujuan memburukkan imej ATM di mata dunia.

Menurut Lum Yong, tindakan tidak bertanggungjawab itu dibuat kerana pembangkang mahu rakyat hilang kepercayaan terhadap ATM selain, demi keuntungan politik pihak asing.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan yang sama.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai bentuk tindakan susulan terhadap Tony Pua apabila tiba masanya kelak.

Katanya, Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap semua gesaan orang ramai yang mahu tindakan tegas dikenakan ke atas wakil rakyat DAP itu kerana mempolitikkan isu pertahanan negara tanpa bukti kukuh.

"Apabila tiba masanya nanti, kami akan umumkan apa tindakan kementerian, jangan risau kerana kita mengambil maklum mengenai pandangan semua


KOMEN : SAMAN JANGAN TAK SAMAN BIAR DIA TAHU LANGIT TINGGI RENDAH. DIA INGAT DIA WAKIL RAKYAT DAP BOLEH SESUKA HATI BUAT FITNAH. KITA IKUT PENDEKATAN PAP S'PORE SILAP KELAUR FAKTA SAMAN. BUAT TUDUHAN PALSU PADA ENTITI KERAJAAN SAMAN.

Wednesday 23 February 2011

Tidak perlu persoal Malaysia negara Islam


DARI UTUSAN MALAYSIA



SHAH ALAM 22 Feb. - Status Malaysia sebagai negara Islam seharusnya tidak dipersoalkan kerana kerajaan sedia ada berjaya memerintah dengan adil walaupun negara ini mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Rektor Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu), Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi berkata, kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan keharmonian itu patut dijadikan contoh oleh negara Islam lain.

''Pemimpin negara ini mengamalkan kepimpinan wasatiah (kesederhanaan) dan bukan bersikap autokratik.

''Itu sudah cukup untuk membuktikan yang negara ini adalah sebuah negara Islam yang wajar dicontohi oleh negara Islam lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau kagum dengan kemampuan negara ini mewujudkan rakyat yang lebih bertamadun dalam tempoh masa sangat singkat.

''Ini semua terdorong kerana kepimpinan negara yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat serta sentiasa mempunyai keinginan melihat negara terus maju ke hadapan.

"Ia sekali gus membuka mata negara Islam lain bahawa cara kepimpinan berteraskan Islam juga mampu menjadikan sesebuah negara itu berkembang maju," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau meramalkan ketamadunan Barat akan pupus dan muncul pula ketamadunan Timur yang dilihat sedang pesat berkembang.

Ini kerana, katanya, lebih 50 peratus daripada jumlah umat Islam adalah remaja di bawah usia 18 tahun manakala 70 peratus daripada populasi ketamadunan Barat pula berusia 60 tahun dan ke atas.

''Untuk itu, Malaysia berperanan menjadi hab pendidikan umat Islam di seluruh dunia memandangkan kemampuannya dari segi kestabilan ekonomi, politik dan kemodenan teknologi," katanya.


KOMEN : APA AGAKNYA RASA HATI NIK AZIZ BILA MALAYSIA DIIKHTIRAF SEBAGAI NEGARA ISLAM.

Tiada campur tangan Mahathir - Tom Plate


DARI UTUSAN MALAYSIA




Tom Plate bersama buku Conversation With Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam. - Zaki Amiruddin



PUTRAJAYA 22 Feb. - Penulis buku Conversation With Mahathir Mohamad hari ini menegaskan buku tersebut adalah hasil tulisannya sendiri tanpa ada campur tangan daripada bekas Perdana Menteri keempat itu.

Tom Plate berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahkan menolak tawaran beliau untuk membaca dan mengubah apa-apa fakta dalam buku itu sebelum dijual di pasaran.

''Saya ada memberitahu Dr. Mahathir bahawa beliau mungkin tidak bersetuju dengan beberapa fakta dalam buku itu.

''Beliau mengakui perkara tersebut tetapi tidak kisah mengenainya dan mahu saya menulis dengan jujur," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar dan Penerbit Marshall Cavendish International, Chris Newson.

Buku tersebut merupakan jilid kedua dalam siri Giants of Asia selepas Conversation With Lee Kuan Yew yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish.

Sementara itu, Marshall Cavendish dalam kenyataan akhbar yang diedarkan pada majlis itu menyatakan, empat badan amal di negara ini akan menerima RM200,000 hasil jualan sebanyak 20 buah buku tersebut yang mempunyai tandatangan penulis dan Dr. Mahathir.

''Sehingga kini, sebanyak RM40,000 telah dipungut hasil derma daripada empat buah syarikat swasta iaitu Deloitte Consulting Ltd, Rahmat Lim & Partner, Malayan Sugar Manufacturing Co dan Central Sugar Refinery SB.

Buku itu berharga RM10,000 senaskhah.


KOMEN : TAHNIAH KEPADA TUN. M JASAMU TETAP DIKENANG.

BILA AGAKNYA MENTERI KDN NAK BERTINDAK


Difitnah Hindraf: Perkasa buat laporan polis
DARI UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR 22 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyangkal tuduhan Hindraf yang mendakwa mereka akan menimbulkan kekecohan ketika demonstrasi tanpa permit yang akan diadakan pertubuhan haram itu di ibu negara pada Ahad depan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan dakwaan itu berkata, tindakan Hindraf menyebarkan fitnah menerusi e-mel adalah salah satu cara untuk menimbulkan ketegangan dan juga kekecohan serta dengan niat untuk memburukkan negara.

Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini memberitahu, laporan itu dibuat selepas beliau membaca satu kiriman e-mel yang dihantar oleh srihero@gmail.com yang didakwanya pengerusi pertubuhan haram itu iaitu P. Waytha Moorthy.

Menurut Ibrahim, e-mel tersebut dihantar kepada 21 penerima terdiri daripada wakil pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.

“Kiriman e-mel itu menuduh Perkasa merupakan alat kepada UMNO untuk menimbulkan huru-hara pada demonstrasi haram yang akan diadakan oleh Hindraf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi.

“Perkasa menentang sekeras-kerasnya tindakan Hindraf itu yang dilihat sebagai perosak negara dan pengecut kerana pengerusi pertubuhan haram itu sudah melarikan diri ke luar negara dan tidak mahu bersemuka.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Perkasa tiada kena mengena dengan UMNO. Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan yang melanggar undang-undang apatah lagi menganjurkan perhimpunan jalanan yang melampau,” tegasnya kepada pemberita.

Ibrahim turut menggesa polis agar mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan demonstrasi haram pada hujung minggu ini.

“Saya membuat laporan polis ini kerana merasakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang cintakan negara saya dan inginkan kesejahteraan serta keamanan,” katanya.


KOMEN : INI APALAGI ADA CERITA PASAL HINDRAF, BUKANKAH MEREKA INI KUMPULAN HARAM. KENAPA MASIH BEBAS BERGERAK. NAK MENYUSAHKAN ORANG AJE.. MINTA POLIS AMBIL TINDAKAN SEBELUM TERLAMBAT. NAMPAKNYA MEREKA DAH TUNJUK BESAR KEPALA.

NANTI APA KATA NIK AZIZ DAN ANWAR


Pluralisme bertentangan akidah Islam
Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Fahaman pluralisme tidak sepatutnya wujud dalam kalangan umat Islam kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran serta akidah umat Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, Islam melarang sama sekali umatnya mengamalkan fahaman seumpama itu dan ia tidak boleh dicampuradukkan dengan ajaran agama suci itu.

Beliau seterusnya menegaskan, larangan itu tidak terbatas kepada sesiapa saja atau mereka yang mendukung fahaman tersebut, tidak terkecuali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun beliau sendiri.

"Setakat ini saya belum terima penjelasan lagi mengenai dakwaan yang mengaitkan Anwar sebagai pendukung fahaman itu di negara ini, saya belum lagi terima laporan mengenainya.

"Tetapi sekiranya benar dakwaan itu, tak kira siapa mereka, Anwar ke ataupun saya sendiri sekalipun, ia sudah tak betul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu fahaman pluralisme iaitu menyamakan kedudukan Islam dengan agama lain yang disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa tokoh agama mengenai ancaman fahaman tersebut.

Kenyataan Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu itu merupakan reaksi pertama pimpinan peringkat tertinggi Pas secara tegas dan terbuka berhubung isu tersebut.

Beberapa pihak di luar parti itu sebelum ini mempersoalkan pendirian mereka walaupun didesak banyak pihak setelah agak lama membisu dalam persoalan pluralisme yang dikatakan cuba dibawa oleh Anwar.

Perdana Menteri sewaktu merasmikan Multaqa Guru Takmir Seluruh Malaysia minggu lalu mengingatkan seluruh rakyat agar berwaspada dengan fahaman pluralisme kerana ia merupakan ancaman baru kepada umat Islam di negara ini.

Namun peringatan Perdana Menteri itu diperlekehkan Anwar dengan menuduh kerajaan berpura-pura dalam menghadapi ancaman pluralisme agama dan menggunakan media arus perdana untuk mengutuk fahaman berkenaan.

Menurut Harun, segalanya sudah dijelaskan di dalam al-Quran yang menegaskan bahawa hanya Islam satu-satunya agama di sisi Allah.

"Malah ada ayat al-Quran yang maksudnya bahawa orang yang menganut agama selain Islam, Allah tidak akan terima mereka di akhirat.

"Ini bermakna, al-Quran cukup jelas dan nyata. Saya sendiri pun berpandukan al-Quran," ujarnya.

KOMEN : DAH JELAS DAN DAH DIFAHAMI YANG HANYA ISLAM SAHAJA AGAMA DISISI ALLAH SWT. AGAMA LAIN HANYA AGAMA BUDAYA.

Tuesday 22 February 2011

Selesai masalah rakyat - Dr. M


DARI UTUSAN MALAYSIA



JOHOR BAHRU 21 Feb. - Pergolakan politik yang berlaku di beberapa negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara menuntut supaya pemimpin Islam mentadbir negara sebagaimana diharapkan rakyat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau memberi contoh 20 peratus daripada rakyat Mesir tidak mempunyai pekerjaan, manakala di Tunisia pula, rakyatnya yang baru menamatkan pengajian di universiti juga gagal mendapatkan pekerjaan.

"Maruah agama Islam sendiri terjejas akibat kegagalan pemimpin-pemimpin Islam mentadbir negara sehingga menyebabkan pemberontakan di kalangan rakyat mereka," katanya ketika merasmikan Seminar Perpaduan Ummah 2011 anjuran Majlis Badan-Badan Islam Johor di sini, hari ini.

Keadaan di Malaysia, kata Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), adalah berlainan dengan kerajaan berusaha keras mewujudkan pekerjaan untuk rakyat.

Menurut beliau, ada antara negara yang sedang bergolak itu menerima bantuan kewangan daripada negara yang diketahui tidak menyukai agama Islam, untuk membiayai pentadbiran negara.

"Kerajaan-kerajaan ini dibiayai oleh pihak yang mempunyai kepentingan lain, yang tidak sama dengan kepentingan umat dan agama Islam," kata Dr. Mahathir. - BERNAMA


KOMEN : KERAJAAN YANG DILANTIK PERLU MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT SEHINGGA RAKYAT BERPUASHATI DAN AKAN TERUS MENYOKONG DAN MEMBERI MANDAT KEPADA KERAJAAN UNTUK MEMERINTAH NEGARA. AMAT JAUH BERBEZA KEADAAN MALAYSIA DENGAN NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH YANG BERGOLAK DARI SEGI EKONOMI, KETIADAAN PEKERJAAN, POLITIK , CARA HIDUP DAN SEBAGAINYA. JADI PIHAK PAKATAN PEMBANGKANG TAK PAYAHLAH BERSUSAH PAYAH MENYERU RAKYAT MALAYSIA BANGUN MENENTANG KERAJAAN. NANTI DITUDUH MENGHASUT PULA.

Nik Aziz pandai bermuka-muka


Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 21 Feb. - Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi tersebut.

Beliau berkata, keadaan itu jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini.

"Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.

"Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba hari ini keluar kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.

"Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar," katanya.

Katanya, sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.

"Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan? Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.

"Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal," katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga ahli Pas yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sekiranya memerintah kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.

"Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP," katanya.


KOMEN : ALHAMDULILLAH MASIH ADA JUGA BIJAK PANDAI ISLAM YANG BERANI MENEGUR NIK AZIZ. LEBIH RAMAI LEBIH BAIK AGAR FATWA SONGSANG NIK AZIZ DAPAT DIBETULKAN. DAH LAMA TAHU DAH YANG NIK AZIZ AKAN BERBOHONG SEBAB SELAMA INI PUN ORANG MELAYU JUGA YANG MENJADI MANGSA CACIANNYA KERANA TIDAK MENYOKONG PERJUANGAN DAN MANJADI AHLI PAS. TAK PAYAHLAH NAK SURUH DIA JAGA MALAYSIA NI. NAK JAGA MASJID DAN SURAU KAT KELANTAN PUN TAK PANDAI. DIA AKAN JADI MB KELANTAN SELAGI ORANG PAS PERLUKAN DIA.

Monday 21 February 2011

Nik Aziz tolak saranan Zulkifli Noordin


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 20 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak saranan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang memintanya merujuk Surah Abasa berhubung kerjasama antara Islam dengan bukan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya menyifatkan Zulkifli sebagai seorang pengkhianat dan tidak layak memintanya berbuat demikian.

"Kalau saranan itu daripada orang lain, saya mungkin boleh terima tetapi bukan Zulkifli yang hanya pandai membuat kacau-bilau termasuklah kepada kawasannya. Dia juga khianat kepada saya.

"Oleh itu, dia bukanlah Yang Berhormat kerana mengikut pepatah Mesir, orang seperti Zulkifli itu mempunyai ulat dalam otaknya," katanya pada sidang akhbar di Rumah Sri Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz mengulas saranan Zulkifli yang mahukan Menteri Besar Kelantan itu merujuk surah tersebut terlebih dahulu yang meminta supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain dalam kerjasama.

Nik Abdul Aziz berkata, saranan Zulkifli itu boleh menjejaskan sokongan bukan Islam terhadap perjuangan Pas selama ini.

"Saya bimbang sokongan bukan Islam terhadap Pas akan merosot apatah lagi kami kini mempunyai kelab penyokong daripada mereka.

"Kenyataan sebenar saya adalah orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana mereka merupakan bangsa terawal di Tanah Melayu yang menerima Islam," katanya.

Mengulas kemungkinan Pas akan mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bulan depan, beliau berkata:

"Saya meminta orang Melayu sokong pembangkang kerana dalamnya ada Pas yang berjuang untuk Islam.

"Jika Pas hilang sokongan orang Melayu, ini adalah kerana UMNO yang menyalahgunakan demokrasi," katanya.

Menurutnya, pembangkang hanya berpeluang mengadakan kempen sewaktu pilihan raya sedangkan UMNO mendominasi media setiap hari dan tindakan itu tidak adil.

"UMNO salah dunia dan akhirat kerana mereka menyalahgunakan demokrasi dan tidak mustahil apa yang menimpa Mesir akan berlaku di Malaysia ekoran perbuatan UMNO ," katanya.


KOMEN : PENDENDAM SUNGGUH NIK AZIZ NI. TAKUT KEHILANGAN UNDI ORANG KAFIR UNTUK MENANG PILIHANRAYA. BETULLAH KATA Dr.M, NIK AZIZ BUKAN PEJUANG ISLAM TAPI MENGGUNAKAN ISLE UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DIA. ORANG MELAYU TAK SOKONG PAS UMNO JUGA YANG SALAH. SENDIRI MAHU SEDARLAH KALAU HARI-HARI MENCARUT IKUT SUKA SEDAP MULUT, CAKAP TAK SERUPA BIKIN DAN SEMUA SALAH ORANG WALAUPUN SENDIRI YANG SALAH MANA ORANG MELAYU NAK SOKONG. LAGI SATU ORANG MELAYU BELAJAR AGAMA JUGA. JANGAN INGAT DIA SEORANG YANG PANDAI AGAMA.

Pas parti oportunis - Dr. M


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita.


KOMEN : NIK AZIZ NI DULU LAIN SEKARANG LAIN. DULU KAFIR SEKARANG TAK KAFIR. DULU TAK MENGAKU MELAYU SEKARANG DAH JADI MELAYU. BANYAK BETUL DIA PUNYA DULU DAN SEKARANG. DULU BEBAL SEKARANG PUN BEBAL DAN SELAMANYA AKAN KEKAL BEBAL.

Tok Guru diminta rujuk Surah Abasa, tanya lima soalan


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Bosan dengan permainan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan Islam untuk bekerjasama dengan DAP, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Menteri Besar Kelantan itu supaya merujuk kembali satu pesanan Allah melalui Surah Abasa.

"Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum.

"Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu.

"Ketika itulah Allah menurunkan Surah Abasa bagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Zulkifli yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengakui bekerjasama dengan DAP dalam pihak pembangkang adalah bagi memperkenalkan Islam kepada parti itu.

Dalam satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu antara lain mendakwa hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Zulkifli mencabar Nik Abdul Aziz supaya mengemukakan lima soalan terbuka untuk dijawab oleh para pemimpin DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang; Pengerusi, Karpal Singh dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Soalan-soalan itu adalah:

1) Adakah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng setuju dengan agenda penubuhan negara Islam yang dibawa Pas?

2) Adakah pihak pembangkang membenarkan Pas melaksanakan hukum syariah di negeri-negeri yang diterajui Pas?

3) Mengapa Pas berdiam diri ketika perjanjian 'Persefahaman pihak pembangkang pada 18 Disember 2009' walhal perjanjian itu tidak meletakkan agenda penubuhan negara Islam?

4) Apa pendirian Nik Aziz, Kit Siang, Karpal dan Guan Eng mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah mengatakan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan'?

5) Mengapakah pihak pembangkang membenarkan Karpal terus mewakili Anwar dalam kes liwat sedangkan pernah mengakui mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual?

Katanya, kesemua persoalan itu 'wajib' dijawab oleh Nik Abdul Aziz dalam membuktikan usaha Pas memperkenalkan Islam kepada DAP selama ini.

"Jika Nik Aziz berani wujudkan forum untuk berbincang dengan 'kepala-kepala' DAP itu, saya dengan sedaya-upaya akan cuba mendapatkan slot siaran langsung di stesen televisyen nasional," jelasnya.


KOMEN : TAKAN DIJAWABNYA, KALAU DIA JAWAB PUN DIA AKAN PUSING SAMPAI DIA SENDIRI PENING SEBAB TAK TAHU APA YANG DIA SENDIRI DAH CAKAP. MAKLUMLAH ORANG TUA KALAU SUKA SANGAT BERCAKAP SELALUNYA TERSALAH CAKAP. LAGI BANYAK CAKAP MAKIN BERCELARU. YANG PENING PENYOKONG DIA SEBAB BUKAN AHLI PAS TAK KISAH PUN APA DIA NAK CAKAP. LEPAS NI DIA AKAN KUMPULKAN KARPAL, LKS, LGE DAN ANWAR UNTUK DAPAT IDEA MACAMANA NAK JAWAB CABARAN INI. HAL MAKLUM OTAK DIA BERCELARU.

Selangor rugi tolak UiTM


Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my


JASIN 19 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuat keputusan tidak bijak apabila menolak projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Selangor pada 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu merugikan penduduk di Hulu Selangor dan yang mendapat rahmatnya kini adalah penduduk di Seri Mendapat di sini ekoran pembinaan kampus baru di tanah seluas 218 ekar itu.

“Kerajaan Selangor tidak bijak kerana menolak rezeki tetapi sebaliknya orang Melaka khususnya di Seri Mendapat mendapat untung dengan pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin yang baru.

“Keputusan yang diambil oleh kerajaan pembangkang itu bermotif politik kerana sanggup menzalimi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah yayasan untuk membantu orang miskin dan anak-anak yatim.

‘‘Tetapi kita nak tunjukkan kebenaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat dan pelajar UiTM,” ujarnya.

Beliau berucap pada majlis perasmian mula kerja di tapak projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan pertukaran dokumen perjanjian pinjaman antara YBK Usahasama Sdn. Bhd. dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Seri Mendapat di sini, hari ini.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Kampus baru UiTM Melaka cawangan Jasin dibina di atas tanah seluas 218 ekar di Mukim Semujuk daerah Jasin di sini menempatkan satu kompleks yang boleh menampung kapasiti pelajar berjumlah 5,000 orang.

Projek pembinaan kampus bernilai RM297 juta itu bakal menempatkan tiga buah fakulti iaitu Sains Gunaan, Pengurusan Ladang serta Sains Komputer dan Matematik yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sejak penubuhan UiTM pada 1967, seramai 400,000 graduan dilahirkan, manakala 180,000 masih menuntut di universiti berkenaan di seluruh negara.

Beliau menambah, bekas graduan daripada universiti berkenaan kini masing-masing memegang jawatan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta manakala sebahagian daripadanya menjadi tenaga profesional.

Ujarnya, kalau dikaji latar belakang bekas graduan UiTM, mereka terdiri daripada keluarga miskin, petani, nelayan, penoreh getah dan pembantu am rendah tetapi hari ini mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi.

“Ini semua dilakukan kerana kita percaya kalau nak mengubah untung nasib sesebuah bangsa, senjata paling berkesan sekali adalah melalui pendidikan dan ini telah kita buktikan sebagai satu kenyataan,” ujarnya.


KOMEN : DAH BODOH SOMBONG PULAK TU KHAS UNTUK MB SELANGOR. DIA KALAU BOLEH NAK DIBUKANYA UiTM UNTUK PELAJAR CINA DAN INDIA. AKAL PENDEK UNTUK DAPATKAN SOKONGAN DARI CINA DAN INDIA. SAKIT HATI BETUL DIA PADA KECEMERLANGAN ANAK BANGSA MELAYU/ISLAM. ADAKAH DIA SUDAH BUANG IDENTITI KEMELAYUANNYA UNTUK BERSAMA-SAMA BANGSA ASING MENGHANCURKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM. SILAPNYA ORANG MELAYU YANG MENYOKONG DIA HINGGA MEMBAWA REBAH. CINA DAN INDIA YANG KETAWA.

Nik Aziz akui Melayu perlu diutamakan


oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 19 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini.

Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.

Ujarnya, walaupun Pas tidak memberi keutamaan kepada perjuangan terhadap bangsa, ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan hak orang Melayu memandangkan mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini.

"Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum ini beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu juga menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut menuduh Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk kepentingan politik Barisan Nasional (BN) semata-mata.

"Ia adalah satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN. Pengkhianatan itu dibuat dengan menolak hak kaum Cina, India, Iban dan Kadazan," ujarnya.

Sementara itu, dalam konvensyen yang sama, penganalisis politik, Dr. Wong Chin Huat berkata, barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti dua pertiga jika parti itu dapat mengekalkan momentum peningkatan sokongan orang Melayu seperti yang diperlihatkan pada beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini.

Chin Huat berkata, pihak pembangkang pada masa sama dilihat akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika Pas gagal mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu.

"Pada 2008, hampir kesemua kawasan yang Pas berjaya mencatatkan prestasi baik adalah di kawasan bukan Islam,'' katanya.


KOMEN : TAK TERDENGAR PULA LAUANGAN RASIS BILA NIK AZIZ MEMPERTAHANKAN ORANG MELAYU. CUBA UMNO YANG KATA BEGITU SILAP HARIBULAN KOMPONEN BN PUN MENYALAK UMNO RASIS. GIMIK POLITIK PAS DAN DAP UNTUK MENDAPAT SOKONGAN MELAYU BILA BARU TERSEDAR YANG MELAYU LEBIH DOMINAN. APA HAK MELAYU/ISLAM YANG PERNAH NIK AZIZ DAN PAS PERTAHANKAN? YANG SAYA TAHU SEMUANYA NAK DIBERIKAN PADA CINA. DEB PUN DIA TAK SOKONG DAN PERTAHANKAN TAPI KELUARGA DIA KEBAS JUGA HAK UNTUK ORANG MELAYU. MEMANG BN MENGKHIANATI ORANG CINA SEBAB TU ORANG MALAYSIA TERKAYA PUN ORANG CINA. SEKOLAH CINA PUN MASIH WUJUD HINGGA KE HARI INI. APA LAGI YANG CINA NAK? BUKAN KAH NIK AZIZ MALU MENGAKU DIRINYA ORANG MELAYU. CINA TAK SIAM PUN TAK?

Saturday 19 February 2011

Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir


HJ. LUKMAN BIN MOIDIN
Penceramah, Motivasi & Kaunselor
Kedah

SAYA tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan.

Apakah benar Islam itu Pas, dan Pas itu Islam? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli Pas, Nik Aziz atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman Pas. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman Pas?

Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan Pas apabila DSAI dipecat.

Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat 'hidayah' dan menyokong Pas termasuklah penulis. Apakah nasib-nasib kami yang pernah menyokong Pas dan akhirnya 'keluar' atau 'murtad' dari menyokong Pas. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai Pas?

Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100 peratus kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa 'banyak kepincangan' dilakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam Pas.

Seperti mana Pas juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang 'kecewa dan marah' pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong Pas juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan.

Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa Pas pula tidak boleh? Maksum sangatkah Pas hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.

Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Bharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan "Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai".

Ia merupakan fakta yang terlalu jelas, usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita.

Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura. Kerana itu mereka 'mendekati' Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi.

Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara Barat hari ini seperti yang diakui oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan?

Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Mahathir.

Lucunya sempat pula Nik Aziz 'menceduk' idea 'syiling emas' untuk mendapatkan 'laba' politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.

Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal.

Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Mahathir ?

Nik Aziz juga sempat meminta Tun Mahathir menyatakan 'kesalahan' beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan:

* Banyak manakah 'berhala besar' yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

* Tidak malukah Nik Aziz mengisytihar Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' sedangkan ketika Nabi Ibrahim dilantik sebagai Rasul, baginda telah memecahkan semua patung berhala di sekitar Kaabah.

* Jika Nik Aziz pertikai kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula melihat kesungguhan Pas dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.

* Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membuktikan kepada penulis tentang 'tong kosong' yang dipalu oleh Pas Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, kebersihan yang menjadi asas keimanan pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya.

* Semasa berada di Kota Bharu, penulis sempat solat subuh, Jumaat, maghrib dan isyak di beberapa masjid. Pemandangannya hampir sama seperti mana kita melihat jemaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan.

* Penulis turut 'melawat' setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor.

Malah di sebuah masjid yang tersergam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus.

Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat di bawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun.

Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Mahathir kerana 'kesilapan' beliau yang belajar dalam 'bidang kedoktoran' dan bukannya 'bidang keagamaan', juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara.

KOMEN : MARI KITA BERFIKIR SECARA RASIONAL BERASASKAN FAKTA. BAGI PENYOKONG PAS YANG JUMUD TU BIARKAN MEREKA BERFIKIR MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT. MESTI MEREKA MAKIN BERTAMBAH MARAH BILA TOK GURU DIA ORANG KENA HENTAM. MEMANG BETUL APA JASA NIK AZIZ PADA NEGARA... RASANYA ADA MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM DANGAN FATWA SONGSANGNYA.

Nik Aziz dicabar kemuka bukti perkenalkan Islam kepada DAP


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 18 Feb. -Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu disifatkan sebagai amat meragukan.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, ini kerana kerjasama Pas dengan DAP dilihat lebih berkepentingan politik daripada keutamaan 'memperkenalkan' Islam.

Lagipun katanya, DAP telah wujud sejak berpuluh tahun lalu di negara ini dan parti itu sepatutnya telah memahami Islam memandangkan ia merupakan agama rasmi di Malaysia.

Justeru, katanya, Nik Abdul Aziz dicabar supaya mengemukakan bukti serta pelan perancangan parti tersebut dalam memperkenalkan Islam kepada DAP seperti yang diakui Menteri Besar Kelantan itu.

"Jika benar seperti apa yang didakwa Nik Aziz, JMM tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan menyertai Pas dalam wadah memperkenalkan Islam kepada DAP, saya mahu lihat pelan perancangan beliau (Nik Abdul Aziz) dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz mengenai perkara itu di Kota Bharu semalam.

Kenyataan menteri besar itu merupakan susulan daripada percakarannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kebelakangan ini, yang antaranya mempersoalkan tentang kewajaran Pas bekerjasama dengan DAP.

Menurut Nik Abdul Aziz, hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Tengku Amalluddin kemudiannya secara sinis menambah, Pas diminta supaya 'memperkenalkan' Islam kepada DAP secara penuh berhemah supaya agama itu terus dihormati.

"Jangan sampai (Pengerusi DAP) Karpal Singh cakap 'langkah mayat saya dahulu' jika mahu mendekatkan Islam kepada DAP," tegasnya.

KOMEN : RAMAI SUNGGUH YANG NIK AZIZ DAN PAS TELAH ISLAMKAN PEMIMPIN DAN PENYOKONG DAP. SEMUANYA DAH FAHAM TENTANG ISLAM HINGGAKAN PAS PUN DAH TAK PERLU BERCAKAP TENTANG NAK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM BILA KARPAL CAKAP "OVER MY DEAD BODY". SEBAB TU SEKARANG DIA TENGAH MELALUT MENCARUT MENYALAHKAN BN YANG TELAH LAMA MENGEMBANGKAN SYIAR ISLAM DIMALAYSIA. APA YANG NIK AZIZ DAN PAS BUAT HANYALAH MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM HINGGAKAN BANGSA ASING MENINDAS ORANG MELAYU/ISLAM PUN DISOKONG OLEH NIK AZIZ DAN PAS. OTAK KAT LUTUTLAH TU ATAU KAT PUNGGUNG....

Perincikan ekuiti 22 peratus bumiputera - Perkasa


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan menjelaskan secara terperinci apakah peratusan pegangan ekuiti bumiputera yang kini berjumlah 22 peratus itu termasuk pemilikan dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ekuiti GLC turut menjadi perkiraan kerajaan, Perkasa sama sekali tidak akan mengiktiraf jumlah 22 peratus yang didedahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

"Perkasa sambut baik jumlah 22 peratus walaupun masih jauh daripada sasaran tetapi, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci, jangan jumlah itu termasuk GLC kerana sepatutnya ekuiti bumiputera hanya dikira hasil milik individu dan syarikat bumiputera sahaja.

"Kami sama sekali tidak dapat menerima perkara ini. Jika benar kerajaan turut mengambil kira GLC dalam menentukan jumlah pemilikan ekuiti bumiputera maka, dividen perlu diberikan kepada masyarakat bumiputera setiap tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan Mustapa bahawa pegangan ekuiti bumiputera dalam pelbagai bidang ekonomi terutamanya membabitkan pemilikan saham, hartanah di bandar besar serta skim gaji, baru mencapai 22 peratus.

Pencapaian itu masih jauh berbanding sasaran kerajaan iaitu sebanyak 30 peratus sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan 40 tahun yang lalu, bertujuan mewujudkan keseimbangan dalam agihan kek ekonomi negara yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum Cina.

Terdahulu, Ibrahim bersama pucuk pimpinan Perkasa menemui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Agenda Peneraju Bumiputera (Teraju), Husni Salleh, bagi menyerahkan cadangan mengenai usaha meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera.

Mengulas pertemuan itu, Ibrahim berkata, dua aspek pokok disarankan iaitu mencadangkan Teraju melalui Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) menubuhkan anak syarikat agar pemilikan saham dapat diperluaskan selain memastikan usahawan Melayu mendapat 100 peratus pinjaman bagi pembelian premis perniagaan.

Katanya, melalui kaedah tersebut, pegangan ekuiti milik peribadi mahupun syarikat membabitkan masyarakat bumiputera akan dapat ditingkatkan secara signifikan bagi memastikan sasaran ekuiti 30 peratus dapat dicapai sebelum 2020.

"Daripada bahasa badan Husni, kami yakin beliau akan mengambil kira semua pandangan yang telah disampaikan oleh Perkasa, malah, beliau sendiri mengakui banyak cadangan yang dikemukakan hari ini adalah idea yang cukup bernas.

"Perkasa menaruh kepercayaan kepada Husni kerana beliau sangat berkelayakan. Beliau adalah produk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara dan roh Melayunya pun tebal," katanya.

KOMEN : BIARLAH BANGSA LAIN NAK BISING. KITA KENA TUNTUT DAN PERTAHANKAN APA JUGA HAK KITA YANG TERMAKTUD DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA. KITA TIDAK RASIS SELAGI BERADA DILANDASAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Bank Islam serah zakat perniagaan RM200,000 kepada UiTM


DARI UTUSAN MALAYSIA



SHAH ALAM 18 Feb. - Bank Islam (M) Bhd. hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM200,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk disalurkan kepada tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sumbangan Bank Islam itu adalah usaha bersama kedua-dua pihak bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

Katanya, Bank Islam mula menyumbang zakat kepada UiTM sejak 2007 sejumlah RM120,000 selain melancarkan Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM sebagai salah satu cara menambahkan dana MDAB.

''Melalui penggunaan kad ini, setiap kali ia digunakan untuk pembelian runcit, sebanyak 0.3 peratus daripadanya akan disumbangkan kepada tabung MDAB," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Islam kepada tabung MDAB, di sini hari ini.

Sumbangan zakat tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat kepada Sahol Hamid pada majlis tersebut.

Tabung MDAB adalah satu projek kemasyarakatan dan kebajikan UiTM yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu membayar yuran pengajian pelajar miskin yang mengikuti kursus pradiploma di universiti berkenaan.

Setakat ini, lebih 5,000 pelajar telah menerima manfaat daripada program tersebut sebelum mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma.

Menurut Sahol, UiTM akan terus aktif memperkasakan ibadat zakat apabila sehingga tahun lalu, universiti itu berjaya mengumpul wang zakat sebanyak RM4.2 juta.

Jelasnya, melalui program Sadaqah yang diperkenalkan sejak bulan Ramadan tahun lalu, pihaknya berjaya mengumpul dana dengan purata sebanyak RM3,500 setiap bulan.

''Sejak 54 tahun lalu, UiTM bersama pelbagai pihak bertungkus-lumus melaksanakan segala perancangan dan usaha untuk membantu pelajar Melayu dan bumiputera dengan menyediakan pelbagai peluang pendidikan tinggi," katanya.

KOMEN : UiTM DIHATIKU. TERUSKAN USAHA MURNI KITA UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

PM: Pemulauan prosiding sebagai agenda politik pembangkang


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemulauan terhadap prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock disifatkan sebagai satu agenda politik bagi tujuan menjadikannya isu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.

Perdana Menteri berkata, memandangkan prosiding itu turut melibatkan pihak pembangkang yang menjadi penasihat kepada keluarga mendiang, sudah tentu mereka mempunyai niat untuk melengah-lengahkan prosiding tersebut.

Katanya, matlamat mereka adalah untuk menampakkan kerajaan seolah-olah tidak berusaha untuk mencari kebenaran atas kematian Beng Hock.

"Ia telah dipolitikkan. Mereka sebenarnya hendak mencari jalan melengah-lengahkan kes ini. Tujuannya adalah supaya kes ini boleh menjadi sebagai satu isu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sebab itu nawaitu (niat) pembangkang yang menjadi penasihat keluarga Beng Hock mahu melengah-lengahkan prosiding ini sehingga menampakkan kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk mencari kebenaran atas punca kematian mendiang sehingga pilihan raya akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Multaqa Guru Takmir Seluruh Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas penarikan diri peguam dan ahli keluarga setiausaha politik Exco Selangor itu daripada menyertai prosiding tersebut kelmarin.

Peguam Karpal Singh memaklumkan pendirian itu selepas permohonan pihaknya agar Tan Sri James Foong Cheng Yuen menarik diri sebagai pengerusi suruhanjaya serta permohonan penangguhan prosiding ditolak.

Mengulas lanjut Najib berkata, keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu adalah atas permintaan keluarga mendiang, justeru mereka sepatutnya memberi peluang kepada suruhanjaya berkenaan menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

"Ahli-ahli panel yang dilantik terdiri daripada mereka yang berwibawa dan mereka boleh membantu kita mencari apa sebenarnya yang berlaku. Kita hendak tegakkan kebenaran dan kita perlu mengetahui puncanya.

"Sehubungan itu, penubuhan suruhanjaya ini boleh membantu kerajaan dan keluarga mendiang mencari sesuatu yang muktamad di dalam kes ini. Kita tidak boleh kes ini dibiarkan tanpa ada sesuatu yang dimuktamadkan,'' katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, penubuhan suruhanjaya berkenaan adalah atas nama Yang di-Pertuan Agong dan mereka mesti berfungsi berdasarkan ketetapan yang telah dibuat.

"Atas nama untuk mencari kebenaran, suruhanjaya ini ditubuhkan atas nama Yang di-Pertuan Agong dan ia mesti berfungsi serta berjalan sehingga ia tamat tanggungjawab mereka berdasarkan ketetapan yang telah dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong,'' katanya lagi.

KOMEN : APAHAL LAGI KELUARGA SEORANG CINA NAK???? BIARLAH MEREKA NAK BOIKOT. APA-APA PUN CINA NI TAK BERJASA PUN PADA NEGARA DAN RAKYAT NEGERI SELANGOR. BUKANKAH DIA DAN BOSSNYA MELAKUKAN JENAYAH PECAH AMANAH WANG RAKYAT NEGERI SELANGOR. DAH MEMANG PERANGAI CINA SUKA BUNUH DIRI KALAU MASALAH DIRI TAK DAPAT DISELESAIKAN. MINTA SPRM MEMBAWA BOSS CINA NI KE MAHKAMAH UNTUK DIADILI. RAKYAT MENUNGGU KES YB YANG TERLIBAT TU, BILA LAGI?

Pluralisme ancaman baru


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Fahaman pluralisme kini muncul sebagai ancaman terbaru di kalangan umat Islam di negara ini dan justeru mereka wajib menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama bertanggungjawab menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.

Beliau berkata, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.

''Apatah lagi sekiranya ada umat Islam yang membawa fahaman pluralisme. Perkara-perkara seperti ini mesti kita betulkan. Kita boleh hormat agama lain kita jangan hina agama lain.

''Namun dari segi akidahnya dan dari segi kebenarannya di sisi Allah tidak boleh disamakan dengan agama Islam,'' katanya ketika berucap pada merasmikan Multaqa Guru Takmir seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib berkata, selain fahaman pluralisme umat Islam turut terdedah dengan pengaruh liberalisme serta hindonisme yang jika dibiarkan boleh menyebabkan mereka terpesong daripada syariat serta akidah Islam.

''Mahu tidak semua pihak termasuk ulama, guru-guru agama serta guru-guru takmir menegakkan kebenaran agama dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah,'' katanya.

Dalam sidang akhbarnya selepas itu Najib sekali lagi menegaskan, semua pihak perlu menghormati agama-agama lain sama ada dari segi haknya atau dari segi undang-undang menurut Perlembagaan Persekutuan.

''Namun begitu ia tidak boleh sama dari segi akidah. Jangan ada salah faham. Nanti ada orang akan salah faham bahawa saya merendahkan kedudukan agama lain, tidak.

''Saya cuma mahu bezakan dari segi akidah kerana fahaman pluralisme ini adalah salah dari segi agama Islam dan itu fakta yang saya hendak jelaskan,'' katanya.

Ketika ditanya sejauh mana seriusnya pengaruh fahaman itu di Malaysia, beliau berkata, fahaman itu perlu segera dibendung.

''Jika kita tidak berbuat sesuatu ia boleh merebak. Pada peringkat sekarang ia masih terbatas cuma di kalangan pihak tertentu sahaja. Sesuatu (tindakan) perlu dilakukan kerana fahaman ini boleh mengeliru dan menyesatkan umat Islam,'' katanya.

KOMEN : SESAT LAGI MENYESATKAN. UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN POLITIK DIRI YANG MAKIN MALAP SANGGUP MEREKA MENGADAI AGAMA ISLAM DAN AKIDAH AGAR CITA-CITA UNTUK MERAMPAS KUASA DAN MEMERINTAH MALAYSIA TERCAPAI. SEMOGA UMAT ISLAM YANG WARAS TIDAK TERPENGARUH DAN DISESATKAN OLEH GOLONGAN YANG SESAT INI. YANG TAK WARAS TU TAK BOLEH NAK DITOLONGLAH. SENDIRI MAHU INGATLAH....

Alumni UiTM usah lupa jasa kerajaan, kata Najib


19/02/2011 12:47pm



JASIN 19 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan alumni dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar tidak melupai jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini terus membela nasib mereka untuk menjadi golongan yang berjaya.

Beliau berkata, kira-kira 500,000 alumni UiTM kini berjawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta dan sebagai orang profesional adalah hasil daripada usaha universiti yang ditubuh kerajaan itu.

Katanya, kalau dikaji latar belakang setengah juta alumni UiTM itu, mereka berasal dari keluarga sederhana seperti pekebun kecil, petani, nelayan dan pembantu am rendah.

"Tetapi mereka hari ini orang yang berjaya dan berjawatan tinggi kerana jasa UiTM kepada mereka selama ini," katanya semasa merasmikan Mula Kerja di tapak projek UiTM Melaka kampus Jasin di Seri Mendapat, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sejak dahulu lagi terus mengubah nasib anak bangsa dengan menggunakan senjata yang paling berkesan iaitu dengan memperkasakan bidang pendidikan. - Bernama

KOMEN : UiTM DIHATIKU. TERUSKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA.

Thursday 17 February 2011

Banyak lagi kesilapan Nik Aziz perlu akui


Oleh Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
2011/02/17

Mursyidul Am PAS akhirnya mohon maaf keterlanjuran guna istilah 'jakun' rujuk perbuatan buruk

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli berikutan keterlanjurannya selama bertahun-tahun menggunakan istilah 'jakun' dalam ceramah dan kenyataannya bagi mengaitkan perbuatan buruk seseorang. Ramai yang kurang percaya seorang Menteri Besar dan tokoh politik tidak tahu perkataan itu merujuk nama satu keturunan Orang Asli. Tak apalah, yang penting beliau mengakui kesilapan dan berjanji “akan menjaga mulut daripada mengeluarkan perkataan yang boleh melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita berbuat demikian.” Tindakan Nik Aziz adalah ekoran protes masyarakat Orang Asli yang amat sedih dan terguris hati dengan kekerapan beliau menggunakan perkataan itu dan konotasi negatif terhadap suku kaum itu.

Atas prinsip sama, Nik Aziz perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara kita, tidak terkecuali ahli UMNO beragama Islam kerana selama berpuluh tahun sudah mengeluarkan pelbagai fatwa dan kenyataan yang mengelirukan serta panggilan dan gelaran yang buruk dan menghina terhadap orang Islam lain.

Terbaru, pada sidang media 28 Januari lalu di Kampung Redong ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, beliau menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.

Tuduhan ini tidak unik atau spesifik ketika pilihan raya kecil DUN Tenang, malah sudah dilemparkan oleh beliau dan pemimpin PAS kepada UMNO tidak henti-henti sejak 50tahun lalu. Orang UMNO pernah dituduh kafir kerana berkongsi kuasa memerintah Malaysia dengan parti bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). PAS masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan Nik Aziz tidak pula mengasingkan dirinya daripada amanat itu. Justeru, untuk sekian lama, orang PAS berpegang kepada kepercayaan bahawa haram bersolat berimamkan seseorang yang diketahui menyokong UMNO atau belajar agama daripada guru agama kerajaan. Aktiviti sosial, majlis kenduri, kematian dan keramaian lain anjuran orang UMNO atau penyokong BN dipulau orang PAS, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis.

Di Bachok, Kelantan, ada kes suami yang berpegang kepada amanat ini menceraikan isterinya semata-mata kerana isterinya penyokong parti yang tidak sama dengannya. Nyata pegangan politik PAS telah meruntuhkan masjid yang dibina atas dasar kasih sayang dan keluarga.

UMNO juga dikatakan parti assabiyah dan kerajaan BN yang dipimpinnya dituduh taghut kerana kononnya tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Nik Aziz juga pernah berdoa memohon mata pemimpin UMNO menjadi buta. Mengikut jejak beliau, pemimpin PAS mengeluarkan fatwa membolehkan bergaduh dengan orang Islam lain terutama dengan orang UMNO dan jika mati, dianggap mati syahid.

Pernah darah seorang penulis agama sebuah akhbar harian dihalalkan hanya kerana beliau tidak menyokong PAS dalam tulisannya, manakala sekumpulan wartawan akhbar Berita Harian, New Straits Times, Utusan Malaysia dan TV3 yang membuat liputan muktamar PAS pernah diugut akan dibakar hidup-hidup kerana bekerja dengan media sekular.

Nik Aziz dan barisan pemimpin PAS menanam semangat ‘PAS adalah Islam, Islam adalah PAS’ terhadap ahlinya, justeru jika tidak menyokong PAS bererti menolak Islam. Undi PAS adalah undi Islam, maka jika tidak mengundi calon PAS bererti melakukan dosa dan tidak boleh masuk syurga.

Orang UMNO pernah dihina Nik Aziz dengan pelbagai panggilan seperti menate (binatang), anjing, babi, barua dan kini, digelar jahiliah pula semata-mata kerana tidak mengundi calon PAS.

Apakah ini datangnya daripada orang yang digelar tok guru dan ulama, mewakili pula parti yang kononnya memperjuangkan Islam? Jika benar PAS parti Islam, apakah boleh kita percaya bahawa segala tindakan dan tuduhan liar seperti ini diredai Allah SWT dan sejajar dengan ajaran Rasulullah SAW?

PAS sebenarnya bukanlah sebuah jemaah Islam, tetapi sebuah parti politik yang didaftar dengan kerajaan British selepas ditubuhkan pada 16 September 1951. Ertinya kewujudan PAS hanya selepas mendapat restu dan kelulusan penjajah yang kafir dan latar belakangnya Kristian atau Yahudi.

PAS bukan hizbullah (parti Allah), tetapi sebuah parti politik yang hanya sah bergiat di Malaysia, bukan global, bagi memenuhi keperluan sistem demokrasi berparlimen seperti juga dengan UMNO, Berjasa, Hamim dan parti lain yang dipelopori orang Islam.

Islam adalah addin yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari melalui Malaikat Jibrail yang termaktub dalam Quran.

Islam bukan hak eksklusif PAS Orang Islam lain, juga pertubuhan seperti PERKIM dan IKIM, parti politik seperti UMNO, institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan Tabung Haji, juga gerakan seperti persatuan pelajar Islam dan jemaah tabligh turut memperjuangkan Islam, malah dikira dari segi sumbangan, lebih besar relevan dan impaknya daripada aktiviti PAS.

KOMEN : DAH AGAK DAH DIA AJE YANG BETUL. FIKIRLAH SENDIRI MANA YANG NAK DIIKUTI. ADAKAH PAS ITU ISLE....